Saturday, January 5, 2013

Dilema Peminat #1 : Camera @ Tab?

As Salam semua

Cewah, tajuk entry macam hebat ada peminat. Peminat lah sangat kan!!! Kehkehkehkeh. Actually aku memang plan nak buat segmen yang ala-ala "Dare To Ask" concept. Tapi masih dalam perancangan dan belum sedia sepenuhnya fizikal dan mental. Tapi....tuptup.... aku dapat satu email petang tadi. Email ni bertanya tentang sesuatu yang memang menjadi minat dan kegilaan aku. Dapat email ni lepas publish entry pasal instagram sebentar tadi. Cuba baca dulu email ni ye :)


Jadi, daripada email ni... aku simplify soalannya sebagai :

Saya suka ambil gambar, tapi saya tak reti guna sangat DSLR. Daripada beli DSLR lebih baik beli tab. Jadi mana satu saya nak pilih? 

Skema Jawapan :

Baiklah soalan ni jugak dulu pernah menghantui aku yang mana akhirnya aku membeli selain daripada dua barang tersebut. Ni haaa aku terbeli Sony Vaio terus. Kehkehkeh. Lupakan pasal tu. Kita berbalik pada soalan. 

Pertama sekali, Jee tanya pasal compact camera atau DSLR camera yang sesuai dengan Jee.

Kalau mengikut pada statement Jee yang mana hanya tahu bermain button auto sahaja kan, saranan BCE adalah camera compact yang sesuai dengan skill Jee. Untuk pengetahuan Jee, sekarang ni di pasaran dah banyak compact camera yang performance dia seakan-akan DSLR. Sebagai contoh, Nikon J1, Casio Exilim, Sony NEX dan banyak lagi. 

Memang diakui gambar dari DSLR lagi power, tapi untuk amatur macam Jee dan saya compact camera sudah memadai. Asalkan bijak bermain dengan lens dan angle. Selain tu, DSLR juga pada pengamatan BCE, ia sukar untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang besar. Berbanding compact, ia kecil dan mudah untuk dibawa dan bersesuaian lah dengan amatur cam-whore macam Jee dan saya. 

Untuk soalan bahagian dua pulak,

 Jee kata daripada beli DSLR yang Jee tak tahu fugsi sepenuhnya lebih baik Jee beli tab. 

Bagi soalan ni, Jee kena ingat walau hebat mana pun satu-satu application yang ada dalam tab ataupun handphone, performance nya tetap jauh beza dengan kamera sebenar. Mungkin dari segi lain Jee rasa berbaloi beli tab sebab nak simpan lecture's note kan, tapi kalau kepuasan dan minat Jee dalam bidang photography, rasanya lebih elok jika Jee spend duit tu untuk membeli sebuah camera. Baru kepuasan tu diperoleh kan...

Bahagian last pulak, BCE guna kamera apa ye? 

BCE masih belum  mampu nak beli DSLR mahupun compact camera yang terkini. Jadi BCE guna handphone Samsung Galaxy Ace je untuk ambil gambar. Gunakan application dalam Android Play Store untuk filter iaitu Camera 360.

Tapi ada jugak sesetengah gambar yang BCE gunakan DSLR camera. Itupun pinjam kawan punya je. Heheheh. DSLR biasanya BCE guna bila BCE menghadiri majlis-majlis yang agak tertutup dan pencahayaannya kurang atau subjeknya jauh. Jadi nak tak nak kena guna sesuatu yang power untuk shoot. Dan dalam perancangan, kalau ada rezeki BCE juga nak beli compact camera. :)

Walau bagaimana pun, keputusan masih di tangan Jee. Ini semua cadangan BCE sebagai seorang kawan. Yang paling penting, Jee kena bijak berbelanja. Jangan membaziaq!!! *read as membazir* Harapnya Jee terima saranan kita ni dan terima kasih sebab bertanya pendapat kita, Jee!!!







P/s 1: Jawapan ini hanya sekadar pandangan peribadi. Pandangan, idea dan maklumat dari anda sangat-sangat digalakkan. Terima kasih...

P/s 2: Nanti aku launch segmen korang join ye. Alamatkan pertanyaan, idea, pandangan dan kemuskilan korang di innanie.ariffin@yahoo.com







8 comments:

  1. mungkin kalau minat lebih kepada photography ..yup..better simpan duit n beli camera dari tab..tapi x semestinye kene beli dlsr yg besar gedabak tuh..skg kan dah byk gadget yg fokus pd camera macam galaxy camera tuh dan juga nokia pureview 808 yg bakal kuar nnti dengan camera yg ada 41MP..dorang pggl camera mobile.huhu.

    ReplyDelete
  2. aritu ade emel..tp tak balas..ni nieza pm kat fb page..dpt tak? nak tanye psl emel asiahost tu

    ReplyDelete
  3. hebat..tp btul tu akk..kena fikir btul2..takleh membaziaq..tp klu dah minat sgt2...apa boleh buat..sbb hati mmg tak senang la selagi tak dapat..haha

    p/s: akk..nk tya psl sony vaio tu..sepanjang akk guna, apa kelebihan n kekurangan yang akk boleh share?

    ReplyDelete
  4. Haiiii Nanie sayang :)
    Emuah emuah!
    Saya pun peminat awakkkkkkkk! Tolong sign kat lengan saya boleh? Hihihi:)


    Lebiu kawan!

    ReplyDelete
  5. depends pada kegunaan. kalau suke bergambar, pilih je dslr.. heee

    ReplyDelete
  6. yup depend pada pengunalaa...tapi jawapan ni pun da cukup baik :)

    ReplyDelete
  7. a'ah larr..husna pon kdg2 ada jugak terfikir sal benda nih..suka tgkap gmbar tp x mmpu nk beli dslr..huhu..

    ReplyDelete
  8. Kalau nak guna DSLR saya syorkan belajar fungsi dslr.. kalau tak rugi jer beli sebab dslr sangat mahal dan penjagaannya sangat cerewet. untuk yg minat kpd fotografi boleh la guna dslr.

    Tapi kalau just nak snap gambar untuk suka2 kamera compact yang gambarnya ala-ala dslr pun ada banyak.

    Terpulang kepada minat masing2

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork