Thursday, January 3, 2013

Tragedi Tasik Titiwangsa

As Salam semua

Kau tahu lah kan, aku ni kalau nampak air macam menggeletik je rasanya. Entah memang dari dulu lagi aku suka tengok air. Kolam renang ke, sungai ke, tasik ke, even air bertakung lepas banjir pun aku suka tengok. Entah kenapa. Tapi suka tengok je, aku tak pandai berenang pun. Dan aku sangat cepat panik bila ada kecemasan dengan air.

Last two weeks, aku pergi satu kenduri kahwin. And then lepas balik dari kenduri kahwin tu, Akim ajak ke Tasik Titiwangsa. Dia kata just nak amik angin petang je. Relax-relax je. Tapi bila sampai sana lain pulak perancangannya. Dia ajak aku naik paddle boat. Mak oi!!! Tak pernah umur aku naik paddle boat ni. Cuak woi!


Tapi akibat cabaran dan dorongan yang diberikan, ecewah... aku cekalkan jugak hati nurani naik paddle boat. Muka kena buat confiden jugak lah. Walaupun dalam hati, Ya Rabbi... Tuhan je tahu macam mana nak meletupnya jantung aku. Mulalah fikir yang bukan-bukan. Ada buaya ke tak ek? Macam mana kalau, aku naik boat ni tenggelam? Kalau boat terbalik macam mana pulak ye? Oh, oh... itu semua fatamorgana dan bisikan syaitan yang tak mahu aku berani. Dengan bayaran RM 4 untuk satu boat, masa tu aku banyak-banyak Bismillah. Siap pesan abang yang jaga tu untuk doakan aku selamat pergi dan pulang. Kehkehkeh. Over you padahal pakai baju kurung ni. Selamba je aku. 

Jejak dan labuh punggung ke tempat duduk terus sama-sama gigih dengan Akim mengayuh paddle boat. Rasa cuak mula berkurang dan diganti rasa best. Eh syok gila tengok pemandangan tasik. Kiteorang pun pi lah ke tengah-tengah tasik. 

muka sebelum panik. bahagia ye kau!!! 

Than, lebih kurang dalam 10 minit... kiteorang tengah mengayuh tu tiba-tiba....

PAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!

bunyi something. Woi, apa ni woi! Muka aku dah cuak. 


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAGHHHHHHHHHHHHH!!!!









kau nak tahu apa? Paddle pengayuh tu patah. What the fish?!!!!! Aku dah panik. Aku tengok Akim, and Akim tengok balik. Muka sangat-sangat takut. Dah terus aku pandang air tasik tu hijau gelap. Ni kot-kotlah kalau keluar anaconda ke, tak pun buaya ke.... memang mati aku jadi santapan. Kenduri besar dorang ni. Takut wei. Takut gila!!! Macam-macam menerjah kepala. 

Konon-kononlah aku try jadi McGyver kejap. Mana tahu kalau dia boleh masukkan je. Oh sayang! Tak boleh rupanya. So, macam mana ni???

Akim terus wave tangan pada penjaga boat di tepi tasik. Jauh dah wei. Tak kan dia nak suruh kite berenang pulak kan. Mula-mula abang tu tak nampak. Sampaikan ada orang di sekeliling yang bagitau. Kami diselamatkan dengan boat bantuan. Kehkehkehkeh. Tergelak-gelak aku. Dah feeling macam Titanic yang diselamatkan. 

Haissh memang betul lah pengalaman naik paddle boat ni. Memang kelakar. Sampai sekarang bila pergi Tasik Titiwangsa je aku ingat peristiwa ni. Dengan baju kurungnya, dengan paddle patah, dengan kena selamat by abang penyelamat. Tragik sungguh! Hehehehe. Tapi tak pernah menyesal pun sebab at least aku dah challenge diri aku untuk lalui ketakutan tu. 




p/s: Nanti nak try naik banana boat lah. 



12 comments:

  1. memula nak kesian tapi pikir2 balik kelakar pulak..heheheh

    ReplyDelete
  2. hahahaha kelakar, but im sure it was great experience! ;)

    ReplyDelete
  3. kalau akak dah melalak dah tu...hehehe..akak suka air tapi akak tak pandai berenang, eksyen je lebih konon macam Pandalela Rinong, padahal Pandang2 Renong2 kan je...hehehehe..

    ReplyDelete
  4. haha..best2, pengalaman pertama tuw.. :)

    ReplyDelete
  5. wahhh, klu akak trus kaku kt situ..xtau nk buat apa..

    ReplyDelete
  6. lawak2..hehe such a beautiful memories =)

    ReplyDelete
  7. perghh . kalau sy mesti dah cuak gila la !

    ReplyDelete
  8. hehe.. cuak nih... tp slgi kite tak lalui jdi kite x thu apa yg kite rasa.. n bile kite berjaya lalui bru kite tahu yang kite ni kuat!! :) fuhh..

    ReplyDelete
  9. hahaha...klaka la awk nik dik....nak terburai urat kentut akak nih hah...

    ReplyDelete
  10. klaka awk nik dik...nak terputus urat kentut akak bace entry awk nih la

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork