Tuesday, May 29, 2012

Lelaki Lebih Kreatif Sebenarnya?

As Salam semua

Rasanya sekarang dah boleh aku lupakan babak-babak kisah manusia songsang. Actually bukan lupakan lah. Cuma tinggalkan sekejap dalam blog ni. Progress akan diberitahu kelak. Kang kalau tiap-tiap hari aku cerita benda yang sama, tak memasal je kena carut dengan reader. Takde idea ke hape kan? 


Dalam hidup aku, aku suka sangat dengan benda yang kreatif. Benda yang mungkin plain di mata manusia biasa, tapi di mata mereka yang celik seni *bajet aku celik seni sangatlah!, itu dikategorikan 'masterpiece'. Susah nak jumpa manusia yang kreatifnya melampau sebab manusia menilai daya kreativiti berbeza-beza. Ada orang kata, hitam itu manis. Orang lain pula kata hitam itu misteri. Tapi bagi aku hitam adalah penyelamat. Sebab semua benda boleh dicover dalam warna hitam. Baju hitam sorok lemak-lemak manja di badan. Bilik gelap hitam sorok barang bersepah. Rambut hitam sorok uban putih. Tapi kalau hati yang hitam, mintak maaf. Tak boleh sorok! 

Usia aku menginjak 23 tahun ni, aku selalu melihat kaum yang tak sejantina dengan aku sebagai mahkluk yang super kreatif. Kreativiti mereka sangat memikat hati. Mungkin jugak sebab aku the opposite gender kan? Luar batas, luar minda dan luas maknanya. Mereka bijak mengambil hati orang sekeliling dengan ke-misteri-an yang dikurniakan Allah pada mereka. Mereka diam, tapi mereka berfikir. Mereka bercakap bila perlu. Paling penting mereka bijak memainkan peranan sebagai seorang lelaki dengan akal kreatif. 

Kau tak payah tengok jauh lah. Kau tengok dari segi blog sahaja cukup. Memang diakui, blogger ramai di kalangan perempuan, tapi sekali blogger lelaki muncul rating mereka lebih senang naik dari perempuan. Gaya penulisan mereka bersahaja. Guna gua dan lu sebagai kata ganti diri. Bukan I , you. Guna kata-kata lucah mahupun biadap dalam keadaan yang seeloknya dan di tempat yang betul. Mereka 'menganjing' dengan penuh kesusilaan. Dan walaupun idea utama entry sedikit merapu meraban, tapi jelas memikat hati. Cukup asam garam. Layout blog simple dan minimalis. Tak perlu lagu, font bunga-bunga apatah lagi gambar-gambar pose 'perasan'. Mereka jadi diri mereka sendiri. Memang aku tabik! 

Aku tahu, memang disini ada gender bias. Tapi aku rasa itu adalah satu fakta yang perlu diakui. Perempuan punya cara tersendiri untuk memikat. Dan tersangatlah jeleknya kalau skill lelaki diguna perempuan untuk menonjolkan diri. Masing-masing punya kekuatan tersendiri. Asalkan kita bijak menggunakannya. Cuma kadang-kadang perempuan akan jadi annoying bila skill itu di tambah dengan gedik yang dibuat-buat. Meluat! 



p/s: aku admire 3 lelaki blog ini : downgila, syazwan, kroniknya dunia

Monday, May 28, 2012

Menegur Kawan Bukan Kerja Mudah

As Salam semua

Balasan "Satu Malam Dengan Gay" rupanya tak terhenti setakat itu. Buat masa ni, Alhamdulillah feedback positif yang aku terima. Kalau kau nak tau, masa aku publish entry ni, macam-macam yang aku fikirkan. Maklumlah bukan senang penerimaannya kalau kita sentuh isu sensitif macam ni. Silap gaya, silap hari bulan memang boleh kena attack beramai-ramai. Tapi, aku betulkan niat. Bukan untuk menghukum atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak, aku buat sebab aku rasa ini tugas kita sebagai sesama Islam. Lagipun dia kawan aku. Tak kan aku nak tengok je dia hanyut sorang-sorang. Tak sanggup lah. 


Kadang-kadang aku pernah terfikir, kenapa aku perlu berhadapan dengan masalah dunia macam ni. Aku sendiri ada masalah. Ni tambah lagi dengan benda mengarut macam ni. Stress tau bila orang-orang yang rapat dengan kita buat benda yang menentang arus. Kau akan rasa geli ada, meluat ada, geram dan marah sudah tentu lah. Tapi, salah sorang kawan aku bagitau aku jawapannya. Jawapan yang membuatkan aku betul-betul sejuk hati dan semakin kuat. 

"Allah bagi kau kawan macam tu, sebab kau kuat. Kau boleh handle semua benda tu. Kau boleh bawak dia kepada perkara yang betul dan kau berani untuk bersuara sedarkan dia!" 

Macam tu lah yang kawan aku bagitau aku. Entahlah. Aku rasa diri aku macam tak kuat. Tapi setakat ni Alhamdulillah semua benda-benda masalah dunia ni, aku tolong mana yang mampu. Setiap kali aku rasa buntu, aku cuba fikir dan tanya mereka yang lebih arif apa yang patut aku buat. Benda macam ni kan berkaitan iman dan akidah. Sungguh, aku terharu bila feedback yang aku terima juga menyokong apa yang aku buat. 

Entry tu jugak rupanya menginspirasi ramai orang kat luar sana. Bukan sekadar untuk lelaki yang tersalah arus, perempuan juga ada. Perempuan yang berdepan situasi yang sama dengan aku. Punya kawan sebegitu. 






Bila kita berkawan, perkara yang paling susah untuk kita ucapkan adalah untuk menegur kesalahan kawan kita tu. Kita takut, bila kita cakap dia berkecil hati. Bila kita tegur, terus dia merajuk tarik muncung dan sebagainya. Serba salah diri kita dibuatnya. Dulu masa aku sekolah, aku jenis macam tu. Tak boleh terima apa kawan tegur. Tapi bila dah matang, lama-lama aku fikir. Buat apa aku nak melenting bila kawan tegur kesalahan kita. Dia tegur untuk kebaikan kita. Dia tegur sebab dia sayang kita dan yang pasti dia nampak apa yang tak betul dekat kita. Jadi, teguran tu perlu diterima secara positif. Asalkan yang menegur juga perlu berhemah. Bukan untuk menjatuhkan maruah apatah lagi terus menghukum salah. 

Aku sentiasa mendoakan agar kita semua diberi kekuatan untuk menasihatkan kawan kita yang berdepan masalah macam ni. Kita semua punya tugas yang sama, dan kita semua adalah daie'. Kalau tak banyak, sikit pun jadiklah. Asalkan kita kuat semangat dan jangan putus asa. Insya-Allah, Allah akan bantu. 




Friday, May 25, 2012

Balasan "Satu Malam Dengan Gay"

As Salam semua

Pukul 2.30 pagi tadi, BB aku berbunyi. Baru nak terlelap. Dan-dan pulak ada email masuk. Dalam hati ingat nak bukak esok je lah. Tak tahu kenapa, hati aku suruh bukak sekarang jugak. Dengan mata kelat-kelat. Capai cermin mata yang aku letak tepi bantal. Pelan-pelan aku raba BB aku. Tengok email subject "BLOG KAU"  eh.... sapa pulak ni bagi email malam-malam buta macam ni. Kenapa pulak dengan blog aku? Tengok nama, nama seorang lelaki. Sapa mamat ni? Tak kan zaman sekarang, nak ngorat kena hantar email. Eh mana tau kan... hahahaha *mata aku dah terang benerang. Aku gigihkan baca setiap baris email tu. Dupdapdupdap....takut jugak aku. 


Klik gambar untuk baca 


ALLAHUAKBAR!!! 

Menitis air mata aku baca email dia. Tak puas dekat BB, cepat-cepat aku on laptop. Print screen ni semua. Aku yang speechless. Aku tak sangka, macam ni penerimaan orang yang baca blog aku lebih-lebih lagi entry aku pasal gay ni. Aku bersyukur sangat-sangat pada Allah. Moga Allah memudahkan penghijrahan lelaki ni. Malam Jumaat macam ni, kau hadiahkan aku satu kenikmatan yang tak terhingga. Niat aku masa tulis entry tu memang betul-betul ikhlas nak tolong 'orang macam tu'. Bukan untuk berlagak baik. Syukur sangat. Entry tu memberi kesan positif. Dengan entry tu, hati kau dah terbukak untuk bertaubat. 


Pada awak, yang mungkin baca entry saya sekarang ni. 

Saya bersyukur sebab dengan entry saya tu awak terbukak hati nak tinggalkan hidup sebagai gay. Semoga iman awak diperkuatkan Allah, penghijrahan awak dipermudahkan dan tekad awak dibulatkan. Insya-Allah saya sudi bantu mana yang perlu. Kita boleh berhubung melalui FB.  Terima kasih sebab sudi anggap saya kawan awak, bukan musuh awak. Moga Allah merahmati awak. 



p/s: Amin Ya Rabb



Monday, May 21, 2012

Satu Malam Dengan Gay

As Salam semua


Rasulullah pernah bersabda: 

"Barangsiapa yang menjaga di antara dua janggutnya (mulut) dan apa diantara dua kakinya (kemaluan),maka dia akan dimasukkan ke syurga."

Aku renung lama-lama buku hadis tu. Sekejap-sekejap aku pandang sekeliling. Kebetulan, waktu aku baca buku ni, aku dekat Mid Valley. Lalu depan aku, sepasang kekasih.  Berpeluk dan berpegang bagai. Aku diam. Aku tengok balik hadis tu. Aku angkat muka lagi, dan kali ni terpandang sepasang kekasih jugak. Mesra. Macam suami isteri. Eh, sekejap. Aku salah. Mana satu suami, mana satu isteri? Eh kenapa macam tu pulak? Kenapa aku tak dapat bezakan mana satu suami, mana satu isteri. Kan sepatutnya kacang je benda tu. Ah pulak dah. Aku yang bodoh, atau....... mereka yang bodoh? Tak dapat beza mana lelaki, mana perempuan. Bila fikir balik. Oh...rupanya mereka. Mereka tak dapat beza mana satu fitrah, mana satu nafsu. Sebab....................................................................
















..................dua-dua lelaki. 




Lama betul aku cuba mengarang entry ni. Berbulan-bulan dah.  Aku peram bukan sebab aku takut. Tapi aku peram sebab aku berfikir-fikir perlu atau tidak aku ketengahkan isu ni. Aku macam tak percaya, dalam usia aku 23 tahun ni aku berdepan dengan isu yang melibatkan aqidah, iman dan fitrah manusia. Dulu isu perempuan, sekarang isu lelaki. Tipulah kalau kata aku suka. Aku pernah stress, aku pernah menangis, dan aku sendiri pernah jumpa kaunselor pasal benda ni. Isu yang aku rasa,membuktikan bahawa dunia benar-benar dah sampai ke akhirnya. 

Aku berkawan tanpa sedikit pun prejudis. Sapa pun boleh jadik kawan aku. Pesakit HIV/AIDS pun pernah aku berkawan. Pernah dulu seorang kawan perempuan aku menegur aku. "Buat apa kau kawan dengan orang-orang macam tu! Silap hari bulan, kau terikut sama!". Aku geleng. No. Aku berkawan tak kira dia orang apa pun. Sebab aku yakin aku boleh jadi diri aku sendiri bila aku berkawan dan aku yakin didikan agama yang mak ayah aku bagi dan iman aku kuat untuk beza baik dan buruk. Aku yakin Allah tetap menjaga mereka yang menjaga batasan. Dan sebab tu, aku berkawan dengan 'mereka'. Bukan pilih bulu. 

Berdebat dengan golongan ini bukan sekadar perlukan hadis dan ayat Al-Quran, sebab aku bukan ahlinya. Pengetahuan agama aku masih cetek. Tak sehandal mereka yang memang hafiz dan hafizah. Orang seperti mereka, sekali kau keluar hadis atau ayat Quran, macam-macam yang ditempelak. Kau pulak yang dituduh alim-alim kucing. Tapi berdebat dengan mereka, kau kena guna logik akal dan keberanian yang tiada calangnya. Bila aku cerita dengan salah sorang kawan aku yang amek Syariah, dia sendiri tak sangka, aku kuat dan berani macam ni. Dia kata, kalau dia pun dia akan senyap je. Tak nak lawan. Tapi Alhamdulillah, pada malam itu... lidah aku lancar menutur bicara. Memberi nasihat, menentang maksiat. Membetulkan apa yang dia salah fikir, memberitahu dia apa yang dia jahil. Bukan untuk tunjuk diri sehebat malaikat, tapi sebagai sesama kawan. Sebab aku kenal dia sejak sekolah. Dia senior aku, dan aku kenal keluarganya. Tak sangka, Kuala Lumpur menghanyutkan dia. 

Pada malam itu...yang telah berbulan-bulan ni berlalu....

Dia: Kenapa you boleh kawan dengan golongan macam kiteorang ye? 

Aku: Sebab I berkawan tak pernah prejudis. Sapa-sapa boleh jadik kawan I. *senyum kat dia*

Dia: Ke sebab you takde boyfirend? You takut ke nak couple dengan lelaki sekarang?

Aku: Eh, tak lah. Buat apa nak takut. Insya-Allah kalau kita baik, Allah akan bagi pasangan yang baik buat kita. Itu janji Dia tau. 

Dia: Are you sure all the guys today, baik? 

Aku: Depends on yourself. As I mentioned before kan...just believe on Him. Kenapa you jadi gay ye?

Dia: For the happiness. Hidup macam suami isteri yang lain. Happy! 

Aku: Are you sure you happy macam ni? 

Dia: Ye. Sure.

Aku: Walaupun u tahu, apa yang u buat tu salah? 

Dia: Salah atau tak, itu dosa I. Bukan dosa you. Kubur lain-lain kan nanti bila mati. I tak kacau orang. I dengan couple I buat apa yang kiteorang suka. Tak de pun mintak duit orang. Tak menyusahkan orang lain.  

Aku: You confident kan you kata you tak menyusahkan orang lain. And on behalf of "orang lain", I rasa you menyusahkan semua orang.

Dia: Apasal pulak?

Aku: Because of golongan you, you telah meletakkan masyarakat dalam keadaan berisiko tinggi. you dah musnahkan iman dan aqidah orang lain. You dah jatuhkan maruah dan moral orang lain dan paling teruk You letakkan diri orang lain untuk sama-sama terima azab Allah in anytime. Did you realize that? I'm really sure you tahu pasal cerita Kaum Nabi Luth kan? Kalau you tak tahu, cuba try google and type Pompeii. Everything will come out. Sebabnya mula-mula dulu, golongan macam you ni, hanyalah minoriti and now you nak semua orang terima golongan macam you. Nak mempertahankan hak kesaksamaan semua. Macam mana dengan hak kiteorang ni. Majoriti? Hak kiteorang untuk hidup selamat? Tanpa ada gangguan aqidah macam golongan you buat? And you jangan lupa, sebelum kubur kita lain-lain, jenazah kita akan diuruskan orang lain. you still depend on others tau... 

Dia: Eh, you ingat orang bertudung, berjubah macam you ni baik sangat ke? Belum tentu lah. Even dekat kampung I, ada seorang Imam ni, berketayap semua tapi merogol anak dara orang. Kenapa? 

Aku: Well, semua orang ada dugaan masing-masing. Dan semakin kuat iman seseorang tu, semakin besar ujian yang Allah bagi. Pelbagai cara dan pelbagai bentuk. Memang I akui mereka yang berjubah dan bertudung apatah lagi berserban tu semua belum tentu baik. Itu sebabnya pakaian tak melambangkan apa-apa. It just outer line. Tapi sekurang-kurangnya, fitrah masih seperti apa yang Allah aturkan. Lelaki pada perempuan, dan perempuan pada lelaki. But you, totally change! 

Dia: Eh, you ingat I suka-suka ke nak tukar sexuality macam ni? I jadi macam ni semua sebab Allah yang aturkan! *Cantik perangai kau, salahkan Allah!!! Masa ni, aku mengucap panjang dalam hati*

Aku: Allah tak pernah kejam. Allah aturkan apa yang terbaik buat hamba-Nya. I tak percaya apa yang you kata tu. You cakap Allah jadikan you macam ni? No. It's wrong. You pernah ada girlfriend kan dulu? Bukan seorang dua. Ramai kan? So, where's the point Allah jadikan you macam ni? Allah jadikan you dengan fitrah yang sama macam I. Sama macam orang lain. Suka pada jantina yang berbeza. Tapi you yang ubah. You yang beralih arah. You yang cuba membengkokkan apa yang lurus. Ini dugaan you. Semua orang ada nafsu. Memang kalau tak iye-iyer, nafsu boleh jadi raja. Tapi you kena ingat. Allah tu Maha Bijaksana. Dengan adanya nafsu, Dia bagi jugak aqal. Apa fungsinya? Untuk suruh you berfikir baik dan buruk. Bukan semua benda betul. *masa ni, dia dah tunduk. badan dah mula tak tentu hala. Hisap rokok dah masuk 3 batang*

Dia: I rasa you kena tengok satu movie lah. Movie 'Pray For Bobby'. Pernah tengok? 

Aku: Emmm tak pernah. Kenapa cerita tu ye? 

Dia: Dalam cerita tu, asalnya Bobby ni anak mak. Semua benda mak dia aturkan untuk dia. Sampailah dia dah besar, mak dia nak kahwinkan dia dengan seorang budak perempuan. Tapi Bobby tu tak suka. Takde nafsu pada perempuan. Dia suka lelaki. And then, mak dia paksa-paksa dia jugak untuk kahwin. Mak dia marah-marah. Mak dia put pressure. Lastly, Bobby tu bunuh diri sebab mak dia terlalu push dia. Mak dia menyesal. Dan sejak tu, mak dia realize yang apa mak dia buat tu salah. Sepatutnya mak dia ikutkan je Bobby tu. I rasa, kalau you tengok mesti you akan faham apa yang kiteorang rasa. 

Aku: Cerita tu asal mana? American, Britain or where? 

Dia: Not sure. Rasa American kot...

Aku: Tapi cerita tu cerita mat salleh lah kan? Heheheh. You, you. Tak sangka lah. You pandai. Sekarang pun kerja bagus. Muka kacak hensem bergaya. Tapi you tak dapat kenal the hidden agenda. Sah-sah lah cerita tu memang nak pesongkan you. Buat apa you nak relied on cerita barat? Cerita orang yang memang salah. Dia buat cerita tu berat sebelah. And orang bodoh, suka lah cerita macam tu. Kononnya, meluahkan perasaan terpendam mereka. Padahal cerita tu lagi memesongkan aqidah. Dah lah gay, lepas tu ajar orang untuk bunuh diri. You nak macam tu ke? 

Dia: Well, I tanya you lah. Kalau lah you dapat husband macam I, yang you tau dia Gay, you nak terima ke? Dia kahwin dengan you bukan sebab cinta. Tapi sebab desakan mak bapak. You rasa happy ke? 

Aku: Kalau ikut logik akal, takde sapa dah nak terima orang macam tu untuk dijadikan suami. Tapi bila fikir balik, mesti ada sebab kenapa Allah berikan "lelaki tu" sebagai suami kepada perempuan tu. Bukan bermaksud perempuan tu tak baik sebab dapat lelaki tak baik. Tapi itu rahsia Allah. Mesti ada kekuatan atau sesuatu yang ada pada perempuan tu yang boleh menyebabkan lelaki tu back to normal. Kembali pada fitrah yang asal. 

Dia: Walaupun tak puas dari segi batinnya? Tak happy langsung? And kiteorang golongan macam ni happy dengan hidup kiteorang. F*ck lah with those people's talk and think! 

Aku: I bagi you analogi. You nampak seseorang yang you sayang, contoh adik you nak terjun bangunan untuk bunuh diri. Apa you buat?

Dia: Mestilah I tak bagi. 

Aku: Than adik you cakap, "Abang, this is for my happiness. I happy bila I bunuh diri!" You sanggup ke tengok adik you dapat "happy" macam tu? Sedangkan you tahu, membunuh diri adalah antara dosa besar dan sapa yang bunuh diri, rohnya tergantung antara langit dan bumi. Allah tak terima. How come, adik you bahagia? You sanggup biarkan dia tetap dengan pendapat dia "untuk happy" tu? 

Dia: *senyap. bisu. Sambil hembus asap rokok. Jeling aku sekejap. Mata dah merah*

Aku: You, I cakap semua ni bukan sebab I benci you. Tapi sebab I sayang. I kenal you sejak kita sama-sama kecik. You tahu tak apa yang you buat adalah dosa besar? 

Dia: Tahu. *jawab slow je*

Aku: Kalau you tahu, maksudnya you masih ada peluang untuk berubah. Untuk kembali pada asal. selagi you masih boleh hembus nafas, selagi tu Allah masih sayangkan you. Dia tetap bagi masa untuk you. Dia tak pernah kejam. Tapi kita manusia ni yang kejam. Sebab selalu membantah apa yang dia suruh. Dia tak luak apa pun, you. Tetap kaya. Tetap Maha Berkuasa. I bukan malaikat. Tapi I kawan you. 

Dia: Pandang aku sepi....


******Dua-dua senyap sampai lah dia hantar aku balik UM******

Sebelum aku turun kereta tu, aku mintak maaf dan aku tahu sepanjang jalan drive back to UM, dia berfikir setiap butir bicara aku dengan dia tadi. Dan sampai sekarang, doa aku tetap untuk dia dan kawan-kawan aku yang sama macam dia.... Insya-Allah. 

Aku harap, entry ni bukan untuk disalah erti. Aku bukan malaikat, tapi sekurang-kurangnya, janganlah hidup atas dasar nafsu semata-mata. 



p/s: Friends is angel followed you through life... i'm not an angel. But I am the one who loved you. 




Thursday, May 17, 2012

Kena Badi Mayat?

As Salam semua

Hari ni satu badan aku berpeluh sejuk. Semua benda aku buat serba tak kena. Pegang itu salah, pegang ini salah. Semua serba serbi tak betah. Apa sebab pun aku tak pasti. Yang penting, dekat tempat air-cond pun aku  berpeluh-peluh. Jantung berdebar-debar. 

Dalam hati, aku rasa semacam. Ni semua gara-gara tengah malam tadi. Salah sorang kawan BBM aku post status "Bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit. Kaki dan tangan mangsa putus!"  beserta satu gambar kemalangan ngeri yang berlaku kat Jalan Loke Yew yang mana kawan aku ada kat tempat kejadia. Masa tu aku tengah baring-baring dah ready untuk tidur. Tangan aku ni pulak tiba-tiba gatal, pegi zoom gambar tu. Tup-tup tanpa aku sedar rupanya ada lagi gambar mayat seorang perempuan cina yang masih tersepit dekat seat driver. Time tu, aku macam terkejut jugak lah. Terus malamnya, aku tak boleh tidur! 

Bangun pagi, badan rasa lain macam. Peluh sejuk tak berhenti keluar ni... buat apa semua serba tak kena. Rasa stress ada, rasa tak betul sikit pun ada. Aku bagitau kawan aku yang post gambar tu. Dia cakap, entah-entah aku ni jenis lemah semangat. Terkejut tengok gambar malam tadi kot. Orang lemah semangat memang tak boleh tengok mayat, nanti kena badi! Tuddddddddddiaaaaaa! Kecut perut aku dengar. 

Salah sorang kawan aku pulak, nasihatkan aku untuk baca selawat, baca ayat Kursi dan 3 Qul. Alhamdulillah, lepas aku buat ni rasa kurang sikit perasaan tak tentu hala tu. Harapnya berkesanlah dan moga-moga takde benda tak elok jadi pada aku! Aduhai, lepas ni aku kena beringat sendiri lah. Kalau ada benda tak elok, jangan tengok dah! Takut lemah semangat..... 



p/s: tak nak lagi kena bukan-bukan macam aku first year dulu!

Wednesday, May 16, 2012

Pokkits Dari KFC

As Salam semua

Untuk lunch, aku macam tak selera pulak nak makan nasi berlauk. So ubahlah selera makan KFC. Sampai je sana, as usual pilihan aku snack plate. Tengok dekat kaunter, KFC tengah promotion one new menu. Pokkits namanya. Eh, pelik jugak nama. Sekali tengok macam Twister. Dua kali tengok macam Chicken Foldover McD. Why not kita try kan. Harga pun sedang elok je! 

ehem. lapar pulak! 


Setanding dengan namanya, Pokkits yang ala-ala poket atau paket ni, kecik je. Aku saja bagi zoom besar kasi korang terliur. Hehehe. Untuk rasanya pulak, not bad. Good combination. Ada macam Twister tu jugak cuma untuk Pokkits ada gabungan pinnaple and cheese. Not bad lah! Ada masam, ada lemak, ada manis. Tak muak! 

ter rajin pulak. Bukan KFC bayar aku pun!

Harganya pulak, aku beli ala carte hanya RM 2.60 sahaja. Manakala set pulak RM 5.50. Ni tengah promotion ni, sampai 24 Mei 2012 kalau tak silap aku. Sesuai lah dengan saiznya yang mini dan poket, harga dan rasa aku bagi 3 bintang lah! Cuba korang try pulak....rasa kita kan lain-lain. 



p/s: Dah try tak menu baru Pizza Hut? Cemana?




MANDETA12. Malam Gala Buat Kuazian!

As Salam semua

Ahad lepas merupakan dinner kolej aku atau lebih dikenali sebagai Malam Anugerah Pendeta (Mandeta12). Untuk tahun ni, i'm just part of the guests. Tak jadi emcee apatah lagi warga kerja. Ceh bajet senior lah kan, bermalas-malasan. Tak dapat kolej padan muka aku! Hehehe. Back to the main story.

Tema untuk Mandeta kali ni adalah Malaysian: Unity,Peace and Harmony. Diambil bersempena dengan tarikh Mandeta iaitu 13 Mei. Supaya anak muda macam aku ni, kenang sikit zaman jerih perih orang dulu kan. Lokasi kali ni ialah The Royale Chulan Hotel, di Jalan Conlay area Bukit Bintang. Memang grand sangat hotel yang dipilih tu. Sangat cantik! 


Part paling ditunggu mestilah makan kan. Aku bagi rate 3.5 bintang. Sedap dan boleh tahan kena dengan tekak aku. As usual, chinese course lah yang sesuai dengan budget student kan. Aku tak sempat nak snap semua gambar makanan yang dihidangkan. Alasan, lapar beb! Kamera letak tepi lah. 


Performances malam tu memang kelasss! Superb and awesome. Aku paling terpukau dengan show dari Mrgic Quest. Very talented. Magic show, main angklung, menari bollywood, mask changing dan banyak lagi lah. Terpukau habis. Lupa makanan sekejap! Hehehe. Another show, ada live band budak kolej aku sendiri. Berbakat sungguh dorang ni!


Dan yang paling best, performance malam tu bila Aliff Satar muncul! Phew, sporting habis Aliff ni. Bawak 3 lagu untuk kiteorang. Lagu Better Man, Cukup Indah dan of course lah Lelaki Seperti Aku. Oh baby-baby lah ye kami jawapnya malam tu!


Souvenir pulak, tahun ni takde goodie bag tapi kiteorang dapat keychain Mandeta ditempa khas dari KL Pewter. Cantik dan memang memorable kan!


Last but not least, of course lah semua orang ber-camwhore kan. Termasuk aku. Malam ni lah semua orang cantik-cantik belaka. Kacak-kacak! Melaram sungguh. Comey ah semua. Geram aku tengok! Seriusly berbeza. Kalau hari biasa, pakai selipar pergi kelas, malam tu pakai heels. Yang lelaki pulak, selalu berjeans dan ber-tshirt malam tu, berbaju melayu bersamping. Memang glamour!


Lupa nak bagitau, malam tu aku bukan keseorangan. Sudah pasti, my sayang-sayang akan ada. Last-last minute, Arief dan Kirin ikut sama. Dan malam tu mengingatkan detik pertama kiteorang jumpa 3 tahun lepas. Sesi cam-whore tetap diteruskan. Lighting dan background bagus punya Kirin kata! Jadi jangan lepaskan peluang! Kehkehkeh

feeling model sekejap dan nampak sangatlah aku FAILnya. Budak dua ni paksa.
the real of us
Overall, Mandeta12 memang terbaik sepanjang aku berada di Kolej Kediaman Ungku Aziz ni. Mungkin tidak perfect di mata sesetengah orang, tapi on behalf of the guest, yes it is! Bukan senang kan nak run projek super-mega macam ni. Nak deal dengan banyak pihak dan perlukan banyak pengorbanan masa, duit dan tenaga. Kalau tak iyer-iyer boleh bermasam muka jugak jadiknya! Since aku pernah terlibat di sebalik tabir mega-project macam ni, so aku tau macam mana jerih perihnya. Tapi believe me, semua tu menyebabkan soft skill korang terasah dan yang paling penting majlis berjaya!

sekitar majlis

Tahniah aku ucapkan pada semua penerima anugerah. Semoga terus menabur bakti pada KUAZ. Tahniah jugak pada tuan pengarah Mandeta12, Azimsyazwan atas kecemerlangan majlis dan tahniah buat semua team Mandeta12! Keep it up guys. And for me, definitely it will lasting forever and ever!



p/s: balik singgah McD. Apakah tandanya? Makanan hotel, ciput! Ceh.




Sunday, May 13, 2012

Seni Yang Tak Seberapa. Tapi Boleh Lah Kan?

As Salam semua

Belek-belek handphone, tengok kat gallery... hmmm nampak gaya takde satu pun gambar yang boleh membuahkan idea aku untuk menulis entry. Haish rasa sunyi dan sepi sangatlah blog kebelakangan ni. Busy bukan main nampak tuan blogger. Sampai ke hari minggu pun takde masa! Maaf, maaf. Memang betul tak ada masa, kalau ada dah lama dah aku upload 2-3 entry satu hari. *cewah*

Oh sebelum terlupa, masa kat Instagram hari tu ada sorang blogger muda, Syarafi mintak aku buatkan quotes  note yang macam selalu aku buat tu. Mula-mula tu aku memang tak dapat idea nak bagi note apa kat dia ni, aku pun terjah blog dia. Dia ni peminat art rupanya... apa lagi senang lah! Quotes about art memang banyak. 

Jadi, dengan kegigihan...aku pun buatkan satu untuk dia. Tapi nak nampak lebih klasik, aku gabungkan header blog dia dengan quotes note aku. Caranya, quotes note aku tu aku tampal dekat screen laptop dan amik gambar. hahahahaah. Lantaklah macam mana pun caranya. Janji cantik kan. 


header blog fi 


Hasilnya....jengjengjeng




Ni selepas aku Instagram kan. Aku suka sangat sebab dia vintage. Jeles pulak aku tengok. Hahaha. Takpe rezeki Fi tu. Aku harap Fi suka lah dengan benda tak seberapa ni. Buat suka-suka je. Takde apa pun nak bagi sebenarnya. Kalau nak dibandingkan dengan art yang Fi buat memang tak seberapa lah art aku ni. But I do believe that beauty is in the eye of the beholder kan?

Jap, jap... untuk semua pengguna Instagram, ini ada satu pesanan daripada seorang nenek.


Hamek kau! Aku pun kena setepek. Kehkehkehkeh...Nenek ni jeles lettew! 


p/s: aku tengah gila lagu Andai Ku Bercinta Lagi by Mojo. Sedap! 


Friday, May 11, 2012

Instagram Socialmatic Camera Yang Sebenar

As Salam semua
Salam Jumaat

Sana sini sinun orang semua suka Instagram. Aku pun sama. Pencuci mata, buat aku senyum sorang, part paling best bila rasa macam kau spread the love around the world, ye lah setiap kali kau double tap screen satu love kecik akan muncul tanda kau 'in love' gambar tu kan! Aku suka sangat...

Pernah tak kau tengok Instagram Camera yang sebenar. Aku tak tahulah benda ni memang betul-betul wujud atau tidak, tapi kalau betul-betul ada, mak oi memang aku kumpul duit nak beli. Comel dia sama comel dengan fungsi dia. Bikin hati gua cair beb!

mencair sudah
Katanya, Instagram Socialmatic Camera ni dilengkapi dengan 16 GB mass storage, Wi-fi, Bluetooth, optical zoom, webcam apps, internal printer, touch screen dan 2 main lenses yang sesuai untuk 3d filter. Aku dengar pun aku dah cair wei. Memang awesome lah kalau dapat sebijik kan. Confirm bawak kehulu kehilir. Confirm aku makin camwhore! 


Harapnya benda ni memang betul-betul ada dan yang paling penting, harga biar berpatutan lah mintaknya. Taklah aku macam gelap mata sangat nak spend duit kan. Heheheheh. Sapa lagi guna Instagram? Jangan malu jangan segan...

sila follow aku : @InnanieAriff






p/s: comey-comey kan semua gambar instagram 




Thursday, May 10, 2012

Romeo - Romeo Hati

As Salam semua

Hari ni memang aku mengucap syukur tak henti. Laptop yang dijangka telah kehabisan hayat untuk berbakti rupanya sekadar merajuk aje. Nasib rajuknya tak panjang. Balik UM, Alhamdulillah dia sihat sendiri. Rupanya salah aku sebab tak log out betul-betul. Datang-datang terus cabut bateri. Memanglah terkejut orang tu tiba-tiba jantungnya kena sentap kan. Itu pengajaran buat diri sendiri. Sebab tak reti jaga barang. 

Ok, next part of this entry akan aku tulis dengan hati penuh kegirangan. 
Dengan muka penuh bahagia dan senyuman tanda kesyukuran luar biasa.

dari kiri : Kirin, Arief, pwincess*eh*, Kal dan Akim 
Birthday bash aku kali ni memang diluar jangkaan. Buat pertama kali dalam 23 tahun ni, aku dapat prank sampai 3 kali. Ye sapa lagi kalau bukan dari idea 4 orang romeo yang tak sudah menceriakan hidup aku.

cair-cair kek ni, cair lagi hati aku! 
Prank aku pertama dengan birthday cake yang dah cair sebab pukul 2.30 pagi baru present kat aku. Beli dari pukul berapa entah si Akim dengan Kal ni. Memang gigih. Sebelum aku balik ke kolej, turun dari kereta di'mandikan' aku dengan tepung dan telur. Iyer muka macam zombie dah masing-masing. Baju baru aku dah jangan cerita lah, kompem melekit kena telur. Beg dan seluar dah ubah kaler ala-ala vintage. Time tu, aku berdoa supaya takde satu manusia pun yang nampak aku. Bukan sebab malu, tapi dikhuatiri memberi impak dan menaikkan halaju denyutan jantung mereka. Kehkehkeh. 

Kal yang selalu buat orang geram dengan perangai comel dia.
Akim yang caring. Susah senang sudi membantu
Petang 4 Mei 2012 tu, dibawaknya aku ke IKEA. Fully sponsored by Akim. Makan je apa yang aku nak, semua dia bayar. Oh, princess sungguh rasanya di hari itu. Waktu tu, aku dapat berita yang Kirin kena balik Penang sebab ada urusan keluarga. Ye, sungguh aku menangis. Sebab tak complete hari bahagia aku tanpa sorang BFF aku. Arief pulak belum habis kerja. Tunggu pukul 5 lah. 

Haruslah aku queen control. Duduk depan kan.  Rasmikan kereta baru Akim
Lepas pukul 5, dah amek Arief semua terus menuju ke KLCC. Lokasi prank kedua dan ketiga. Kali ni, Arief punya giliran pulak. Ditanggung sepenuhnya. Tengah tunggu order sampai, tu diaaaaaaa tiba-tiba Kirin datang. Bawak kek dan hadiah. Aduhai, menitis ayaq mata wei. Sebab dia kata kat aku dia balik Penang, rupanya gajet je lebih! Cissssss. Pandai kau plan kan. Rasa nak peluk je sorang-sorang, *eh harom-harom. And that moment will stay remain freshly in my heart. Complete semua dah ada disisi. Hukhukhuk T_T syahdu.

Arief, soon be a Dr. 
Kawan susah senang jugak since aku first year
Tengah borak and prepare all the things, Akim dan Kal pulak sampai. Konon-konon dorang pergi toilet. Padahal, membungkus hadiah rupanya. Aduhai, sekali lagi aku terkedu. Sebab aku tak expect planning sampai macam ni. Cukuplah korang semua ada dengan aku masa birthday aku. Tu dah memadai! 

the princess. boleh gtu? 

Kalau kau tanya perasaan aku, memang aku tak boleh cakap. Ini semua pelengkap hidup aku. Penceria aku di kala duka. For what ever reason and for what ever time. They always by my side. Mereka pengganti keluarga aku bila aku jauh dari Johor. Kalau nak diikutkan, memang tak terbalas budi baik mereka menjaga aku. Memberi aku semangat bila aku jatuh, marah aku bila aku buat salah dan meneman aku tak kira masa susah dan senang. Family aku dah kenal mereka semua. Jangan risau. Sebab tu dapat green light. Insya-Allah aku masih menjaga batas.



Aku tak pernah mintak ini semua sebagai ganjaran persahabatan kita semua. Cukuplah dengan keikhlasan dan kesayangan yang tak berbelah bagi korang buat aku. Di waktu aku susah, senang, jatuh dan bangun. Kau semua tetap ada di sebelah aku. Kalau kau semua perempuan, dah lama aku peluk cium korang satu-satu lah. Tapi itu semua haram bagi kita kan.... moga kasih sayang je jadi penghubung kita. Ewah. Terima kasih sang romeo-romeo!


p/s: friends is the colours of our life kan...




Monday, May 7, 2012

Hadiah Birthday Dari Blogger SihatiMerahJambu!

As Salam semua

Rasa nak menangis puas-puas. Speechless sangat. Laptop yang baru hari tu aku format buat hal lagi. Kali ni lagi dasyat. Terus tak boleh on! Ni lah aku malas nak format laptop. Sebab kebanyakan mesti ada kes susulan yang lebih teruk. Haishhh apakan daya....

Lagi menambah kesedihan, semua gambar aku dengan my sayang-sayang masa birthday tempoh hari ada dalam tu. Aduh! Gugur jantung aku. Entah mana ntah silapnya sampai jadi macam tu. Merajuk apa ntah dengan aku pun tak tahu. Tak kan nak mintak baru pulak! Sayang gila kot. Konon-konon update lambat sebab nak fokus nanti masa buat entry special tu. Last-last jadik gini pulak. Alahai.... 

Cerita pasal birthday, ada sorang blogger femes lagi berbakat besar, Azhafizah namanya hadiahkan aku vector. Comel sangat. Aku tengok pun mata tak kelip. Bukan sebab aku cantik sangat, tapi lukisan dia tu memang awesome habis! 90% nampak real. Memang berseni betul tangan dia melakar gambar aku ni. Jeles aku dibuatnya. Ye lah bukan senang kan! 

terubat sedih dapat hadiah cantik ni kan

Fizah ni memang tak asing lagi dalam bab-bab lukis vector, design blog, header dan segala macam kerja seni digital ni. Ramai dah yang dapatkan khidmat seninya untuk blog. Memang puas hati. Aku sendiri untuk watermark gambar aku tempah dengan dia. Memang cantik designnya dan menepati kehendak kita. Kau cakap je nak macam mana. Insya-Allah dipenuhi. Kalau korang masih lagi mencari-cari perkhidmatan menata rias blog, silakan lawat BLOG SIHATI MERAH JAMBU


p/s: Hebat sapa terer format laptop kan. Impress aku! 




Saturday, May 5, 2012

Terima Kasih Ya Rabb!

As Salam semua

di hari yang sangat bertaqdir 
4 Mei 2012,



Terima Kasih Allah, 


untuk nafas yang masih Kau beri 23 tahun ini
untuk kurniaan kedua ibu bapa terbaik dalam dunia ini
untuk semua insan tersayang yang Kau beri sekelilingku
untuk segala-gala nikmat yang Kau pinjamkan buat aku



moga redha mak dan ayahku, mendapat belas ihsan untuk redha-Mu jua Ya Rabb! 



p/s: segala doa yang di sedekahkan buat diri ini diucapkan amin
 dan moga doa kalian dimakbulkan. terima kasih semua ;) 

Thursday, May 3, 2012

Blogshop Tudung Dengan Servis Paling Sweet!

As Salam semua

La ni, blogshop dah bersepah-sepah. Kadang tu, penuh dekat FB orang tag kau dengan produk-produk yang mereka jual. Kalau tudung ni, jangan citer lah. Kau cakap je nak yang jenis macam mana. Lilit, belit, pusing depan belakang, satu tone, dua tone, lapan belas tone pun ada. Aku pulak bab blogshop ni agak memilih sebenarnya. Bukan tak percaya, tapi kena hati-hati. 

Sebab kadang-kadang expectation kita tak sama dengan apa yang di offer. Itu yang payah tu. And one more thing yang membezakan satu blogshop dengan blogshop yang lain adalah servisnya. Servis kat sini bukan sekadar meliputi kau on time pos barang, layanan kau pada customer, kualiti barang malahan turut meliputi packaging barang kau. Iyerlah, itu penting tau. Sebab itu first impression orang untuk terus jadi kau punya regular customer atau tak. 

Personal experience, adik aku sendiri beli tudung dekat satu blogshop ni. Ya ampun, sedih yang amat aku tengok packagingnya. Dekat blog bukan main lagi promote barang bagai, tapi bila di pos barangnya dibungkus macam bungkusan surat khabar lepas habis makan nasi lemak. Nasi lemak pun lawa. Without any plastic cover,  tudung tadi tu just disumbat dalam envelope besar yang dah koyak sikit, dengan lipat berkeronyok habis. Malu aih! Sumpah tu je lah kali pertama dan terakhir adik aku beli. Walaupun tudung tu harga below RM 20, but the point now is we are your customer. Rasa macam tak dihargai kan bila barang yang kita suka, kita beli orang buat macam tu. Dah malas nak cerita part horror tu. 

Lets move to the next nice and sweet chapter of this entry. 

Kau bayangkan tak macam mana aku happy sangat bila dapat parcel sweet macam ni daripada blogshop?


Berbunga-bunga hati bila dapat macam ni. Bukan sekadar sweet wrapping je, siap dengan tag dan memo comel bertulis tangan yang sebijik macam taip komputer. Nah!!! Kau akan rasa feeling dapat hadiah besday tau! 
siap reben, siap tag, siap sweet memo. menangis aku baca! 

kod item yang korang pilih di tulis siap dengan flower yang diwarna sendiri. Impress! 

Sweet memo that always make you smile. See. macam mana dia puji customer kasi kembang sikit.
lagi tanya "semoga berpuas hati dengan servis kami". bukan puas je, rasa nak meleleh ayaq mata oi! 

And now, its time to reveal the best service blogshop ever.


Nama blogshop dia sweet sangat, sama sweet macam tuannya. Sarazaqea Secret. Milik si comel Sara Zakiah. Adik kepada Yaya, peneman aku masa pergi Blogger Award hari tu. Sarazaqea Secret menjual banyak pilihan tudung yang super the bomb! Comey semua pilihan yang diberikan sampaikan aku rambang mata nak memilih. Malahan bagi peminat Forever21, korang boleh dapatkan baju-baju Forever21 directly from USA and it is authentic ok! 

sila pilih. modelnya tak dijual ye. oh tudung tu semua yang aku borong! ehehehe

Kata orang biar puas kalau nak membeli. Untuk kepuasan bershopping secara online, aku rasa Sarazaqea Secret sangat tidak mengecewakan. As long as kau taklah cerewet, fussy gila macam nak beli beg Prada kan. Maklumlah, kadang customer ni pun satu hal. Ketegaq lebih. Jadi biar berpada dengan apa yang dibayar. Tak yah nak fussy sangat wei. Hehehe. Tapi aku rasa, Sara penyabar orangnya. Tak macam aku. Bising-bising, tangan kan aje. Kehkehkeh. 

Jadi, apa tunggu lagi, start bershopping di SARAZAQEA SECRET dan ini pula link blog peribadi budak comel itu yang pernah tersenarai sebagai Blogger Wanita Tercantik. Feeewit!!! 


p/s: aku suka tengok perempuan sekarang pakai bawal balik. sweet aih!


Famous Sekejap Semalam!

As Salam semua

Semalam bangun pagi aku terima satu kejutan besar. Kejutan yang memang tak disangka-disangka. Menggigil jugak tangan bila tahu berita ni. Salah sorang rakan blogger bagitahu yang blog kesayangan aku ni masuk Majalah Remaja Edisi 1 Mei 2012. Melompat aku gembira bukan kepalang. Terus cepat-cepat nak beli majalah Remaja. 

Fuh, sekali cover depan gambar Awal dengan Scha wei. Alahai comelnya mereka. Naik seri nak bernikah esok kan. Eh eh, sama lah tarikh kita. ;) 

sila beli dan simpan elok-elok majalah ni.
Setelah dibelek, dipusing dan diselak depan belakang- depan belakang, maka hampir tersembul lah kedua bijik mata aku tatkala melihat sesuatu yang menggembirakan hati. 

kembang sekejap. *padahal memang aku dah kembang kot*
Bertuah. Itu yang aku fikir lah. Entah macam mana, dalam beribu blog yang ada, aku yang terpilih. Syukur sangat-sangat. Dapat markah 3.5 pun dah bangga dah. Bukan senang kan. Maka, ini adalah first time aku featured dalam majalah. Kira memang bangga kembang kempis hidung aku lah kan. Yeay, it is really a big surprise and great present for me! Tak boleh nak cakap apa dah. Yang penting rasa happy sangat. Rasa femes sekejap pun ada. Hewhewhewhew.


Terima kasih banyak-banyak pada semua readers, follower dan kawan-kawan yang menyokong aku dan blog aku. Keep it reading eh! *feeling dapat Digi Wwow Awards lettew!* 



p/s: ehemehemesoklahharinya ;) 


Tuesday, May 1, 2012

Busy Kerja Kahwin

As Salam semua

Busy. Busy. Busy. Minggu yang sangat busy.Blog pun tak berkemas. Banyak sangat kerje kena settel minggu lepas. Lepas bawak ayah pergi medical check up, aku kena uruskan satu wedding. Alhamdulillah, ada rezeki jadi emcee untuk majlis berinai kecil dan majlis sanding. Tu yang tak menyempat nak update blog. Apatah lagi blogwalk.

Nur Faezah & Dr.Mohd Ikhsan 

Nurdzarifah & Kapt. Mohd Afiq 

Sekali lagi syukur sebab semuanya berjalan lancar. Sebagaimana yang telah dirancang. Family pengantin pun sporting and banyak membantu. Kira semuanya okey lah! Takde masalah. Alhamdulillah. 

Kedua-dua pengantin adalah kawan aku jugak. Dua-dua cantik. Sama padan dengan suami masing-masing. Alahai comel je kan. Masa nikah tu, aku yang berdebar lebih. Siap meleleh ayaq mata lagi masa sesi penyerahan dan takliq antara ibu bapa pengantin pada suami dorang. Touching giler ah. Kau boleh rasa macam mana sayunya bila ayah melepaskan anak perempuannya dan kini segala-galanya ditanggung suami. Ya Allah, memang aku rasa sebak. 

Tahniah aku ucapkan pada kedua-dua mempelai. Moga kekal hingga akhir hayat. Semoga rumah tangga kalian dilimpahi kasih sayang, barokah dan rezeki. Moga cepat mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Last but not least, doakan emcee cepat naik pelamin. Eh. ;)


Last but not least, sekarang ni dalam perancangan aku, aku nak tempah name card sendiri. Complete dengan url blog ni sekali. Hari tu segan jugak aku, sebab ada beberapa orang yang tanya name card tapi aku takde pun. Hehehe. Kita budak baru belajar kan. Insya-Allah step by step. Aku suka name card @ business card macam ni. Maybe hari ni tak perlu, esok lusa masa kita nak guna haaa menggagau kau cari kan. Selain daripada tu, ini jugak permulaan networking yang sangat baik. Dan untuk promotion kan. Kalau korang ada member atau mana-mana kedai yang tiptop design dan servicenya, boleh share dengan aku tak?

Buat masa ni, mana-mana yang sudi nak menggunakan perkhidmatan aku silakan KLIK SINI. Jangan risau, harga boleh kawteam eh.... Bagitau je korang pembaca blog ni. Hehehehe


p/s: oh mama, saya mahu kahwin. lalalala.




 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork