Saturday, January 12, 2013

NuffnangX Comment Box : Alasan Mereka & Alasan Saya.

As Salam semua





Sejak dua menjak kalau korang ada perasan, ada sesetengah blog yang dah mula pasang NuffnangX Comment Box. Semalam pun, aku dah mention dalam entry ni tentang comment box tu. Ye lah, nak tahu jugak baik buruknya. Jadi untuk kebaikan semua, aku sharekan pada korang serba sedikit apa pandangan orang ramai tentang NuffnangX Comment Box. 




Jadi setelah ditilik-tilik dan ditimbang tara aku rasa aku MENOLAK untuk menggunakannya. Haaa mesti korang nak tahu kan atas alasan apa aku tak mahu guna. Ini aku senaraikan : 



1. TAK MESRA PENGUNJUNG

Sepanjang eksperimen, aku perhatikan comment box Nuffnang X (NX) tak mesra pengguna. Sebabnya, comment yang dihantar memerlukan email pengomen sahaja bukannya url blog pengomen. Ini menyebabkan aku/tuan blog susah untuk membalas jejak atau berkunjung ke blog pengomen semula. Jadi disitu, secara tak langsung tak mesralah antara dua pihak. Berbanding comment box biasa, bila kita klik nama pengomen akan terus ke bahagian profilenya dan ada link blognya disitu. 


2. TERPISAH

Ini aku tak tahu sama ada masalah pada setting blog aku sahaja atau orang lain pun mengalaminya. Kalau korang nak tahu, komen-komen yang aku terima telah terpisah dua bahagian. Satu bahagian pada comment box yang biasa (pop-up) dan satu lagi menerusi NX. Secara tak langsung ini menyukarkan aku untuk meneliti satu persatu comment untuk diapproved. Lepas tu, susah jugak bila aku nak disable NX comment box, sebabnya nanti semua comment di bahagian itu akan hilang. Jadi aku transfer satu-satu comment di NX ke comment box pop-up. See tu baru 5 entry je yang aku transfer. Dah malas. Leceh! 


3. BERAT

Ada jugak yang menyatakan alasan blog semakin berat bila aku pakai NX. Hmmmm itu aku tak dapat nak tahu sebabnya di laptop aku, ok je pulak rasanya. Tak rasa pulak berat. Maybe ikut kekuatan internet jugak kot. 


4. MODERATE COMMENTS

Aku set kan blog aku dengan moderate comments yang mana semua comment perlu ditapis. Dengan NX, aku perhatikan moderate comments processnya sukar dilakukan. Ini kerana, NX tak sediakan notification alert bila mana ada comment masuk. Hanya melalui email sahaja diberitahu. Maka hal ini secara tak langsung menyebabkan kebanjiran email di inbox dan again, melecehkan! 



5. BELUM ESTABLISH

Ini point terbesar. Aku rasa NX masih lagi 50-50 kehebatannya. Ini disebabkan ia masih belum ramai lagi digunakan. Kiranya ramai orang tak tahu macam mana nak guna. Aku sendiri pun mula-mula blur kot nak moderate comments and setting semua. 



Disebabkan 5 alasan diatas, aku MENOLAK pemakaikan NuffnangX Comment Box. Jadi aku cadangkan pihak Nuffnang perbaiki dan buat eksperimen untuk memberikan kepuasan kepada pengguna mereka. Bila dah ok dan memuaskan hati, aku yakin semakin ramai blogger akan guna cara ini. Sebab secara tidak langsungnya ia memudahkan kita berbalas-balas comment dengan pembaca. 



p/s : Ini sekadar pandangan aku. Kalau ada yang berminat teruskan. Oh, ye next aku update tutorial nak disable nuffnangx comment box pada korang. Dah pukul 4 pagi dah ni. :) 






15 comments:

  1. setuju dgn awak. leceh sikit guna nuffnangX.:)

    ReplyDelete
  2. nice entry, setuju 100% nuffnang x comment box jugaklah yg buat my blog berat loading cam siput n yg paling x best menyebabkan malware -_-

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pandangan cik Afinie tu. Masih ada banyak lagi pilihan kotak komen untuk blogspot. Buat masa ini, saya lebih suka guna default.

    ReplyDelete
  4. bagus3,,, tak suke nx.. hehe,,, hari tu terkinja2 cari kod nak dibuang,, kih3

    ReplyDelete
  5. Bagus 3x..memang tak suke..leceh..bile kena masuk nombot tu..kire macam sama word verification la..leceh nak cment

    ReplyDelete
  6. Yes begitu lah! guna comment box biase je =)

    ReplyDelete
  7. betul tu.tak best pakai nuffnangx.lebih prefer yg ni lagi ;)

    ReplyDelete
  8. Nasib tak guna lagi , baru niat nak guna , lagipon ramai yang kata leceh nak guna benda alah ni :)

    ReplyDelete
  9. saya pun x nak guna , susah sikit..

    ReplyDelete
  10. leceh giler nak kena jawab soalan matematik untuk komen guna NX tu..

    ReplyDelete
  11. sush org nak komen, dulu pasang gak.. sy sendiri yg sakit hati tgok..huhu

    ReplyDelete
  12. Paling tak best kena isi banyak benda..jadi ada rasa malas nak komen...hehe...

    ReplyDelete
  13. sy x gemar sebab leceh. kena isi mcm2 benda

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork