Thursday, April 26, 2012

Kalau Dah Sayang, Buat Apa Pun Sanggup!

As Salam semua

Kalau dah sayang, kau sanggup buat apa je untuk dia. Walaupun sungai penuh buaya, hutan penuh harimau belang, mesti kau sanggup. Inikan lagi kalau setakat jarak antara Kluang ke Batu Pahat tu je yang perlu di redah, celah gigi je. Cehcehceh! Itu tanda sayang. Aku bersyukur sebab dunia blog telah menyatukan dua hati. Dua hati yang tak pernah pun sedarah mahupun sedaging. Tapi sungguh dia ikhlas menyayangi aku. Aku pun macam tu. Seikhlasnya menerima dia, walaupun banyak kali kena cubit dan rasa tepuk tampar kat lengan. Terserlah sifat ke-cikgu-annya di situ ye. 

tudung sama. itu tanda kita telepathy. sehati sejiwa
Semalam, untuk kali kedua aku berdating lagi dengan Cik Puan Bunga. Tapi kali ni lebih thriller. Farrel yang masih belum baik demamnya menyebabkan CPB terbantut langkah. Tanpa segan silu mahupun disuruh, aku terbukak hati offer nak amik CPB sendiri dari sekolahnya. Uh! Horror jugak sekolah CPB. Bilik guru, nun jauh ke belakang. Kena merentas padang kau tahu! Sebelum masuk tu pak guard tanya :

Pak Guard: Awak siapa ye?
Aku: Saya sepupu Cik Puan Bunga, eh Cikgu Norhayati *nasib baik ingat nama penuh. kehkehkeh*
Pak Guard: Ok, ok. Silakan. 

Terus kau, upgrade diri sendiri jadi sepupu. Celah mana sepupunya pun tak tahu. Tapi kalau pak cik nak tahu, ni bukan sekadar sepupu ni, tapi ni dah macam part-time lover dah. Eh, mara pulak Abang Izal nanti! Dalam kereta lagi dah pok-pek-pok-pek. Berbual itu ini, ketawa menangis semua ada. Macam-macam isu dibangkitkan. Sebagai kawan atau lebih tepat lagi, adik kesayangan *marah Embun Nazura*, aku mendengar setiap luahan dengan penuh khusyuk. Memberi pendapat bagi mana yang perlu dan sekali kala menyakat. Itulah bantuan yang dapat aku berikan setakat ni. Memberi pinjam bahu dan telinga untuk Cik Puan Bunga. Melukis seulas senyuman di bibir. Amboi. Macam besar je masalahnya. Eh, tidak. Cik Puan Bunga tu takde masalah apa pun sangat. Biasalah perempuan kan, we need someone we trust to be part of our life. And luckily she choose me! ;) 


Tak sah kalau tak kenyangkan perut. Kang nanti tak memasal pulak buat konsert dalaman. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, giliran aku pulak. Old Town je yang aku mampu. Kalau nak Chillis, Tony Romas ataupun hotel 5 bintang, tunggu aku jadi lawyer ye kakak! 


Tanpa diduga lepas makan dan beli kasut Seha, Cik Puan Bunga hadiahkan aku casing handphone Cath Kidston untuk Cik Berry aku. Honyoh-honyoh comel tersangat-sangat. Rasa macam nak gigit-gigit. Comel macam Adam! And surely, this will make you always by my side kakak. I will remember you all the time! Thank you so much. Meleleh ayaq mata sat! 


Kisah dating kami berakhir di Tutti Fruti. Part paling seronok bila Seha kata muka CPB macam Sabri Yunus. Eh budak Seha ni mulut takde insurans. Nasib baik CPB pun jenis hati kental pesen gengster kampung katanya kan. Jadi mana ada sentap-sentap ni. Kalau nak sentap, aku senapang gajahkan je dia. Heheheh.

Tottaly, aku memang rasa happy sangat dapat dating dengan CPB. Siap main pegang-pegang tangan lagi ni masa jalan. Punyalah sayang. Dah tak ada dah nak cover-cover time makan, apatah lagi time ketawa. Kau balun je. Sebab kau dah rasa dia betul-betul sayang kau. 

Untuk, cikgu cantik aka Cik Puan Bunga, 
       Terima kasih banyak-banyak untuk semua kenangan manis tu. Makin menjadilah ubat guna-guna akak pada kita. Untuk kakak dan keluarga, doa kita sentiasa ada. Semoga tabah dan kuat mengharungi segala dugaan. Sungguh, kita semua diuji dengan pelbagai cara dan Allah itu tetap bersama mereka yang sabar. T_T bergenang. 



p/s: Sayang itu kadang hadirnya tak diduga. 




Sunday, April 22, 2012

Kau Yang Tak Reti Layan Customer!

As Salam semua

Dah mula nampak habuk-habuk halus kat blog aku ni. Oh, maaf lah. Mood berblog ni entah mana dia merayap pun aku tak tahu. Yang penting, idea menimbun dalam kepala malangnya jari malas menaip. My bad. Minggu lepas sumpah aku bizi giler. Sibuk sampai tak makan. Eh, tipu lah muka aku tak makan kan. Kau jangan sekali-kali percaya. Bila kau bizi mula lah semua benda nampak serba tak kena di mata kau. Pegang itu salah, pegang ini salah. Semua tak perfect. Hati ni rasa nak marah je. Dan di kala itu janganlah muncul manusia-manusia yang penuh dengan aura negatif. Memang kena lah kau! 

Dan alangkah sedihnya apa bila muncul seorang makcik peniaga makanan di Seksyen 14, PJ yang selayaknya di list kan sebagai  "busuk punya olang". 


Kau tengok tu berapa ramai yang pernah menghadapi masalah dengan peniaga Melayu. Aku tak amik pusinglah peniaga bangsa lain, itu hal mereka. Ini orang Melayu, orang Islam yang sememangnya tahu 9 daripada 10 bahagian rezeki bermula daripada perniagaan tetapi ambil sambil lewa berkaitan layanan kepada pelanggan. Sedangkan pelangan-lah sumber atau penentu turun naiknya bisnes diorang. Hamek kau ayat sastera aku keluar.

Kisahnya begini, BFF aku yang nama Arief tu start sambung study master kat UM. Makanya, minggu lepas aku tolonglah bantu dia uruskan tempat tinggal and so on. Dijadikan cerita satu petang yang baru rintik-rintik hujan tu, aku dengan akak aku and Arief minum petang dekat Seksyen 14, PJ.  Kalau yang tahu kat situ ada sederet kedai makan yang popular dengan roti canai, otak-otak dan nasi lemak. Kira ada banyak gerai lah. Ada banyak meja. Dijadikan cerita, kami pun memilih untuk duduk kat meja di hadapan gerai bernombor 54. Masa masuk kat kawasan tu, ada ramai abang-abang dan mamak-mamak dok tanya kami nak makan apa, minum apa. Kira semua bersungguh nak pikat kami lah untuk makan kat gerai mereka. Lepas dah order semua, baru nak menyuap nasi ke mulut ni tiba-tiba ada suara seorang makcik ni...

Makcik: Dik, lain kali kalau nak duduk sini kena order sini tau. Order sana duduk sana lah.  
Akak aku: Ha? Ye ke? Tak tahu lah makcik. Sorry
Arief: Mintak maaf makcik. Kami tak tahu. 
Makcik: Kalau macam ni susahlah. Kita pun nak berniaga jugak.
Arief: Mintak maaf banyak-banyak ye makcik. Kami memang tak tahu. 

Kalau kau perhatikan, aku memang tak menyampuk. Aku duduk diam je kat situ sambil makan nasi lemak. Bila aku lapar memang segala saraf aku tertumpu pada makanan bukan benda lain. Dah telan sesuap dua, aku pun bersuara. Jarak antara makcik tu dengan meja aku tak jauh mana. Kiranya suara aku ni boleh sayup-sayup di dengar. 

Aku: Potong stim betul makcik ni. Dari tadi kite masuk, duduk sini sampai order makanan ada dia datang tanya kita nak makan apa, minum apa? Tahan dia duduk melangok kat situ dengan dua anak dia sambil mengharapkan rezeki datang pada dia. Inilah orang Melayu. Langsung tak ada effort untuk berusaha. Orang lain once nampak pelanggan datang berumpu-rumpu nak amik order tanya nak apa semua. Dia boleh duduk situ berdiskusi macam menteri besar. Than bila orang lain tak order dekat dia, kata orang lain tutup periuk nasi dia. Lagi satu, dah tau kawasan ni penuh dengan pesaing lain yang lagi hebat, tak payah meniaga kat sini. Pergi meniaga yang kau sorang boleh conquer tempat tu. Jadi takde lah customer orang lain duduk tempat kau. Nak lagi selamat, kau tulis atas meja "MEJA INI UNTUK CUSTOMER KEDAI INI SAJA!" baru senang orang tau. Ini tidak, nak marah customer tak memasal. Kau yang tak reti layan customer

Arief dengan akak aku tengok aku kebil-kebil. Aku memang saje kuatkan suara aku. Bukan nak perli, tapi kalau terasa baguslah! Aku rasa ini adalah salah satu perangai peniaga Melayu yang perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh kalau nak berjaya macam peniaga bangsa lain. Sikap mengharap rezeki bergolek tu dalam zaman serba moden ni dah tak boleh pakai. Usaha tu yang penting. Even dalam Islam sendiri pun kita kena usaha dulu barulah disusuli tawakal. Bila orang lain lebih di kata orang tu pakai bomoh atau mandrem kuat. Mulalah banyak fitnah berlaku. Diri sendiri ada dicermin dulu?

Dalam berniaga ni, pelanggan lah perlu di jaga. Memang betul kadang-kadang ada pelanggan yang super duper annoying diva nak mati. Itu memang patut kau back-hand kan aje, tapi janganlah tak memasal kau jerkah customer macam tu. Kau cakap cara elok salah ke? Ini orang nak makan tau. Menghadap rezeki Allah. Memang sungguh, lepas daripada tu, spoil sangat mood aku. Sebab aku kesian peniaga Melayu yang tak beradab macam tu. Macam mana rezeki nak barokah?

Sebelum nak balik tu, aku saje dengan Arif and akak aku mintak pekerja yang kita order tadi untuk clean up kan meja tu seperti asal. Than, sebelum berlalu pergi aku pergi kat makcik tu beserta anak-anak dia dan...

"Terima Kasih ye makcik bagi kami TUMPANG SEKEJAP kat meja MAKCIK tu!" 

dan pergi. Yang aku perasan makcik tu tak pandang pun muka aku. Meluat agaknya. Padan muka. Sapa suruh cari pasal time orang nak menghadap rezeki! 




p/s:  Usaha itu tangga kejayaan. Bukan senang! 



Thursday, April 19, 2012

Jangan Takut Cuba Benda Baru! Its Fun!!!!

As Salam semua

Penat. Sangat penat. Tapi enjoy. Haa itulah perkataan yang boleh describe perasaan aku saat ni. Hehehe. Weekend lepas, aku buat satu part-time job. Simple job actually. Alhamdulillah, dapat lah tambah duit kocek kan. Bertempat di Dataran Shah Alam dan diuruskan oleh Syarikat Shapadu. One of the best oil and gas company milik bumiputera. Dorang punya family day.

Apa yang bestnya? Sudah pasti, aku jumpa kawan baru. Yang sama kepala ting-tong macam aku. Mulut pok-pek tak berenti pun macam aku. Kehkehkeh. Cool. Nama dia Zila. Memang kepochi. So, penat tu terubat lah sikit bila ada kawan macam tu kan. 


Another thing yang memang menambah happening adalah, aku mencuba banyak benda baru masa event tu. Sekali sekala kan mencabar diri sendiri.

1. Bermanja dengan ular. (Ini kalau tak iye-iye mungkin boleh pengsan!)

Nama dia Sepet. Jenis Ball Pyhton. Usia setahun lebih kot. Comel dan baik je. Mula-mula memang aku geli. Tapi dah lama-lama dia ok. Dok belit-belit je kat badan. Bila aku post gambar ni, ramai yang geli. Hahaha. Suka aku mendajal orang. Ular ni bersih. Selalu mandi, kata tuannya. Seorang abang askar yang sangat peramah. Sepanjang 2 hari tu, aku dok manja dengan Sepet je lah. Tiba-tiba rindu Kontot. 



2. Belon Panas

Ini memang superb-fun. Aku sendiri tak sangka dapat naik belon panas ni. Ye lah, selama ni dok dengar orang cite masa kat Putrajaya tu je kan. Fun-fun jugak tapi azabnya nak naik benda ni. Mak datuk! Aku rasa kena bagi pre-caution sikit pada kaum wanita kalau nak naik. Sebabnya, kau jangan mimpi dia ada pintu kat bakul dia tu. Kau kena melangkah bakul tu yang tingginya lebih dari paras pinggang dengan hanya ada satu lubang pemijak. Kalau badan kecik memang senang lah, tapi yang saiz macam aku memang azab. Peluh jantan pun keluar. Aku sendiri stuck masa nak keluar. Aduhaiiii. Walau apa pun, memang awesome sebab nampak pemandangan Bandar Shah Alam di malam hari. 




3. Kuda

Kau jangan harap aku nak tulis caption MENUNGGANG KUDA. Mahu pengsan kuda tu kalau aku tunggang kan. Hehehe. Nama kuda ni Machang. Tapi masa budak penjaga tu panggil Machang, kuda tu dok geleng-geleng. Than aku pun ubahlah nama dia. Aku panggil Macha! Kuda tu angguk-angguk. Aloh comel. Sebab tu dia sudi gambar dengan aku. Deyyyy Macha!!!




4. Emcee

Untuk event tu, jadi emcee sambilan memang seronok. First time aku buat event macam ni. Jumpa pulak dengan abang Suffian, bekas ahli kumpulan nasyid, Saujana dan sekarang jadi juruhebah untuk IKIM.FM dan Al-Quran Interaktif kat TV1 tu. Memang banyak pengalaman dia. Dan aku pun menimba ilmu sama lah dengan dia. Yang baju hitam tu pun hebat. Suara dia best. Dok melayan kepala weng aku jadi emcee. Tak sangka pulak dorang ajak aku untuk jadi dj radio internet. Insya-Allah kalau ada kelapangan, aku pergi lah. Explore benda baru kan. Memang excited. 




5. Ceramah Perdana

Untuk sebelah malamnya, ada ceramah perdana yang sangat best. Tajuknya Cinta Muka Buku. Moderator untuk malam tu adalah Ustaz Fauzi dan penceramahnya adalah Ustaz Zul yang selalu ceramah sambil nyanyi-nyanyi tu dan Prof. Dr. Muhaya. Allahu rabbi. Cantiknya Prof. Muhaya. Suara lemah lembut, cantik dan sanagat memukau pandangan. Aku terbuai-buai dengar suara dia. Ceramah dia tu boleh rasa feel macam nasihat seorang mak pada anaknya. Alhamdulillah.


Memang seronok bila ada event macam ni. Kau akan dapat kawan baru, pengalaman baru dan paling penting semuanya berharga. Kira boleh buat aku senyum sorang-sorang lah bila kenang balik. Penat pun rasa hilang je sebab best moment tu banyak. Yang paling penting, cuba benda baru. Barulah hidup bertambah seronok. As long as, cuba benda baru yang baik-baik lah. Bukan buat merepek meraban!  Ini ada lagi beberapa gambar sekitar majlis. Enjoy ye. 

stay sini. Ok? 
yeay. kakak ccomel. Nama dia Kak Aiesyah. Juga sekepala. 
Ni aku amek masa kat dalam Hot Air Balloon tu. Aku kat balloon lagi satu. 
The audiens waiting for ceramah
Budak-budak main benda terbang-terbang tu. Jeles aku. Masa kecik tak dapat. 
nama dia Popcorn. Final engineering student of Uniten. Sporting sangat. Jumpa lagi kawan baru. 
Ni marching band dari Sek. Tinggi Klang. Awesome guys!

p/s: happy sangat! 


Tuesday, April 17, 2012

Dalam FB Lain, Kat Luar Lain...

As Salam semua

Ini kalau aku cerita ni, mesti ramai yang setuju ni. Sure. Ramai yang terkena sebenarnya. Pasal facebook. Aku memang tak nafikan kebaikan facebook. Mana taknya, kawan - kawan kau yang masa hingus meleleh entah mana hilang pun kau boleh jumpa balik. Mamat kelas sebelah yang kau admire gila sampai gaduh dengan kawan korang tu pun kau boleh keep in touch balik. Semua gara-gara FB kan.


Tapi, ada satu perangai umat manusia dalam FB ni yang aku tak berkenan. Naik meluat pun ada. Tak tahu apa pasal. Perangainya ialah bila dalam FB, bukan main dia dalam Friend List kau. Komen dan Like status mahupun gambar kau. Tapi bila jumpa atau terserempak di realiti, amboiiiiiii muka kau pun dia tak pandang. Apatah lagi nak melemparkan senyuman seikhlas bunga kembang mekar. Memang jauh panggang dari api.

Dah kenapa kau ni? Apa jauh beza sangat ke gambar profile di FB dan di realiti. Tak edit pun. Biasa je. Sama je aku tengok. Muka talam ni jugak yang kat FB tu. Takde pulak aku pakai gambar Diana Danielle. Apatah lagi guna gambar Angelina Jolie sebagai DP FB aku kan. Tak langsung kenal aku. Padahal nampak ni. Lagi dasyat, kawan sama-sama sekolah dulu pulak tu. Aku je yang senyum sorang-sorang pada dia. Kawan katanya kan...Kalau alasannya ialah segan, aku tak dapat nak tolong apa lah sebab dekat FB bukan main mengomen, me-like bagai. Apa salahnya kalau tegur secara depan-depan. Kan bagus. Lagi seronok. 

Gitulah perangai manusia. Rencam kan. Kalau korang jumpa kawan-kawan, toksah lah nak sombong sangat. Senyum pun dah ok. Bukan apa, kata nak mengeratkan ukhuwah. Jadi, salam dan bertanya khabar itu kan elok. Tak perlulah hanya di FB sahaja. Jadikan persahabatan itu lebih seronok dan lebih bermanfaat. 



p/s: Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam...




Friday, April 13, 2012

Nak Tipu Pun Agak-Agaklah!

As Salam semua

Dah lama pulak aku tak post entry edisi panas hati. Macam Karam Singh Walia pulak. Tapi kalau ikutkan hati memang aku nak panggil je mana-mana wartawan suruh terjah orang-orang macam ni. Keje nak menipu je tak habis-habis. Geram aku. Ceit!



Hari Rabu lepas aku ke Mid Valley dengan Cik Lyeen. Nak tanya pasal upgrading OS5 kepada OS6 untuk BB aku. Pegi 3rd floor (tempat-tempat gadget) than aku tanya satu kedai kat situ. 

Aku: Boleh upgrade os5-os6 untuk Bold 2?
Cina Mid: Tak boleh! Bold 2 memang restricted untuk os 5 saje! 
Aku: Ha? Tak boleh, tapi i bukak BB webpage kata os 6 compatible untuk semua Bold and kawan i pun upgrade. Boleh je?
Cina Mid: Mana ada! Kalau kawan u boleh, u suruh dia lah! Buat apa datang sini?
Aku: *eh kau ni. aku tanya baik-baik jawab gtu. Malas nak bertekak* Takpelah thanks. 

Pegi kedai betul-betul sebelah kedai tadi. Cina Mid tu tengok je kiteorang. 

Aku: Sini boleh upgrade os5-os6 for bold 2?
India Mid: Boleh. Bold 2 boleh upgrade untuk os 6. Tapi kiteorang takde service tu. You kena pergi kedai software. 
Aku: *yesss! aku pun apa lagi terus jerit kuat sikit*. Haaaa boleh kan! Os6 boleh masuk Bold 2. Kalau tak tahu cakap tak tahu, jangan cakap tak boleh. *sambil aku jeling cina tadi. dia buat dek je!* 

Than, semalam aku ke Digital Mall dengan Yaya. Pergi satu kedai kat 2nd floor. Datang seorang cina dan aku pun tanya. 

Aku: Kat sini boleh upgrade BB dari os5 kepada os6 tak?
Cina A: Boleh. Tapi takes time sikit
Aku: Any charges? 
Cina A: Yep. RM 80. *muka kerek macam nak tak nak je layan!*
Aku: Ha? 80? *mahalnya* than any back-up for my data or it will be lost? 
Cina A: Lost. Just like you re-format your phone. Kalau nak back-up tambah lagi duit.
Aku: Hmmmm, takpelah. Thank you. 


Muka aku tak puas hati ni. Dalam kepala dah mula pikir, tak kan mahal macam tu? Gila apa! Pegi lagi tanya satu kedai, betul-betul depan kedai tadi. 


Aku: Sini boleh upgrade os5 to os6 for BB? 
Cina B: Boleh. 
Aku: How much for that?
Cina B: RM 30 only and it takes 20 minute. 
Aku: What! *mata bersinar. murah kot* Siap back-up ke? 
Cina B: Ye, siap backup. Jangan risau. Tak hilang data awak. 
Aku: Ok, deal. 

Aku terus pandang Yaya. See. Senangnya orang sekarang nak menipu pelanggan hidup-hidup. Macam tak percaya aku. Dalam masa split beberapa second, aku boleh terselamat dari jadi mangsa penipuan. Kalau aku taksub dengan Cina A tadi tu, sia-sia ke boleh melayang duit aku gitu je. Padahal benda yang dimasukkan sama je. Aku tak tau lah cina A tu jenis racist ke apa, tapi memang sangat melampau lah harga yang dia letak tu. Cina B tu, walaupun muka macam nak tak nak je layan aku, tapi cara dia bagus je. Sabar layan aku tanya itu dan ini. Yang paling penting, harga dia letak tu memang berpatutan. 

Kesimpulannya, 

1. Sebagai pengguna, kita kena rajin survey harga. Jangan terus percaya pada satu peniaga.
2. Kalau orang tu kerek layan kita, kita tinggalkan je. Macam kita nak hape je dilayan begitu. 
3. Peniaga atau mereka yang berkaitan customer service, janganlah bias-bias antara customer dan layanlah customer anda dengan elok. Mereka kan sumber rezeki anda!


p/s: entry ni bukan nak melaga-lagakan sesama kaum. Cuma peringatan kepada semua pengguna sahaja! Don't get it wrong. 








Thursday, April 12, 2012

Dating Dengan Blogger Sabah Pulak!

As Salam semua

Dating lagi. Ehem memang seronok. Blog ni memang penyatuan dua hati lah. Tak kira lah kau duduk sorang Utara mahupun sorang Selatan. Tapi kalau ada jodoh, Insya-Allah bakal ketemu juga. Masa cuti mid-sem lepas, dah jumpa dah seorang blogger yang paling cun abad ini. La ni, bila balik KL, Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan salah sorang blogger comel jugak. Cute je budaknya. Sopan je. Cakap lembut je. Tak macam aku, cakap macam pakai speaker. Kehkehkeh.

Blogger yang aku maksudkan adalah Cik Lyeen. Dia ni memang dari hari tu dok mengajak aku untuk dating. Sebab kiteorang dekatnya, sebelah-sebelah campus. Kalau kentut pun bau lah senang ceritanya. Jadi, dipendekkan cerita, semalam sempena Hari Agong, aku pun berdatinglah dengan Cik Lyeen kat Mid Valley. 

Cik Lyeen comey kan? 
Amacam comel tak? Haruslah comel kan. Lembut je dia. Taksub aku terbuai suara lembut dia. Part paling best, Cik Lyeen belanja aku makan McD semalam. Weehooo! Suka ;) terima kasih Cik Lyeen. Macam-macam kami borak kan. Dari cerita kampus membawak kepada Sabah semua. Pandai ni Cik Lyeen promote hometown dia, Tawau. Aku lagi meroyan nak pi Sabah sebab macam-macam ada! Aiyoooo feeling naik beloon bah! Aku macam teruja sangat nak jejak kaki ke Sabah. Banyak tempat best je dengarnya  ni ha... 

Lepas dari borak dan makan-makan tu, Cik Lyeen kata nak pegi usha buku sekejap kat MPH Bookstore. Nak habiskan baucer buku dia. What? Belum habis! Bagi kat aku sekeping dua. Sekejap je aku boleh setelkan. Kehkehkeh. Tapi at last, bukan dia yang membeli nya. Orang yang takde baucer buku ni yang beli. 

moga menjadi panduan seumur hidup aku yang sering leka ni
Aku suka terjemahan Quran ni sebab presentasi dalamannya memang mesra pengguna. Dia combine sekali ayat Qurannya dan terjemahan sebelah-sebelah. Tak perlu selak-selak depan-belakang-depan belakang, dan paling menarik setiap intipati ayat tersebut di-bold-kan. Jadi memang mudah nak faham ayat berkenaan mengenai apa kan. 


Lepas dari pergi MPH Bookstore tu, aku rasa macam kosong pulak tak bagi apa-apa pada Cik Lyeen. Aku pun singgah Miss T Shop sekejap.*time ni Cik Lyeen pergi toilet.* Belikan souvenir untuk Cik Lyeen. Segan ah orang berbudi kita tak reti berbahasa kan. Harapnya Cik Lyeen suka dengan souvenir tu. Sebab aku memang suka sangat dengan benda tu, dan aku pun ada satu! Guess what???

Kalau nak tahu, korang kena lah datang Blog Cik Lyeen Cupcakes ni. Tunggu dia update nanti okeh!


p/s: Ehem, dengan sapa lagi ni nak dating? *mencari mangsa*







Tuesday, April 10, 2012

Hadiah Dari Pak Nil, My Inspiration Tu!

As Salam semua

Ok, ini cerita ohsem. Sangat ohsem. Sampai aku naik gila sekejap. Punyalah tak percaya. Kalau kau nak tahu, aku memang minat nak mati dengan Pak Nil. Sapa tak kenal, entahlah.Yes, dia inspiration aku nombor satu dalam bidang pengacaraan. Ewah.

Dan tak sangka, cabaran yang aku bagi pada salah sorang BFF aku disahut dengan jayanya. Semalam, kat kolej Bestari UM,  Aznil datang untuk satu event mereka. Kawan aku tu, lupa nak bagitau aku padahal siangnya aku dengan dia sehari suntuk. Aku rasa macam, peh menyesal gila lepaskan peluang ni. Gigih pulak lah kan malam-malam datang sana naik cab semata-mata nak jumpa Aznil, jadi aku pun cabar dia untuk dapatkan autograf Pak Nil. 

Pak Nil in action
Tak sangka, cabaran tu berjaya! Fuhyoooo.... gembira rasa hati wei. 

Fateen Innanie <3 Pak Nil

Uh-uh-uh. Terharu nye rasa. Bangga pun ada sikit ni. Alahai, terima kasih banyak-banyak ye Kal. Kau sahut cabaran aku dengan jayanya! Esok lusa, mana tau jumpa Pak Nil in live kan. Amin.



p/s: Aznil pun study UM jugak ;)



KLIA Ekspress. Feeling Orang Kaya Sekejap!

As Salam semua

Yes, mid-sem break telah tamat secara rasmi. Sekejap? Sudah pasti. Tak puas hati? Memang pun! Kena akur. Walaupun, cuti mid-sem kali ni sangat bermakna kerana dapat jumpa pujaan hati. Ewah. 

Kalau aku balik KL, salah satu perkara yang paling aku tak gemar adalah naik tren. Sebab dari TBS nak ke UM, kena tukar dua train. Iyer, memang gigih. But that is the only way yang paling jimat. Kalau nak dicompare naik teksi kan. Selalunya, aku hanya menggunakan khidmat cab bila dari UM-TBS bukan TBS-UM. Sebab utama, harga UM-TBS cumalah RM 15 tapi kalau TBS-UM naik sampai RM 30. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal guna jalan yang sama. Oh mungkin pakcik teksi TBS guna minyak RON 97 kan? 

Abaikan. Itu cuma satu luahan hati pengguna. 

Disebabkan, malas melampau *akibat peningkatan lemak tepu yang memang banyak*, maka aku cuba salah satu kemudahan yang ada di TBS. Dah lama kawan aku suggest sebab KLIAXPRESS ni memang super laju katanya.. Tapi tak confident kan. Maklumlah, aku ni kalau bab mencuba-cuba benda baru ni memang payah sikit. Pasal akak aku, ada sekali so why not try kan. Feeling orang kaya sekejap, cuba naik KLIA Xpress. Kalau dah nama selesa, tang harga tu terpaksa lah engkau orang berkorban sikit. Lebih kurang je kosnya kalau naik kemudahan lain. Untuk KLIAXPRESS, for adult RM 4.20 sahaja untuk TBS-KL Sentral. Kanak-kanak tak pasti pulak. Sebab aku belum jadi ibu kan. Tu malas amik port. 


Dengan berbekalkan harapan "nak cepat". Oh yes, memang cepat dan super laju KLIAXPRESS tu tapi ketercepatan aku dibantutkan dengan ketidak pantasan staff kaunter tiker. Ceit! Aku benci kalau orang tengah kerja tapi feeling diva tahap miss world. Lembap nak mati. Memang maki-maki je dalam hati ni woi! Pasal dia, KLIAXPRESS kelihatan sangat lembap ketika itu. Aku terpaksa tunggu next train 27 minit lagi. Oh Damn. Sabar je aku.

Dan, kesabaran aku dibalas dengan keenakan yang maha speechless. Kalau naik Rapid Train korang boleh nap sekejap, apatah lagi naik KTM Komuter kan korang boleh bangun-tidur-bangun-tidur semula. Tapi KLIAXPRESS memang dasyat dan maha selesa. Feeling duduk overseas sekejap. Memang laju. Super laju. Bontot belum panas lagi, tau-tau dah sampai.

Muka jakun
sila abaikan dagu nombor dua aku tu

View yang sempat dicapture

kau tengok seat yang maha empuk tu. tak payah berebut-rebut.
hari Ahad ni lapang macam ni

aku suka gambar ni. effect kat mirror tu macam epik sangat

Kini, rasanya memang aku naik KLIAXPRESS je lah lepas ni. Tak payah bergigihan menapak dan berhimpit-himpit macam sardin. Dari KL Sentral untuk train ke UM (aliran Kelana Jaya) biasanya lengang. So, lepas ni tak payah nak berbasah ketiak lagi. Kehkehkeh.





p/s: Al-Fatihah buat sepupu aku, Ustaz Murad Jaafar yang meninggal petang tadi. Arwah banyak membantu masa ayah aku jatuh sakit. Rupanya, dia pergi dulu. Al-Fatihah.








Sunday, April 8, 2012

Inilah Orang Kita...

As Salam semua

Apa kata kau baca entry aku kali ni dan fikir. Itu saje. Last sekali, sebelum habis senyum dan tinggalkan komen. Boleh? Janji tau...



Orang kita, bila nikah cepat-cepat tanpa tunang
dikatanya pengantin perempuan dah berisi

Orang kita, bila nampak majlis buat besar-besar
dikatanya menunjuk-nunjuk

Orang kita, bila nampak majlis buat kecil-kecilan
dikatanya kedekut taik hidung masin

Orang kita, bila nampak lelaki tua dengan perempuan muda
dikatanya bini nombor dua

Orang kita, bila nampak ada orang tak dikenali senyum,
dikatanya cuba menggatal

Orang kita, bila nampak orang sebelah untung sikit,
dikatanya pakai mandrem atau  kuat bomoh

Orang kita bila nampak lelaki berserban
dikatanya dia buat-buat malaikat

Orang kita bila nampak budak kurus
dikatanya mat ganja

Orang kita bila nampak anak Melayu cakap bahasa inggeris,
dikatanya mengada-ngada

Orang kita bila nampak benda tak elok
dikatanya dan dikutuk

Orang kita bila nampak benda elok
tetap mencari yang tak elok


jadi, itulah orang kita kan?



p/s: sebenarnya banyak lagi perangai  orang kita




Wednesday, April 4, 2012

Makin Galak Cam-Whore!

As Salam semua

Yeay! Inilah hari yang ditunggu-tunggu buat sekelian geng Android. Kalau dulu, Iphone boleh berbangga sebab adanya Instagram, aplikasi camwhore yang sangat eksklusif, tapi hari ni akhirnya Instagram boleh juga digunakan oleh pemilik Android. Dan sudah semestinya akulah insan yang terpaling gembira. 

cepat sikit loading bar, aku dah tak sabar ni!

Sudah semestinya semakin camwhore aku. Makin banyak gambar-gambar cantik yang aku nak share dengan satu dunia.  Sebab aku percaya dari mata turun ke hati. Dan semuanya bermula Hanya Dari Mata. *ecececeh macam nama blog sapa lah tu kan? (sambil mata pandang header)*

Jangan lupa untuk be my follower : Innanieariff


p/s: penggunaan perkataan cam-whore disini bermaksud 'gila-camera' bukan sebagaimana dalam wikipedia. peace yaw!




Tuesday, April 3, 2012

Terbantut & Terkujat

As Salam semua

Kononnya, nak mulakan pagi dengan senyuman...tapi rupanya senyuman kerang yang aku dapat. Sabar ye Fateen! Hari ni, memang dah plan dah dalam kepala nak update pasal projek pancake semalam. Jugak ada lah terdetik nak update segala macam file yang bersepah dalam laptop ni. Malangnya, apakan daya bila di-on sahaja laptop, jadi warna biru dan tertulis file is corrupted. Huwaaa!!! Melalak aku dalam bilik. *propa lebih. Takpelah, dah sampai masanya kan untuk diselenggara. Gigihkan jugaklah menghantar ke kedai bertemankan Cik Bihah sebentar tadi. Walaupun hati terasa berat kan. Yes, a very good start of my mid-semester break. Sabar je lah! 

Memanglah rasa sedih, tapi hidup perlu diteruskan ni. Blog perlu diupdate ni. Kehkehkeh. Semangat kononnya! Nasib baik ada netbook cute, hadiah TM Wifi ni.  

hero pujaan nombor dua. nombor satu Dell aku lah
Semalam, aku dengan adik aku first time buat pancake. Yer, lempeng dalam bahasa melayunya. Tak susah mana pun *bajet masterchef lah tu* sebab kiteorang guna instant mix-pancake. Bubuh telur sebutir dan adunlah dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah menjadi. Gebu-gebu dan manis macam kiteorang. Disaluti pulak Hershey's Chocolate Syrup. Terangkat beb!

apasal tak macam dalam gambar kat kotak tu?
tapi ini juga masih sedap. blueberry flavour
Malam tadi, sebelum tidur tengok bloglist nampak Fatin Liyana update blog. Before that, welcome back home dear, FL. Untung orang tu ber-Korean sekejap. Heheheh. Sekali aku pun masuklah blog dia, tu diaaa...terkujat sekejap aku tengok. 


Meleleh aku tengok wei, 654 orang sekali masuk trafik. Ini betul-betul superb! Ni waktu aku masuk ni, lebih kurang pukul 2 pagi tau. Kau tengok, retis tak retis budak FL ni. Bilalah aku nak merasa macam ni. Boleh pengsan aku kalau sekali datang macam ni ramai. Retis-retis FL, dia tak guna pun cara mudah untuk jadi blogger famous ni. Lagi-lagi yang nombor tiga tu. Kalau kau tak percaya, aku boleh buktikan!



p/s: bertabahlah bila laptop masuk wad kan....





Monday, April 2, 2012

5 Cara Mudah Jadi Blogger Hebat!

As Salam semua

Dah ramai dah blogger kat luar sana cerita pasal tips menjadi seorang blogger hebat. Uiish bukan satu dua blog, banyak juga. Tapi nasib-nasiblah. Ada yang jadi, ada yang tidak. Tapi tips yang bakal aku bagi ni, kalau kau amalkan for sure menjadi. Believe me.


Satu. Kau kena cantik

Kalau kau tak cantik, jangan haraplah kau nak jadi blogger hebat, apatah lagi blogger retis yang bakal dijemput ke semua event, majlis-majlis rasmi dan tak rasmi, juga gathering. Sebab bila kau cantik, kau akan menaikkan lagi mutu gambar-gambar event tu. Kalau ada rezeki korang, terus korang dapat jadi spoke-person mahupun model untuk produk-produk terkenal dan terkemuka yang memang mengeksploitasi wanita secara diam-diam. 


Dua. Kawan dengan blogger-blogger yang cantik jugak

Ye, ini kira inisiatif untuk yang tak berapa cantik lah. Kau kawan dengan blogger-blogger yang cantik, mesti tempias tu dapat punya. Kira korang boleh mencapub sama-samalah. Kalau yang tak cantik ni apa je ada? Nak bawak majlis pun malu. Lagi yang gemuk kan? Haish, babailah! 


Tiga. Kau kena sombong 

Kau jangan layan blogger-blogger bawahan, newbies, mahupun blogger picisan. Apa kelas dorang tu. Boleh bawak manfaat apa je dekat blog korang kan. Buat penat jari je melayan mereka. Baik kau layan dengan membalas komen rakan blogger yang hebat-hebat je. Dorang boleh sumbang fame,traffic, comment dan segala macam kepentingan dalam blogging. Yang ikan-ikan bilis ni, kau bohlayan je. Buat tak nampak. 


Empat. Boyfriend Kacak 

Ye, satu lagi daya penarik utama. Kau boleh gunakan boyfriend korang tu. Orang memang suka baca kisah-kisah suap-suap makanan antara kau dengan dia. Dalam sehari tu, kau cuba update blog kau dengan 6 entry aktiviti bersama boyfriend kau. Gerenti, naik rating blog kau.


Lima. Gambar Banyak-banyak

Ini juga memang superb-idea. Aku sarankan, korang yang bercita-cita nak jadi blogger femes amous ni, tepek gambar korang sampai 20 keping dalam satu entry dengan posing berbeza. Tajuk entry hanyalah "Makan." dengan caption tak sampai sepuluh patah perkataan. Aku boleh jamin, memang korang pemes lepas tu. Sebab otak readers dah terlekat muka kau sorang! So mana-mana pergi, memang muka kau je dorang ingat disamping posing yang pelbagai. 


Jadi, apa kata korang? Cubalah. Sebab keberhasilannya sangat dijamin. Aku? Takpelah, sebab syarat pertama lagi dah fail.



p/s: Think it another way round, and you will get what i mean! tq






Sunday, April 1, 2012

Selalu Dalam Blog. Sekarang Depan Mata!

As Salam semua

Bukan sekali dua, malahan dah banyak kali dah perempuan ini muncul dalam entry-entry aku. Malahan dia juga menjuarai carta aku untuk 7 Blogger Wanita Cantik Dambaan Hati. Dan memang selayaknya dia juara carta. Cik Puan Bunga. Awesome as her name. Dia memang cantik. Bukan sekadar cantik, mulut pot-pet-pot-pet macam dah lama kenal. Padahal itulah kali pertama jumpa. Sah! memang menjadilah ubat guna-guna dia dekat aku. 

meet the gorgeous, Cik Puan Bunga
Memang mencabar jugak nak jumpa CPB ni. Masa first time planning, tak jadi. Sedih. Tapi tak kan nak mengalah kan. Insya-Allah kalau jodoh kuat memang tak kemana. Alhamdulillah, pada hari yang bertaqdir ini dipertemukan juga dua hati yang saling sayang-menyayangi. Ecececeh! Bukan tu je, CPB bawak sekali buah hati pengarang jantung aku Adam Irfan Xaharis yang memanglah super adorablenya. Keletah dia buat CPB tak senang makan. Padan muka.... 

tang mata dengan bibir tu. sapa tak tergoda woi!
Since first time aku kenal CPB ni di blog, memang hati aku dah terdetik yang dia ni jenis kepochi macam aku. Kiranya kau letak pelusuk mana pun dia boleh hidup. And it's true beb! Ngam je kepala aku dengan kepala dia. Ada je benda nak cerita. Sekejap serius, sekejap ketawa. Maklumlah semua benda dikongsi bersama kan! Sumpah, aku rindu saat-saat kita bersama kak! 





Terima kasih banyak-banyak untuk lunch treat tadi. Pizza Hut rasa enak sepuluh kali ganda bila ada orang belanja. Kehkehkeh. Terima kasih jugak buat peluk cium akak yang memang ikhlas dan syahdu tadi tu. Oh, sungguh blog menyatukan dua hati. Sungguh aku sayang CPB dengan Adam sangat-sangat. 

Yer, mengikut saiz! 
Sesi men'jinak'an Adam
and finally Seha yang untung. Sebab Adam pose comel!!!
So CPB, next is my treat! Pekena kopi stesyen dan roti bakar. Barulah boleh sembang kencang kak! Jangan lupa kakak, raya kita buat bara-an sebab mak kita kata dia nak tengok Adam pakai baju besday dia. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak. To be honest,  aku rindu dah kat CPB ni. Lagi-lagi si kecik handsome k-pop tu! 



p/s: Next, blogger mana yang sudi dating dengan aku?



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork