Friday, January 25, 2013

Gangguan Seksual : Pengalaman Sendiri

As Salam semua

Ada orang bagi pendapat katanya aku dah lama tak tulis perihal isu semasa. Hehehe... Terima kasih buat semua yang prihatin dan sudi memberi cadangan terbaik untuk BCE. Again, jangan risau... aku tak makan orang. Aku makan nasi. Jadi, jangan rasa takut-takut mahupun segan silu untuk memberi idea, komen dan cadangan. Oh, nak share cerita pun boleh. Email aku ada di sidebar. Kalau nak aku promote barang korang pun boleh jugak. ;) Bantu-membantu Insya Allah. 

Baiklah, since pembaca blog aku ramai tergolong dalam kaum wanita, jadi aku nak kita sama-sama peka dengan satu isu yang bukan mudah untuk dihandle sebenarnya. Gangguan Seksual. Jangan lah terus nak geli-geli pulak. Bukak minda dan anggap ini satu perkara ilmiah. Okeh. Abang-abang nak baca pun boleh. Sebab kita ada mak, kakak, adik perempuan, girlfriend, isteri mahupun kawan perempuan kan? 

Ladies, 

Mula-mula kita kena tahu, apa itu ganggual seksual (GS). 

Gangguan seksual adalah suatu  keadaan yang tidak boleh diterima,  baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual,  pernyataan yang bersifat menghina secara tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah  atau melemahkan situasi suasana kerjanya.

Beberapa perkataan aku high-light kan dimana perkataan itu lah yang penting. Sebabnya, kadang-kadang kita tak tahu pun diri kita sedang diganggu atau dicabul secara seksual. Atau kita tak sedar, sama ada ianya satu gurauan ataupun gangguan

Pengalaman peribadi.

First, aku memang malu untuk cerita ni pada orang lain. Apatah lagi di dalam blog sendiri. Tapi memandangkan ini adalah satu perkongsian, aku perlu ketengahkan. Aku tahu kat luar sana ramai antara kita yang pernah atau mungkin sedang diganggu secara seksual tapi kita tak sedar. Aku sendiri masa kena gangguan seksual ni, aku tak tahu pun itu adalah satu bentuk gangguan. 

Terjadi sekitar aku 17 tahun. Tingkatan 5. Masa tu, kat sekolah. Aku dalam bilik salah seorang guru lelaki yang agak rapat dengan aku. Sebagai anak murid, aku horma dia dan anggap gurauan dia hanya sebagai seorang anak-ayah. Tapi satu hari tu, aku dengan kawan aku stay di bilik dia untuk satu urusan menyiapkan projek. Jadi, botol gam terjatuh dan gamnya melimpah keluar. Tiba-tiba cikgu tu datang pada kami dan angkat botol gam tu (dengan keadaan gam yang meleleh keluar) dan cakap pada kami :

"Cuba awak jilat sikit gam yang meleleh ni. Mesti sedap!" 

Kau rasa apa reaksi aku ketika tu? Umur 17 beb!!! Aku budak baik beb. Tak explore benda-benda apa ni semua.  Aku dengan kawan aku cuma tersentak dan terdiam. Takut pun ada sebab kami dalam bilik cikgu tu berdua. Dan keadaan bilik cikgu tu di hujung bangunan. Tapi, sikit apa pun kami tak rasa itu satu gangguan seksual. Cuma kami pelik dan tergamam. Dan kami tak tahu pun itu adalah satu bentuk gangguan. 


By time, aku dah masuk universiti semua ni aku baru sedar yang itu adalah gangguan seksual. Terus cepat-cepat aku beritahu ayah aku... ayah aku tersentak jugaklah since dia kenal cikgu tu kan. Dia marah aku sebab kenapa tak bagitahu masa kejadian tu. Aku cakap, aku sendiri tak tahu itu menjurus kepada gangguan seksual. Noob gila aku kan??

Jadi, ini beberapa jenis gangguan seksual. Dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: 

1. Gangguan Secara Lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan,  usikan bunyi  dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. (kes aku masuk sini)

2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan,  menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan. 

3.  Gangguan Visual:                                                                                                          
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

4. Gangguan Psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. 

5. Gangguan Fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual


Apa yang perlu kita buat jika kita mengalami sebarang bentuk gangguan seksual macam ni? 

1. Membuat catatan tentang kejadian gangguan seksual yang anda alami.  Catat dengan teliti identiti pelaku, tempat kejadian, waktu, saksi, bahan bukti seperti sms yang ditujukan kepada anda oleh pelaku serta perincian ucapan-ucapan pelaku. 

2. Beritahu pada orang lain tentang gangguan seksual yang anda alami. Ceritakan kepada rakan, atasan, atau siapa saja yang anda percayai dan mahu mengerti perasaan anda. 

3. Memberi pelajaran kepada pelaku.  Apabila anda sanggup melakukannya katakan kepada pelaku bahawa tindakannya tidak dapat anda terima.  Anda dapat melakukannya dengan ucapan verbal dengan kata-kata, melalui telefon atau surat.  Ajak seorang rakan untuk menjadi saksi. 

4. Melaporkan gangguan seksual tersebut, kerana gangguan seksual melanggari undang-undang. Laporkan kepada seminima bilangan orang yang mungkin agar dapat menjaga kepentingan mangsa dan sipelaku



Dan ini pulak adalah cadangan aku :

1. Berani dan tegas

Dalam apa cara, kau kena berani dan tegas untuk bersuara. Kau jangan respon dan biarkan dia berulang.  Kau kena stick dalam kepala, kalau dibiarkan ia akan melarat. *melainkan kau pun jenis melayan lah kan* 

2. Jangan sakitkan hati

Menegur jugak ada caranya. Kau jangan menolak dengan cara menyakitkan hati. Kau tegas, tapi berhemah. Kau jangan tinggikan suara cuma nada suara kena tegas. Sekiranya dia marah atau melawan, kau kena segera cuba larikan diri dari tempat kejadian. 

3. Jangan malu @ takut

Keramaian dari kita merasa malu dan takut untuk melaporkan kepada pihak sepatutnya tentang hal ini. Kau kena bertindak awal. Ini semua untuk elakkan ia melarat dan perkara tak diingini berlaku. Selain tu, kalau kau takut... kau kena gunakan seseorang yang dia hormat atau takut untuk menegur perlakuan dia secara baik. 

4. Jaga adab pakaian dan personaliti diri

Ada jugak sesetengah dari kita mengalami gangguan seksual kerana dirinya sendiri yang 'offer' pada pengacau tu. Mana taknya, ada depan dia kau pergi pakai baju nampak lurah. Yang ada dok main pintal-pintal rambut sambil gigit pensel depan dia. Tu semua mengundang tahu. Kalau aku jadi dia pun aku ganggu seksual dia. So, adab dan personaliti diri itu jugak boleh membantu elakkan diri dari gangguan seksual. 


Jadi, apa juga keadaan kita kena berani bersuara. Jangan pendam sorang-sorang takut melarat. Nauzubillah kan.... moga perkongsian ini bermanfaat. 




p/s: Gangguan seksual bukan semata-mata pada perempuan seksi... 














13 comments:

  1. me pernah kena jugak tau sis...masa tu f6...cikgu siap ugut lagi...kalo x nak layan dia jd makwe dia dia akan ckp me curi handphone dia...masa tu me slh la jugak sbb masa dia bagi handphone tu me pk dia juz bg hadiah sbb me budak terbaik dlm claz...rupanya ada niat serong... :'( pengajaran sesangat...

    ReplyDelete
  2. diri kita..kehormtan kite kne jaga..

    ReplyDelete
  3. dulu waktu zaman persekolahan pun tira pernah jugak ada cikgu2 laki yg mcm miang sikit, btw kesimpulannya disini remaja wanita harus berhati-hati. ^_^. nice entry sis.

    ReplyDelete
  4. pernah jugak masa kecik. ishhh sakit hati kalau ingat..

    ReplyDelete
  5. gataipunyer cikgu innie..belash kang.septtnyer kena lapor skunk dkt pengetua skolah bior dy kena ambil tindakan lau x ramai mngsa yg kena mcm awok

    ReplyDelete
  6. ada jugak gangguan seksual yg berunsur gurauan..tapi camne gayanya pun, sangat tak patut ada sebarang gangguan seksual ni..kecuali la pada pasangan sah kita sendiri tu suka hati la nak buat camne pun gangguannya..hehehe

    ReplyDelete
  7. berhati2 lah ye lagi2 sekarang..

    ReplyDelete
  8. bagus perkongsian ni!
    Tapi jgn ingat kaum wanita je yg kena sexual harrasment ni,lelaki pun selalu jugak, lbh2 lg gangguan scr psikologi tau~ hehe

    p/s: saman je cikgu tu!

    ReplyDelete
  9. gangguan seksual ada di mana mana...kdg stress akak nih dik oi...

    ReplyDelete
  10. Melampau org2 mcm ni. Saye pernah nampak flasher 2 kali seumur hidup. Masa tu 17 tahun, Ya Allah tuhan je tahu ape perasaan. Serious nak muntahh! :'(

    ReplyDelete
  11. waaahhh!!trauma nanie..3x kene..lg2 kat tempat sesak2..ms tu la dorang gila2 akn ambik kesempatan..dlm social network apatah lg..
    slumber je raba2 pastu wat muka bodoh..argh!!rs nk tmpar je..tp tkt nnti nia buat bnda lbh buruk..

    ReplyDelete
  12. klu gangguan tu datang dari rakan sekerja memang biasa dah dengor.tapi klu cikgu YANg buat tu agak mengejutkan la..

    ReplyDelete
  13. Hadoii....malukn kaum lelaki je....

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork