Wednesday, January 9, 2013

Rahsia Mengundang Unique Visitor Ke Blog

Assalamualaikum semua, juga salam hormat. *lain macam sikit aku punya intro hari ni kan*



Lepas aku post entry berkaitan unique visitor semalam, berduyun-duyun insan yang punya sifat ingin tahu yang tinggi mesej dan bertanya apakah rahsianya. Actually, sekali lagi aku tekankan aku bukanlah selayaknya untuk beri tips mahupun rahsia blogging sebab Blog Coklateyes (BCE) masih lagi muda remaja dan belum kencang sangat pun kuasanya di arena blog Malaya ini. 

Tapi, bak kata orang... sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dimanfaatkan. Iye tak. Jadi atas desakan anda semua para peminat Blog Cokateyes (BCE), *ecewah ada ke peminat? Wave sikit kalau ada.hikhikhik* aku reveal lah sikit cara yang baru aku gunakan untuk mengundang unique visitor datang ke blog. 

Oh, sebelum terlupa mungkin cara ni telah pun ada praktikkan atau mungkin telah anda dengar tapi ketahuilah bahawa aku di BCE baru menggunakannya dan sungguh ia berhasil. Simple dan mudah. Guna SEO Meta Tag

Kenapa aku kata ia bagus? 

Terus terang aku kata, aku memang noob gila bab-bab SEO. Aku sampai la ni tak guna pun sebarang trick untuk bermesra dengan SEO. Just guna tulang empat kerat untuk menaikkan rating blog dan CPUV Nuffnang. Cuma baru ni bila salah sorang kenalan blogger publish di entry, terus aku berminat. Ada dua sebab kenapa ia bagus. Satu. Hasilnya memberangsangkan dan dalam masa yang pantas. Dua. Ia mudah untuk diset-up di blog. Kalau susah, aku kena fikir jugak 3-4 kali sebab aku tak faham coding-coding ni semua. 

Apa bezanya sebelum dan selepas guna cara ni? 

Dari pembacaan aku melalui entry blogger tersebut, salah satu beza ketara yang kita nampak adalah dari search result di google. Kalau blog biasa yang tidak menggunakan Meta Tag ni, blog mereka di setting dengan cara nama blog dahulu barulah nama carian. Dan ini menyebabkan blog kita berada di bawah list sebab bukan ramai yang cari nama kita pun *melainkan kita ni retis hot lah kan*. Tapi dengan Meta Tag, blog kita akan di set-kan dengan cara topik carian akan diletakkan di hadapan dan nama blog di belakang. Maka kebarangkalian untuk blog kita berada di top of the list sangat tinggi. 

Sebagai contoh ini. Aku post cerita pasal ramalan ribut di Terengganu selepas aku memasang Meta Tag dan hasilnya.... 

Daripada lebih 16 ribu carian, blog aku berada di nombor dua list. Kira ok lah tu kan. Sangat pantas hasilnya. 

Nampak tak topik carian di hadapan? Itu yang kita mahukan. Jika sebelum ni, nama aku yang didepan dahulu. Baru diikuti dengan topik. Tapi meta tag dah ubah jadi seperti di atas. So, lagi mudah enjin carian menaikkan blog kita. 

Selain tu, aku jugak percaya hasil carian akan lagi meningkat dengan adanya domain sendiri yang mana BCE pernah bagi free Disember lepas. Domain [dot my] adalah lebih diutamakan untuk carian-carian di dalam Malaysia. Namun ini tidaklah bermaksud yang tidak berdomain  atau berdomain selain [dot my] tidak diutamakan, cuma competition agak tinggi disitu. 

Maka, hasil peningkatan unique visitor yang mendadak di BCE tempoh hari adalah hasil penggunaan :

1. Domain [dot my] @ domain sendiri
2. Meta Tag 

So, aku rasa ada baiknya jugak kalau korang cuba-cuba mesra dengan SEO ni. Walaupun yang cakap ni pun masih dalam sesi pengenalan dan belum mesra sepenuhnya. But why not kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Pot-pet-pot-pet dari tadi, lupa pulak nak kasi tutorialnya. Hehehehe. Well, orang memberi kita merasa kan...aku pun dapatkan cara ini dari seorang lagi rakan blogger yang tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman. Ini dia orangnya...........


Kau klik link kat atas tu dan kat situ ada caranya. Gunakanlah!!! Insya Allah membuahkan hasil. Selamat mencuba moga kita semua dimurahkan rezeki dalam berblogging :) 





p/s: bermesra jangan dengan SEO je, dengan sesama blogger pun kena mesra jugek!


13 comments:

  1. nice tips. dua2 aya dah applied :)

    ReplyDelete
  2. owh, benda nie..sy dh buat lama dh

    ReplyDelete
  3. saya ada perasan mengenai benda ni sejak tukar domain. memang betul domain [dot] my ni memang terbaiklah. thanx akak di atas pemberian domain [dot] my ni. :D

    ReplyDelete
  4. dapat dah dapat dah.

    ehehhehe..
    bagus meta tag ni.
    wan pun terkejut dengan trafik semalam, pasal sonamu jugak.

    ReplyDelete
  5. Selalu terbace tp tak berapa paham or buat-buat tak endah sebelum ni..huhu

    ReplyDelete
  6. aaaa cemana.. malas baca tutorial. boleh? :p

    ReplyDelete
  7. nanti nak try jugak. hihihi
    mekasih nanie omey!

    ReplyDelete
  8. Seriusly, comment nuffnang ni buat saya berat nak tinggalkan komen. Nanti takda la orang datang melawat blog saya pula. =(

    ReplyDelete
  9. Mmie (zahirah.zahrin@gmail.com)
    Akak dah buat...tp mengambil mase berapa lame ye bnde nih berfungsi?akak check kat google stil kuar nme blog dulu drp tajuk entry

    ReplyDelete
  10. berjaya..heee thanks for sharing the tips.. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork