Friday, January 18, 2013

Delima Peminat #2 : Nak Blog Kemas?

As Salam semua

Sebelum mulakan entry ni, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak atas doa semua. Semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayah aku. Alhamdulillah, tak admit ward cuma kena buat rawatan susulan setiap hari. Takpelah, aku cuti semester ni, ada depan mata senang. Tak risau gundah gulana hati aku kan. Walau apa pun, teruslah mendoakan kesihatan ayah aku. Kau tahulah kan, kalau mak ayah sakit ni.... hati kecik besar je bila berjauhan. 

Well, back to our topic. Ini ada satu soalan yang aku dapat kat blog tadi. Oh, sebelum tu... mana-mana yang terlepas, boleh KLIK SINI untuk Delima Peminat #1. *eh ada peminat ke??? kehkehkeh



Kepada Hot, meh meh saya jawabkan. 

First sekali, terima kasih banyak-banyak sebab bagi pujian atas kekemasan Blog Coklateyes ni. Kalau nak diikutkan, taklah sekemas mana. Tapi mata kita kan beza-beza. Syukur kalau di mata Hot, BCE kelihatan kemas. :)


yeay!!! Aku dapat Eiffel Tower Replica. Idaman tu woi!!! Nanti aku cerita :)


Nak tahu macam mana blog boleh kelihatan kemas ye? Hmmmm.... ni bukanlah jawapan yang tepat tapi sekadar cadangan je lah ye Hot, sebabnya cantik tu kan subjektif. Tapi, Insya Allah lah kalau ikut beberapa rules ni, tak banyak sikit blog akan cantik dan kemas. 


1. HIGHLIGHT

Pada aku, dalam sesebuah blog kita kena make sure apa yang kita nak highlight. Mestilah entry kan. Entry kita mestilah mudah dibaca dan difahami. Jadi untuk blog kita mudah dan kemas di mata pembaca, pastikan kita memilih font yang besar dan kemas. Tak perlu berbunga dan berpintal-pintal. Warna tulisan pun macam tu. Kena pandai suai gabung. Seeloknya biarlah warna hitam. Nak warna lain pun boleh, as long as sesuai dengan background colour entry. 


2. SUSUN ATUR

Macam dalam sesebuah rumah, untuk kelihatan kemas kita kena bijak susun atur perabot di dalamnya. Perlu disesuaikan ikut keperluan dan ruang. Macam tu jugak blog. Sidebar kita perlu diatur dengan teliti. Ikut kehendak pembaca. Maksudnya macam ni, biasa visitor datang ke blog mesti akan cari widget follower, chatbox tak pun arkib entry kita. So, digalakkan untuk letakkan widget-widget berkenaan di bahagian yang mudah dilihat. 


3. ADD-ON 

Biasalah, tak lengkap blog kalau takde hiasan tambahan. Tapi, aku sendiri belajar dari pengalaman. Dulu masa mula-mula aku buat blog, selalu je aku ubah-ubah widget dan add-on widget baru. Konon nak nampak trendy lah kan. But, through my experience kelamaan kau akan mula rasa menyemak widget-widget add-on ni. Terus aku stick untuk biarkan minimalis. Kata orang putih less is more gitu kan. Sekali lagi, back to our main rule yang nombor satu tu; HIGHLIGHT. Apa sebenarnya yang kita nak tonjolkan dalam blog. Widget atau entry? Tapi, ada jugak widget yang membantu dan mesra pengguna untuk blog. Cuma kena pandai-pandailah gunakannya.


4. TERHAD

Lagi satu, aku rasa ini jugak penting untuk kelihatan blog lebih kemas. Setiap entry yang kau publish tu, kau alignment-kan dia elok-elok. Jangan ada satu perenggan ke dalam sangat, satu perenggan keluar sangat. Lepas tu, jangan tulis sekejap huruf besar, sekejap huruf kecik. Eh pening lah mata kalau gitu kan. Haaa ni lagi satu undang-undangnya.... aku tak tahu lah mata orang macam mana, tapi mata aku sangat-sangat-sangat annoying dengan blogger yang tak reti eja perkataan dengan betul. Kalau sekali dua tu takpelah, maybe typo kan. Ini tidak, sepanjang entry. Mengada-ngada nya! Kalau dekat aku sepak pipi dia. Hisssh. Marah betul aku. Ingat, blog kita melambangkan kematangan kita ye!!! Oh, tak lupa jugak kau setting-kan di blog korang untuk letak antara 1-3 entry per page. Jadi taklah berjela orang kena scroll down blog kau. Sedang elok dah tu. Kalau entry korang jenis panjang-panjang, satu-dua entry per page dah ok dah. 


5. TERBUKA

Ini bukanlah rules sangat tapi lebih kepada diri kita. Kalau nak diikutkan ada banyak blogger yang berkongsi pandangan dan tips untuk memperkemas dan mencantikkan blog, tapi terpulanglah nak ikut atau tak. Cumanya, ada sesetengah blogger, bila kita komen kata "blog awak berat lah", "alamak, tulisan entry huruf serabut" ataupun "warna font kelam sangat, sakit mata makcik nak baca entry awak nak"... kita kenalah bersifat terbuka. Cuba sedaya upaya take into consideration apa yang dikomen dan ditegur tu. Sebab blog kita bukan untuk kita sorang sahaja, orang lain pun ada pandangan mereka. Yang baik kita amik, yang  buruk kita letak tepi dulu. 







Kalau nak diikutkan banyak lagi cara untuk memperlihatkan blog kemas dan menarik. But, again aku ingatkan ini sekadar pandangan aku. Tak de pun WAJIB untuk diikut. Sekadar apa yang aku belajar dan observe sepanjang aku berblogging ni. Aku sendiri pun masih bertatih dalam dunia bloging. BCE pun tak sehebat mana, cuma ye lah pengalaman mematangkan kita kan! 







13 comments:

  1. tersangat la setujunya.. less is more! Tp kalau nak make-up cantik2 sikit banyak template/background yang boleh didapati kat luar sana.. cari je,free ada berbayar pun ada..hehe

    ReplyDelete
  2. yoobao? yoobao? sbnrnya aku xtau pun menatang ape ni,ahaha.. nice sharing bro!

    ReplyDelete
  3. ooooo...ha ah..kn..btul3..I LIKE UR BLOG tuan tanah.. hehe

    ReplyDelete
  4. sgt setuju..less is more :)
    kena pandai susun widget :)

    ReplyDelete
  5. yup semua tu kne ade..memudhkn blogger len..=)

    ReplyDelete
  6. Betul dulu nieza suka sgt letak macam-macam..now less is better..bground tak payah terang sangat coz nak readers tumpu pd entry ..suke dgn desain sekarang..huhu♥

    ~ Ada ke yang nak blognya dimake over? ^-~
    http://www.nieyxzha.my/2013/01/segmen-blog-makeover.html

    ReplyDelete
  7. kemas tu boleh jd gk pada keselesaan viewers kn...

    ReplyDelete
  8. tq cik..kini psoalan saya terjawab...

    ReplyDelete
  9. sebelum nak komen, nak puji dulu..background bright..suke! sangat smooth je bile scrolling nak baca..yg sebelum ni mcm kelam sket..sori..huhu

    setuju sesangat bab "add-on"..ada kawan baru buat blog, kalau boleh semua widget dia nak letak..bukak je blog dia, mula la laptop hang pastu browser crash..dah tegur tapi buat donno gak..haih laa..skang dah malas nak bukak blog 'beliau' itu

    ReplyDelete
  10. dulu masa sy mula2 buat blog mcm tu jugak. semua benda gian nk letak. tapi lama2 x selesa sebab berat. so buang segala benda, letak yg penting je. simple lagi menarik ;)

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing!!! Seriously blog BCE sgt kemas.. :)

    P/s: point no 4 tu... Takutnye :) tp betul ada ejaan pelik buat kite lak terbelit

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork