Monday, January 21, 2013

Sehangat Asmara : Kisah Cinta Zainal Arief & Kamilia Najwa

As Salam semua



Tadi tengok first episod Sehangat Asmara. Cuti-cuti ni lah baru berpeluang tengok tv puas-puas. Oh, tak banyak nak cakap, tapi rasa sangat-sangat-sangat melting dengan Zainal Arief. Oh, kenapa ye awak kacak sangat? Sumpah. Suka sangat Zainal Arief. Lagi-lagi dalam tu dia adalah seorang lawyer kan!



Aku suka betul dengan Adi Putra ni. Bukan apa, first mestilah pasal kredibiliti dia dalam bidang lakonan. Dia boleh bawak apa je watak. Dari gangster, kepada lelaki dambaan wanita. Peh. Bukan senang tu. Semua watak dia memang menusuk lah kata orang. Kalau tak, tak kan trending "memey ah!" tu kan...  Great job! Rita Rudaini pun sama. Dahlah cantik, comel dan pandai berlakon. Memang gabungan yang hebat. Sesuai dengan watak Kamilia Najwa yang dia pikul untuk Sehangat Asmara. 


Oh, mesti korang nak tahu sinopsis serba sedikit pasal cerita Sehangat Asmara ni kan? Ye lah, cerita ni kan pengganti Adam & Hawa. Penulis novel nya pun sama, Aisya Sofea. Mesti hebat jugak cerita ni. Tambah lagi, ada lagu OST 'Ratuku' dari Awie dan Adira. Lagi lah mantap. Aku suka gila kot lagu tu! Ratapan naluri....lalalaalala.....haaa ni sinopsis cerita Sehangat Asmara, aku copy paste dari Blog Tentang Aku


SINOPSIS SEHANGAT ASMARA

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.



Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.


Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.


9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.



Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.



Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.



Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.



Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.



Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.



Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.



Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...



Penulis : Aisya Sofea

Terbitan : Alaf 21

Point : 5/5






p/s: Mak aku dah mula hafal dah waktu siaran cerita ni... hehehehehe 





9 comments:

  1. sedang membaca novelnya.. xhabis² lg..hahaha

    ReplyDelete
  2. tak tau la kenapa akak kurang suka layan drama melayu ..boring..hahaahh..
    mesti ramai meluat baca komen akak nih..heheh..
    ada jugak layan drama .tapi tak de la sampai hari2 nak tengok..kiranya kalau terlepas pun rasa "ok..biarla.."heheh

    ReplyDelete
  3. cerita2 mcm ni saya mls nk layan sebab mcm xde unsur2 islam je..llki & prmpuan bebas pegang2 tgn walaupun hanya lakonan tp mmg cite mcm tu sy x berapa best nk tgk..

    ReplyDelete
  4. tgk ep 1 . mcm best laa. hehe. suke rita rudaini berlakon :)

    ReplyDelete
  5. I baca buku sekali lagi after first time baca 2005.. Air mata mengalir teresak esak!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork