Tuesday, January 8, 2013

Duri Durian Crepe

As Salam semua

Sekarang ni trending bukan sekadar di twitter, malahan makanan pun ada trend tersendiri kan. Aku ingat lagi, masa macaroon manis menjadi kegilaan. Lepas tu red velvet, rainbow cake dan pavlova pulak. Dan terkini durian crepe. Fuhyoh, sana sini orang jual durian crepe. Semalam, pergi beli durian crepe dengan Kirin dan Kal. Beli dua kotak terus sebab Kirin mengidam nak sangat makan durian crepe. Dia belum pernah rasa lagi. 

Jadi kami pun decide nak beli durian crepe yang dijual kat Mid Valley. Kat booth Sumptuous Dessert. Wah masih banyak lagi ni. Bau dia jangan cakap lah. Memang kuat. :) 




Ok, rasa dia as usual lah memang sedap. Cream dalam tu memang banyak dan huissh tak boleh tergambar lah sedapnya kan. Banyak jugak aku makan. Lebih pulak aku, padahal Kirin yang mengidam. Heheheheh. 


Tapi kan, tengah sedap sedap merasa whipped cream dan durian yang maha enak tu... tiba-tiba aku tergigit something.... hmmmmmmmm??? Apa ye???


Wei, aku jumpa duri durian wei dalam one of the durian crepe. Terbeliak mata aku bila tengok. Tersekat kejap keenakan whipped cream yang tengah running dalam saluran makanan aku. Macam mana kalau aku tadi dengan rakusnya terus telan? Berdarah usus aku. Aiyooo!!!

Ok, nightmare sekejap lah kan. Tapi aku harap pengusaha makanan kena lebih hati-hati. Bahaya kalau ada benda-benda macam ni dalam makanan. Aku cuma syukur lah, aku jumpa duri ni. Kalau budak-budak aku rasa dorang telan terus.



p/s: Tak pernah lagi makan red velvet mahupun pavlova. sedih tak?



15 comments:

  1. Im not fancy to durian crepe. Huhu.. Tapi just rase2 oke laa kan. Nasib baik u jumpe duri durian (natural), I dulu jumpe PAKU besar dalam nasik lemak T_T

    Jom date I belanja red velvet ;p

    ReplyDelete
  2. sama,xpernah merasa red velvet ngan pavlova..T___T

    ReplyDelete
  3. ohh! hello! *terjumpa blog ni via KZNabihah* hehe

    Assalamualaikum :))

    pergi la try pavlova or red velvet! Pavlova best is in Delicious (nk recommend jgk sbb sgt sedapppp hehe) and red velvet yg best is Flavours (ni Chef Riz punya kedai) kat Bangsar.... :))))

    ReplyDelete
  4. Pavlova sgt mudah nk buat n very simple.. Sdp je durian crepe tuh?? Xbrani nk try..

    Bahaya betul smpao ada duri2.. Adehhh..

    ReplyDelete
  5. la xpsl2 hlg kenikmatan durian crepe tu..:)

    ReplyDelete
  6. Ramai orang dok kecoh durian crepe nie sedap. Membar aku makan dia cakap tak boleh pegi. Aku, kalau benda bab durian ni memang aku tolak tepi je.

    ReplyDelete
  7. see, sedapkan? tapikan, lg better mkn durian innanie :D

    ReplyDelete
  8. Syarafi KamaruzzamanJanuary 12, 2013 at 3:11 AM

    Khairulsyarafi (skyforce331@yahoo.com)


    Wah!!..bior betul!!...

    ReplyDelete
  9. pelangi (wanieerra@yahoo.com.my)

    Nanieeeeeee , bahayanya kan. Lain kali kena hati hati. Wani tak makan durian.Uhuhuhu

    ReplyDelete
  10. ked (dearked@gmail.com)

    pernah rasa durian crepe yang homemade punya.. tapi tak sedappp.. yang ni nampak sedap.. nampak gebusss gittew.. huhu pavlova ngan red velvet dah pernah makan.. tu pun sebab member akak dia jual kek.. hehee

    ReplyDelete
  11. muja (princess_arorae@yahoo.co.uk)

    muja pun mengidam amat benda ni,,, huhu,, best ni nampaknya,, tapi tak sempat cuba,, laa,, akak guna nuffnangx dah sekarang,, www.mujadafewa.my

    ReplyDelete
  12. diana (diana.rashid36@gmail.com)

    mak aiah!!tajam tu.. tercocok kat lelangit naya je/.. apa kelebihan kotak komen gini ye..tengok ramai yang guna..

    ReplyDelete
  13. mimie (zahirah.zahrin@gmail.com)
    ish........bahaya nih

    ReplyDelete
  14. Atiqah Hafizy
    awak.nak tanya kedai ni berdekatan dgn apa ea kat midvalley?? hehehehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork