Thursday, January 24, 2013

Mukjizat Nabi Muhammad SAW

As Salam semua

Selawat atas Nabi Muhammad SAW. Tadi dengar 30 Minit Ustaz Don menceritakan Muhammad sebagai seorang manusia yang sungguh luar biasa. Ustaz Don cakap, Rasul kita adalah cahaya kerana salah satu keistimewaan baginda, baginda adalah manusia yang tidak punya bayang-bayang. Dan Ustaz Don ceritakan sebahagian mukjizat Nabi. Apa kata kita amik tahu sebahagian daripada mukjizat Rasulullah SAW bersempena dengan Maulid Rasul esok. 


1. Keluarnya air dari jari jemari baginda yang mana mampu untuk memberi minum kepada 
100 000 orang. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

2. Israk Mikraj yang hanya berlaku dalam satu malam. 

3. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya

4. Dapat melihat dalam kegelapan. 

5. Peluh baginda berbau harum dan jika baginda bersalam dengan seseorang akan berbekas bau harus selama beberapa hari. 

6. Tubuh Nabi mengeluarkan petir ketika hendak dibunuh oleh Syaibah Bin Uthsman ketika Perang Hunain.

7. Menghentikan gempa yang terjadi di Mekkah dan Madinah dengan cara menghentakkan kakinya dan memerintahkan gunung supaya bertenang. 

8. Menurunkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau di Madinah 

9. Batang pohon kurma meratap apabila Rasul tidak menggunakannya lagi untuk berkhutbah

10. Mimbar menangis apabila mendengar bacaan Al-Quran Rasulullah

11. Secara tiba-tiba ada sarang labah-labah, dua ekor burung yang sedang mengeramkan telur dan cabang-cabang pohon yang terkulai menutupi mulut gua di Gunung Thur, sewaktu Muhammad dan Abu Bakar bersembunyi dari kejaran orang Quraisy.

12. Menyembuhkan betis Ibnu al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa merasakan sakit sedikit pun

13. Menghidupkan anak perempuan yang telah mati lama dikuburannya

14. Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Hira

15.Menyembuhkan penyakit kusta istri Mu'adz bin Afra' dengan tongkatnya


Ini cuma sebahagian mukjizat baginda, dan mukjizat kekal dan terbesar buat Muhammad SAW adalah Al-Quran yang mana ia mampu merentas zaman sehingga hari kiamat. Ya Allah betapa beruntungnya kita punya Rasul sehebat Muhammad. Dan sehingga ke hembusan nafas terakhir baginda, baginda masih mengingat kita, Ummati...Ummati...Ummati....

Kita???

Wallahualam. 




p/s: Selawat padanya Muhammad SAW. 

16 comments:

  1. slm maulidur rasul...nice sharing akk x smpt tgk td...sayang Rasulullah SAW :)

    ReplyDelete
  2. salam akak... :)

    selamat menyambut maulidur rasul... sama-sama kita berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w.. :)

    ReplyDelete
  3. semoga kita boleh mengambil ikhtibar dr kejadian & mukjizat Baginda S.A.W ..

    ReplyDelete
  4. bersama sama lah kita berselawat ke atas nya

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul ;D
    Nice sharing

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul. perkongsian yang sangat bermanfaat. terima kasih di atas perkongsian yang snagat berguna.

    ReplyDelete
  7. banyak jugak yang baru akak tahu..

    ReplyDelete
  8. Salam Maulidur Rasul :)

    Bagus sangat Nanie kongsi ni. Saya pun ada 1 buku biografi Rasulullah..masa baca rasa nak nangis mengenangkan :')

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing innanie :)
    Salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  10. tersentuh hati bace mukjizat Nabi Muhammad...

    ReplyDelete
  11. Salam dan selawat keatas baginda s.a.w :")

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork