Wednesday, January 2, 2013

What Makes Me Confident : Pt.5 [Tears & Cheers In Blog Coklateyes]

As Salam semua

Dua ribu tiga belas, menjejak hari kedua. Lama rasanya tak meneruskan sesi What Makes Me Confident (WMMC). Semua series aku dah compilekan di bahagian sidebar blog. Jemputlah jenguk satu per satu kalau sudi. Mana tahu, entry-entry tersebut boleh membantu korang semua dari aspek keyakinan diri. Harapnya gitu lah kan ;)



Untuk Blog Coklateyes(BCE), Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab memang banyak perubahan drastik yang positif berlaku. Mengimbau sejarah dan memori dua ribu dua belas, BCE meletakkan aku di satu platform yang berbeza. Platform yang tak banyak, sedikit membawa kepada kematangan, networking, karier dan kerjaya juga sedikit suntikan populariti.

Ah! Populariti bukan segalanya yang aku cari dalam urusan blogging. Ia cuma satu bonus. Tak langsung terfikir dengan blog seseorang boleh popular. Aku tulis blog sebab aku suka menulis. Aku suka untuk berkongsi idea dan wacana minda supaya kebaikan mutual diperoleh. Dan rupanya platform blog merupakan platform terbaik untuk mengembangkan bakat aku dalam bidang penulisan. 

Mungkin satu lagi bonus buat aku adalah dikurniakan skill bercakap. Jadi dia macam add-on tools dalam platform blogging ni. Sebabnya, bila aku taip satu-satu entry ni aku selalu membayangkan yang aku sedang bercakap dengan kawan-kawan secara live depan aku. That's why lah bila kawan-kawan yang pernah bercakap dengan aku secara face to face than bila dorang baca blog dorang sendiri dapat rasakan seperti aku depan dorang tengah membebel. Peh! Hebat dorang punya imaginasi kan. Kehkehkehkeh. 

BCE + Skill bercakap, pada tahun dua ribu dua belas membuka satu lagi peluang dan ruang buat aku mengembangkan bakat apabila aku telah dilamar oleh 3 buah station radio terkenal untuk bersama dengan mereka menjadi dj radio. Ini semua gara-gara ENTRY INI. Malangnya, buat masa ni aku masih belum bersedia untuk memberi komitmen yang ditawarkan. Marah kawan-kawan aku semua. Tengoklah, in Sha Allah ada rezeki, masa dan ruang mana tahu aku On Air kan?

Satu lagi memori daun pisang untuk BCE yang tak dapat aku lupakan ialah di ENTRY INI. Haish mana tak kembang semangkuk aku time tu. Dahlah keluar betul-betul untuk isu bulan Mei, yang mana Mei adalah bulan kelahiran aku. So, it just like my pre-birthday-present. An awesome gift actually. Melompat girang aku. Sungguh, tak pernah menyangka.

Pertengahan Mac, sekali lagi rezeki buat BCE. BCE telah berjaya menang satu online contest Maybank sempena Digi Wow Awards 2012 di PWTC yang mana mengumpulkan kebanyakan blogger hebat macam Eqbal Zack, Fatin Liyana, Roti Kaya etc. Sumpah, masa tu rasa diri kecik cenonet sangat. Tapi rasa bangga sebab blogger cenonet ni dapat pergi event besar dan hebat gitu. So thankful.

Tak semua benda best belaka. Ada juga cacat celanya. Macam tu jugak yang jadi pada BCE. Korang boleh baca ENTRY INI. Kesian jugak aku pada BCE. Tapi itulah hakikat kehidupan. Belum tentu apa yang kita buat sehari-hari ni orang suka. Mesti ada satu dua yang orang tak berkenan kan. Biasalah gitu. Sabar. Mesti ada balasan. Alhamdulillah, rupanya ia semua palsu. Syukur rupanya BCE masih dapat diterima umum.

Tahun dua ribu dua belas jugak menyaksikan aku bergiat secara aktif sebagai hardcore environmentalist. Menyedari kepentingannya dan keadaan alam sekitar yang semakin terancam aku rasa, aku patut jalankan tanggungjawab aku. Walaupun kecik, tapi tanggungjawab tetap kena buat. UM Cares menjadi ruang aku bergerak untuk menyemarakkan semangat hijau dalam diri. Projek yang aku join kebanyakkannnya memberi manfaat dan ilmu yang tiada tolok bandingan. Aku harap dengan pendedahan beberapa projek sepeti KLEFF, YEE, Simposium SLIMSOS dan Idea Hijau dapat menginspirasi readers aku untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar kita.

Dengan BCE jugak, aku berjumpa dengan wanita-wanita blogger cantik Malaysia. Sama-sama berphoto shoot yang mana memberi ruang untuk aku keluar dari kepompong 'takut berfashion'. Alhamdulillah, mereka bukan sekadar cantik malahan mereka adalah supporters yang tiada tolok bandingnya. Terkini, in Sha Allah kami semua dan 40 orang blogger lain akan menyertai satu program amal untuk anak-anak yatim. See. Blog jugak menjadi platform kami beramal jariah.

Disember pulak, BCE memberikan hadiah yang terbaik sepanjang sejarah blog Malaysia. 1500 domain [dot my] percuma telah diagihkan kepada blogger-blogger Malaysia yang berminat. BCE telah terpilih sebagai satu-satunya blog untuk Program 1MyId yang mana menjadi simbolik kolaborasi para blogger dan kerajaan dalam membanteras jenayah siber di Malaysia. Alhamdulillah. Sesungguhnya, BCE telah berjasa pada negara dan rakan-rakan blogger.

Semalam, Alhamdulillah tiga entry BCE mendapat pengiktirafan sebagai ENTRY TERBAIK 2012. Bukan sebab populariti yang dicari tapi sebab impaknya pada pembaca. Again, kalau korang mengikuti apa yang aku rasa berkaitan ketiga-tiga entry tu, mesti korang sendiri dalam dilema. Kadang-kadang aku sendiri bangga dengan diri aku, sebab berjaya menghasilkan entry terbaik sebegitu yang mana memang aku percaya setiap niat yang baik pasti beroleh kebaikan juga diakhirnya. Amin.

Sebenarnya kalau nak diimbas satu per satu kenangan manis antara aku dan BCE, memang empat puluh entry belum cukup. Terlalu banyak dan setiap satunya menginspirasi aku untuk bergerak lebih maju dalam arena blogging. Mungkin turun naik, suam-suam kuku graf update blog tu biasalah kan. Sebab mood manusia pun berubah-ubah. Tapi selagi hayat di kandung badan, In Sha Allah aku tak akan melupakan BCE. Sebab apa? Sebab aku pasti Blog Coklateyes jugak disayangi oleh ramai orang di luar sana. Kehkehkeh. Perasan tak???

Untuk pembaharuan tahun dua ribu tiga belas mendatang ni, BCE dah punya Networked Blogs di bahagian sidebar yang mana dengar khabarnya menaungi beribu blog di Malaysia. Kalau sudi, follow lah BCE ye :). Juga, bahagian comment telah diubah suai kepada Intense Debate yang juga dipercayai dapat filter out spamming comment kan. In Sha Allah, sikit demi sikit, BCE akan diprofesionalkan. Melangkah satu tangga ke satu tangga. Merasa pahit manis hidup sebagai sebuah blog yang menginspirasi orang ramai. Oh, tapi satu je pesanan. Blog Coklateyes tak boleh melangkah sorang-sorang. BCE memerlukan korang semua untuk menjadi peneman jatuh bangunnya. Jadi, sudikan korang menjadi peneman setia dan penyokong padu Blog Coklateyes?




p/s: Thank you so much, fellas! ILY!







5 comments:

  1. Insyaallah 2013 will bring u to more great things ;-)

    ReplyDelete
  2. semoga 2013 lebih membawa sinar buat kamu dear.. tiap yang berlalu dan mendatang, ada hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete
  3. Entri yang terbaik! btw,sejak saya follow blog akak(entah bila pun saya dah tak ingat), banyak inspirasi saya dapat untuk menjalani liku-liku kehidupan. Antaranya ialah kita mesti confident! All the best. Semoga terus suksess dan semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lain.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. indah semua tu.. mcm2 benda yg happen mematangkan kite and buat kite lagi kuat and at the same time bertambah kite punye networking, confident level, self esteem etc *eh mcm ceramah lak* :)

    seriously nani suke baca entry2 kt sini. pjg tp sarat dgn info.. :)

    ReplyDelete
  5. blog awk dalam bloglist "baju kurung" kat blog arepnakbebel.com..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork