Tuesday, January 22, 2013

Sejauh Mana Orang Malaysia Suka Benda Lucah?

As Salam semua

Aku tak tahu lah sama ada rakyat Malaysia ni memang suka benda lucah atau otak kuning sebenarnya. Tapi yang aku pasti, rakyat Malaysia sangat sensitif dengan isu-isu berkaitan dengan daya seksual. Dan bagi aku, aku sangat-sangat benci dengan mana-mana syarikat yang menggunakan seksualisme sebagai marketing strategy mereka! Idea kotor!!! Sumpah aku menyampah. 





Dekat tv, bersepah-sepah iklan kotor macam ni. Kau ingat tak malu ke? Tengah duduk-duduk dengan family, keluar iklan 'menggoda' macam ni. Apa kau fikir semua rakyat Malaysia suka dengan produk berteraskan sensual erotik ni? Kenapa tak laku ke produk kalau guna cara biasa? Maksud aku, ambil dari aspek kesihatan. Bukan dari aspek seks semata-mata. Banyak lagi cara. Cuma kau perlu kreatif dan positif. Aku memang menyampah gila tengok iklan bodoh macam ni. Macam takde idea. Yang model pun sama. Tak malu apa??? Kita ni orang Melayu. Orang Islam. Ada agama dan ada adat. Matlamat tak pernah menghalalkan cara!!! 


Oh, mungkin ada yang kata aku ni budak hingusan. Tahu apa hal ehwal dalam kain? Itu semua bagus untuk kebahagiaan rumah tangga. Memang aku tak nafikan, kepuasan seks itu pengikat suami isteri. Tapi Islam tak pernah suruh suami isteri mempamerkan kemesraan di khalayak ramai secara berlebih-lebihan. Malahan Islam menganjurkan setiap pasangan untuk menjaga maruah dan aib pasangan masing-masing. Sekali lagi adab dan adat menjadi soalan. Dimana letaknya ia? 


Maaflah aku katakan, kalau aku sebagai pengguna.. aku tak terpikat langsung dengan produk macam ni biarpun aku mengalami masalah yang diiklankan tu. Malahan aku geli nak guna. Lebih baik cari produk yang mengetengahkan isu kesihatan secara betul dan positif. Aku perasan, syarikat D'Herbs Sdn. Bhd ni dan beberapa lagi syarikat tempatan *malunya lahai...syarikat orang kita buat gini...* tak habis-habis keluarkan iklan yang kontroversi. Dulu isu HINA KEJADIAN ALLAH. Cuba lah korang baca! Mesti korang setuju dengan point-point aku kat situ. 



p/s: Apa pendapat korang? Setuju tak dengan aku? 






31 comments:

  1. Same laa..anim pown xsuke..malu kowt..kdg2 tgk tv ngan fmily..ttbe kuar iklan bsarkan payudara la ape laa..malu kowt..huhu

    ReplyDelete
  2. setuju. bak kata atok kite diorang buat macam ni sebab produk diorang tak laku.
    tapi tertanya-tanya jugak hasil daripada jualan diorang ni halal ke ape ?

    ReplyDelete
  3. Sorry to say lah kan, tapi aku PALING meyampah tgk iklan2 Murahan lagi Low class mcm ni, termsuklah model2 kg yg menggayakan tu. meloyakan.

    ReplyDelete
  4. gambar baju oren ketat tu serius nak makan makian >.<

    ReplyDelete
  5. Setuju.. Cra promosi tu kureng. Da la tu open gile smpai budak2 tgk.. Dgn yg pakai tudung beraksi mcm porno star da.. Porno star tu xpe la kafir lantak die la. Ni da la btudung, bju plak smpai nmpk benda yg xpatut nmpk dgn aksi yg x sepatutnye.. Jatuh maruah..

    ReplyDelete
  6. Setuju ngan adik. Iklan sebegini wajib diban dan dilarang. Dan pengiklan harus dikenakan denda berat.

    ReplyDelete
  7. Betul la..akak yang dah kawen ni pun bila baca iklan tu jadi malu pulak..aih..depa ingat yang tengok iklan depa tu org dah kawen je ke??budak2 tengok mesti tertanya2 apa maknanya..mula la mencari..dah jumpa,nak cuba..sapa salah???

    ReplyDelete
  8. betul tu akk..sokong sgt..ntah mcm xda kaedah lain nk guna utk tarik plggn..yg plggn pun 1 bg testomoni tu mak aii....over..mmg la bnda tu boleh pun nk buat.tp cara mmg x btul..iklan kat mana2 kena dgn model melayu plak tu..adeh..malu..T_T

    ReplyDelete
  9. owh akk mmg pernah share entri serupa,baru2 ni.mmg benci sbb malu tiap kali tgk iklan di tv/paper,anak2 tanya itu ini.macamlah org melayu ni kemaruk sgt adeihhh!!!

    ReplyDelete
  10. haha..tau xpe..berlambak dh ikln luch mcm ni..mcm bongek je..

    ReplyDelete
  11. baca pon dah geli, nak guna apatah lagi. sempit nya lah pemikiran sape yg buat ni, macam xde cara lain je, memalukan masyarakat betul !

    ReplyDelete
  12. Hmmm.. Tak dinafikan, ramai pembeli diluar sana yg terlalu terbuka & cara sebegini dpt menarik perhatian mrk. Scr amnya, sy setuju dan sokong pernyataan awk!

    ReplyDelete
  13. ha'aa tulah, kita yg baca kita pulak yg malu.. model-model tu pun ta ade kjer laen dah ke.

    ReplyDelete
  14. Aku pun benci iklan cm nie, yang paling benci adalah bukan syarikat yang promot benda nie. Dah tentu - tentu dorang nak kejar marketing.

    Tapi benci kan si model nie. Kenapa sanggup gadaikan maruah dan air muka sendiri semata - mata nak GLAMOUR.

    Bangga ke jadi model begini rupa?

    ReplyDelete
  15. Betul tu Cik Innanie. Nama syarikat, syarikat melayu tapi... menjatuhkan martabat melayu. Tak taulah apa nak jadi dgn mereka ni? Malu nak tgk, malu juga nk baca. Tapi, inilah yg dlm media2 massa sll highlightkan. Bencilah dgn iklan2 camni...

    ReplyDelete
  16. serius..menyampah..kat Mingguan wanita banyak....dah tue model semua yg bertudung pula tue

    ReplyDelete
  17. salam.ada juga betulnya tu kak.kdg2 iklan diorg tu menggelikan lah.x sesuai untuk umu rasanya.lagi2 kalau budak2 yg tgk dan baca iklan tu

    ReplyDelete
  18. Model model pakai tudung plak tuh, memalu kannnn...:)

    ReplyDelete
  19. pelik betul..bertudung..tapi iklan nk tunjuk nasik lemak die..tak ptut..aigoo..nia pon xminat la iklan2 cenggini..malu2..

    ReplyDelete
  20. yg jd model iklan sume bertudung..
    memalukan..
    huhu

    ReplyDelete
  21. Geli geleman tgk iklan2 camtu, xde sensitiviti langsung dorg ni!

    ReplyDelete
  22. setuju. kadang2 dorg ni pikir, dengan buat mcm tu akan dpt lah tarik pengguna. hmmm

    ReplyDelete
  23. tahu tak pe.. terfikir jugak, tak malu ke model2 tu buat iklan mcm tu... kalau sy tak nak lah... buat malu kaum je...

    ReplyDelete
  24. dherb ni memang, testi dia melampau2. yg heran nya, ada yg sanggup tayang muka dia utk iklan mcm gitu. serius walaupun hanya prkataan+gambar dorg yg biasa shj, tapi tetap rasa malu n geli. ahaha org yg baca lak geli...yg muka dia trpampang tu tak rasa apa lak kan...hishhhh

    ReplyDelete
  25. macam mane la anak muda tak terjebak.. mak cik pakcik tak tau malu ke.. kalau iapon nak masuk paper n majalah tak pyhlah iklan mcm ni.. anak2 tak malu ke.. tak sedor diri

    ReplyDelete
  26. Ok serius amat tak baik membaca ini di bulan Ramadhan. =.="

    ReplyDelete
  27. dah tak ada cara lain ke diaorang nak jual benda alah ni

    ReplyDelete
  28. Biasa la tu...Dherbs...pengasas pun ala2 pondan...

    ReplyDelete
  29. Let's say klu remaja dalam umur 14-15 yg ternampak iklan2 yg menghairahkan mcm ni and terdorong untuk melakukan seks sehingga ke tahap merogol, agak2 boleh ker tindakan saman dikenakan kepada company mangkuk mcm ni?? geram aku fizikal islam otak macam orang kafir.....

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork