Tuesday, January 1, 2013

Semanis Memori Zaman Sekolah

As Salam semua

2013. Dua entry dah aku publish. Bangun Subuh awal. Ececeh. Konon macam misi tahun baru lah bangun awal di tahun 2013. Tengok, tengok  berapa lama boleh tahan. Aih, malu aih anak dara bangun lewat. Mak aku kata la. Kihkihkih. Macam mana nak kahwin ni. Eh... kantoi pulak. 

Masa sekolah dulu, paling suka bangun Subuh. Aku jenis orang yang stay-up malam. Jadi, aku tidur lepas Isyak, bangun dalam 3-4 pagi terus membawak ke Subuh dan terus pergi sekolah. Subuh ni memang lain sikit feelnya. Syahdu. Even kalau kau study tu, kau boleh rasa apa yang kau baca tu masuk satu-satu. Itulah hikmahnya Subuh. 

sumber: google
Cerita pasal sekolah. Eh esok budak dah naik kan. Alahai seronoknya kan. Sumpah wei, aku rindu gila dengan suasana sekolah. Seronoknya bukan kepalang. Pakai baju baru, beg baru, kasut baru. Semangat pun berkobar-kobar. Lagi pulak dah lama tak jumpa kawan-kawan. Hoi, mulalah cerita berkoyan-koyan kan. Kecoh satu sekolah. 

Sampai sekolah, tengok muka kawan-kawan berseri-seri. Baju baru warna putih berseri. Terus cari kawan-kawan yang satu kepala. Bergosip dan bergurau senda. Tengok pulak cikgu-cikgu. Pun sama naik. Wajah bercahaya gitu. Masing-masing simpan azam dan semangat baru untuk menimba ilmu. 

Bila dah selesai perhimpunan, masuk kelas pulak. Ah-ha time tu mula pilih pasangan nak duduk sama. Kena pilih pasangan yang boleh dipercayai, yang sehati sejiwa, yang boleh membantu untuk belajar sama. Lepas tu pilih lah tempat yang strategik untuk study. Kalau aku dulu suka duduk depan sekali. Daripada aku form 1 sampai form 5, selalu jugak aku duduk depan. Aku tak peduli pun... orang kata orang besar duduk belakang. Tapi dah orang kecik-kecik tak nak duduk depan. Aku lah duduk depan. Aku bukan apa, suka duduk depan sekali sebabnya senang nak interact dengan cikgu. Senang nak tanya itu ini kalau tak paham. 

Biasanya hari pertama cikgu-cikgu akan masuk kelas untuk sesi pengenalan dan bagitahu apa keperluan yang diperlukan. Berapa keping buku, buku rujukan, latihan etc.  Guru kelas pulak akan masuk dan memulakan sesi pilihan raya. Pilih ketua, penolong dan biro-biro yang sewajarnya diwujudkan. Masa pilihan raya, mulalah muka sorang-sorang berseri-seri. Menunjukkan aura kepimpinan. Seronok woi. Seronok!!! 

Kalau diimbau kembali, sesi sekolah memang tak ada tolok bandingnya. Kegembiraannya lain macam. Waktu sekolah, kau kena ingat dua benda. Satu, pilih kawan yang terbaik. Dua, utamakan pelajaran walau macam mana pun kau kejar kokurikulum. Itu penting. Dan akhir sekali, aku bersyukur sebab ditakdirkan untuk bersekolah di antara sekolah terbaik harian di Malaysia. Mana tu mana tu? Eh, bukan nak bangga diri tau, cuma mana tahu ada pembaca Blog Coklateyes yang pernah bersekolah sama aku boleh roger-roger. Ecewah. Bajet famous uolls! :)

-SK Batu 3 (Batch UPSR 2001)
-Sekolah Tinggi Kluang (Batch SPM 2006)
-SMK Sultan Abd Jalil (Batch STPM 2008)


Selamat bersekolah adik-adik. Belajar sungguh-sungguh tau. Jangan malas-malas. Biar susah dulu adik-adik, senang kemudian. Baru rasa nikmatnya... In Sha Allah.



Ehem. Jangan lupa follow networked blogs aku. Pehlis. Heheheheh



p/s: Aku doakan kita semua berjaya. Amin.Amin. 
















6 comments:

  1. http://wwwpesona-zieka.blogspot.com/ dah follow ya

    ReplyDelete
  2. rindu nk sekolah balik..uwaaa...tp mmg takleh la..just tgok org yg g sekolah dgn perasan jeles..huahuahua..

    ReplyDelete
  3. hai nanieeeee comel:)
    tula kan,rindu sangat zaman sekolah dulu2. bila zaman sekolah,sibuk duk berangan nak masuk alam universiti.hehehe ;)

    ReplyDelete
  4. bila dah tak sekolah..mula meraung-raung nak masuk sekolah balik..haish..parah tahap cicak nie..
    ^_____^

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah tak sekolah... maleh dah nak ngadap buku2 tu semua.. pening pale.. :3

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork