Tuesday, January 1, 2013

Pertama dalam 2013

As Salam semua

Alhamdulillah menginjak tahun 2013. Tahun yang aku harapkan moga memberi sesuatu yang baik dan menggembirakan hati. Gitulah setiap kali permulaan tahun baru. Kita sentiasa mengharapkan supaya di tahun tersebut kita cemerlang menghadapi hari mendatang. In Sha Allah. 

Mengimbau 2012. Tahun yang bukan senang buat aku. Tapi secara personal, ia merupakan tahun yang memberi seribu makna buat aku. Senang, susah, senyum, menangis. Itu semua asam garam. Dan pada aku rugilah manusia yang setahun hidupnya tidak dipenuhi dengan rasa dan perasaan yang awesome itu. 

Sukar untuk aku mengimbau setiap satu cebisan hidup 2012. Kerana ia terlalu memberi 1001 makna yang tersirat dan tersurat. Yang paling penting, segalanya memberi manfaat dan sesungguhnya segala yang diberikan oleh Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Percayalah!



Tahun 2013, aku spend masa bersama keluarga di kampung halaman. Mulakan tahun baru dengan perasaan yang sangat awesome. Bertukar-tukar cerita, mengimbau kembali segala kenangan dan abadikannya dalam lipatan sejarah. Yang baik dibuat tauladan, yang buruk dijauhkan. Alhamdulillah, aku mulakan tahun baru dengan liburan bersama keluarga. Aish happynya bukan kepalang. Inilah insan-insan yang memberi kebahagiaan seratus peratus buat aku. Memberi sokongan saat aku jatuh, memberi bahu saat aku menangis dan memberi kasih sayang yang tiada belah bahagi. 

Kalau bab azam pulak... hmmm secara jujurnya aku belum terfikir lagi. Cuma satu lah, rasanya sebaik-baik azam aku untuk tahun 2013 adalah untuk meneruskan segala azam 2012,2011,2010 dan tahun seterusnya. Moga tercapai. Amin. 





p/s: Jangan salah rai. 



8 comments:

  1. gudluck 2013..tula banyak sebeanya azam2 lepas x abes lagi..

    ReplyDelete
  2. Aameen... Semoga azam tercapai.. Selamat thun bru.. Bestnye dpt sambut kt kg

    ReplyDelete
  3. semoga azam tahun bari kita akan tercapai.. amin.

    dan selamat tahun baru!!!

    ReplyDelete
  4. Amin, insyaAllah.
    Happy new year! ;)

    ReplyDelete
  5. salam tahun baru..bila thun baru smstinya kta turut mgharapkan yg terbaik dr thun sblumnye...:)
    nway, follow here..:)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork