Sunday, January 6, 2013

Ingatan Ikhlas Buat Para Teman Yang Sedang Berbisnes

As Salam semua

Sebelum korang semua membaca entry ni, aku awal-awal lagi nak hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan jika ada yang terasa dengan entry ini. Tapi secara jujurnya, ini adalah perasaan peribadi aku. Harapnya korang lebih bersifat terbuka.



Kalau kita lihat hari ni, semua orang nak bukak bisnes. Selagi boleh semua benda nak dijual kan. Dari segi makanan, kain baju jangan cakaplah, malahan produk kesihatan jugak bersepah-sepah sekarang ni. Segalanya hanya di hujung jari. Guna online-shop. Aku takde masalah sebenarnya dengan bisnes-bisnes online ni... rezeki masing-masing kan. Aku tak kesah pun. Alhamdulillah dan berbangga dengan kawan-kawan yang bijak mencari duit poket ni. 



Yang menjadi ketidak selesaan aku adalah apabila mereka tag nama atau iklankan produk mereka di facebook orang lain atau lebih spesifiknya facebook aku lah kan. Sekali dua tak apa lah, aku boleh terima lagi. Ye lah kawan-kawan kan, as part of bisnes strategi. Untuk menjual sesuatu produk kadang-kadang dengan cara macam tu memang berkesan. Tapinya janganlah sehari sampai 10-20 kali kau tag aku dekat iklan kau. Dah tu kau paksa aku pulak jadi membership produk kau tu. Aiyoooooooooo kawan!!!! Ini bukan cara meniaga. Rimas woi rimas. Bukak-bukak facebook, berderet berpuluh notification hanya untuk satu iklan produk kau. Kalau kau jadi aku, kau tak rimas ke?

Pernah aku tegur elok-elok kawan aku yang sorang ni supaya hentikan dari tag aku dengan produk-produk dia tu, kau tahu dia cakap apa, dia kata aku tak nak pahala ke sebab bantu dia meniaga. Siap sound aku ni kawan yang tak boleh bantu kawan!!! Aduhai, geleng kepala aku bila "pahala" dijadikan alasan galang gantinya. 

Kawan, aku bukan tak nak pahala. Sapa yang tak nak... kalau aku boleh bantu kau, sejujurnya aku bantu. Tapi caranya bukan macam tu. Kau annoying gila bila tag aku banyak-banyak dalam iklan kau. Wall facebook aku dah macam tempat meniaga kau. Kau kan ada facebook, ada page untuk produk kau, publish lah dekat situ. Kalau memang rezeki kau, insya Allah orang akan cari kau untuk beli produk kau. Percayalah. Keluar lah modal sikit untuk gunakan saluran iklan yang betul di facebook, blog dan sebagainya. Jangan semata-mata mengharapkan kawan-kawan "bantu" kau dalam meniaga.

Sekali lagi, aku mohon ampun dan maaf andai entry ni agak kasar dan berkeras. Tapi itulah yang aku nak sampaikan. Aku sangat-sangat menghargai dan mengharapkan kau menghormati hak orang lain. Banyak caranya untuk berniaga secara online. Persaingan dalam berniaga memang banyak. Kau kenalah kreatif. Tapi kau jangan jadikan orang lain tak selesa dengan cara kau tu. Kalau orang tu tak redha, tak berkat jugak rezeki kau dapat tu. 

Sekadar berpesan. Aku doakan kau berjaya kawan dalam bisnes MLM kau tu. 


Kalau kau nak tahu siapa orang yang dimaksudkan... ada kat ENTRY INI. Silalah klik. Mesti kau pun panas!!!!



p/s: duit. sapa tak nak kan. tapi biar kena caranya!






19 comments:

  1. Yess.... saya sangat setuju dengan kata-kata awak, biasanya kalau saya dah hilang sabar dan bosan dengan cara kawan kat FB, saya akan hide kan dia dari wall saya... titik

    ReplyDelete
  2. lyeen pernah kena tag smpi sehari tu asyik notification psl dia je la..

    p/s: lyeen skrg niaga tudung..part nak tag org tu mmg payah n mmg takut..sbb takut org tak selesa..so lyeen guna blog, pages dan fb lyeen sndri untuk promote tudung yg lyeen jual..alhamdullilah..jalan juga..

    ReplyDelete
  3. betul tuh..kalau nk tag boleh..tp jgn la sampai satu hri 10 20 kali kan..

    ReplyDelete
  4. saya sendiri pun rimas kalau macam tu. dulu masa ada facebook, sentiasa kena remove semua2 tu. leceh

    ReplyDelete
  5. agakla. last2 sy tapis sape2 yg tag sy..huhu. mmg x kn approve dorang yg tag sy kat fb tu. rimas

    ReplyDelete
  6. terasa ringan tangan nak unfriend tak? Hehhehehe.. Kalau itu sebaiknya apa salahnya. Jenis orang tak paham bahasa kan...

    ReplyDelete
  7. Jual barang dekat facebook memang trendy. tapi salah satu tips dia ialah, "don't hard sell". Dan jangan tag orang nanti orang nyampah. mungkin dia tataw kot.
    papepun, teruslah bebaik... :)

    ReplyDelete
  8. Betulll..sebab tu nieza bukak fb baru..muahahha..rimas tau xD..notification tag saje dah beratus..mak aiii

    ReplyDelete
  9. Betul tu nanie,kadang2 bersepah wall kita.nak kena untag satu satu.rimas sungguh..setakat dia upload dalam page sudahlah..ni nak tag bagai.dah kalau kita ni rasa nak join,mesti g cari punya.tak payah nak tag bagai..


    tetiba emo -___-

    ReplyDelete
  10. yang ni punca wan tak suka facebook.
    banyak yang main tag benda macam ni, bukan setakat tag, tapi paksa pulak.

    hmmmm..sampai hati member kata macam tu kan, terdesak sangat dah tu.

    ReplyDelete
  11. pernah sorang ni tag beratus orang kat comment sebab nak promote ape entah,, ngek sungguh,,

    ReplyDelete
  12. rimas jugak,remove je dr frnds list terus!

    ReplyDelete
  13. @MystoryPic:tu kira untung lah tu kan di hide kan... :)

    ReplyDelete
  14. @Lyeen De Syifa:oh lyeen meniaga tudung ye... apa url??? bagus cara lyenn just guna fb and blog sendiri kan

    ReplyDelete
  15. @luqman zakaria:tahu tak pe. memang rimas gila dgn tag bagai ni

    ReplyDelete
  16. @nurdani:betul tu sangatsangat leceh. menyampah dan muak jadinya!!!

    ReplyDelete
  17. @najihahfara:bagus jugak buat sistem tapisan. tapi penuh dan jenuh lah nak menapis kan... haisss!

    ReplyDelete
  18. @irul:yep memang kita unfriend terus... sebabnya dah mintak elok2 eh dia sound plak kita kan

    ReplyDelete
  19. Saya setuju. saya pun jual online tapi sy x penah buat mcam tu kat fb sebab sy pun x suka org tag iklan kat saya.

    Betul kata awk rzeki masing2 x perlu paksa org sampai menyampah kan..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork