Wednesday, February 29, 2012

Comel Je...

As Salam semua

Sapa tak suka benda comel kan. Aku pun suka. Tapi tengok keadaan lah. Aku suka benda yang comel dan kena harganya. Jangan kata comel, tapi harga mahal macam nak jual emas. Ni salah satu benda comel yang aku beli semalam. Sumpah comel dan murah!

Korang rasa ni apa??


Ni stick note. Comel tak? Sumpah cute gile. Lagi-lagi cloud dengan love tu. Comel seyh!


Lagi aku beli stick note Safari Printed. Ni semua gara-gara ubat guna-guna Si Cikgu English Geek nilah. Aku tak tahu lah apa sebab. Tapi dalam ramai-ramai blogger, dia punya ubat guna-guna memang kuat weh! Macam hari tu, dia kata suka Paisley Printed kan... esoknya aku pergi KLCC nampak shawl Paisley aku ingat dia. Jalan mana-mana ntah, nampak Hello Kitty ingat pada Kitty Kepam Adam Irfan Xaharis. Dan ni aku nampak safari printed, tak pikir panjang terus beli. 


Btw, aku ada satu project ni. Project baik punyer! Kalau korang nak tau, kena tunggu next entry. Aku akan cuba update secepat mungkin. ;) Salam sayang.

Sisi Sedih Seekor Ibu Kucing

As Salam semua

Kan aku dah cakap, sekali idea datang mencurah-curah.

Sebelum kau hayati satu persatu ayat aku, kau tengok dalam-dalam mata kucing ni ye.

memandang bilik berkunci tu
Ini kisah sedih seekor ibu kucing. Time aku nak taip ni pun, kucing tu masih mengiau-iau. Kisahnya begini. Sebelum cuti semester yang lepas, kucing ni beranak dalam kotak yang ada dekat balkoni bilik aku. Ada 3 ekor anak dia. Comel sangat. Mata bulat, perut pun buncit. Lepas cuti semester, aku tengok kucing ni dah pindah bilik sebelah. Kebetulan bilik sebelah tak berkunci dan takde penghuni. Anak dia dah mula dah nakal. Tidur kat kasut orang, main tali kasut bagai. Kira dah macam penghuni tetap untuk kubik aku ni. Semua penghuni kubik tak kisah pun. Kadang-kadang kiteorang main sama-sama dengan anak kucing ni. Comel kan. 

Tapi, entah satu hari tu aku perasan yang tiba-tiba anak-anak kucing tu dah takde. Puas aku cari keliling blok. Pun takde. Sekor pun tak nampak. Sekali entah macam mana, budak depan bilik aku bagitau yang anak-anak kucing tu ada orang dah buang ke tempat lain. WHAT!!! Wei... anak-anak kucing tu kecik lagi kot. Tak putus susu lagi. Patutlah mak dia ni mengiau sepanjang masa. Tunggu depan bilik sebelah ni. Sebab makcik cleaner dah kunci bilik tu. So kucing tu ingat anak dia terperangkap dalam bilik ni. Kesian sangat. Aku tak tahu lah apa sebab dan benci sangat orang yang pisahkan anak kucing tu dengan mak dia. Kalau ye pun nak buang, angkut sekali dengan maknya. Jangan pisahkan! Sedih gila aku rasa. Entah, aku tak tahu macam mana nak cakap dekat kucing tu. Tapi, sumpah aku tersentuh. Sob sob sob! Lagi sedih, budak tu bagitau yang puting susu ibu kucing ni membengkak sebab susu tak keluar kan. Aduhai. Kesiannya. 

Kalau aku tahu sapa yang buat dajal ni memang aku kerjakan. Aku nak dia rasa macam mana berpisah dengan mak. Takde belas kesian langsung. Oh kucing, sabar ye. Insya-Allah anak-anak kau selamat kat tempat baru! T_T




Tuesday, February 28, 2012

Blog Masuk InTrend!

As Salam semua

Sapa tak bangga? Sapa tak kembang kan, bila blog masuk majalah. Fuhyooo. Kuncup-kuncup hidung ni! Masuk InTrend lagi tu. Bukan calang-calang punya majalah!



Eh, tapi bukan blog aku daaaa. Blog course-mate aku. Sorang batch aku dan yang sorang senior aku. Glamer seyh! Dan dua-dua memang diakui fashionista! Superb.



yep, Adwina Syafinaz

Tahniah pada semua blog yang menjadi pilihan InTrend. Bukan senang nak masuk blog pilihan ni. Ada berjuta blog kat Malaysia ni. Dan bagi aku, memang harapanlah kalau nak masuk majalah bagai ni kan.... Kehkehkeh
Kalau nak tau sapa lagi tersenarai, sila beli InTrend baru.



p/s: Sapa kata budak law nerd? 


Kurang Menyengat Dah!

As Salam semua



Tergerak hati nak bukak Nuffnang. Lama jugak tak tengok. Alhamdulillah, naik jugak lah sikit earning. But not that thing yang dicakap hari ni. Tapi pasal visitor. Kelihatan merudum. Jatuh banyak jugak tu.  Entah kenapa aku rasa, blog aku macam dah tak best je. Memanglah takde orang cakap gitu. Tapi aku sendiri yang rasa. Sedih jugak lah. Bukan takde idea. Ada. Tapi kekangan masa dan kesibukkan tugas memang menyebabkan masa nak update blog terabai sikit. 

Itulah namanya mood kan. Kalau ada mood, 3 entry sekaligus pun taip laju je. Seronoknya dia keluar seketul seketul. Tapi kalau dah takde, kau ketuk kepala kat dinding pun belum tentu keluar mood menulis tu. Sebab tu lah ada penulis atau apa je yang berkaitan idea dan mood ni memerlukan penghayatan dan memang mengambil masa nya tersendiri untuk menghasilkan masterpiece yang berkualiti. Cewah! 

Back to my blog. Hati aku ni jahat sikit tau. Selalu compare kan dengan orang lain. Bukan jeles, tapi kadang-kadang perasaan cemburu tu membuak-buak. Ada beberapa blog yang aku memang minat sangat cara penulisannya. Santai, kelakar, informatif, tak meleweh-leweh, tak kerek, dan segala macam ramuan ada. Aku rasa entry aku tak macam tu pun. Rasa macam, entry aku entah apa-apa je. Korang ada rasa gitu tak? Walau apa pun, aku akan cubalah sedaya upaya aku untuk memperbaiki gaya penulisan entry aku. Gaya mutu dan keunggulan kan?



Sunday, February 26, 2012

Jadi Bini Orang!

As Salam

Kompang dipalu, pengantin malu.
Ewah. Alhamdulillah, semalam salah sorang member segonjeng aku masa di STK dah selamat jadi bini orang. Tahniah, tahniah Syiqin dan pasangan.


Jeles? Apa ke tidaknya, aku dengan kawan-kawan aku dah mula membajet lepas ni sapa, lepas tu sapa. Siap ada yang kena kenen-kenen kan lagi. Biasalah kan adat orang tua, bila kenduri kahwin mula lah masing-masing risik khabar anak orang itu, anak orang ini. Aku je, 3 orang bekas cikgu aku kata lepas kawan aku ni, aku yang kahwin. Amboi... ni kalau bapak aku tau ni mau kena sembelih. Walau apa pun, mestilah doakan yang terbaik untuk kiteorang!


Kawan aku ni kahwin tak nak bersanding, kira just makan beradab je lah kan. At first aku rasa macam, kurang meriah je takde sanding-sanding kan. Tapi, aku salah. Kahwin  takde pelamin pun ok what. Ala kadar tapi meriah sangat! Meja makan beradab tu sangat cantik dekonya.. So, takde pelamin pun ok je. Save cost pun ye jugak. Lagipun, bila fikir balik segan jugak ek nak sanding-sanding ni.


Yang ini pulak geng STK aku. Yang bertudung hitam tu Belon namanya. Comelkan? Dah lebih 5 tahun kiteorang tak jumpa. Alhamdulillah, kat majlis kahwin ni jumpa dan berborak tak ingat dunia. Dia dah grad dan sekarang kerja kat Damansara as auditor. Lepas ni, boleh selalu jumpa sebab Damansara tu bukan jauh mana dengan UM kan. Yang tengah tu pulak bakal doktor, Ain. Insya-Allah lepas ni dia pulak. Mak dia dah ada yang berkenan tu. Ain sungguh berdedikasi. Sebab dia wish posting kat Sabah. Bangga aku dengar ke-dedikasi-annya tu! 

Ada lagi sebenarnya geng aku. Tapi yang tak datang tu semua ada urusan, ada kerja dan tak dapat cuti kan. Walau apa pun, Insya-Allah ada rezeki kita boleh jumpa sama-sama dan gonjeng lagi. Sama macam zaman sekolah dulu kita buat! Friends forever till Jannah ye! 



Thursday, February 23, 2012

Driver Perempuan Selalu Kena Buli Kan?

As Salam semua

Ini cerita panas. Viva kesayangan yang banyak berjasa kena kiss dengan Myvvi. Dah lah cuaca panas, tambah panas lagi. Tapi ada yang lagi panas. Biasalah orang kalau dah eksiden ni, dia je yang betul. Walaupun terang-terang nampak dia salah. Eh, tak tetap nak tegakkan benang yang basah. 

baby viva aiiiii
Situasinya begini.

Kereta aku dah lama berhenti sebab traffik light merah. Kebetulannya, kalau sebelum ni dia yang drive, aku jadi mem besar duduk sebelah. Tapi tadi dia penat, so aku lah yang drivenya.  Tengah dok borak-borak sementara tunggu lampu hijau, DUMMMMM!!! Aku tak keluar dulu. Bukan sebab takut sebab tak tau nak buat apa. Rasional kan diri dulu... waktu tu aku pandang cermin pandang belakang, driver belakang lelaki. Aku pun turun. Dia pun turun. Tiba-tiba...

Driver Myvvi : Macam mana boleh eksiden? *suara garang and buat muka gengster
Aku : Eh, hello!!! Sapa langgar sapa? Saya dah lama berenti kat traffik light ni kot tiba-tiba awak langgar. Apa hal? *aku tinggi suara sambil buat muka berani. Dah lah reverse, nak tengok teruk ke tak!

Driver Myvvi tu  masuk kereta. dan try to reverse. Time dia reverse tu, kereta dia boleh mati enjin dan terhentak ke depan, langgar lagi kereta aku! Sah!!! Budak ni, FAIL bawak kereta. Kecik je aku tengok dia. Alhamdulillah, kereta aku tak de apa-apa. Calar ke kemek ke semua takde. Licin je. Toleh kereta dia pulak. Damn!!! Calar dan crack ye bumper dia. Kereta baru pulak tu! Rasakan bang...

Aku : Pasal kereta saya takde apa-apa, so saya malas nak buat report-report. Kereta awak, salah awak, settel sendiri

Driver Myvvi tu garu-garu kepala, muka berpeluh-peluh dan barulah suara baik sikit... 

Driver Myvvi: Sory ek kak, abang! 
Aku: Ni kereta manual ke? Tak reti bawak ek? * sambil buat muka kerek aku masuk kereta. 

Aku cakap dengan kawan aku tu, "Agaknya lah kan, kalau yang driver perempuan keluar buat muka takut-takut mesti abang tu dah buli kan? Silap-silap kita kena bayar padahal dia yang langgar kita! Sorry lah, saya bukan perempuan jenis tu ye, abang!" Kawan aku pun pikir benda yang sama rupanya. Sebab dia kata, lelaki ni kalau tengok driver perempuan mesti nak salahkan perempuan tu. Cakap bawak macam siput lah, brek emergency lah, padahal dia yang bawak macam pelesit! 

Syukur, dia tak langgar dengan momentum yang kuat. Kalau kuat, aku rasa kereta aku terinjak ke depan dan boleh kena langgar dengan kereta dari arah yang lain. Simpang tu sibuk pulak tu! Haisssh....syukur sangat. 

Moralnya, ini pada driver perempuan ye...

  • Kalau korang berada di tempat yang betul, jangan takut. Jangan bagi diri korang kena buli. Tapi jangan tunjuk berani sangat pun ye jugak. Call lelaki-lelaki yang boleh dipercaya seperti abang, ayah, suami, kawan lelaki atau sapa je untuk datang ke tempat kejadian. Jangan settel sorang-sorang. 
  • Kalau di waktu malam, dinasihatkan korang jangan keluar daripada kereta seandainya sorang-sorang dan kawasan gelap. Just bukak sikit je tingkap dan lock kereta. 
  • Paling penting, cuba dapatkan nombor plate dia dan seberapa banyak identiti kereta atau pemandunya. Sebab itu semua boleh membantu! 
Walau apa pun, selagi mampu jangan lah terlibat dalam kemalangan. Drive carefully ye... 



Wednesday, February 22, 2012

Janji Ye Jangan Bagitau Orang Lain!

As Salam semua

Ini kisah ragam manusia. Manusia kan macam udang. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Aku pasti, korang mesti tau ragam ni...



Beberapa jam kemudian....



See. Kau nampak tak macam mana mudahnya orang boleh bukak rahsia orang lain. Berjanji bagai katanya, tapi janji taik kucing. Kes macam ni lah yang boleh menyebabkan maruah orang tergadai, hubungan orang berantakan, gossip boleh tersebar dan khabar angin bertebaran. Tak elok bawak mulut ni. Dari sorang kepada sorang, dari sorang kepada sorang yang lain.

Semuanya bermula dengan "Kau janji ye, jangan bagitau orang lain. Aku bagitau kau sorang je ni!". Tapi last-last... berapa ramai yang tahu cerita tu? Seseorang bagitau kita sesuatu perkara atas sebab kepercayaan yang tinggi  jadi janganlah kita hampakan dan khianati kepercayaan orang tu. Lagi pulak, bawak mulut ni sangat-sangat tak elok. Boleh punah dan hancur masyarakat kalau ada orang macam ni. Jadi, sama-sama muhasabah diri kita semua ye. Sebagai renungan, ni ada sepotong hadis...


“Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila dipercaya khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)






p/s: Ingatan buat aku jugak...



Wordless Wednesday : Peninggi Badan

As Salam semua

Dapatkan di pasaran. Konfius aku. Cemana badan tinggi ye?


Takut Kucing

As Salam semua

Lepas Isyak tadi, tangan gatal bukan paint. Tak niat pun nak update sebarang entry hari ni. Entah. Mood ke laut. Tapi, dalam kepala memang dah ada point nak story. Pasal kucing. Eh, bukan. Orang yang geli atau takut kucing. Penah jumpa tak? 

 




Aku takde masalah pada situasi 1dan 2. Lantak dia lah kan...Yang annoying nak mati, tu situasi nombor 3. Aku rasa macam mengada-ngada lah pulak kalau budak perempuan takut kucing over-over ni. Sampai jerit meroyan tak tentu hala. Macam nampak rimau gamaknya. Lagi parah, lari kelam kabut sampai kerusi tunggang terbalik. Sambil ketawa dan jerit-jerit manja. Kau tak rasa itu attention-seeker ke namanya? 

Kucing je kot. Kalau ye pun kau geli atau tak suka atau allergic atau apa sahaja alasan, janganlah meroyan menjerit-jerit. Its too much lah! Nampak macam kau cari publisiti murahan. Pernah aku jumpa ada sorang budak perempuan ni, punya takut dengan kucing, dia amik air panas yang dia minum curah kat kucing tu. Mencicit kucing tu lari sebab kepanasan. Tak ke aniya tu namanya. Salah apa kucing tu dengan kau. Halau elok-elok sudahlah! Kucing pun ada perasaan lah. Plus, kucing haiwan kesayangan Nabi tau... 


* Jangan gelak dengan hasil parkinson tangan 


Tuesday, February 21, 2012

Shopping Yok! | Jadual Tarikh Terima Gaji & PTPTN

As Salam semua




Sebelum semua tutup mata, ni nak bagi perkhabaran gembira ni. Apa lagi sumber kegembiraan terhebat abad ini kalau bukan duit. Ini aku dapat beberapa info yang sangat bagus untuk kita semua merancang di hari muka, menyelesaikan apa yang patut dan paling penting dah boleh plan nak berjimba. Kehkehkeh

1. JADUAL GAJI BAGI KAKITANGAN KERAJAAN 


*sumber ni disahkan ye...

2. JADUAL PENERIMAAN PTPTN




Amacam? Senyum sampai telinga tu. Yang lain-lain aku tak dapat info pulak. Kalau ada, aku bagitau lagi ye. Selamat bershopping. Jangan lupa bayar yang wajib dulu! Shopping tu nombor dua lah! Oh, mana-mana yang berkenaan, ingat entry ni free? Donate 5% kat tabung ayam Nuffnang aku tu. Belum penuh lah... 



Saturday, February 18, 2012

Allah Juga Pinjamkan Mereka Pada Kita | Eqbal Zack Writing Contest

As Salam semua


Dalam dunia yang maha luas ini, tak ada guna barang satu sen pun harta mahupun wang ringgit kita andai tanggungjawab sebagai anak diabaikan. Tak bermakna juga segala pangkat, ijazah mahupun apa jua sijil kejayaan tanpa diiringi doa restu dari insan bergelar ibu dan bapa. Kerana redha Allah itu bergantung pada redha mereka. Betapa sesungguhnya Allah jua memuliakan seorang insan yang bernama ibu dan bapa. 

Kedut-kedut usia memamah wajah-wajah yang menjanjikan syurga buat kita. Urat-urat besi, menghilangkan kelembutan tangan yang pernah memukul punggung kita, memiat telinga kita demi mendidik sekujur jiwa menjadi anak yang soleh dan solehah. Mata bundarnya, tawa sayunya dan air mata gembiranya tak pernah lekang bila anak-anak pulang menjenguk mereka. Mereka insan setia, juga insan mulia. Setia menanti memendam rindu buat sang anak yang sibuk menakhoda bahtera kehidupan. Pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya. Tak sedikit pun terpacul di bibir mereka "Ayah, mahukan duit. Ibu mahukan emas dan permata!". Namun yang dititip tiap kali ciuman singgah dipipi mereka adalah, "Jaga diri baik-baik. Jangan tinggal solat dan belajarlah rajin-rajin. Kamulah harta mak dan ayah!" Mereka ketepikan segala kepentingan.Apa yang menjadi tunjang utama mereka adalah anak ini telah sempurna dijadikan seorang manusia. Ayah mengerah peluh dan tenaga siang dan malam supaya perut kecil kita ini tidak masuk angin. Ibu bersengkang mata setia menanti kita melakar huruf A,B,C, mengeja dan membaca supaya ilmu penuh didada. Kerana mereka sedar, hanya ilmu suluh kehidupan.  

Namun, disaat tua nya mereka. Mana menghilangnya kita? Dibiarkan sepi dua tubuh memendam rindu kesumat. Melarikan pilunya jauh-jauh menerawang awanan. Pulanglah wahai anak. Ibumu penuh sarat dengan rindu. Ayahmu tak tertanggung lagi ingin mendakapmu. Jangan diseksa batin mereka. Semaikanlah kasih sayang yang pernah mereka baja pada kamu satu masa dulu. Berbaktilah selagi hayat mereka masih diberi pinjam, selagi mata mereka masih belum terpejam...


298 patah perkataan


* Doakan kejayaan aku untuk entry kali ni. Kalau korang nak join sama pun boleh jugak. Hadiahnya menarik. 

PRIZE x 1
(BAHASA MELAYU)
Winner will get CASH RM100 + gift from eqbalzack.com

PRIZE x 1
(BAHASA INGGERIS)
Winner will get CASH RM100 + gift from eqbalzack.com

CONSOLATION PRIZE x 3
Winner will get CASH RM10 + gift  from eqbalzack.com


Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.eqbalzack.com


Friday, February 17, 2012

Tak Dengar Khutbah, Solat Jumaat Tak Sempurna!

As Salam semua


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan  ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki  dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus   yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:

Yang Bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat  Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli  dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua.
( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah tetapi bezanya  aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana  terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.  Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T  memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid  pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid  terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani  kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang.  Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana  azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga:  Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping  mengambil peluang  masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .  

sumber: Portal Rasmi Masjid Negara Malaysia, JAKIM





Blogger Hebat Me'Rasuah' Nak Menang Giveaway?

As Salam semua

Lama tak up citer panas. Sebab sekarang musim panas kan. Jadi, malas sikit nak up-up citer panas ni. Kang nanti tak memasal ada orang terbakar. Apa cerita best kali ni ye? 

Ok, bagi mereka yang pernah organize giveaway, contest, segmen atau apa je yang memerlukan paticipation daripada blogger-blogger lain, pastinya pernah mengalami situasi yang mana 'feedback yang tak diingini' hadir selepas event tu diadakan. Lebih-lebih lagi setelah keputusan keluar. 


Biasalah. Kita memang tak kan dapat puaskan hati semua orang. Itu prinsipnya. Kalau kau kata nak jaga hati A, nanti mesti muncul B yang kata keputusan tak adil lah, C pulak kata, keputusan tipu lah dan pelbagai lagi rungutan. Lagi sadis, kalau cemuhan dan cacian dilemparkan. Lebih kejam, dia terus unfollow blog kita. Padahal matlamat utama nak merapatkan sillaturahim tu tapi lain pulak jadinya. 

Al-kisahnya, tadi ada seorang blogger mengadu pada aku. Kesian jugak aku tengok dia kena. Baru-baru ni dia ada buat satu giveaway. Best jugak hadiah yang dipertaruhkan. Kira mendapat sambutan jugaklah give away adik manis ni. Aku pun tumpang gembira. Malangnya, selepas keputusan diumumkan, ada seorang blogger ni, *boleh tahan hebat jugaklah  datang kat FB dia dan maki adik manis ni. Katanya, keputusan tu tak betul. Hadiah tu sepatutnya milik dia bukan si pemenang. Adik manis ni tak tepati janji and so on...

Terkejut jugak aku. Aku tanya pada adik manis tu, kenapa blogger hebat tu cakap macam tu kan. Dia kata, sebagaimana syarat g.a, dia memang gunakan random.org, tapi si blogger hebat ni dah lobi dia awal-awal sebab berkenan benar dengan hadiah tu. Dia 'rasuah' adik manis ni supaya keputusan tu berpihak pada dia. Macam-macam yang dia 'rasuah', sedangkan adik manis ni tak minta pun. Blogger hebat tu letak blog adik manis kat bloglist dia, buat entry puji-puji adik manis ni. Padahal, itu semua bukan adik manis ni nak. Dia berharap, dengan buat begitu hadiah berpihak padanya. Keji perangai kau kan blogger hebat?

Aduhai. Tepuk dahi aku dengan perangai orang macam ni. Macam ni pun ada ka? Malu.Malu. Kalau memang itu bukan rezeki kau, dihalang macam mana pun memang tetap itu bukan kau punya. Bila macam ni, secara tak langsung melambangkan sikap kau yang tak faham konsep rezeki. Dahtu, memutuskan sillaturahim pulak. Positif lah sikit. Kalau ye pun, kau berminat nak hadiah tu...janganlah sampai buat tak baik macam ni. Menabur fitnah bagai kata orang lain penipu, tak jujur dan macam-macam lagi kejian. Abis perangai kau yang cuba melobi orang tu tak keji pulak? Apa kau ingat kau ada follower beribu, semua orang kena bagi kau extra layanan? Please lah! 

Aku harap janganlah ramai blogger kat luar berperangai macam ni. Takde rezeki ye sudah. Cuba lagi kat tempat lain. Mungkin rezeki bukan untuk g.a tersebut. Lagipun pasal benda kecik nak berparang-parang, apa kes? Tak matang lah kau! 




Thursday, February 16, 2012

Cinta Buku Lagi Pt.2

As Salam semua

Orang lain semua post sekali je pasal Baucer Buku, aku post masuk ni dah 3 kali. Tak pe kan, korang masih sudi baca kan? Well, untuk kesekian kalinya... sebagaimana yang aku pernah bagitau KAT SINI, akhirnya impian aku terlaksana untuk dapatkan koleksi buku tersebut. 


Bukan senang tau nak jumpa buku-buku Fixi ni. Aku pergi MPH Mid Valley habis stok, sama jugak ke Borders dan Kinokuniya. Semua sold out! So, memang sah lah buku-buku ni semua best belaka. Lagi best, tanpa disangka rupanya masa aku tengah survey-survey buku tu, aku dilayan sendiri oleh salah sorang penulis buku hebat ni. Guess who?


Dia adalah penulis buku Sperma Cinta. *kelas tak tajuk buku?* Namanya Saudara LingLung. Aku tak tahu pulak kenapa nama dia gitu. Tengok orangnya kacak jugak. Boleh tahan! Awwww....



Dah nama blogger kan, mana boleh lepaskan peluang kalau tak camwhore. Ye, kat bawah ni ada Saudara LingLung. Kakak yang sebelah aku tu, tak ingat pulak namanya sapa. Tapi cantik sangat dia. Dahlah baik. Layan je kerenah aku yang pot-pet-pot-pet tanya itu ini. 

*gambar gegar. maaf. tangan Dia kaku. 
Sebelum aku terlupa, bagi mereka yang berminat nak beli buku keluaran Fixi  dan Lejen ni, korang boleh dapatkan buku-buku ni di Booth Fixi yang dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Bulan Feb hingga Mac ni. Lokasinya, berhadapan dengan Butik Adidas *bukan Adidas Women* di The Curve. Bukan tu je, dapat potongan RM2 bagi setiap novel yang dibeli. Berbaloi tu! Dan aku gunakan baucer RM100 aku untuk buku-buku ni. 

Bukan tu je, ada orang baik hati nak belanja aku buku. Jadi untuk itu, aku amek lah 3 buah buku ni kat MPH The Curve. Memang best! Lagi-lagi kisah khalifah-khalifah tu.. menyentuh jiwa! 


Jadi, untuk minggu lepas, aku memang shopping buku sakan lah. Puas rasanya. Seriously, I Love Books! Dan ini adalah hasil rembatan minggu lepas. 


Nampak tak 3 barang kat tepi tu, marker colourfull, sketch book n note pad. Marker tu sangat best sebab boleh buat 2 in 1. Ada marker dan ada cop-cop bergambar. Sketch book tu pulak aku suka sebab papernya adalah 100% kertas recycle. Pun orang belanja. Weee ;)

cun tak? 
Makanya sekarang ni, masa terluang akan diisi dengan membaca buku-buku ni semua. Membaca kan jambatan ilmu. Ye tak? 


p/s:  Sapa yang baru tahu mengenai Fixi, tambah info korang kat SINI



Wednesday, February 15, 2012

Kemunculan Hantu Di Bilik Karaoke! SERAM!!!

As Salam semua

Gempar. Memang gempar. Lepas ni aku kalau nak berkaraoke pun kena hati-hati. Manalah tau kalau kejadian macam ni berlaku di Malaysia. Mau pengsan dibuatnya... Takut!!!



Amacam? Memang seram kan? Hati-hati ye lepas ni... takut 'terkena'!



p/s: lama pulak tak karaoke....

Saturday, February 11, 2012

Maksiat Yang Dihalalkan. [WAJIB BACA]

As Salam semua

Tadi FB aku up status macam ni. Ini adalah personal opinion aku.


dan sedang aku merayau tak tentu hala, aku jumpa entry ni. Secara seriusnya, aku setuju 200 peratus. Aku memang suka all the point yang dilontarkan secara berhemah dan menegur dengan jelas. Untuk perkongsian, aku share-kan disini. Jika korang suka, korang pergi ke blog dia.


Maksiat yang di "halal" kan?!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tanpa kita sedar atau tidak sedar, sebenarnya perkara ni berlaku. Dah lama sejak dulu, mungkin ada yang menegah tapi tidak diendah..sedar tak, ada maksiat yang seolah-olah halal?!

Eh, jangan nak merepek la Atika oi. Mane ade, maksiat halal? Tak mungkin la. Kan ada badan-badan agama, sentiasa mencegah perkara ni dan tak ada istilah maksiat halal pun. Nonsense. (monolog dalaman kononnye..hehe) Ada la, sape kata tak ada. Dalam filem tu =.=

Dalam filem Melayu tu bukan maksiat ke? Kadang-kadang tengok seolah-olah macam di " halal " kan je. Bukan apa, kadang-kadang kita sebagai penonton ni syok sangat tengok pelakon tu pandai berlakon sampai minat dekat pelakon dan cerita tu. Sedih la, seronok la, romantik la, apa-apa jela. Tapi kan itu hanya berlakon, berpeluk-peluk, pegang tangan, kiss-kiss ke. Mereka tetap bukan suami isteri..tu la hakikatnya.

Berpelukan

Pegang tangan

Pakai tudung "sementara"

Baju tak cukup kain #__#

Kepada peminat tegar filem Melayu, mesti tau gambar daripada cerita apa kan kat atas tu. Sebagai contoh je, kalau nak ikutkan terlalu banyak. Ada yang sanggup "menjual diri" je kadang-kadang diorang ni. Berkemban la, apa la. Tak ada pengecualian dalam Islam boleh buat semua benda ni semata-mata untuk berlakon..tak ada. Setiap perkara yang kita lakukan akan di hisab, tiada pengecualian walaupunberlakon. 

Kadang-kadang macam nak mempermainkan agama pun ada, kejap pakai tudung..kejap bukak. Kejap tutup aurat, kejap bukak aurat. Bila di tanya, katanya " Dah pengarah minta macam tu! " Habis tu, arahan Tuhan tak pula di endahkan..?? Kononnya nak cuba semua watak, jadi ustazah boleh..jadi perempuan jalanan boleh..hidup ni kalau terlalu mengejar dunia, apa pun tak dapat. Mungkin jadi macam ni disebabkanmereka tak tau hukum. 

Doakan semoga mereka mendapat petunjuk daripadaNya


P/s : Kalau tanya saya. saya tak minat tengok movie..kalau tengok pun, tak fanatik. Mereka semua manusia biasa, lagipun banyak maksiat dalam filem tu..seolah-olah macam "menyokong" pula. Lebih baik saya tengok cd sejarah imam Buhari, cd Ahmad Deedat. (Bukan nak berlagak konon baik). Ntah la ye, korang fikir la sendiri ~

 والسلام



Berkualiti kan? Aku pun dah mula jatuh cinta dengan blog ni. Do come and follow her blog. KLIK SINI  Semoga nasihat berguna ni akan dijadikan pedoman dan amalan. Haaa ingat, aku pun tak perfect tapi apa salahnya kalau kita mencuba kan?


p/s: Jangan lupa tinggalkan pendapat di entry ini dan ENTRY INI




Friday, February 10, 2012

Dilema Mak Mertua Monster!

As Salam semua

Tadi waktu aku aku tengah dengar lagu "Ku Tunggu Jandamu" by Irwansyah, member aku call pakai viber. Free katanya kan. Dia bakal bertunang dalam masa terdekat. Insya-Allah. Malangnya, sekarang ni dia buntu sebab katanya bakal mak mertua dia tu, garang sangat. Inipun, cerita dari bakal tunangnya tu lah. Dia jarang jumpa dengan bakal mertuanya tu sebab bakal suami keje 'fly-fly', jadi memang peluang nak bemesra tu susah. Dia tanya aku, apa nak buat. Gulp! Aku pun sasau jugak ni nak menjawab. Maklumlah, aku sendiri belum ada pengalaman. Tapi, sebagai kawan, aku cuba cari solusi. 


1. Sebaik sahaja sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya. Takde tunang korang pun takpe. Datang bawak kawan atau bawak mak dan ayah korang sekali. 
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan. Jangan kedekut pulak! Kuih 3 seringgit pun payah. 
3. Kenali sikap sebenar mertua. Tanya kepada pasangan apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika korang dah tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak. Korang janganlah buat apa yang dia tak suka. Sia-sia je kena reject!
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap korang terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua. Lagi-lagi kalau anak tu anak bongsu atau anak kesayangan mertua. Tegur pasangan korang dengan baik dan lembut dihadapan mertua. Bukan hadapan mertua je, korang kena jaga air muka pasangan walau dimana jua berada. 
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri. 



6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, korang juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah korang cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri korang betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun korang dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius. Dalam waktu tu lah mesti macam-macam tips yang korang boleh dapatkan. 

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika korang berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau korang juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka. Kalau tak mampu besar-besaran, buat ala kadar. Supaya mertua rasa dihargai. 

8. Paling penting, jaga pertuturan. Jika sebelum ini korang seorang yang ‘mulut lepas’, dinasihatkan agar menjaga pertuturan korang. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua. Lagi dasyat kalau mak mertua korang pun sama mulut pedas macam korang. Matilah kau! 
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan korang ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah. Mertua sangat menyampah dengan orang pemalas. Ala bukan mertua je, mak kita sendiri pun mesti marah kalau kita malas kan? 
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua sepert korang menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan  tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan korang sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Macam mana? Ada berani nak cuba tips kat atas tu depan mak mertua korang? Pada aku, paling penting korang kena jadi diri korang sendiri. Jangan awal-awal je tunjuk baik tapi lama-lama buat perangai. Ingat, mak mertua tu sama tarafnya dengan mak sendiri. Jadi, kalau dia terluka samalah dengan kita lukakan hati mak kita. Kalau semua tu dah dicuba, tapi masih tak berhasil... cuba baca zikir Ya Latiff banyak-banyak kali. Selamat Mencuba. 

p/s: Jangan lupa bantu aku ye... tinggalkan komen kat entry ni dan jugak ENTRY INI



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork