Wednesday, January 30, 2013

Mencari Calon Suami

As Salam semua

Kalau korang semua ada bela kucing atau tahu hal dan selok belok kucing, korang mesti dapat perasan sesuatu. Bila musim je bulan mengambang, itulah musim kucing nak mengawan. Yes. Musim miang gatal gila. Kalau di tengok memang lah rasa, alahai geli lah kau ni. Tapi nak buat macam mana. Itulah haiwan. Lumrah kehidupan. 

kecik je lagi Glory ni. Gatal lebih. Tapi bukan ikut tuan dia ye :)
Ni, Glory aku ni... tak habis-habis mengiau buat suara sampai lima enam suara memujuk rayu si jantan yang ada kat luar untuk mintak dinodai. Hahaha. *ayat aku pun tak boleh blah. Kalau tengok gayanya, macam tak tahan benar lah si Glory ni. Aku pun perasan, dua tiga ekor jugak kucing jantan lalu lalang area kawasan rumah. Usha Glory lah tu. Kesian. Memang kesian. Bukan aku sengaja halang hubungan mereka. Bersebab. 


depan aku posing cenggini wei. Desperado Glory
Menurut vet, kucing betina yang dibawah usia setahun tak digalakkan untuk bunting. Risiko keguguran sangat-sangat tinggi akibat masih tak reti untuk menjaga anak dan kandungannya. Malahan keguguran ni akan mengancam nyawa kucing kita tu sendiri. Kalau ada yang terfikir untuk 'kasi' kucing ni, bagi kucing betina dia mestilah berusia lebih setahun dan pembedahan dilakukan 2 minggu selepas melahirkan anak. *itu vet yang cakap lah. 

Bila musim dia sampai, aku tak berani nak belai-belai and manja-manja dengan dia. Lain macam dia punya getar tu. Hahaha. Memang lawak. Kesian pun ada. Tapi tengoklah, Insya-Allah dalam masa terdekat ni, aku cari pasangan yang sesuai buat Glory and "mating" kan mereka. So, secara tak langsung aku sedang mencari calon suami. Calon suami buat Glory. Bukan buat aku. Aku masih single. Mihmihmih. *gelak sopan takut mak metua pengsan kalau gelak macam pontianak




p/s: any tips yang korang tahu untuk handle masalah ni selain mating kan dia?









10 comments:

  1. alololo..comel..comel..saya minat kucing..tapi kucing saya jantan..kerjanya kuar masuk rumah ja..balik rumah awal pagi & maghrib..tu pun mnta makan then kuar rumah lg..banyak GF..hehe..tp klu kucing betina ni kurang ngerti ckit ya buk..hehe...nampak kucing CE ni tersangat lh manja..hehe..

    ReplyDelete
  2. lyeen xtakut kucing..lyeen trauma dgn kucing..:( xdpt pgg dia..:(

    ReplyDelete
  3. kita ada kucing jantan.. dah kerepot dah.. HAHA.. dah 2 tahun lebih.. org ckp kucing hdup xlama. umor 3 thun -__- feel takut kehilangan beliau~

    ReplyDelete
  4. Kucing Nanie bape bulan umur dia? Boleh kasikan rasenya, sebelum dia bunting.. lepas kasi, jaga helok2.. dia tak menggatal dah :)

    ReplyDelete
  5. bagi je la..budak2 sekarang pun umur 12 dah nak belaki.kucing pun ikut peredaran zamn dah sekarang nih..hahhaha

    ReplyDelete
  6. boleh je cr psangan dia bla dh ckup umur nnti.eheh..tp klau boleh..jgn la buat dia xleh beranak lg.sian die..

    ReplyDelete
  7. amboi glory,,, gedik gatai bebenor ye,, hahaha,,

    ReplyDelete
  8. eh domain dot my ni dah ok ye.. nk tukar balik lah cenggini

    ReplyDelete
  9. at least bagi dia merasa beranak sekali pun dah ok, kemudian nak 'kasi' pun boleh selepas tu.
    Kena cari baka yg baik cepat2,kucing pun ada perasaan kan,mcm kucing2 sy yg betina tak sempat sy nak carikan calon dia dah lepas miang dgn jantan kurap.. alahai~

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork