Thursday, January 31, 2013

Domain [dot my] Kembali Pulih. Alhamdulillah!

As Salam semua

Minggu ni sangat-sangat menguji emosi dan psikologi aku. Mood turun naik tak menentu. Menyelesaikan segala permasalah yang berkaitan dengan domain. Sungguh aku rasa bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kesukaran yang korang semua hadapi. Mana taknya, domain tu semua kan hadiah dari aku. Aku rasa sedih sangat lah kalau hadiah yang diberikan tu tak menggembirakan hati korang semua. Malahan menyedihkan dan menyusahkan. Sebab tu, dengan apa cara sekalipun memang aku akan cuba bertanggungjawab sepenuhnya. 

Kalau aku di tempat korang pun, memang aku akan hilang kepercayaan kepada pihak Asiahost. Tapi, aku mengambil kata-kata dari Blog Paly. Kita kena positif. Mesti ada sebab sesuatu tu terjadi. Tak kan lah saje-saje je sesuatu pihak nak buat kita macam ni. Dan aku yakin ianya memang demi kebaikan blog kita semua. Cuma kita ni yang tak sabar. Termasuklah aku. Meroyan lebih. Semuanya sebab apa? Sebab keinginan kita tak dipenuhi, padahal orang tu dah bagi percuma dah segala servis dan domain ni kan selama setahun. Haisssh buruk perangai aku. Tak sabar punya pasal. Buat keputusan pun meluru kan

Jadi, setelah selesai masalah domain yang dihadapi... pihak Asiahost menghubungi aku dan menjelaskan beberapa perkara kepada aku. And I'm fight for our rights too. Alhamdulillah, beberapa persetujuan telah dibuat. 




Dan ini pula MUNGKIN akan diberikan oleh pihak Asiahost kepada kita semua. Insya Allah. Aku akan re-confirmkan semula ye. 


Manakala ini adalah antara sebab utama mengapa DNS perlu ditukar dan ternyata ia adalah untuk kebaikan blog kita semua juga. Moga usaha murni dan nilai kesabaran kita semua dibalas benda yang baik hendaknya.  :)



Takpelah ini semua pengajaran buat diri aku sendiri. Alhamdulillah hari ni semua masalah yang dihadapi pengguna domain dot my telah diselesaikan. Semua kembali pada normal. Melainkan mereka yang tukar domain kepada blogspot semula, anda semua jangan risau. Domain dot my anda boleh guna semula kerana termanya adalah Percuma Selama Setahun kan... cuma kena tukar setting saje di bahagian dashboard. Kalau tak yakin atau susah, hantar support ticket di laman web Asiahost dan minta mereka buatkan. 

Oh, pihak Asiahost juga menjamin bahawa perkara sebegini tak akan berlaku lagi. Dan aku jugak berharap agar dorang mengotakan kata-kata dorang. Mungkin ada sesetengah perkara boleh diperbaiki lagi servisnya. Takpelah kita beri peluang pada mereka. Memandangkan program ini lebih kepada semangat untuk membanteras jenayah siber di Malaysia, makanya aku kembali menggunakan domain dot my ini. 

Walaupun keyakinan tu memang payah dikembalikan, tapi peluang kedua sentiasa ada dan boleh diberikan. Inilah cabaran dalam dunia blog agaknya. Tak semua benda senang kan. Pasti ada pasang surutnya. 

Sekali lagi terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada semua pihak yang masih meyakini Blog Coklateyes dan menyokong sepenuhnya. Terima kasih sangat-sangat ye. Semangat aku semua ada pada korang. 




p/s: pilihan di tangan anda, aku hanya membantu. Harap maafkan aku atas kesukaran yang dihadapi :)



12 comments:

  1. harap sangat tak jadi lagi bende ni..

    ReplyDelete
  2. Hello. [url=http://blue-pil.com/en/item/generic_lipitor.html]cheap lipitor[/url] on this deals [url=http://ph-pills.com/en/item/generic_alli.html]diet[/url]

    ReplyDelete
  3. deno dah kembali ke blogspot.. tak mengapa.. terima kasih akak atas bantuan yg byk utk tukar domain ke [dot] my baru2 ini.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tak sia2 saya tunggu pihak Asia Host membaik pulih domain.my :)

    ReplyDelete
  5. nak tukar balik ke dot my .. hehe ")

    ReplyDelete
  6. nanie camnie kalau dah tukar blogspot, then nak tukar dot my balik ??

    ReplyDelete
  7. Sis Innanie , kalau dah tukar ke Blogspot , boleh ke nak tukar ke dot my balik? Macam mana ye?

    ReplyDelete
  8. yeaahhyyyy...dah baik dah...=)

    ReplyDelete
  9. Innanie, saya confuse. Sepatutnya blogspot saya dah tukar kepada dot.my ke?

    ReplyDelete
  10. Akak dah tukar ke blogspot dan tak nak tukar ke domain .my tu. Sorry lah ye. Akak malas serabotkan kepala.. hehhehehe.. Tq untuk apa yang nanie dah buat selama ini... ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork