Monday, December 31, 2012

Duit. Kenapa Engkau Macam Air?

As Salam semua

Belum reda lagi kepanasan Iphone 5, nampak gayanya Samsung mengejar pantas. Yang aku ni belum pun gigih nak merampas Samsung Galaxy 3, ni haaaa dah kedengaran di seantero dunia, Samsung Galaxy 4 yang lagi awesome kevavavoom! Pehhhh memang hebat. Sangat-sangat meruntun jiwa. Aku nasihatkan pada penggemar gadget, jangan tengo video ni. Nanti tak memasal tangan kau gatal je nak keluar duit. Hehehehe. 



Duit ni kalau tak iye-iye memang laju je mengalir. Air paip pun kalah. Tak payah jauh. Aku ni haa.. keluar sekejap pun, aduhai mengalir laju je fulus dalam dompet. Lepas tu balik macam menyesal sikit. Sebab ye lah beli tak ikut keperluan. Lebih pada nafsu serakah. Hahaahaha!

Semalam aku dating dengan Suhaila. Konon just nak jalan-jalan cuci mata je. Tapi sayang. Itu  imaginasi saje! Habis dah, borong sakan aku. Suhaila pulak jenis kawan yang sama naik dengan promoter... memang jahanam lah aku. Koyak poket woi!!! Hahaha. Sampai aku suruh dia kawal aku sikit. Ya Allah, amalam syaiton sungguh aku ni.


Bermula di sini lah, duit aku mengalir bagai air sungai yang deras. Haishhh, walaupun aku bukan lah peminat K-POP tapi memandangkan produknya yang cute-miut itu buat hati tertawan. Meleleh dah meragut jiwa raga. Walaupun aku sedar, pakai beauty product ni bukannya boleh terus bling haaa kau cantik terus. Padahal baru hari tu aku memborong kat Elianto dan Sasa. Tapi, disebabkan nafsu perempuan, nak buat macam mana. Sepatah kata Suhaila...untuk kepuasan diri. Itupun Suhaila berjaya kawal aku sebab kalau ikut nafsu syaitan yang bermaharaja lela ni, banyak lagi aku grab. TT____TT


Next, rupanya Suhaila sendiri pendorong nafsu syaitan itu. Dia sekarang tengah gigih menjadi bisneswoman berjaya lepas grad. Dia jual tudung dan shawl. Oh, sekali lagi meruntun jiwa sampai kan aku meroyan. See-see, buruk kan perangai!!! Haiiissssssssssssssssh!



Dan akhirnya aku kecundang. Beli jugak bawal crepe paisley yang awesome gila ni. Walaupun RM 28 je, tapi dalam hati niat untuk "MEMBANTU SESAMA RAKAN". Kehkehkeh. Padahal nak senangkan hati. But, wait!!! 

Tudung ni memang awesome gila. Rugi kot kalau tak beli. Aku sendiri suka. Beli terus pakai. Kain dia sangat best, mudah dibentuk dan jugak paling best its cover your chest. Aku yang plusize ni pun boleh pakai dengan cantik dan selesanya. So, paisley lover....apa tunggu lagi cuba usha sikit facebook Ella Lala ni... banyak shawl dan tudung terkini yang dijualnya. Awesome! 






p/s: Berbelanja ikut keperluan. *azam 2013 mungkin....in sha Allah :)





Sunday, December 30, 2012

ZyraRoxx's Blogbuster

As Salam semua

Memalam gini, rasa takde idea pulak nak menaip blog. Tapi jari macam gatal je nak type something. Tengok bloglist perasan pulak ada satu blogger hot ni baru launch satu segmen. Usha jap, okeh good. Syarat tak merepek meraban. Aku malas sikit kalau syarat dia meraban sangat. Ni setakat basic-rule je. Boleh lah. So, lets join.

drumroll please....




Segala syarat dah dipenuhi lama dulu dah. So, memang mudah. Apa faedah join benda ni? Kau akan dapat kebanjiran visitor yang tinggi. FYI, ini kali kedua aku join segmen dari blogger hebat ni. Dan masa first segmen dulu, hasilnya memang tak pernah mengecewakan. Bahkan membuat kau ketawa kegirangan.

Tak kan tengok je, apa kata rajinkan diri untuk join. Sila-sila-sila >>>> KLIK SINI<<<< Sapa tak join rugi besar woi!!! 



p/s: Hadiah domain dah tamat tempoh!!! T____T






Friday, December 28, 2012

Coffee Lover & Table Talk

As Salam semua

Tips photoeffect: Untuk nampak korang kurus, kawanlah dengan orang besar. hahahaahah! 
Semalam dating dengan kawan baik masa form six dulu. Namanya Amelia. Haisssh, kalau jumpa Amy ni memang tak sah lah kalau tak ketawa pecah perut sampai sesak nafas kan. Heheheh. Amy ni kalau korang nak tahu jenis selamba je kalau buat lawak. Muka ayu-ayu, sekali buat lawak bikin gempak. Lokasi yang menjadi pilihan semalam untuk ber-table-talk adalah Old Town Cafe kat Kluang Mall. 


Apa yang aku nak cerita sebenarnya, semalam aku cuba minum White Cofee Ice Blend dari Old Town. Sedap sangat!!! Aku rasa buat penggemar coffee memang kena cuba. Rasanya boleh buat kau table-talk 2-3 jam. Fresh dan yummmmaaaaaay! Ada banyak pilihan flavour. Satu based pada Coffee Cookies dan satu lagi based pada Cofee Mint. 


Untuk aku semalam, aku pilih Chocolate Chips + Coffee Cookies. Haruslah coklat kan, katanya penggemar coklat.  And Amy pulak Roasted Peanut + Coffee Mint. Dua-dua flavour awesome habis. Haisssh memang sesuai lah untuk table-talk dan gelak-gelak. 


Kalau korang ke Old Town, cubalah ice blended baru dorang ni. Eh, ye ke baru? Ke aku yang ketinggalan? Hahahaah!!!! :) Yang penting sedap. Harga RM 7.90 sahaja. 



p/s: friends always make you happy kan





Entry Terbaik 2012 Blog Coklateyes


As Salam semua

Tak sampai beberapa hari lagi untuk kita meninggalkan tahun 2012. Tahun yang pastinya penuh kenangan buat kita semua. Sama macam tahun-tahun sebelumnya. Mesti ada kenangan pahit, manis, masin, masam dan segala macam rasa. Itulah namanya kehidupan kan. Kalau asyik manis je, tak teruji lah seseorang insan itu. Tak thrill lah hidupnya. Hambar. Kosong.

Tahun 2012, memberi aku banyak ruang dan peluang. Usia 23 tahun membuat aku matang. Dari segi pemikiran mahupun tindakan. Mungkin terpamer di ruang penulisan blog jugak. Dan mungkin didorong atas sifat kematangan, aku beranikan diri untuk join satu segmen daripada Blog Corat-Coret Kehidupan. Segmen Entry Terbaik 2012.
CoRaT - CoReT KeHiDuPaNkU


Untuk segmen ni, aku just nak share TIGA entry yang terbaik di mata aku lah kan. Ketiga-tiga entry ni actually merupakan satu kesinabungan. Sebelum jenguk ke entry tersebut, aku nak bagi sinopsis dulu lah. Boleh???


Pada orang lain, usia 23 tahun tampak muda. Tak rencam lagi liku hidupnya. Tapi tidak bagi aku. Di usia tersebut, pelbagai panorama manusia aku dah jumpa. Dan salah satu daripadanya ialah isu LELAKI GAY. Memang kat luar sana hakikatnya ramai di antara kita yang katanya nak berkawan atau menerima baik kaum sebegini. Namun sejauh mana sebenarnya mereka 'menerima baik' itu? Adakah menerima hanya sekadar berkawan, atau menerima dan sebenarnya mengajak ke pangkal jalan. Untuk penghasilan entry-entry yang bakal aku pertaruhkan ini, aku sendiri menghadapi konflik diri. Konflik bagaimana untuk menuliskannya di ruangan blog. Maklumlah, rakyat Malaysia ni sensitif. Salah gaya, salah bicara, salah pula makna intipatinya. Alhamdulillah, setakat hari ni aku sangat berbangga dengan entry-entry ni. Bukan kerana karangan ayat yang bagus, tapi kerana impaknya pada pembaca. Sama macam niat aku dulu masa tulis blog, bukan sekadar diari tapi satu perkongsian ilmu yang benmanfaat di kemudian hari. In Sha Allah.

Dan untuk itu, TIGA ENTRY TERBAIK 2012 daripada BLOG COKLATEYES adalah :- 



Walaupun banyak words gay di situ, tapi aku jamin takde langsung unsur-unsur kelucahan. Semuanya ilmu. Cuma kau perlu buka minda dan hati kau untuk membaca setiap entry tersebut. Maklumlah, kalau aku sendiri pun what the fishcake seorang perempuan bercakap mengenai gay??? Gila apa? Well, its not crazy. Just rare!!! :)

For tagging purposes : Nurmujahidah 



p/s: Moga setiap dari kita kuat menghadapi arus moden yang tak terbendung ni. 









Ella & Azhar : Dari Benci Jadi Suka

As Salam semua

Seantero Malaya tahu yang Ella, ratu rock Malaysia dah pun menjadi seorang isteri kepada Kapten Azhar, seorang pilot Firefly kalau tak salah aku. Wang hantaran RM 50, 300. Wow!!! Memang kelas. Tapi bukan soal itu yang aku nak cerita. 

Entah bila dan kenapa, suddenly aku suka gila dekat Ella. Before this, ada lah rasa macam annoying sikit dengan perangai manja dia. Tapi lepas kahwin aku rasa Ella memang macam tu. Manja and adorable. Very romantic dengan husband dia. Sweet sangat dua-dua ni. Dalam instagram, they looked so-so-so romantic. Aura pengantin baru agaknya kan. 


Hari tu, ada tertengok satu program kat Astro pasal perkahwinan mereka berdua. Alahai comelnya Ella dan Azhar. Masing-masing memang profesional dalam bidang tersendiri. Secara jujur, aku memang tabik spring kat Ella sebab dia pandai jaga ke-eksklusifan dirinya sebagai artis. Takde sapa tahu tentang percintaan mereka yang telah terjalin lebih 9 tahun. Hebat tak hebat lah kan. Dan selama itu, mereka berdating semua macam pasangan lain tanpa dihidu oleh wartawan. Itu yang bagus tu. Ini sesetengah artis, sekejap dengan ini kecoh satu Malaya. Kejap dengan itu pulak pun kecoh satu Malaya. Lama-lama orang malas nak ambil peduli hal kau!

Kat instagram pun sama. Mereka sangat humble. Tak silap aku, ada satu gambar Ella ni kat kebun suami dia kat Muar. Sempoi je Ella dok panjat pokok petik buah. Suami dia pun sama. Comel gilos lah dorang ni. Aku pun tabik jugak kat Kapt. Azhar sebab 9 tahun tunggu Ella dan tak pernah memilih walaupun Ellah jauh lebih berusia. Jodoh kan. Tak siapa tahu. 

Dan menambah lagi ke-adore-an aku pada Ella, kebelakangan ni aku asyik playlist semua lagu Ella masa aku study. So, kiranya mood aku sekarang memang tengah mood rock gitu. Sumpah aku jatuh cinta dengan semua lagu dia. Lagu Kesal, Layar Impian, Sembilu, Simbiosis dan paling membakar semangat apa lagi kalau bukan Standing In The Eyes of The World. See. Manusia memang berubah kan dari semasa ke semasa. Dari benci jadi suka. :) 




P/s: Sayu jugak bila tengok Jojie menangis masa Ella kahwin. Sebab dia felt Lost :(




Thursday, December 27, 2012

Cuti-Cuti Famili : Air Papan, Mersing Johor

As Salam semua

Selalu persepsi orang, bila sakit stroke, kita terus tak boleh buat apa-apa. Tapi aku tak nak ayah aku fikir macam tu. Aku tak nak keterbatasan dia menyebabkan dia rasa terpinggir. Well, people can think randomly. But not deeply. They can said anything they like, but how far they really know you.

Aku dan family selalu build-up confident level ayah aku selepas dia diserang stroke kira-kira 2 tahun lepas. Kami nak dia jalani hidup macam dulu. Alhamdulillah, ayah aku pun memang cekal orangnya. Dia redha dengan segala ketentuan dan pemberian Allah tapi tak pernah sekali pun dia give-up. Pada aku orang stroke ni paling penting adalah moral support dari orang sekeliling. Bantuan yang berbentuk moral support akan mengubah semangat mereka yang mungkin telah pudar. 

Last weekend, family aku dengan family makcik aku pergi bercuti ke Pantai Air Papan, Mersing. Yes, ayah aku ikut sama. Tapi taklah dia mandi swimming pool atau laut. Cuma kami bawak dia bersiar-siar di tepi pantai, relax kat tepi kolam, having table-talk dan juga buat barbeque sama-sama.  Maklumlah bila dah besar ni, bukan senang kami tiga beradik nak kumpul. Sebab cuti masing-masing tak sama. Tu yang abang sepupu aku awal-awal dah book kami supaya takde plan lain pada hari tu.

Walaupun slow pergerakan ayah, tapi Alhamdulillah ayah boleh berjalan dari tempat parking kereta sampai ke chalet. Pergi tepi kolam semua. Cuma kena exta-caution lah. Tak nak ayah slip atau terjatuh. Nanti lagi bahaya. Dia siap kata nak berenang sama dengan kiteorang lagi dalam swimming pool. Hahahahaah! Bagus semangat ayah aku ni.

Aku nak shares some photo yang aku capture kat sana dan telah di-instagramkan. Maklumlah, instagram kan tengah fofuler. Aku sendiri addict gila kot dengan Instagram. Sehari tak instagram macam tak berapa meriah hidup aku rasanya... do follow me on Instagram @ http://instagram.com/innanieariff

Suka shot ni. Nampak tu bendera merah. Paras bahaya ye ombak! 
Feeling macam kat Miami kan. Aku pun tak tahu apasal gambar ni macam cantik sangat.
Ni ambil waktu petang. Jalan-jalan tepi pantai. 
Pokok kelapa. As always melambai-lambai kau. *hiperbola kan*. Love this scene too.
Akak aku kata macam painting. 
Kolam renang juga yang menjadi pilihan.
Pelampung. Not for me. Tapi untuk my niece, Yaya!

Last but not least, ni haa sebelum pegi bercuti sempat pulak aku beli sunglass. Baru feeling diva sikit. Hahahaha. Tak pernah umur aku beli sunglass tau. Tapi bercuti punya pasal, aku beli. Murah je, dua RM 30. Beli kat Brands Outlet je. Heheheh. Yelah, nak drive tengah-tengahari... pedih biji mata ni. Tu yang beli sunglass. Ada muka datin tak??? Kehkehkeh. Muka datin takde. Muka mintak pelempang ada.


Day 1
Day 2.
A bit tired. But exciting! Sayonara Mersing

Yerp, pegi dengan balik pakai tudung sama je. Sebab malas nak iron. Al-maklumlah. Cuti-cuti segera. Kehkehkeh. Dasar anak dara pemalas. Heheheh. Entry cerita pasal ayah aku, tapi anak dia pulak feeling lelebih. Soorrry, ayah aku pemalu orangnya tapi maintain comel... :)


p/s: Muka tuan blog tak leh letak besar-besar, nanti ada orang tak tidur malam. Nightmare! Kehkehkeh.







Malam Muda-Mudi Kolej Ibnu Sina 2012

As Salam semua

19/12/2012 yang lepas, kolej aku buat annual dinner. Mungkin ada yang pelik, eh apasal pulak dinner kolej di semester 1. Bukan ke selalu dinner masa sem 2. Kan aku pernah cakap, kolej aku sekarang kolej budak medik *ENTRY DISINI*, jadi schedule semua kena ikut mereka. Takpelah, bagus jugak. Next sem, boleh fokus katanya. In sha Allah. 

Dinner Kolej Ibnu Sina buat dekat Sime Darby Convention Centre. Kiranya beberapa hari lepas majlis resepsi Maria Elena dan abang Fatin Liyana, Ashfirdaus terus Malam Penghargaan Ibnu Sina (MPIS). Terbayang-bayang jugaklah aku betapa gilang gemilangnya majlis Maria Elena berdasarkan gambar-gambar pelik mereka tu. Hew-hew-hew. 

Untuk MPIS, aku tak nak komen pasal makan mahupun persembahan. What do you expect for RM 120? Yep, as usual lah kau dapat Chinese Course. Katanya itu yang paling sesuai dengan harga sekepala begitu. UM.... always be UM. Persembahan.... well dihidangkan dengan live band and performances daripada budak-budak kolej yang suara boleh lah tahan. Kalau ada flat tone tu biasalah. Again, RM 120. Kau bajet sapa buat performance? Kak Siti??? Mimpi siang hari sajo! :) 

Aku tulis entry ni sebab kawan-kawan aku semua dah tanya, bila muka dorang nak masuk Blog Coklateyes (BCE) ni... Heheheheh...Katanya nak femes sikit. Bagi satu Malaya kenal mereka. Haaaaa... ni bukan satu Malaya kenal, kalau ada dua Malaya... dua Malaya aku promote!


For that night, aku tak de pun nak beli baju ke apa. Just pakai apa yang ada je. Since KZ Nabihah hadiahkan aku dress Qasriena hari tu lepas photo shoot tu kan, so why not pakai je baju tu. Tengah trending kan peplum gitu. Kehkehkeh. To be honest, aku sangat suka dress ni. Flowy and really make me confident. Dengan warna terang, ditambah lace. Pulak dah, nampak effect kurus woi!!! Itu yang lagi tambah aku suka. Kehkehkeh. Alahai, kawan-kawan aku pun puji. Dress ni sangat-sangat sesuai dengan aku. Again, thanks to Cik Bihah for the really awesome dress. Tema colour pulak, aku pakai Pink + Black. So nampak a-lil-bit vintage elegant gitu. >>>KLIK SINI<<<<


For make-up pulak..... Takde maknanya nak make up bagai. Calit je lah apa yang ada. Tak sempat sangat hari tu. Habis kelas around 6.30 petang. Terus siap-siap nak ready for dinner. Nasib baiklah aku bukan jenis solek berjam-jam. So, buat ala kadar je. Bubuh blusher sikit, bubuh liptip sikit, mascara calit sikit. DONE!!! Pakai tudung bawal hitam. *tu pun pinjam Sakinah, thanks dear* pin macam biasa. I'm ready!

Jadi, mari aku perkenalkan insan-insan kacak dan cantik sekeliling aku untuk malam itu!!! 

Ini room mate kesayangan. Qeela & Sawi. Selalu membebel dan buli aku. Yes, aku kena buli dengan mereka! T__T
Ini bakal doktor. Comelkan adik Ain. Honyoh-honyoh
Semua comel belaka. I just love this shot! 
Kakak-kakak lawyer. Semua hot gilos. Don't worry masih ada lagi yang single dan available.
Aku antaranya. Kahkahkah.
Kami bertiga Gadis Johor. Memang. Gadis Johor memang hot! :)
Sama warna tema with The Randeran. 

See. Aku dah cakap room mate aku awesome! 


Ini Shahril.
 Haa dialah yang sungguh-sungguh paksa aku letak gambar dia kat BCE ni. 
Dan ini Fuad Sabri. Jugak nak femes. Sama macam Shahril atas tu. Kihkihkih
Walaupun dinner malam tu yang hado saje, tapi kami semua happy. Happy sebab masing-masing cantik belaka malam tu. Momen indah macam tu tak kan datang dua tiga kali dalam hidup kau. Dia datang sekali je. Pandai-pandai kau lah macam mana nak remain moment tu fresh dalam kepala. Macam aku, ni cara aku. Letak kat blog. Mana tahu, anak cucu aku boleh tengok sama. Tak ke bangga dorang dapat nenek multi-talented lagi cantik macam aku. *kahkahkahkah!!!*


p/s: friends never ends.





Wednesday, December 26, 2012

Kisah Nur Husna, Si Anak Yatim Jambatan Ke Syurga

As Salam semua

Dalam pada aku tengah running bagi Hadiah Best lagi Awesome buat semua follower BCE dan blogger kat luar sana tu, aku jugak running sama Program Bantuan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Kasih Bestari. Untuk makluman, program ni akan menggabungkan sukarelawan yang juga blogger untuk sama-sama mencari dana dan menziarah adik-adik di Rumah Amal Kasih Bestari Shah Alam ni. Alhamdulillah, setakat hari ni jumlah kutipan yang aku peroleh dah cecah tiga angka. Takpe, sabar-sabar...sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. In Sha Allah, Allah akan bantu aku buka pintu hati insan-insan pemurah di luar sana tu. Aku yakin, ramai yang sudi membantu! 

Petang tadi, aku dapat satu email dari salah seorang pembaca BCE. Email yang sangat-sangat menyentuh naluri dan jiwa kau seorang manusia. Aku copy paste email tersebut. Memudahkan korang baca dan hayati.... 

sumber: google. *aku terbayang Husna mungkin secomel ini*


Salam Innanie

Nama akak, Kak Hamidah. Umur akak dah jejak 41 tahun. Akak berasal dari Ipoh, Perak. Seorang guru Matematik. Juga seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Namanya Nurul Alisha Husna,11. Ahmad Adam Haziq, 8 dan Ahmad Aryan Hamizi, 6. 

Akak ada terbaca blog Innanie pasal bantuan derma anak-anak yatim tu. Bagus usaha Innanie dan kawan-kawan tu. Akak sokong dan memang bantuan terpuji. Kalau Innanie tak kisah, akak nak share satu cerita. Since akak baca cerita Innanie pasal Yana tu kan, akak rasa ada bagusnya jugak kalau akak ceritakan dan share pengalaman akak sendiri dengan anak yatim. 

Memang betul Inannie, anak yatim tu Allah sayang. Kalau Innanie nak tahu, sebelum akak dapat 3 orang cahaya mata ni, akak ada ambil seorang anak angkat yang merupakan anak yatim. Mak dan ayahnya meninggal akibat kemalangan. Mak dan ayahnya merupakan sepupu suami akak. Nama anak yatim tu Nur Husna Bt Mohd Fudzie. Dan masa mak ayahnya meninggal dunia, dia baru berusia 7 bulan. Ketika tu, akak pulak memang dah lama mendambakan seorang anak sebab masa tu akak dah 5 tahun kahwin tapi masih belum dapat baby. Menurut kata doktor, rahim akak tak kuat dan peluang akak mendapat bayi sangat-sangat tipis. Akak sedih sangat. Dan rasa tak complete jadi seorang perempuan. 

Masa mula-mula nak ambil Husna jadi anak angkat kami, akak dan suami sangat takut. Sebabnya Husna anak yatim. Kami dikira pemegang amanahnya. Pada mulanya, akak menolak untuk ambil Husna sebagai anak angkat sebab akak tak yakin dan akak khuatir kalau termakan harta anak yatim lepas tu akak rasa malu sebab tak dapat beri suami akak zuriat, tapi suami akak bekeras nak jaga Husna sebab suami akak memang rapat dgn arwah ayah Husna. Sampaikan akak bergaduh-gaduh dengan suami akak. Tapi, lama-lama Allah lembutkan hati akak. Jadi akak ikut je lah suami akak kan. 

Tapi, mak akak ada pesan kalau kita jaga atau buat baik dgn anak yatim ni, niatkan dalam hati mudah-mudahan kita senang juga mendapat zuriat. Akak ikut. Akak memang niat dalam hati masa akak mula-mula dukung Husna nak bawak balik rumah tu. Akak doa dan niat "YA ALLAH, KALAU HUSNA ADALAH SATU-SATUNYA ZURIAT YANG KAU BERIKAN PADAKU, AKU REDHA. AKU AKAN JALANKAN AMANAH-MU INI DENGAN BAIK. AKU AKAN BAHAGIAKAN HUSNA SEBAHAGIA YANG AKU MAMPU. NAMUN, AKU MOHON BELAS IHSAN MU YA ALLAH MELALUI HUSNA AGAR AKU JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT SENDIRI. ZURIAT YANG DATANG DARI RAHIMKU SUPAYA HUSNA TIDAK KESEORANGAN." 

Itulah satu-satunya niat akak dik. Husna memang anak yang baik. walaupun dia 7 bulan tapi dia tak menyusahkan akak dan suami. Malahan kalau Innanie nak tahu, dia sebenarnya menambah erat hubungan akak dan suami juga menambah rezeki. Bermula dari kami ambil Husna, banyak benda berubah. Suami akak naik pangkat, rezeki akak jugak semakin murah. Dulu akak takut jugak kalau ada Husna, gaji kami tak mencukupi untuk beli susu, orang jaga baby dan makan pakai Husna. Tapi semua tu takde. Husna memang murah rezeki. 

Setahun lebih akak jaga Husna, tiba-tiba entah macam mana akak disahkan doktor hamil 5 minggu. Masa tu akak menangis puas-puas. Akak bersyukur terharu. Husna masa tu dah hampir 2 tahun seolah-olah faham yang akak tengah gembira sampai dia pun menangis sama bila tengok akak menangis. Akak peluk Husna. Akak tahu, ini kurniaan Allah dan belas ihsan Allah pada kami yang sudi membela anak yatim seperti Husna. Sebab kalau diikut percentage akak untuk hamil sangat-sangat tipis dan mungkin hampir tiada. Subhanallah!!! Besar sungguh kurniaan Allah buat kami suami isteri.

Tapi, kita hanya merancang dik. Tuhan menentukan. Masuk 7 bulan usia kandungan akak, tiba-tiba Husna jatuh sakit. Dia kena demam denggi. Masa tu akak sangat bimbang. Akak kena jaga kandungan dan masa yang sama Husna sakit ditahan di wad. Tak lama dik kami nikmati kegembiraan bakal menimang cahaya mata sebab kami berdepan terlebih dulu untuk kehilangan Husna. Husna pergi selamanya tanggal 10 Jun 2001 jam 3.20 pagi.... Husna meninggal dunia dik di usianya 2 tahun setengah. Akak menangis sekali lagi, Akak rasa kehilangan Husna. Puas akak tenangkan diri..... sebab risau kandungan akak. Ujian Allah dik... akak kena redha dengan pemergian Husna. 

Rupa-rupanya Allah berikan Husna buat kami supaya kami bersedia menjadi ibu bapa. Supaya akak dan suami belajar macam mana untuk jadi ibu bapa yang baik buat anak yang bakal akak lahirkan dan akak terhutang budi dgn arwah Husna. Dan disebabkan itu, anak sulung akak, akak letakkan nama Husna di akhir namanya supaya Husna mekar dalam ingatan dan doa kami suami isteri.

Sebab tu dik, bila akak baca blog adik pasal nak berbakti pada anak yatim, akak tersentuh. Untuk itu akak dengan niat fisabillilah dan atas nama Nur Husna Bt Mohd Fudzie, akak dermakan RM XX buat anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari. Moga wang tersebut dapat membantu meringankan bebanan mereka dan pahala jariahnya diberikan pada arwah Husna, anak sulung akak yang telah kembali ke Rahmatullah sebelas tahun dulu. Moga dia dapat memimpin tangan akak sekeluarga ke syurga hendaknya.

Terima kasih Innanie. Harap Innanie sudi share email akak di blog Innanie dan dapat dijadikan teladan buat kita semua. Harap Allah juga beri Innanie pahala yang berlipat ganda. 

Assalamualaikum.... 



Aku terkedu jugak bila baca keseluruhan email akak ni. Terima kasih Kak Hamidah atas sumbangan akak buat anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari. Saya juga doakan moga arwah Husna menjadi jambatan buat akak dan keluarga ke Jannah nanti. In Sha Allah....

Kepada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan, anda boleh menyalurkan bantuan anda  melalui saya di :


NUR FATEEN INNANIE BINTI ARIFFIN

BANK : MAYBANK

NO.AKAUN : 1-513-880-94254

*emailkan transaction anda kepada saya di innanie.ariffin@yahoo.com bagi mengelakkan kekeliruan di kemudian hari. 


Dan sebagai penutup entry, aku lampirkan wajah-wajah suci anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari yang bakal aku dan beberapa lagi sukarelawan blogger ziarah pada 24 Februari depan. In Sha Allah. Moga Allah permudah segala urusan kami...



Allahuakbar.... tersentuh aku bila tatap satu-satu wajah comel mereka. Tak sabar rasa hati nak bermesra dengan anak-anak kesayangan Allah ni...



Hadiah Hebat Blog Coklateyes Dah Tamat! Tapi Ada Kejutan Lain Pulak Menanti!!!

As Salam semua

Cuba tengok tarikh hari ni, 26.12.2012 kan. Maknanya apa? Maknanya Hadiah Domain Percuma dari Blog Coklateyes untuk 1500 orang tu telah tamat. Alhamdulillah :)


Pertama sekali aku nak panjat rasa kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan pada aku melalui Blog Coklateyes (BCE) ni. Syukur Ya Rabb. Melalui BCE ini, banyak benda yang aku share dengan semua follower dan blogger di luar sana. BCE memberikan aku ruang, peluang dan keyakinan yang tinggi dan tiada tolok bandingnya dalam berhadapan dengan manusia-manusia awesome di luar sana yang juga mempunyai satu minat yang sama : Menulis.

Terima kasih jugak yang tak terhingga buat Hazman, wakil MOSTI yang memberi sepenuh kepercayaan pada aku dan BCE untuk menjadi satu-satunya wakil blogger Malaysia dalam projek ni. Masa mula-mula, sumpah aku sendiri tak percaya. Hazman sangat-sangat membantu. Thank you so much, dear. 

Dan ucapan terima kasih paling penting tentulah tak lain tak bukan buat semua follower dan para blogger yang sudi membantu menjayakan Projek 1MyId ni. Terima kasih sangat-sangat. Korang semua memang terbaik dan berfikiran jauh dalam berbloging. Juga buat insan-insan berhati mulia yang sudi membantu sesama kawan lain apabila masalah timbul semasa pertukaran domain. Ada yang tolong jawabkan pertanyaan mereka, ada yang buatkan tutorial, ada yang bagi tips, siap ada yang tolong buatkan pertukaran domain blogger lain juga. Ya Allah!!! Sungguh aku terharu. Aku terharu dengan semangat kekitaan yang tinggi dalam diri para blogger. Korang semua buat aku terharu. 

Korang jugak sangat-sangat memahami. Aku mintak maaf, mintaj ampun dari hujung rambut sampai lah hujung kaki atas segala kelewatan dan kesukaran yang korang semua hadapi. Korang sangat-sangat sabar dalam menunggu segala further action yang kadang-kadang jauh lebih lama daripada apa yang dijanjikan. Aku sendiri, terus terang katakan sampai demam-demam cuba menyelesaikan permasalahan yang korang hadapi. Mungkin ada yang aku terkasar bahasa, terlanjur bicara atau tertinggi nada suara. Aku mohon sangat korang ampunkan aku. Tak de niat langsung nak berkasar cuma maklumlah, bila badan penat, kepala berat, diajukan dengan soalan yang ada dah jawapannya mungkin di saat itu kesabaran mula meruncing. Tapi, jujur aku katakan takde simpan sikit pun dalam hati aku. Aku mintak maaf setulusnya! :)

Last but not least, sekali lagi aku ucapkan buat korang semua yang memberikan kepercayaan sepenuhnya pada aku dan BCE. Sokongan, kepercayaan dan kasih sayang yang korang hamparkan buat aku dan BCE sangat-sangat dirasai. Jangan pernah berhenti menyokong BCE. In Sha Allah, kalau ada rezeki lebih... mungkin BCE akan terus memberikan hadiah-hadiah terbaik buat korang semua supaya kita semua gembira berblogging!!!! 

Sebelum terlupa, buat mereka yang ada menulis entry-entry mengenai HADIAH DOMAIN FREE DARI BCE ini, aku alu-alukan untuk drop link entry korang kat komen sini atau di facebook BCE. Sebab niat di hati, macam nak cari entry terbaik dan berikan hadiah. Yang buat tutorial, tips jugak aku sangat alukan korang berikan link pada aku. Ada hadiah menarik untuk anda juga!!! 


Eh! Eh! WAIT!!!! 




Aku rasa macam nak bagi berita gembira lagi satu lah. 
Apa kata kalau aku lanjutkan PEMBERIAN HADIAH DOMAIN FREE ni lagi TIGA HARI???
Mungkin ada yang tak sempat nak join sepanjang 3 minggu lepas kan. No worries fellas! 
Jadi, ini last offer!!!! 

Aku dengan berbesar hati, menambah lagi 3 HARI projek ni!!!! 
Apa tunggu lagi, cepat-cepat jangan lambat!!! Dapatkan domain free untuk blog kesayangan korang. Jangan lupa sebarkan berita gembira ni pada mana-mana rakan blogger anda. Untuk maklumat lanjut >>>>>>>>>>>>>>>>>>KLIK SINI<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Tuesday, December 25, 2012

Soalan Hantu & Cara Dapatkan Hadiah Hebat Berjumlah RM 300 000 Dari Blog Coklateyes

As Salam

STICKY POST #2. ENTRY TERKINI SCROLL DOWN.

Bacaan Sebelumnya, KLIK SINI ;) 

Aku sampai menggigil-gigil ni nak taip dengan cepat dan sebarkan pada korang semua mengenai berita gembira ni. Sumpah wei, aku gembira sangat. Sebab at last, aku ada sesuatu yang dapat aku berikan buat korang semua. Korang yang memang best dan selalu support Blog Coklateyes (BCE) ni. Sebab tu lah bila aku dapat peluang ni, aku tanpa fikir panjang terus grab the opportunity and dalam kepala aku terfikir korang-korang semua. Well, macam aku jugak... bila kita sebut pasal domain, banyak benda yang menghantui kepala kita. Jadi dekat entry ni, aku akan terangkan pada korang semua, apa sebenarnya projek ni dan akan aku halau segala soalan-soalan hantu yang ada dalam kepala korang tu! Lets start!


S1: Apa itu domain, hosting etc.? 
Jawapan: Aku dah try to simplify benda ni. Kau tengok dulu gambar rajah ni. Nanti ada explanation. 


Macam ni, analogi simple yang aku boleh bagi adalah: 

BLOG = Kereta
HOSTING = Driver 
DOMAIN = Nombor Plate

Jadi, untuk sesebuah kereta... macam mana kita nak tahu kereta ni milik siapa, adalah kita tengok pada nombor platenya dulu. Nombor plate akan bagitahu sapa drivernya. So, domain adalah satu "alamat" yang memperkenalkan blog / laman web korang di enjin carian (Google etc.). Bila korang ada alamat sendiri, lagi mudah enjin carian, cari korang sebabnya kita tak menumpang alamat lagi. Direct terus pada kita. 



S2: Kalau tukar domain, hosting macam mana? 

Jawapan:Hosting kita tak akan ganggu. Kita hanya tukar alamat saje. Jadi basically untuk storage kita masih gunakan blogspot. Alamat sahaja terus pada kita. Tapi kalau korang berminat untuk ada storage sendiri pun boleh. Korang email aku untuk keterangan lanjut. 



S3: Bayaran macam mana? 

Jawapan: Part bayaran ni lah yang aku rasa korang sangat-sangat untung. Bila aku dapat offer untuk promote benda ni, aku macam meroyan sekejap sebab dia memang best weh! Ok, bayaran. Macam ni... dengar elok-elok ok. 

SEKIRANYA KORANG MENDAFTAR DENGAN PROMOSI YANG AKU TAWARKAN NI SEHINGGA 25 DISEMBER 2012, TAHUN PERTAMA DOMAIN YANG BERHARGA RM 120 ITU KORANG AKAN DAPAT SECARA PERCUMA!!! YES, AKU ULANG PERCUMA!

MAKSUDNYA, KORANG HANYA REGISTER SAHAJA TANPA PERLU BAYAR APA-APA! HAAA TAK PERCAYA KAN? SEBAB TU AKU CAKAP AKU BAGI HADIAH DOMAIN NI UNTUK KORANG. WORTH RM 120 WEI!!!!


S4: Tahun-tahun seterusnya pulak macam mana? Kena bayar RM 120 untuk renewal? Mahalnya!!!!

Jawapan : NO! NO! NO! and NEVER! Once again, hadiah best wei. Untuk renewal korang hanya bayar RM 20/tahun untuk selama-lamanya. Rebet sebanyak  RM 100 untuk domain tersebut selamanya!!! FIXED PRICE! Kau nampak tak kau untung kat situ???



S5: Domain tu kita dapat apa? [dot com] atau [dot my]

Jawapan: Ini adalah Projek di bawah MOSTI jadi kita akan dapat [dot my] sebab MY dibelakang bermaksud MALAYSIA!!! *proud to be Malaysian! 


S6: Kenapa tak [dot com]? Apa lebihnya [dot my] 

Jawapan : Baiklah, macam korang jugak... dulu aku rasa dot com adalah gah. Gah sebab nampak profesional gila kan. Tapi, di satu segi, dot my ada kelebihannya. Kelebihannya adalah kita menyumbang kepada kepesatan pembangunan intelek untuk negara. MY dibelakang itu memberi maksud Malaysia. Malahan, kita juga ada Google Malaysia sendiri. Jadi, apabila MY ada dibelakang domain kita, Google MY akan lebih mengutamakan produk- produk tempatannya berbanding yang lain. Semakin ramai penggun MY, semakin laris kita di Google MY dan seterusnya kepada Google Worldwide.  So, secara tak langsung, kita menaikkan rating Malaysia di mata dunia dari segi teknologi siber. 

Malahan kalau korang nak tahu, domain ini membantu mengurangkan jenayah siber. Kelemahan yang berlaku pada [dot com] adalah, sesiapa saja boleh mendaftar dan maklumat palsu boleh digunakan. Sedangkan melalui [dot my], hanya warganegara Malaysia dibenarkan dan sebarang maklumat yang diberikan akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara. So, kalau ada yang buat blogshop tipu ke apa, senang kita boleh cari alamatnya di JPN dan bawanya ke muka pengadilan. Nampak tak macam mana jenayah siber dibendung?


S7: Susah tak nak tukar daripada blogspot  kepada [dot my]

Jawapan: Ini soalan paling hantu. Memang nightmare kalau nak main dengan code buat budak buta IT macam aku. Tak susah pun sayang. Jangan risau sebab segala step dah disediakan. Hanya 7-8 langkah sahaja. Malahan untuk activation hanya memerlukan 24-48 jam waktu bekerja bagi pemprosesan data. 


S8: Kalau dah ada [dot com] macam mana? Boleh tukar ke [dot my] 

Jawapan: Tetap dan masih boleh! Sebab ia kan percuma. So, kalau korang masih dalam 1500 tu lagi, korang akan dapat lah tawaran hebat ni. Domain lama, tak payah renewal lagi.


S9: Ada effect tak pada pageview, visitor, Nuffnang, comment, readers semua? 

Jawapan: ADAAAA!!!! Memang effect yang besar! Tapi effect ke arah positif lah. Hehehe. For Nuffnang, don't worry. Memang tak usik langsung. Berjalan seperti biasa.  ;) 


S10: Kenapa Blog Coklateyes masih tak tukar pada [dot my]? 

Jawapan: Sayang-sayang, saya dapat offer ni baru sekejap tadi. Dan selepas perbincangan dengan wakil Kementerian, saya terus assign untuk tukar domain kepada [dot my] dan permohonan saya sedang diproses sebagaimana yang saya bagitahu kat atas, 24-48 jam waktu bekerja.


S11: SAYA SUKALAH!!! SAYA NAK SATU DOMAIN NI!!!! Saya nak buat apa sekarang?!

Jawapan: Mudah sahaja!!! Caranya ialah :

  1. Jadi FOLLOWER dan LIKE Facebook Fanpage Blog Coklateyes dan juga Temin.fm
  2. Check availability domain yang ada mahukan di ruangan atas sidebar blog saya dan KLIK Go:

TIPS*masukkan sahaja nama domain yang anda inginkan. boleh sama dengan nama url sekarang atau berbeza. Tapi saya nasihatkan biar sama, jadi semua orang dah tahu url anda tu! ;)


3. Selepas GO, anda akan ke sini dan Klik Check Availability




4. Anda akan dapat seperti di bawah sebagai menandakan url anda available. Untuk ruangan bayaran, pastikan tetap 1 year @ RM 20. Terus Klik Continue.




5.  Sekarang berada di page Domain Configuration. Untuk di sini, pastikan anda KLIK RIGHT di petak DNS MANAGEMENT (FREE). 


Bagi bahagian bawahnya, Nameserver... biarkan sahaja dan Klik Update Cart.




6. Ini part paling penting, HARAP BERI TUMPUAN YE. 


Di bahagian Review & Checkout ini. Korang pastikan Domain Registration adalah nama url yang korang pilih. Kedua. Pastikan harganya RM 20. Dan pastikan korang dapat RM 20.00 One Time Discount yang mana membawa kepada Total Due RM 0.00. Dan total Recurring RM 20.00 Annually.

Cara untuk dapat ONE TIME DISCOUNT adalah korang kena FILL FORM DETAILS YANG ADA DIBAWAHNYA. PASTIKAN BUTIRAN TEPAT. SEKIRANYA SALAH, AKAN MENYUKARKAN PROSES PENDAFTARAN.

* Jangan cepat melenting kalau bill belum tukar pada RM 0.00 sebab PROMOTION CODE BELUM DIMASUKKAN. Korang ikut step bawah ni, nanti tengok Bill akan tukar dari RM 20.00 kepada RM 0.00. Promotion code ada di STEP 7!!!


Tips* BAGI BLOG PERSONAL KORANG KOSONGKAN YANG BERTANDA STAR TU. YANG COMPANY PULAK, SEMUA RUANG PERLU DIISI. JANGAN SALAH TAU!!!



7. Sekarang, scroll down anda akan jumpa part ini.


PART INI SANGAT MENDEBARKAN. KALAU TAK ISI DENGAN BETUL PART INI, ANDA TAK KAN MENERIMA PROMOTION TU. 

ANDA DIKEHENDAKI MASUKKAN PROMOTIONAL CODE 'coklateyes' DAN KLIK VALIDATE CODE. PASTIKAN EJAANNYA BETUL. DAN TAK ADA SPACE. HANYA SATU PERKATAAN 'coklateyes'. UNTUK PAYMENT METHOD, BIARKAN SAHAJA DENGAN BANK TRANSFER.

DAN JANGAN LUPA UNTUK KLIK "I have read and agree..."



8. Step last. Klik COMPLETE ORDER.

TAHNIAAAAAAAAHHHHHHHH!!!!! 
Sekarang anda telah mempunya satu domain yang anda idam-idamkan. Blog anda telah diprofesionalkan. Terima kasih daun keladi. 

Dalam masa 24-48 jam waktu bekerja, anda akan menerima beberapa email dari pihak admin dan anda ikut langkah untuk activate domain baru anda. Mudah sangat!!! Jangan risau. 



Fuh. Fuh. Happy ;) sangat aku dengan PROJEK KITA ni. Oh ye, sebelum terlupa. Bagi memudahkan registration, last sekali korang kena send satu email ke alamat innanie.ariffin@yahoo.com dan beritahu nama url pilihan untuk blog  korang. Title email, korang letak lah as "TERIMA KASIH BLOG COKLATEYES". Baru aku feeling retis sikit bila bukak email. *hahahahahaha*

Takdelah wei, aku just nak share rezeki dan happiness ni sama-sama. Ni rezeki orang bagi pada aku dan untuk dipanjangkan lagi manfaatnya, aku panjangkan pada korang. Jadi, kalau dah kita semua dapat dari orang lain, apa kata korang pun buat benda yang sama. Panjangkan atau share entry ni atau korang buat entry berkenaan BIG DAY BLOG COKLATEYES ni dengan kawan-kawan blogger korang. Tak kisah lah baru atau lama. Yang penting kita semua Happy Blogging dan dapat kebaikan mutual! ;) 

Last but not least, cepat rebut peluang dan register sebelum 
25 Disember 2012. Kalau lambat tak dapat. Tempat terhad, nanti blog korang yang tak menyengat!!! 



p/s: kalau ada masalah atau persoalan , korang boleh terus pm aku di FACEBOOK atau email di innanie.ariffin@yahoo.com

Projek Blogger 2013 : Yana, Si Anak Yatim Pencetus Inspirasi

As Salam semua

Baiklah untuk cerita yang ini, sangat-sangat dah lama aku tertinggal. Supposedly aku post tiga minggu sudah. Tapi Alhamdulillah organizer , Kak Nadia Farahida seorang yang berhati mulia lagi cantik orangnya. Jadi bagi kelonggaran dan sangat-sangat memahami. Oleh itu, aku akan gabungkan semua entry yang sepatutnya.


Korang masih ingat tak event Photoshoot Blogger yang aku join tak lama dulu? Kalau korang tak lupa, aku lagi lah 1000 kali tak lupa. Mana mungkin aku akan lupa event yang telah mengubah persepsi "cantik" dalam minda aku. Di samping berjumpa dengan blogger-blogger cantik seantero Malaya. Oh, what a wonderful memory I have. Well, jangan ingat event itu berakhir setakat itu aje.  Tak lama lagi, kalau takde aral melintang kami akan adakan satu Projek Kerja Amal. Yep, kalau bercakap kerja amal maybe tak semua orang suka. Sebab kita buat semua tu tak minta balasan gaji mahupun upah. But let me share something. A really good story. 

Few years back, masa aku second year. Aku jadi pengacara untuk satu majlis iftar bersama anak yatim. Around pukul 6.30 gitu, anak-anak yatim yang dijemput untuk majlis iftar tu sampai. Aku dah ready dah kat rostrum masa tu. Dorang pun meluru masuk ke dalam dewan. Dalam pada ramai-ramai budak tu, mata aku tertancap pada seorang budak perempuan usia lebih kuran 5-6 tahun berlari masuk dan duduk depan rostrum. Aku pun terus dapatkan budak perempuan tu sebab muka dia comel sangat, dengan pakai tudung pink dan bawak beg duit hitam. Dia terus salam aku. Aku duduk sebelah dia. 

"Nama sapa?" 
"Yana." 
"Umur berapa?"
"5 tahun."
"Kenapa Yana duduk dekat sini? Mak dengan ayah mana?"

Yana diam, sambil main jari aku. Dia pandang muka aku. 

"Takde."
"Pergi mana?"
"Mak dengan ayah dah meninggal. Kakak dengan abang pun sama. Eksiden." 

Aku terkedu. Aku diam. Terus aku rasa muka aku tebal. Dada aku berombak tahan sebak. Aku terus peluk Yana. Aku cium dia. Allahuakbar. Kuat betul anak kecik ni menempuh hidup sorang diri sedangkan seluruh ahli keluarga menghadap Illahi.

"Kakak, janganlah nangis. Yana tak nak tengok lagi orang nangis. Nanti tak cantik" 

Aku senyum padahal air mata dah berjurai. 

"Yana duduk sini sorang-sorang?" aku tanya dia. 

 Yana geleng kepala.

"Tu semua kawan Yana. *sambil tunjuk kawan-kawan dia* Lupa, mak cakap *merujuk pada penjaga rumah anak yatim tersebut*  kalau Yana sorang, Yana tak boleh takut sebab Allah ada dengan Yana. Yana kan anak yatim. Anak yatim Allah sayang!"

 Dan Yana terus bermain jari aku... sementara mata aku mula rasa panas dan nampak kocak air mata yang tak terbendung lagi. Allahurabbi. Sekali lagi naluri aku tersentak. Dan hari itu, air mata aku tak berenti berjurai sepanjang menjadi pengacara majlis. 


Yana menjadi titik tolak aku dalam hal anak yatim. Yana memang kuat. Lebih kuat dari aku. Dan dari saat itulah, bila aku nampak anak yatim je hati aku dah sebak lain macam. Kalau boleh, nak je aku bela mereka. Beri kasih sayang secukupnya, jaga makan pakai dia dan beri mereka keselesaan hidup. Mereka dah tak ada sapa untuk bergantung harap. 

Tapi bila fikir balik keterbatasan yang aku ada.... hurmmmmm kena fikir panjang. Wait! Itu bukan halangan. Sepatah kata Kak Nadia. Kalau kita takde duit, buat cara tak ada duit. In Sha Allah dalam sebulan dua lagi bakal berjalan satu lagi event yang sangat-sangat memberi makna buat kita semua. Event kali ni melibatkan kerja-kerja amal buat anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam. 




Aku ada dengar skeptikal sesetengah orang selalu cakap. 

"Buat apa nak tolong anak yatim? Mereka kan dah dapat bantuan. Hidup dorang lagi kaya raya daripada kita semua!" 

Wohoi! Sedapnya berbicara. Buat apa kau cakap nak tolong mereka? Tahu tak, anak yatim adalah golongan yang sangat-sangat dianjurkan dalam Islam untuk diberi keutamaan dan dibantu. Setiap perbuatan baik kita pada mereka adalah pahala dan amal kebajikan. Usahkan membela anak yatim, menggembirakan hati mereka juga sudah dikira sebagai satu amal jariah. 

Kalau korang kata mereka lagi kaya? Cuba korang tengok beberapa keping gambar yang aku lampirkan di bawah ni. Cuba di-comparekan keadannya dengan keadaan rumah kita? 








Jadi, dengan niat kerana Allah Taala dan moga amal jariah saudara/i menjadi saham di akhirat kelak, aku dengan merendah diri memohon sumbangan ikhlas daripada rakan-rakan semua buat anak-anak yatim di rumah ini. 

Tak kiralah berapa sahaja nilai sumbangan korang kerana nilai yang terbaik bukan di pandangan mata manusia, tetapi pandangan Allah. Segala sumbangan korang, akan kami salurkan kepada Rumah Amal Kasih Bestari ini pada 24 Februari 2013 depan, In Sha Allah. Kata orang tak banyak sikit pun jadilah. Segala sumbangan anda boleh disalurkan di akaun saya : 


NUR FATEEN INNANIE BINTI ARIFFIN
BANK : MAYBANK 
NO.AKAUN : 1-513-880-94254

*emailkan transaction anda kepada saya di innanie.ariffin@yahoo.com bagi mengelakkan kekeliruan di kemudian hari. 


Bukan itu aje, buat para blogger yang berminat untuk join dan memberi sumbangan "tenaga" juga digalakkan. Korang boleh join program ni dengan menghubungi Kak Nadia Farahida di nadiafarahida@gmail.com.  

Sama-samalah kita hulurkan bantuan, meringankan bebanan mereka. Beri mereka seulas senyuman menawan, supaya kita semua bukan sekadar kawan, tapi seorang dermawan. Dermawan buat saham di al-jannah sana nanti. 

Amin, amin Ya Rabb-Al-Amin. Moga Allah permudahkan segala jalan membantu anak-anak yatim ini. Moga Allah bukakan pintu hati insan-insan berhati nurani agar terserlah sifat pemurah mereka. Amin. 




p/s 1: Tiba-tiba rindukan Yana.
p/s 2: Domain FREE tinggal SATU HARI SAHAJA LAGI. Kalau nak--->KLIK SINI.





Hadiah Hebat Berjumlah RM 300 000 buat Follower Baru/Lama Blog Coklateyes!!!

As Salam semua

STICKY POST #1 SEHINGGA 25 DISEMBER 2012. REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI! ENTRY TERKINI, SILA SCROLL DOWN ;)

Ini berita gembira. Berita yang tak ada tandingan lagi. Tak nak cakap banyak-banyak. Korang pun mesti kena gembira sama!



SEMPENA TAHUN 2013 YANG BAKAL MENJELMA NI, BLOG COKLATEYES 
DENGAN BERMURAH HATINYA INGIN MEMBERI FOLLOWER LAMA/BARU SATU HADIAH YANG TIADA TANDINGAN NILAINYA!

ANDA WARGANEGARA MALAYSIA?
ANDA BERUSIA 18-45 TAHUN?
ANDA ADA BLOG?
 ANDA PERNAH  TERFIKIR UNTUK MENJADIKAN BLOG ANDA LEBIH PROFESIONAL? 

KALAU JAWAPANNYA YA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HADIAH TERBAIK INI DARI SAYA. 

DIBAWAH SATU PROGRAM .my DOMAIN REGISTRY(AGENSI DIBAWAH KEM. SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI) IAITU PROGRAM 1MYID. ANDA YANG LAYAK AKAN MENERIMA :

* Satu domain blog [dot my] PERCUMA selama setahun bernilai 
RM 200.00

* Potongan sebanyak 90% untuk bayaran 'renewal' 
yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM 20.00 sahaja untuk tahun-tahun akan datang (fixed price)

* Rating blog yang mencanak-canak naik 

* Terhad kepada 1500 orang terawal sahaja


Jangan bimbang, saya tahu ada banyak  soalan yang bermain di fikiran anda sekarang. Sebentar lagi, saya akan post satu entry untuk saya menjawab segala persoalan yang sedang menghantui anda.



STEP PERTAMA yang anda perlu lakukan sekarang adalah. 

JADI FOLLOWER SAYA, LIKE & SHARE ENTRY INI SUPAYA KAWAN-KAWAN BLOGGER ANDA JUGA DAPAT HADIAH YANG SAMA.  DAN KEMUDIAN TUNGGU ENTRY SETERUSNYA, YANG MANA SEGALA PERSOALAN SAYA AKAN JAWAB SEKEJAP JE LAGI!!! 
;)




P/S: TERIMA KASIH SAYANG-SAYANG SEMUA. NI PROJEK KITA TAU!


UNTUK STEP SETERUSNYA>>>>>>>> KLIK SINI<<<<<<<<<<<


Kalau nak tengok keseluruhan manual, ada di bahagian atas sidebar blog ;) tq

Saturday, December 22, 2012

Green Conference With Young Leader, YEE 2012

As Salam semua

Sehari lepas Photoshoot Blogger hari tu, aku ada satu event di UPM, Serdang. Event tersebut adalah berkaitan alam sekita, Youth Environment Expo 2012 (YEE) yang dianjurkan oleh UPM dan kerjasama Malaysia Nature Society (MNS).  Kalau korang nak tahu aku memang dari dulu lagi mengagumi kecantikan dan keindahan pemandangan UPM. Pada aku, student UPM sangat beruntung sebab punya kawasan rekreasi dan tempat hilangkan stress paling best iaitu alam sekitar. Sejuk je mata memandang. Compare to UM, bukan tak ada tapi ye lah universiti tengah bandar kan. Jadi agak terhad kawasannya. But, I do really proud of UM. Lagi-lagi tang Rimba Ilmu. It just like a hidden treasure tau! 

Oh, back to our story. Kenapa aku kata YEE tu awesome? You guess what??? Aku jumpa duta MNS dekat situ. Haaa haaa korang mesti tak tahu kan sapa duta MNS? Seorang yang cantik, seorang yang humble dan seorang yang awesome semangat cintakan alam sekitar! Memang bangga sangat dapat jumpa dengan dia. Introducing!!!!! MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAYAAAA KARIN!!!!!


Wait!!! Bukan sekadar jumpa tau, aku diberi peluang mewakili UM Cares dan Universiti Malaya sendiri untuk mengetengahkan isu dan projek terkini berkaitan alam sekitar di kampus kami. Aku dan semua wakil-wakil universiti lain dibawa ke sebuah bilik khas dan bermesyuarat *ecewah* dengan beliau sendiri. 



To be honest, Maya Karin sangat cantik, sangat humble dan sangat awesome. Beliau dah terlibat dengan MNS sejak 6 tahun yang dulu and then dia berkongsi pengalamannya sendiri yang mana dia sangat-sangat sedih dengan keadaan alam sekitar Malaysia. Rakyat Malaysia masih belum punya kesedaran sivik untuk mentaliti sayang dan jaga alam sekitar. Haisssh. T___T

And then In Sha Allah, kalau dia ada kelapangan dia akan datang ke mana-mana kampus dan buat lawatan tapak projek yang sedang dijalankan. Macam UM, ada beberapa projek yang aku rasa sangat awesome dan bermanfaat. Satu. Projek LCCF (Low Carbon City Framework) yang mana berfungsi untuk menghitung karbon dioksida yang diserap dan oksigen yang dibebaskan oleh sebatang pokok. Aku sendiri terlibat dalam bengkel pengiraan tersebut yang mana kolej aku, merupakan kolej sulung yang menjadi model projek itu. Dua, Zero Waste. Yang mana zero waste berperanan menukarkan sisa makanan setiap kolej kepada baja compose dan ini dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Dan ada beberapa lagi projek hebat UM Cares. :)

So, as conclusion aku sangat sayang alam sekitar. Sapa lagi nak jaga alam sekitar kalau bukan kita semua kan? Fikir ye... 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork