Tuesday, January 1, 2013

Diiktiraf Entry Terbaik 2012

As Salam semua

Tadi offline sekejap. Drive back to Kluang dari Batu Pahat. Than, as usual my routine lepas selesai punggah barang semua, aku bukak Blog Coklateyes ni. Perasan yang ada sesuatu tak kena berlaku. Eh, apasal orang menderu-deru masuk blog ni. Ada apa-apa tak kena ke? Ada blogger famous review blog aku ke apa??? 

Scroll down, cuba cari mana puncanya. Taraaaaaaaaaaaa.....

9 orang je pun yang datang. Hehehehe.

Terus cepat-cepat klik link yang diberikan. Oh... Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rezeki di tahun baru. Rezeki bangun Subuh pagi tadi. Heheheh :)


Tiga entry dari Blog Coklateyes telah dinobatkan sebagai ENTRY TERBAIK 2012. Syukur sangat. Aku menulis ketiga-tiga entry tu bukan untuk meminta sebarang pengiktirafan, tapi aku lebih mementingkan intipati, kualiti dan keberkesanannya pada pembaca. Aku sangat-sangat bersyukur sebab entry ni diterima baik oleh masyarakat. Tak kiralah, gay sendiri mahupun masyarakat biasa. 

Berbulan-bulan aku pendam isu ni. Berfikir dan bertanya dengan kawan-kawan dan mereka yang pakar. Patut atau tidak aku highlight isu ni di blog. Aku takut, salah cakap... aku yang dicop perempuan entah apa-apa. Maklumlah bukan senang isu sensitif macam ni untuk di tackle di Malaysia. Batas agama dan adat perlu diletakkan di prioriti nombor satu. 

Tapi Allah Maha Mengetahui. Allah lancarkan pertuturan aku di 'malam sejarah' itu dan juga di waktu aku menulis entry tersebut. Alhamdulillah, sungguh kesannya sehingga kini. Aku syukur sebab entry tersebut bukan sekadar mendidik dan menasihati 'insan-insan kecundang' itu semata-mata, malahan memberi idea dan semangat kepada semua orang yang punya kawan songsang untuk mengajak mereka berubah secara berhikmah. 

Walaupun mungkin ada yang kata, "Ah, bukanlah pengiktirafan apa sangat!" tapi pada aku, dengan kemenangan ini aku percaya semakin meluas entry tersebut disebarkan dan semakin ramai umat manusia yang mendapat inspirasi dan menerima nasihat. Dan yang pasti, dengan izin Allah moga semakin ramai 'golongan songsang' kembali ke pangkal jalan. Sama-sama kita doakan. 

Malahan aku juga berpesan pada semua blogger di luar sana, dalam kita berbloging... jangan semata-mata hiburan dan kegembiraan. Isu-isu seperti ini perlu kita ketengahkan. Kita secara harafiahnya menjadi medium masyarakat muda belia hari ini. Jika blog kita digunakan secara berhikmah, In Sha Allah pahala yang kita dapat bukan sekadar trafik dan follower. :)



p/s: Ada yang menjemput aku untuk talk mengenai LGBT :)

16 comments:

  1. penulisan yg dtg dr jiwa paling dalam..:D
    tahniah akk..:D

    ReplyDelete
  2. whoaaaa tahniah boleh berguru kalau macam ni. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah.. makin bertambah femes la nanie tahun ni nanti. hehe~ ;P

    ReplyDelete
  4. Thniah :) LGBT sgt sensitif. Sy penah dpt offer jdi kaunselor utk this minorities. Nk terjah link tu sat ;)

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH!! :)
    BTW Selamat Tahun Baru 2013
    jangan lupa tgk poster 2013 fi kat blog :D

    ReplyDelete
  6. tahniah...
    semoga lepas ni akan menghasilkan banyak lagi entry yang berkualiti..

    ReplyDelete
  7. tahniah dear.. n also, happy new year.. semoga lebih berjaya di masa akan datang..

    ReplyDelete
  8. tahniah akak

    jom singgah blog sya juga..
    -->http://www.wadahberbicara.my/

    ReplyDelete
  9. tahniah cik nanie.. bukan mudah utk menulis entry yg baik serta bermakna but you just prove that you can do it.. congrats!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork