Wednesday, January 16, 2013

FOODILY #2: Hayaki Cafe, Untuk Penggemar Makanan Pantai Timur

As Salam semua

Sambutan hangat kelihatan di entry Meatball Ikea tu. Ecewah. Dan tiba-tiba terfikir nak buat satu partition dalam BCE as Food; I Love You @ FOODILY ;). Dalam partition tu, rasanya aku nak bagi korang meleleh ayaq liuq sikit. Heheheh. Kiranya kalau tak cukup iman didada, jangan masuk lah part tu ye. Confirm korang lapar, walaupun dah makan katanya. Hehehehe. 

So, this is part two of that FOODILY. 

Nak cerita pasal satu restoran di area Damansara Uptown ni. Namanya Hayaki. Pernah dengar? Ok, jangan salah anggap, mula-mula aku tengok kedai ni ingatkan kedai Cina since nama pun macam cong-ceng sikit kan, tapi salah. Restoran ni menyediakan makanan menu Pantai Timur. 

Yang menariknya, bukan sekadar menu Pantai Timur yang disediakan, menu barat, snacks dan jugak minum petang pun ada. Fuhyoh!!! Kira lengkap lah semua. Pilihan pun banyak. Dari segi harga jugak agak berbaloi. Tak terlalu mahal dan masih affordable dengan portion yang diberikan. 


buku menu diletakkan gambar suasana dalam Pasar Siti Khadijah, Kelantan.
 Memang mengimbau suasana oghe Qelate!!! 



Dari aspek suasana pulak, pada aku bagus dan selesa. Hayaki menyediakan ruangan outdoor dan indoor yang sempurna. Untuk family dan juga santai. Siap dengan Wifi lagi tau! Jadi untuk mereka yang suka table-talk macam aku, boleh cuba di Hayaki ni. Lagi pulak ia dibuka 24 jam. Memang syok!

Kesedapan makanan pulak aku bagi rating 4 bintang!!! Sedap woh. Sedap gilos. Memang terasa kesedapan masakan Pantai Timur di sini. Memang terbaik tau. Hari tu, aku order Nasi Kerabu Ayam Percik : RM 10.90. Portion memang banyak dan memuaskan hati dan nafsu makan aku. Minum pulak, aku order Mint Tea. Sedap tapi macam rasa ubat batuk sikit.

Bandung 3 Layer agaknya nama dia. Sedap bukan kepalang. 
Ini memang signature Hayaki. Nasi Kerabu Ayam Percik. 5 Bintang aku bagi. Sedapnyaaaaa!

Mint Tea. 

Mee Hoon Kari. Walaupun nampak agak dull, but believe me its worth it!

Manga apa ntah namanya. Pencuci mulut yang sungguh dasyat! 
ini juga rare. Kat KL memang payah sikit. Datang Hayakit.
Sangat terbaik pulut mangga dia. Fresh dan heaven. 

Toast Peanut Chocolate & Ice Cream. Ini jugak bikin mouth watering. 

Ini pilihan Kirin. Pulut Cendol yang membasahkan tekak! 

So, untuk mereka yang rindu masakan Pantai Timur, apa kata korang singgah Hayaki ni. Memang terbaik masakannya. Sedap dan berbaloi. Ini adalah alamatnya : No. 1, Jln SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya. Berhadapan Bank Rakyat. 




p/s: Next kedai makan mana lagi ye? 

13 comments:

  1. hayaki neh kalau kat kelantan, servis dia Ya Allah teruk gila, waiter sume rude.

    ReplyDelete
  2. meleh air liur tgk mknan2 nih...adoiiii la

    ReplyDelete
  3. waaaa semuanya sy terliur...sirap bandung 3 layer tu

    ReplyDelete
  4. wawawa..nt klu g PJ, nk terjah la..

    ReplyDelete
  5. selang 3 kedai kot dari situ, ada Kopitiam yang best. Nasil lemak ayam rempah dia is sangat meletup. hehehe

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum innanie...sedapnya terbaik la...:)

    ReplyDelete
  7. Danggg... sedap gilos tengok. Mangga dessert tu dgn pulut mangga tu.

    ReplyDelete
  8. sedapnya pulut mangga..dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  9. Nani makan hayaki kat kelantan.. Tp mmg sedap :) leleh ar.. Rsa mcm ngamuk ni nk gie hayaki skang!!! :p

    ReplyDelete
  10. @Suzie Yusof Mohamed: ye ek? aku baru nak try gi sana kot. haissyyy,, tak jadi r.

    ReplyDelete
  11. pernah mkn kat platinum walk.. mmg sedap nasi kerabu kat sini.. nyum nyum..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork