Tuesday, January 22, 2013

Pulau Krabi : Crystal Island

As Salam semua

Mimpi mainan tidur. Itu kita semua tahu. Tapi kadang-kadang ada mimpi yang buatkan kita tak nak bangun dari tidur. Sebab mimpi tu terlalu indah. Mimpikan sesuatu yang kita inginkan. Dan kita sering kecewa bila terjaga... sebab kita nak mimpi tu jadi realiti. Hakikatnya. Dan malam tadi, aku bermimpi ke Krabi....ohhhhh.... pulau yang James Bond pernah berlakon kat situ tu... tapi aku tak sure pulak Bond mana. Kihkihkih. Kawan aku pernah pergi sana dan dia kata memang sangat awesome Krabi Island. Dia memang natural clear crystal water. Kalau tak caya cuba korang tengok video KLIK SINI









Aduhai... tiba-tiba aku dengar bunyi ombak. Aku rasa sejuknya air laut yang jernih ni... dan betapa nyaman dan hijaunya Krabi!!! Fuh.Fuh!! Tapi rasanya Malaysia pun ada pantai cantik macam ni kan? Aku dengar Pulau Mabul, Sabah dan Tanjung Rhu, Langkawi pun hebat jugak kan? Ada sapa pernah sampai sana? Yelah, kata orang hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.... jimat kos sikit!




p/s: Kenapa air lau Malaysia tak sejernih air laut tempat lain???





13 comments:

  1. wah..jernih..dah macam kaca la..

    ReplyDelete
  2. cantiknya..betul2 belum tercemar..masih suci.

    ReplyDelete
  3. cantiknya..betul2 belum tercemar..masih suci.

    ReplyDelete
  4. saya dah pernah ke Krabi kat semua tempat dalam gambar tu. Memang sangat cantek tempat tu! rasa taknak balik !

    Ada rezeki lebih, gi la sana! hehe

    ReplyDelete
  5. Sgt cntik!!!!

    Haah kan.. Pulau ngara lain air jernih sgt2

    ReplyDelete
  6. cantik!
    In sha allah sem depan sampai!

    ReplyDelete
  7. g la mersing pon cantik.. dr kluang tu da dekat la..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork