Sunday, January 20, 2013

The Hijab Clique by Ella Lala

As Salam semua

Beb, aku adalah blogger yang paling jarang sekali bercerita pasal fashion. Aku rasa aku tak update sangat pun pasal fashion. Tahu tu tahu lah jugak tapi kalau namanya nak follow semua, aku tak larat lah. Ye lah menengok pada saiz badan pun dah fail. Eh, tapi itu dari aspek fashion je. Sebab rules aku dalam berfashion biarlah sedap mata memandang dan sopan ayu lagi menawan. 

Aku perasan rupanya ada someone sedang memerhati kan gerak geri aku di instagram selama ni. Ecewah. Bajet hot sangat sampai ada stalker bagai kan. Eh, tapi betul lah. Cuba baca ni...


See. Betul kan? Hehehe. So dah alang-alang Ana Dahlia tanya, meh aku story lah sikit pasal tudung yang aku selalu gembar-gemburkan di Instagram aku @ innanieariff .



Baiklah, kalau korang semua wanita-wanita cantik ayu lagi gojes amos... sejak dua menjak ni, aku dah jatuh cinta dengan square scarf dari The Hijab Clique. Oh lupa, The Hijab Clique ni adalah usaha bff aku, Ella Lala. Ni semua atas dasar minat dia pada scarf. Well dia memang pengikut fashion yang bagus. Dan akhirnya The Hijab Clique ditubuhkan setelah paksaan aku. *kehkehkeh* sebab asalnya dia nak buat kecil-kecilan je. Tapi aku nasihatkan supaya dia lebarkan sayap dan tengok sejauh mana The Hijab Clique boleh pergi.

Aku suka The Hijab Clique ni bukan sebab owner dia bff aku atau apa, tapi aku suka material dan measurement yang digunakan untuk scarf dari The Hijab Clique ni. Material crepe kualiti tinggi menjadikan tudungnya mudah dibentuk, lembut, tebal (tak nampak bayang-bayang) dan tak perlu digosok!

Sejak dari mula aku beli sampai sekarang ni, aku tak gosok pun mana-mana tudung The Hijab Clique. Elok je terbentuk dan tak renyuk. Lagi satu, of courselah kerana measurementnya. Ukuran untuk setiap tudung adalah besar dan pasti akan menutup bahagian dada anda. Aku yang berbadan besar ni pun masih lagi selesa dengan ukurannya. Apatah lagi kalau korang yang pakai, memang lagi ayu dan sopan lah jadinya. So far aku dah ada 3pcs Suzanne Square Scarf dari The Hijab Clique. Semua designnya eksklusif dan limited. Tak silap aku, setiap design ada satu hingga dua pasang je. Haaaa sapa cepat dia dapat lah kan!!! Tang harga pulak, pada aku berbaloi dan sesuai dengan kualiti terbaik yang ditawarkan. Macam yang aku beli kat bawah ni harganya RM 28/pc.

Aku baru beli dua hari lepas, terus pakai. Suka sebab combination colournya. 


Yang ini aku pun sama. Coklat dia tu buat aku geram.
 Dah lah aku peminat warna coklat kan!
Haaa... Tak puas kan tengok, meh aku tunjuk sebahagian koleksi The Hijab Clique yang buat aku meroyan tidur malam tak lena, termimpi-mimpi kecantikan warnanya. Ecewah. Haisssh, comel-comel semua wei!

















Teruja tak teruja tak??? Dan berita gembira yang bakal diberikan kepada anda semua adalah... bersempena dengan pembukaan The Hijab Clique, 8 orang customer terawal akan mendapat potongan harga!!! Haaaaaaa............. apa tunggu lagi. Cepat-cepat usha page The Hijab Clique dan dapatkan segera square scarf dengan design paisley eksklusif anda!!! Dengar khabar tinggal 4 orang je lagi yang bakal dapat harga promosi tu!


Untuk tempahan :
 pm/email/whatsapp/viber/text kepada Ella : thehijabclique@gmail.com atau 014-3103151



p/s: instagram founder The Hijab Clique @ http://instagram.com/ella_lalaaa/





4 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork