Monday, October 29, 2012

Kekuatan

As Salam semua

Manusia itu akan lemah jika hidupnya kosong tanpa ujian. Manusia tak akan tahu batas kesabaran dan erti sebenar redha jika semua yang diinginkan diperoleh dengan mudah. Semua benda yang diimpikan tidak akan dan tidak pernah semudah ABC mahupun Alif Ba Ta untuk diperoleh. Cakap memang senang. Dapat memang susah. 

Dalam menempuh perjalanan mendapatkan segala seribu macam impian tu, tak kanlah jalan yang diberi lurus semata-mata. Tak thrill langsung lah kalau gitu. Mesti ada selekoh, lubang sana sini dan kadang-kadang tergelincir ke gaung. 


Tapi bersabarlah dan ingatlah... kita tak pernah sendiri. Kita punya sesuatu yang mampu menjadikan kita insan yang cekal dan sungguh luar biasa kentalnya. Sesuatu yang kau tak pernah tahu dia wujud dalam diri kau, tapi bila diperlukan ia muncul dan semua orang memandang kau dengan satu pandangan hormat dan bangga. 

Aku pernah mengalami zaman kejatuhan. Zaman yang ketika itu aku rasa takde lagi ruang, peluang mahupun sekelumit belas kasihan daripada manusia sekeliling. Ketika itu aku rasa, kaki ni tak tahu nak melangkah arah mana. Kanan duri, kiri duri lah kiranya. Aku rasa akulah insang paling hina dina, paling tak guna dan paling takde harapan. Sungguh, keji rasanya ketika tu. 

Ketika tu kau baru rasa bertapa kerdil dan sekelumitnya diri kau jika dibanding Dia yang Esa. Disaat semua yang diberikan ditarik balik, segala pinjaman dan kesenangan disempitkan. Dan waktu  itu, penyerahan sepenuh jiwa raga kau pada-Nya itulah yang termampu kau lakukan dan dia akan hulurkan segenap pertolongan dan kasih sayang yang tak ada taranya. Keajaiban berlaku dan semua kerana Rahmat Allah. Sungguh, aku pernah rasa momen itu. Syahdu. Tak terkata! Kau akan rasa ia datang tiba-tiba. 

Buat insan-insan yang aku sayangi, yang sedang buntu mengatur jalan hidup... korang masih tak keseorangan. Setiap kekusutan itu dijanjikan kelapangan dalamnya. Setiap masalah itu diberikan penyelesaian didalamnya. Dan setiap dari kita punya kekuatan dalaman yang luar biasa. Carilah. Ianya ada.  Untuk aku, kekuatan aku adalah keluarga. Malah aku jua percaya.... 


"Appreciate every single things in your life and then the appreciation will be back to you and brings happiness!" 


p/s: Khas buat seseorang yang aku sayang, S. 


Bukan Semua Orang

As Salam semua


During KLEFF 2012 : Award Ceremony
























Tiba-tiba rasa gambar ni awesome. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Bercakap dengan rostrum berlambang Universiti Malaya. Bukan mudah nak lembutkan lidah berspeaking di hadapan insan-insan hebat yang lagi power British Accent-nya. Bukan kacang goreng jugak nak handle majlis besar tahap international. Bukan mudah. 



Dan tiba-tiba aku sedar...



Bukan semua orang punya kekuatan sebegini. Bukan semua insan dapat peluang sebegini. Pasti ada hikmahnya semua ni. Satu hari nanti. Pasti! 



Terima Kasih Allah atas kelebihan ini. 



p/s: Langsung tak niat nak bangga diri.




Sunday, October 28, 2012

KLEFF 2012 Part 2 : The Actor

As Salam semua

Move on to the next chapter. Chapter first, sapa tertinggal baca older post ok! ;)

Tak perlu Nora Danish mahupun Aaron Aziz yang berlakon. Cukuplah dengan beruang matahari, penyu, harimau, gajah, burung hantu dan hidupan laut sebagai pelakon utama. Tak perlu rumah banglo, projek billion-billion mahupun kereta-kereta mewah. Hanya pokok-pokok yang ditebang, sungai sampah yang mengalir lesu, balak-balak kering yang telah layu dan juga bajak-bajak konkrit sebagai latar tempat. Cukup membuatkan aku dan semua audiens menangis. Menitik air mata melihat kerakusan manusia. Ye, kaum dan jenis yang sama dengan aku. MANUSIA! 


film train
ini gambar bapa dugong yang dilanggar bot. sedih sangat bila tgk kecederaannya! 


Kalau aku tulis barang satu per satu apa yang aku rasa, nanti air mata jatuh lagi. Tak sanggup melihat mereka dianiya sebegitu. Ketika tu, aku doa untuk diberikan super power yang tiada tandingnya dan aku nak setiap jiwa rakus tu menangis sama melihat betapa kejamnya tangan mereka. Tanpa rasa bersalah, apatah lagi berdosa.

KLEFF banyak bagi mesej penting pada society. Aku, kawan-kawan dan semua yang datang untuk dua hari tu mempunyai satu niat yang sama. Iaitu untuk menyelamatkan bumi dan memelihara kelestarian alam sekitar! *ecewah. bunyik macam power rangers! Yes, kamilah power rangers. Walaupun usaha kami kecil, tapi kalau ramai yang lakukan... why not. Impian ni pasti tercapai. 


Green Fashion. 

hasil hutan yang sangat mengagumkan

ah-ha. Green Vibes One Circle Drum. Sangat mantap dan sangat syok!

Ini semua hasil buatan anak-anak orang Kuala Tanjung Kupang, Johor. home-Made based on tanah paya. Awesome. 

Tengok barang yang digunakan. Kreatif kan!


Old books never get alone. Always have their own fan!

masa ni aku join. syok woh!

I really hope that one day, semua orang alert dengan masalah alam sekitar ni. Alert je tak mencukupi, at least doing something. Mula kecik-kecik pun tak pe. Asalkan kau buat tu long lasting. Sapa lagi nak jaga bumi kita kalau bukan kita sendiri. Iye tak? Korang fikir lah sendiri. Sumpah, aku sedih tengok bumi kita sekarang. Kita ni kata je bertamadun, tapi sebenarnya tamak haloba. Selfish!









Friday, October 19, 2012

KLEFF 2012 Part 1: The Emcee

As Salam semua

Minggu lepas super busy. Berlari terkejar-kejar jugak aku. Urus macam-macam. Nasib baika ada kawan-kawan yang sudi membantu dengan ikhlasnya. Jadi semua kekusutan yang melanda dapat dihuraikan satu per satu. 

Weekend lepas, merupakan antara big-event aku. Huh cuak ke main aku. Ye lah, ni event tahap international. Mahunya tak ketaq tangan kan.. Tapi Alhamdulillah, Kuala Lumpur Eco Film Festival yang Kelima telah selamat. Clap-clap-clap. 

Aku join KLEFF ni dibawah UM Cares. UM Cares adalah salah satu penaja rasmi untuk KLEFF. UM pulak dah tiga tahun berturut dipilih sebagai penaja lokasi. Jadi memang satu peluang baik untuk aku dan Alhamdulillah lagi, aku dipilih sebagai pengacara majlis. 

KLEFF ni adalah satu event yang dianjurkan oleh EcoKnights Malaysia yang mana mereka  menayangkan dan mempertandingkan filem-filem yang berunsurkan mesej alam sekitar kepada masyarakat. Filem-filem tersebut datangnya dari Malaysia sendiri dan ada juga daripada luar negara. Kira global lah. 

Aku ditugaskan untuk handle 2 slot kat situ. Yang pertama untuk Anugerah Hijau dan kedua untuk KLEFF Award tu sendiri. Anugerah Hijau pulak lebih memfokuskan kepada para belia. Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Green Fashion, Green Space dan Green Film. Part ini yang paling best adalah.... aku digandingkan bersama Adi Fashla untuk menjadi pengacara. Huh. Lagi ketaq aku woi. Ye lah.. dia memang dah ada nama, cakap spontan tu kiranya memang makanan dia lah, lagi satu... alamak aku ni sapa lah. Pengacara picisan dan hingusan aje! 

First time jumpa dia, malu-malu kucing lah aku. Tapi, dia bagus. Profesional dan friendly. Banyak dia ajar aku. Kiteorang rehearse together and try to build our chemistry. Ye lah, dalam mengacara bersama ni... kimia kena kuat. Kalau tak kuat nanti pengacaraan akan nampak janggal dan kaku. Sebab tak mesra gitu kan. Jadi kenalah timbul mesra-mesra sikit, manja-manja sikit, nakal-nakal sikit. EHHHH!!! =) 

apa yang aku merepek tu? bantai saje lah labu....



Syukur majlis Anugerah Hijau berjalan lancar. Ada salah silap sikit tu biasalah. Aku pun baru belajar kan. Di akhir tu, Adi puji aku sikit. Sikit je tak banyak mana pun. Heheheh. Katanya dia surprise dengan aku sebab aku capable to handle the crowd and sangat ada chemistry. Dapat jugaklah merasa pujian-pujian beberapa orang penting termasuk para sponsor lepas Anugerah Hijau tu. Siap ada yang nak amek aku dengan Adi lagi for their event. Alhamdulillah...kembang sekejap. hehehehe

For the next day, aku handle KLEFF Film Award tu sorang-sorang. Lagilah nervousnya. Kena speaking lagi. Depan Mat Salleh pulak. Aduhaiiii memang tahap adrenalin aku melambung-lambung nebes! Takpe, as long as dah rehearse Insya-Allah semua berjalan lancar kan. Buat yang terbaik je.

macam biasa. my work space
Gambar masa majlis tu takde lah pulak. Event OP belum upload lagi. Tak sabar jugak nak tengok. Heheheh. Dah lah masa aku tengah jadi emcee tu duduk bahagian depan aku, ada sorang mat salleh kacak ni. Dia antara pengarah yang menang award hari tu. Yang dasyatnya, mat salleh ni duk senyum-senyum masa aku cakap tu. Aiyooo slang english aku teruk ke? Ke nak menggatal ni? Tergoncang iman aku. Nasib baik girlfriend dia ada sebelah. Kalau tak, aku turun stage duk sebelah dia dah... hahahaha. 

apasal awak tak berapa kacak dalam gambar ni? hehehe

Sekali, lepas majlis...dorang datang kat aku and congratulate me sebab mengacara dengan bagus majlis tu. Phewwww..... syukur Alhamdulillah. Mereka suka. Ye lah, tak lah orang kata kita mengacara syok sendiri kan. Amboii...amboi...amboi.... 

kakak -kakak kesayangan. 
Yang ini pulak kakak-kakak kesayangan saya. Mereka lah insan-insan hebat yang running this event dan juga penyokong terbaik saya. Always support me. Terima kasih kakak. 


Keseluruhannya, aku rasa bangga sangat sebab diberi peluang dan kepercayaan yang besar untuk handle dua slot penting KLEFF ni. Banyak benda yang aku belajar dan perlu diperbaiki. Insya-Allah untuk majlis akan datang, aku akan buat yang lebih baik. 

Next chaper, aku follow-up dengan event tu sendiri ye. Banyak benda best woooo.. Rugi sangat sapa tak join. Lagi-lagi slot untuk One Drum Circle. Dengan aku-aku sekali join. Memang seronok dan bermanfaat! 


p/s:  best sangat filem-filem KLEFF tu semua.... 





Wednesday, October 17, 2012

Insan-Insan Penguji

As Salam semua

Hari tu ada orang tanya kat aku, apa inspirasi aku tulis blog. Tanpa segan silu, aku jawab "My life". Than that person asked me again, "Tapi blog Kak Fateen bukannya tulis pasal luahan perasaan atau personal diari?" Hmmmm.... senyum. 

Aku tulis out of the box. Indirectly aku sebenarnya cerita apa yang aku rasa, aku alami dalam hidup aku sendiri. Tak pinjam hidup orang lain. Gaya penulisan aku tu yang the other way round. Aku adalah orang yang belajar daripada kehidupan. Ada yang kata, "Alaaa umur setahun jagung... berhingus lagi, apa sangatlah pengalaman dalam hidup kau tu!" Itulah rahsia terbesar aku. Itulah kelebihannya. Dalam umur yang masih berhingus ni lah aku sebenarnya berjumpa dengan manusia yang pelbagai. Rencam sifatnya, rencam kehendak dan kemahuannya. Hingga kadang-kadang kau tak percaya, itu adalah sifat manusia. 

Kalau lah dalam hidup ni, kau dipertemukan dengan manusia yang sopan dan baik belaka sifatnya, kau tak tahu sejauh mana kesabaran kau. Silap silap kau tak pernah kenal pun apa ertinya menahan sabar. Kau jugak secara harafiahnya menjadi lemah. Tak betah diuji. 

Konflik hidup manusia yang aku hadapi ni tak tergambar dek kata-kata. Sebab tu aku kongsikan kat blog. Aku tak nak pengajaran yang aku dapat tu, aku pendam sorang diri. Sama-samalah kita share. Jadikan panduan dan pedoman. Moga-moga kita bersedia dan punya idea jika ditakdirkan berhadapan sendiri situasi sebegitu. 

Mula-mula aku sendiri stress. Aku menangis, aku murung, aku rasa tak tentu hala. Sampai kadang-kadang aku fikir, kenapalah aku je yang jumpa orang-orang yang jenis perangai macam haram ni.  Adakah ini untuk sucikan dosa-dosa lampau aku? Mungkin. Sapa tahu?! But think the other side, kau akan dapat jawapan yang kau sendiri tak sangka. 

Aku dipertemukan dengan insan macam tu supaya aku belajar. Belajar bahawa kehidupan itu banyak cabangnya. Aku dijumpakan dengan manusia sebegitu sebab aku kuat. Dia tahu, aku boleh hadapi rencamnya perangai manusia ni. Dan Dia jugak sebenarnya sedang menjadikan kita semua untuk berfikir. 



Dan ketika itulah...




Aku bersyukur kerana insan-insan penguji ini hadir dalam hidup aku!


Wednesday, October 10, 2012

Awesome Sakura Blossom

As Salam semua

Untuk minggu ni, on weekend nanti aku ditugaskan jadi pengacara majlis untuk Kuala Lumpur Eco Film Fest dan Anugerah Hijau anjuran Eco Knights Malaysia. Alhamdulillah, ada rezeki untuk timba pengalaman handle majlis-majlis bertaraf antarabangsa dan berprestij tinggi macam ni. Cuak. Sangat-sangat cuak. Tak terkata rasanya.

Before that, akak aku terlibat untuk International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) yang akan berlangsung bermula esok di KLCC. Jadi, akak aku mintak aku tolong dia untuk buat guest book since dorang tak berapa nak kreatif katanya. hahahaha. Macam lah aku kreatif sangat kan! 

Mula-mula memang agak payah jugak sebab tak pernah pun aku buat guest book bagai ni. Tapi tiba-tiba aku teringat satu idea yang aku pernah tengok kat facebook tak lama dulu. 


So, apa kata aku try and apply untuk guest book ni. Sebab dia mudah dah murah! Nampak comel pulak tu. Heheheh. Kat bawah ni barang yang diperlukan 
  • water colour + brush + pallete
  • paper (aku guna recycled paper ----eco green kan!)
  • bontot botol. (aku guna botol coke)


Senang je stepnya. Mula-mula buat je lah bentuk ranting-ranting tu. Free hand sudah. Kau bayangkan sikitlah bentuknya macam mana. As long as tak bentuk benda lain dikira kau berjaya lah lukis ranting. Kira ada jugaklah sense of art dalam diri kau. Kehkehkeh.


Next, kau colourkan bontot botol tu dengan colour pink. Make sure semua permukaan di kalerkan. Jangan ada yang tak kena, nanti tak lawa pulak! 


Lepas tu, kau cop/tekap kan bahagian bontot botol yang dah di kaler tadi di hujung-hujung ranting tadi. Ikut kreativiti korang lah. Nak buat senget ke, tegak ke. 


Dah nak siap dah tu. So, sekarang kau keringkan je satu-satu. Biarkan dia mengering secara semulajadi. Jangan paksa-paksa. Kang merajuk pulak. Setiap kelopak bunga tu tadi, guest boleh turunkan signature mereka kat situ. Pilih je nak kelopak mana satu! 


Akhir sekali, sebagai kenang-kenangan...aku bubuh sikit trademark aku. Kasi dorang kenal aku punya hasil kerja yang tak seberapa ni. Tu dia, initial IA stands for.....
INNANIE ARIFFIN boleh, INNANIE ARTS pun boleh! 



Haaa, apa macam? Cantik kan? Semalam aku buat lebih kurang 1 jam boleh dapat 20 keping benda ni. Kira memang mudah, murah dan menjimatkan masa. Boleh jugak dibuat untuk guest book orang kahwin. Sweet apa! 


Nampak gaya mereka suka. Kalau dorang suka, aku lagi lah suka! ;) 





p/s: Beauty is in the eye of the beholder! Doakan aku untuk weekend ni ye. Nanti aku update!











Sunday, October 7, 2012

Pecah Kereta

As Salam semua

Lagi 2 jam untuk aku departure back to KL. Mula-mula malas jugak nak update blog, tapi bila fikir dua kali....hmmmm No! I should share this with my beloved readers. Seriously! 

Lets start. This is 100% based on true story and by my own experience. 

Jumaat lepas Asar, aku dan adik aku temankan mak untuk belanja barang dapur. As usual, tempat kegemaran kami adalah di Econsave Kluang. Kalau orang Kluang memang taulah macam mana Econsave Kluang tu besar dia dan kawasan parking dia macam mana. 

Lepas dah belanja semua, aku menuju lah ke kereta. Dari jauh aku perhatikan ada seorang lelaki India berusia awal 30-an berdiri di belakang bonet kereta aku. Aku terus je berjalan dan lelaki tu ke bahagian tepi cermin tingkap sebelah seat driver. Aku perhati je. Dekat tangan dah get ready dengan remote dan kunci kereta tapi aku tak unlock lagi. Aku perhati kan lelaki India tersebut menarik-narik pembukak pintu kereta aku sambil mata dia tertinjau-tinjau ke dalam kereta. Aku tak panik. Diam je sambil berjalan ke arah kereta. Lebih kurang jarak 30 meter, aku sergah dia. 


Aku: Yes, kenapa dengan kereta I? 
Dia: Eh, takde apa-apa. Tak ada apa-apa *sambil tangan terus dimasukkan ke dalam poket
Aku: You tengok-tengok dalam kereta I kenapa? Ada apa? 
Dia: Takde apa. Sebelah ni kereta saya, saya tunggu kawan.
Aku: Oh, habis you tengok-tengok dalam kereta saya kenapa? 
Dia: Tak de apa kakak. *terus dia menuju ke kereta sebelah aku. 
Aku: *dalam hati kata mustahil kereta sebelah kereta dia!

Aku terus suruh mak aku masuk dalam kereta dan lock. Sementara aku dengan adik cepat-cepat punggah barang-barang ke dalam kereta. Masa tu, aku perasan dia call seseorang. Aku cuak jugak. Mana lah tau, dia call geng dia dan bagi spesifikasi kereta aku lepas tu dorang tahan tengah jalan and rompak aku. Nauzubillah!!! 

Lepas aku punggah barang, terus cepat aku masuk dalam kereta dan berlalu dari situ. Rupanya, mak aku yang dah masuk dalam kereta ni perasan sesuatu. Lelaki India tu, berdiri dekat pintu kereta sebelah sambil berpeluk tubuh, tapi tangan dia yang ke belakang tu cuba untuk umpil bahagian locker kereta tu. Dia cuba masukkan sesuatu dekat getah pelapik cermin tu supaya punat kunci kereta tu ternaik dan terbukak. 

Ya Allah, rupanya aku berdepan dengan penjenayah! Aku pun segeralah ke bahagian tepi Econsave sebelum balik tu. Kiranya nak buat aduan pada guard yang bertugas. Malangnya, Econsave takde guard yang menjaga bahagian parking. Patutlah mereka berani buat kerja macam tu. Sebab takde pengawasan. CCTV pun takde. Senanglah dorang buat kerja. 

Aku apa lagi, teruslah sebarkan berita ni pada page Kluang Komuniti. Aku ni dikira terselamat dari menjadi mangsa pecah kereta tu. Bukannya ada apa sangat dalam kereta aku tu. Tapi, aku takut dia adalah pencuri kereta. Hish.... Nauzubillah Min Zalliq. 

banyak jenayah rupanya! 

Bila aku cerita dekat salah seorang kawan aku di KL, dia kata pengalaman kawan dia lagi dasyat. Sama macam aku. Terserempak dengan penjenayah yang cuba umpil kereta dia. Dia sergah sama macam aku buat, cuma lagi berani penjenayah tersebut serta merta keluarkan pisau dan acu pada kawan dia tu. Cepat-cepat dia lari tinggalkan kawasan tu dan mujur penjenayah pun lari. Tapi cuak jugaklah takut-takut dia aim kereta. 

So, kepada semua. Tak kira lah lelaki mahupun perempuan, berhati-hatilah bila parking kereta. Pastikan jangan tinggal apa pun bag dalam kereta. Sebab ada kes, macam kawan aku. Dia tinggalkan beg yang dalamnya cuma berisi segala nota dan kertas pun kereta dipecah jugak sebab penjenayah ingat dalam beg tu ada barang berharga. Lock stereng dan kalau boleh pastikan kawasan parking ada CCTV. Untuk perempuan pulak, kalau dah dekat nak menuju ke kereta pastikan kunci dah get ready. Jangan sampai depan pintu kereta baru nak cari dalam beg. Dah masuk kereta segera lock. Lepas tu nak make up ke nak apa ke baru boleh buat. Kalau nampak orang yang dicurigai, larikan diri dengan segera dan paling penting simpan nombor kecemasan dan bantuan seperti nombor Rakan Cops/Polis. 


Selebihnya, Tawakal! Aku harap janganlah kita jadi mangsa jenayah! Amin. 



p/s: Cuak sangat! 


Wednesday, October 3, 2012

Cemburu

As Salam semua

Manusia tak pernah rasa puas. Ada je yang dia tak cukup, tak senang dan mengeluh itu ini. Dalam hati mesti wujud rasa kurang. Tak banyak, sikit mesti ada. 

Aku sendiri pun. Kadang-kadang muncul perasaan tu. Perasaan malu atas apa yang kau ada, sedangkan kalau ditengok dan ditelek betul-betul... apa yang kau ada dan apa yang kau punya sudah mencukupi malahan melebihi daripada apa yang kau perlukan. Tapi dah nama manusia kan, normallah begitu. 

Secara jujur aku bukanlah siapa-siapa atau punya apa-apa untuk dicemburui oleh sesiapa. Aku tak punya kecantikan paras rupa, tak juga bentuk fizikal, apatah lagi dari segi kekayaan mahupun kebijaksanaan. Aku zero. Apa yang aku ada, segalanya kurnia. 

Aku jenis manusia yang kalau aku nak sesuatu, susah senang aku cuba buat sendiri. Cuba dapatkan sendiri. Aku sebolehnya dan semahunya tak nak susahkan mak ayah. Sebab sebagai mak ayah, sekali anak-anak keluar dari mulut nak kan sesuatu, dorang akan cuba dapatkan. Seusahanya. Tak lain tak bukan niatnya nak anak hidup senang, merasa bahagia. 

Bohonglah kalau dulu aku tak macam tu. Dulu masa kecik, akulah anak yang macam tu. Tak dapat merajuk. Main petik je cakap. Keluar dari mulut mesti dapat. Tapi tu dululah...sekarang dah lain. Sekarang ni Alhamdulillah, aku cuba berdikari. Pernah je selama setahun aku hidup di kampus, aku tak pernah mintak duit dari mak dan ayah aku. Sampaikan mak dan ayah aku risau dan fikir aku buat benda tak elok. Nauzubillah.  Ye lah, macam mana nak survive di KL ni kalau tak punya fulus. Aku masih kenal halal dan haram, mak ayah. Aku buat part time sebagai emcee. Itulah punca rezeki aku. Jujur. Penat dan terkadang mengais-ngais aku. Tapi, itulah rezeki Allah maha luas. Ada je kelapangan di setiap kesempitan yang diberikan. 


Dan salah satu kelapangan yang Allah berikan pada aku melalui kawan-kawan. Mereka sangat membantu. Mereka ikhlas. Tak mintak dibalas. Walau tak semua yang macam tu, tapi aku tahu. Aku kenal setiap sorang. 

Dan kerana mereka jua lah aku dicemburui. Dicemburui sebab punya ramai kawan yang baik dan sudi menjadi tempat mengadu. Aku tak sangka, aku yang tak punya apa-apa melainkan sahabat di sekeliling ni dicemburui dengan sebegitu dasyatnya. Hati manusia. Penuh tipu daya. 


Bersabarlah hati dengan permainan manusia sebegini...




 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork