Saturday, January 5, 2013

Johor Premium Outlet & Legoland Malaysia. Awwwwwwesomenya!!!!!

As Salam semua

Last Wednesday, Akim tak semena-mena balik Johor. Padahal dah lama gila dia tak balik. Rindu katanya. Kehkehkeh. Baru kena tinggal dua minggu dah rindu aku. Motif??? Itulah kawan namanya kan. Kawan ye. Kawan. Jangan buat spekulasi. 

So dah alang-alang dia balik Johor, dia ajak aku temankan dia pergi shopping. Apa lagi, dah memang yang diajak tu kaki jalan. Setuju aje lah kan. Rugi kot kalau tak ikut. Orang nak sponsor kan. Kiteorang pun plan nak pergi Johor Premium Outlet di Kulaijaya. 

Orang yang jauh semua dah sampai ke JPO ni. Member aku dari KL, Kelantan, Penang, Sabah semua dah jejak kaki kat sini. Aku yang orang Johor sendiri belum sampai. Gitulah kan, tempat orang memang dipuji tempat sendiri tak peduli. Kehkehkeh. Aku dengan Akim pergi sana just nak tengok-tengok apa yang sesuai dan compare harga lah of course antara KL dan JPO. 


Secara keseluruhan, aku memang bangga lah sebab di Johor ada shopping's heaven macam ni. Memang banyak jenama-jenama terkenal yang ada kat sini macam Victoria Secret, FOSSIL, Burberry, PEDRO, Charles and Keith, Gucci etc. Tapi dari segi harga, pada aku tak banyak beza sangat jika dibandingkan dengan di KL. Ada lah beberapa butik terpilih yang memang menawarkan harga yang murah contoh macam Charles & Keith boutique. Cumanya... satu yang aku perasan, di JPO kebanyakannya (tapi tak semua ye!) adalah pass-seasoned item. So sebab itulah dorang boleh kurangkan sedikit harga. Tapi kualiti masih sama pada aku. Pandai-pandailah kan membanding beza.


Comel kan annual planner kita. Eh, apasal kita minat benda-benda comel ni?
Kalau kau tanya aku borong apa kat sana? Oh tidak. Aku tak shopping apa pun. Duit tak berapa nak lebat di awal tahun. Job tak banyak. Just beli satu planner diary dari Cotton On. Harga asal RM 30, tapi on sale hanya RM 6. Itu je. Kehkehkeh. Jauh sana, jauh sini buku jugak yang dirembat. Nak buat macam mana??? Tapi Akim shopping habis-habisan di sana ye. Sabar je lah aku tengok mamat ni spend duit dia. Beli perfume, beli kasut dan baju lah. Haisssh kalau ikut nafsu kuda dia, banyak lagi tu yang diborong.

Next, our destination is..............






Drumroll pehlissssssssss!!!







Woaaaah!!! It play time. Syok woh! Syok woh! Siries bangga kali kedua sebab di Johor ada pesaing hebat USS, Singapore. Legoland terletak di Wilayah Nusajaya yang juga merupakan sebahagian daripada Projek Iskandariah Malaysia. Walaupun baru beberapa phase yang dibuka tapi pelawat yang datang memang dijanjikan dengan keseronokan. Dan terkini, tak silap aku ada Water Theme Park dan juga bakal dibuka Legoland Hotel. Makin meriah lah Nusajaya lepas ni. Menurut ayah aku, yang pernah terlibat sebagai salah satu ahli lembaga untuk kelulusan Legoland ni, Legoland terdiri daripada 7 fasa kesemuanya. Dan ia akan dibuka secara berperingkat.


Disebabkan excited yang melampau, terabaikan pulak tudung gaya mak Jemah. mihmihmih! ;) 
Jadi disebabkan itu, on that day... aku dengan Akim tak masuk pun Legoland. Kehkehkeh. Placing lebih kan! Just jalan-jalan kat luar je dan ambil-ambil gambar. Lagipun kiteorang sampai situ dah petang. So, tak berbaloi sangat lah bayar RM 140 satu kepala and main just berapa jam je kan. 

muka tensen sebab aku tak nak masuk dengan alasan tak berbaloi
Tapi kan korang, Tuhan je yang tahu macam mana menggeletiknya hati aku nak masuk dalam Legoland tu. Geram tahu tak. Geram!!! Oh, untuk kawan-kawan yang nak tahu apa ada dalam Legoland tu... nah ni map viewnya.


Untuk tahu lebih lanjut pasal Legoland ni, apa kata korang baca Live Experience di link ini :
http://superadrianme.com/2012/09/03/legoland-malaysia-opens-15-september-2012/





p/s: USS? Next? heheheh :)

7 comments:

  1. laa kenapa tak masuk Legoland tu....akym nak belanja kan...rugiii ooo...

    Akymm...meh blanja akakk ko ni plak...hahaha..akak ON je...kuikuikuikui..

    ReplyDelete
  2. ooo...kalau dah pass seasoned memang patutlah harga turun sikit. no wonder rmi cakap murah2!

    ReplyDelete
  3. betul jgk tuh ..kalau dah ptg memang rugi ler..xdpt nak explore byk2 tmpt..

    ReplyDelete
  4. ohhhh JPO, poket ku masih kekeringan

    ReplyDelete
  5. haha same lah kite pegi JPO dapat mini dress rm6 je kat cotton on. *muka bangga dpt baju murah* ngehngeh. same jugak pegi legoland placing dpn entrance je lepastu balik. hahaha. bg chance org luar joho dulu bersuka ria. ekeke..

    ReplyDelete
  6. hehe..dear! mmg perempuan suka benda comel comel haaa..ada ke perempuan tak suka benda comel.ce cari,ce cari...hik3

    kita pon xpernah lagi sampai JPO tu.macam syiok je.tapi kena kerja dulu la baru boleh shopping sakan.bila pangkat student, mampu tengok je.hehe

    ReplyDelete
  7. eh dik...getah rambut ko tu sama dgn akak punya la...haha...
    akak nak gi bwk kupon mamee sekali...leh dpt 35% off...heee...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork