Thursday, January 31, 2013

Hardcore Environmentalist

As Salam semua

Bercakap pasal alam sekitar, aku sangat berkobar-kobar. Dekat instagram profile pun aku mengaku yang aku hardcore environmentalist. Walaupun masih lagi tak layak sebenarnya untuk menggelar diri sebegitu, tapi seriusly aku sangat-sangat suka eco-green semua ni. 



Semalam, hati aku sakit sangat bila tengok berita tentang kematian 10 ekor gajah di Kota Kinabalu. Ya Allah, 10 ekor terus diracun. Kalau aku dapat orang tu, aku suruh gajah pijak dia. Tak de otak betul lah sampai nak beracun-racun ni. Apa motifnya? Gajah tu kacau kau ke? Paling sedih bila tengok ada anak gajah yang baru beberapa bulan dan masih menyusu sedang belai mak dia yang dah mati. Kesiannya dia! 




Moga orang yang buat perkara jahat ni dapat segera ditangkap dan dibalas kejahatannya. Takde hati perut langsung. Binatang!!! Penguatkuasaan pun kena diperketat. Sebab aku wondering, kan ni hutan simpan macam mana strangers boleh masuk sesuka hati. Ehmmmm??? 

Next, semalam koordinator UM Cares, Dr. Zeeda Fatimah Mohamad publish satu artikel. Tak sangka pulak, dia letakkan gambar aku dan kakak-kakak kesayangan sedang berkebun di UM Crops. Malu aku. Mana taknya, satu Asia gambar tu dipublish. Ecececeh. Bajet famous sekejap lah kan. :)

KLIK LINK untuk baca artikel 
Projek ni sebenarnya dah lama jugak aku join. Lebih kurang sebulan dua yang lepas. UM Crops adalah satu projek kebun organik yang mana diusahakan oleh Abang Lan yang diimport khas dari Tanjung Kupang, Johor yang mana dulu dia seorang nelayan dan sekarang dah jadi staff UM Cares. Semua tanaman di UM Crops ni menggunakan baja kompos yang diproses sendiri oleh Abang Lan. Kami geng UM Cares yang lain akan bergilir-gilir jaga kebun ni. 


bangga sekejap. Ni abang Lan yang buat.
nama anak rabbit ni Ateen. Hahaha. Abang Lan saje bubuh nama dia gitu. In honour of me katanya! Hahaha :)
Thanks Abang Lan & Kak Ina
Tapi kepala wabbit ni teleng tau. Sebab mak dia. Entah buat apa. Vet kata sampai besar maybe dia gitu. Sian!







UM Cares memang banyak bagi aku pendedahan tentang alam sekitar. Dan benda ni lagi menyebabkan aku peka dengan semua isu alam sekitar. Oh, dah banyak jugak aku post pasal UM Cares dalam BCE ni. Kalau nak baca, boleh search di bahagian reception sidebar blog ok! :)

Jangan lupa untuk jaga alam sekitar! 




p/s: Tak susah sebenarnya nak jaga alam sekitar. Asalkan kita peka! 





13 comments:

  1. Kesiannya gajah2 tu..
    Semoga org yang buat perkara jahat tu segera ditangkap. :)

    ReplyDelete
  2. arnab tu comel walaupun kepala dia teleng. huhuhu :D

    ReplyDelete
  3. hijaukan bumi...tanam pokok byk2 keliling rumah

    ReplyDelete
  4. sebenarnye aku taktau citer pasal gajah2 tu.. ce citer sikit..

    ReplyDelete
  5. mohon pinjam Ateen selama setahun XD

    ReplyDelete
  6. i tak hardcore environmentalist. tapi sesiapa saja menganiaya haiwan walau anjing sekalipun, memang kena sumpah dengan i. lebih2 lagi kucing. tgk gajah semalam tu pun dah nangis dah kesian.. aih.. :'(

    ReplyDelete
  7. go green..suka kalau rumah penuh dgn tumbuhan, rasa segar jea..

    ReplyDelete
  8. ramai suruh akak tengok video tu..akak tak nak tengok..sedih..tak suka sedih2 nih..hehe

    ReplyDelete
  9. Kakak org kampung memang suka tanam-tanam. Rumah kakak tanah secoet pun penuh macam-macam tak masuk yg dlm pasu lagi...

    Seronok kalau dapat geng yg sama idea..

    ReplyDelete
  10. kesiannn nyaa gajah tu. boleh pulak ek wat camtu ingatkan bkn kat malaysia..huu

    ReplyDelete
  11. kesiannyer gajh2 dibunuh..mmg xde perimkemnusiaan

    ReplyDelete
  12. seriously..org yg buat mcm tuh kat gajah akan dpt blasan die..

    ReplyDelete
  13. Tang gajah tu seyes rasa bengang ble bc n dgr berita tu..
    Eh2 arnab nani pun teleng jgk. Dri kecik smpai besar.. Tpi lgi teruk dri ateen.. Skg da mati da.. :(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork