Tuesday, December 25, 2012

Projek Blogger 2013 : Yana, Si Anak Yatim Pencetus Inspirasi

As Salam semua

Baiklah untuk cerita yang ini, sangat-sangat dah lama aku tertinggal. Supposedly aku post tiga minggu sudah. Tapi Alhamdulillah organizer , Kak Nadia Farahida seorang yang berhati mulia lagi cantik orangnya. Jadi bagi kelonggaran dan sangat-sangat memahami. Oleh itu, aku akan gabungkan semua entry yang sepatutnya.


Korang masih ingat tak event Photoshoot Blogger yang aku join tak lama dulu? Kalau korang tak lupa, aku lagi lah 1000 kali tak lupa. Mana mungkin aku akan lupa event yang telah mengubah persepsi "cantik" dalam minda aku. Di samping berjumpa dengan blogger-blogger cantik seantero Malaya. Oh, what a wonderful memory I have. Well, jangan ingat event itu berakhir setakat itu aje.  Tak lama lagi, kalau takde aral melintang kami akan adakan satu Projek Kerja Amal. Yep, kalau bercakap kerja amal maybe tak semua orang suka. Sebab kita buat semua tu tak minta balasan gaji mahupun upah. But let me share something. A really good story. 

Few years back, masa aku second year. Aku jadi pengacara untuk satu majlis iftar bersama anak yatim. Around pukul 6.30 gitu, anak-anak yatim yang dijemput untuk majlis iftar tu sampai. Aku dah ready dah kat rostrum masa tu. Dorang pun meluru masuk ke dalam dewan. Dalam pada ramai-ramai budak tu, mata aku tertancap pada seorang budak perempuan usia lebih kuran 5-6 tahun berlari masuk dan duduk depan rostrum. Aku pun terus dapatkan budak perempuan tu sebab muka dia comel sangat, dengan pakai tudung pink dan bawak beg duit hitam. Dia terus salam aku. Aku duduk sebelah dia. 

"Nama sapa?" 
"Yana." 
"Umur berapa?"
"5 tahun."
"Kenapa Yana duduk dekat sini? Mak dengan ayah mana?"

Yana diam, sambil main jari aku. Dia pandang muka aku. 

"Takde."
"Pergi mana?"
"Mak dengan ayah dah meninggal. Kakak dengan abang pun sama. Eksiden." 

Aku terkedu. Aku diam. Terus aku rasa muka aku tebal. Dada aku berombak tahan sebak. Aku terus peluk Yana. Aku cium dia. Allahuakbar. Kuat betul anak kecik ni menempuh hidup sorang diri sedangkan seluruh ahli keluarga menghadap Illahi.

"Kakak, janganlah nangis. Yana tak nak tengok lagi orang nangis. Nanti tak cantik" 

Aku senyum padahal air mata dah berjurai. 

"Yana duduk sini sorang-sorang?" aku tanya dia. 

 Yana geleng kepala.

"Tu semua kawan Yana. *sambil tunjuk kawan-kawan dia* Lupa, mak cakap *merujuk pada penjaga rumah anak yatim tersebut*  kalau Yana sorang, Yana tak boleh takut sebab Allah ada dengan Yana. Yana kan anak yatim. Anak yatim Allah sayang!"

 Dan Yana terus bermain jari aku... sementara mata aku mula rasa panas dan nampak kocak air mata yang tak terbendung lagi. Allahurabbi. Sekali lagi naluri aku tersentak. Dan hari itu, air mata aku tak berenti berjurai sepanjang menjadi pengacara majlis. 


Yana menjadi titik tolak aku dalam hal anak yatim. Yana memang kuat. Lebih kuat dari aku. Dan dari saat itulah, bila aku nampak anak yatim je hati aku dah sebak lain macam. Kalau boleh, nak je aku bela mereka. Beri kasih sayang secukupnya, jaga makan pakai dia dan beri mereka keselesaan hidup. Mereka dah tak ada sapa untuk bergantung harap. 

Tapi bila fikir balik keterbatasan yang aku ada.... hurmmmmm kena fikir panjang. Wait! Itu bukan halangan. Sepatah kata Kak Nadia. Kalau kita takde duit, buat cara tak ada duit. In Sha Allah dalam sebulan dua lagi bakal berjalan satu lagi event yang sangat-sangat memberi makna buat kita semua. Event kali ni melibatkan kerja-kerja amal buat anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam. 




Aku ada dengar skeptikal sesetengah orang selalu cakap. 

"Buat apa nak tolong anak yatim? Mereka kan dah dapat bantuan. Hidup dorang lagi kaya raya daripada kita semua!" 

Wohoi! Sedapnya berbicara. Buat apa kau cakap nak tolong mereka? Tahu tak, anak yatim adalah golongan yang sangat-sangat dianjurkan dalam Islam untuk diberi keutamaan dan dibantu. Setiap perbuatan baik kita pada mereka adalah pahala dan amal kebajikan. Usahkan membela anak yatim, menggembirakan hati mereka juga sudah dikira sebagai satu amal jariah. 

Kalau korang kata mereka lagi kaya? Cuba korang tengok beberapa keping gambar yang aku lampirkan di bawah ni. Cuba di-comparekan keadannya dengan keadaan rumah kita? 








Jadi, dengan niat kerana Allah Taala dan moga amal jariah saudara/i menjadi saham di akhirat kelak, aku dengan merendah diri memohon sumbangan ikhlas daripada rakan-rakan semua buat anak-anak yatim di rumah ini. 

Tak kiralah berapa sahaja nilai sumbangan korang kerana nilai yang terbaik bukan di pandangan mata manusia, tetapi pandangan Allah. Segala sumbangan korang, akan kami salurkan kepada Rumah Amal Kasih Bestari ini pada 24 Februari 2013 depan, In Sha Allah. Kata orang tak banyak sikit pun jadilah. Segala sumbangan anda boleh disalurkan di akaun saya : 


NUR FATEEN INNANIE BINTI ARIFFIN
BANK : MAYBANK 
NO.AKAUN : 1-513-880-94254

*emailkan transaction anda kepada saya di innanie.ariffin@yahoo.com bagi mengelakkan kekeliruan di kemudian hari. 


Bukan itu aje, buat para blogger yang berminat untuk join dan memberi sumbangan "tenaga" juga digalakkan. Korang boleh join program ni dengan menghubungi Kak Nadia Farahida di nadiafarahida@gmail.com.  

Sama-samalah kita hulurkan bantuan, meringankan bebanan mereka. Beri mereka seulas senyuman menawan, supaya kita semua bukan sekadar kawan, tapi seorang dermawan. Dermawan buat saham di al-jannah sana nanti. 

Amin, amin Ya Rabb-Al-Amin. Moga Allah permudahkan segala jalan membantu anak-anak yatim ini. Moga Allah bukakan pintu hati insan-insan berhati nurani agar terserlah sifat pemurah mereka. Amin. 




p/s 1: Tiba-tiba rindukan Yana.
p/s 2: Domain FREE tinggal SATU HARI SAHAJA LAGI. Kalau nak--->KLIK SINI.





9 comments:

  1. hukhukhuk..sedih dan sebak kan bila fikir pasal anak kecil yang dah jadi anak yatim. semoga mereka tabah menghadapi dunia yang mencabar ni, dan menjadi anak2 yg soleh dan solehah...

    ReplyDelete
  2. bagus event macam ni Nanie.

    Wan pun tersentuh dengan anak yatim,
    mereka ni kuat.

    wan paling gembira bila tengok anak yatim yang cemerlang.

    ReplyDelete
  3. ya Allah..tiba2 bercucuran air mata baca entry nie...semoga yana dan anak2 yatim yang lain tabah menhadapi segala rintangan hidup mereka..insyaAllah hidup mereka akan terbela seperti orang lain.

    ReplyDelete
  4. program tuh buat pada 24 feb 2013 ker?
    nak sgt join... sy akan email kak nadia.. in sha allah semoga di permudahkan untuk kite beramal.

    ReplyDelete
  5. kalau nak bagi bantuan dari segi pakaian mcm mana ye

    ReplyDelete
  6. Salam.sy bercadang hendak ke sana. Tmpt ni berdekatan dgn seksyen mn ye? Tq..

    Tak pasti bagaimana nak pegi sna..dan ada cadangan tak mcm mana nak pegi sana dgn cara mudah?guna teksi ke,ktm ke,bas rapid ke..tolong bg cadangn.. Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam.sy bercadang hendak ke sana. Tmpt ni berdekatan dgn seksyen mn ye? Tq..

    Tak pasti bagaimana nak pegi sna..dan ada cadangan tak mcm mana nak pegi sana dgn cara mudah?guna teksi ke,ktm ke,bas rapid ke..tolong bg cadangn.. Terima kasih.. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork