Monday, January 7, 2013

What Makes Me Confident: Pt.6 [Beyond Myself]

As Salam semua

Apa kabar. Apa kabar? Ecewah macam wakil rakyat je gayanya. Eh mana taknya. Hati tengah gumbira kan. Gumbira kenapa??? Emm emmm, takde lah aku nak membangga diri ke apa, cuma aku ingin luahkan rasa terima kasih yang tak terhingga sangat-sangat pada semua. Rasa terharu ada, rasa gembira ada, rasa macam nak lompa-lompat bintang. Happy punya pasal. 

Kenapa? Kenapa? 

Good question. Korang masih ingat tak Blog Coklateyes (BCE) pernah bagi hadiah 1500 domain percuma kepada semua orang? Rasanya kalau korang tak ingat, maknanya korang dah lama benar lah tu tak jenguk blog picisan aku ni kan. Hehehehe. 


So, apa yang gembiranya? Baiklah kalau korang nak tahu, semalam aku meeting dengan wakil kementerian and you know what, sambutan memang di luar jangkaan. Sungguh, aku sendiri terkebil-kebil bila diberitahu jumlah sebenar blogger yang join dan menyokong projek 1MyId ni. Sepatutnya kuota yang diberikan pada aku hanyalah 1500, tapi lebihannya adalah sebanyak 453 orang yang menjadikan jumlahnya sebanyak 1953 orang!!!! Alhamdulillah, syukur. Syukur sangat-sangat. Pihak kementerian sangat-sangat berpuas hati. Dan aku juga terseyum bangga dan gembira. 

Walaupun, masih ada lagi sesetengah application masih pending, but no worries kawan... permohonan korang semua diluluskan dan diterima. Cuma staff tengah proceed satu-satu dan ia memakan masa yang agak lama. Untuk itu, aku mohon maaf. Maaf yang seikhlasnya

Sekali lagi aku tekankan, aku publish entry ni bukan untuk membangga diri apatah lagi nak riak dengan orang lain, cuma aku nak share kegembiraan dan sampaikan keterujaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat semua yang menyokong projek aku ni yang mana secara tak langsung menyokong pembanterasan jenayah siber di Malaysia. 

Bukan apa beb, masa aku mula-mula nak running projek ni aku sendiri tak percaya dengan kebolehan dan sejauh mana capability BCE untuk mengumpulkan 1500 blogger. Kau tahulah BCE bukanlah blog yang punya follower puluh ribu riban. Bukan jugak blog yang penulisnya menjadi selebriti terkenal dan bukan jugak blog yang mana pemiliknya menjadi 'anak emas' sesetengah company pengiklanan. Kiranya macam suam-suam kuku punya blog lah BCE ni. But I've made it beb!!! Wooohooo! 

Pada asalnya, aku dan pihak MOSTI bercadang untuk approach blogger-blogger hebat dan punya nama besar di Malaysia ni sebagai salah satu medium sebaran, tapi apakan daya. Sekali lagi cabarannya disitu. Segala mesej dibiarkan sepi. Tak dibalas. Kalau dibalas pun macam nak tak nak je jawabnya. Yang ada, berjanji bagai untuk membantu tapi sepi. Sampai kesudah aku tunggu entry nya tak jugak dipublish. Tapi...hmmm takpelah. Betul orang kata, bukan senang nak jadi senang. Sekali lagi, aku rasa down. Kau tahu, sampaikan ada yang tanya "Selayak mana BCE untuk dapat 'job' macam ni? Bukannya blog famous pun!" Aduhai. Runtuh hati aku beb. Runtuh dan dikoyak-koyak. 

Ah! Persetankan semua tu. Cakap-cakap orang cemburu. Kata kawan aku. Aku kena yakin. Terus segera menyusun langkah. Aku running program ni seorang diri dan dibantu beberapa blogger yang ketika tu sudi untuk buat giveaway dan hebahan 'percuma'. Duration 3 minggu bukan lama beb. Sekejap je masa berlalu. Macam lipas kudung aku membalas email-email yang dilayangkan. Dengan aku tak tahu satu hape pun pasal coding blog, main terjah je. Sampai demam-demam aku dibuatnya. Punyalah nak menjayakan projek ni. Dan syukur aku diberikan korang, insan yang menyokong dan punya kesabaran yang tinggi. T____T *terharu, sebak sekejap*

Namun, jauh di sudut hati, aku bersyukur sebab BCE merupakan satu-satunya blog yang diberi kepercayaan dan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program ini kerana sebelum-sebelum ini MOSTI memilih artis untuk menjayakannya. Syukur sekali lagi, BCE dapat melaksanakan tanggungjawab ni dengan baik. BCE melepasi target yang diberikan. Syukur. 

Gitulah beb, dunia! Segala aspek kehidupan tak semudah yang kau jangka. Semua benda ada pro dan kontranya. Ada cabarannya. Kau cakap memang mudah tapi kau nak buat tu susah. Sekarang ni aku dah kenal lah beberapa nama besar yang hmmmm..... sorry to say, really-really pilih bulu. Takpelah. Biarlah mereka begitu. Pendirian masing-masing. Eh, eh..aku?? Sorry beb. Aku bukan gitu. Kalau aku ada masa, dan keadaan mengizinkan mana yang mampu aku tolong. Jangan risau ok. Oh, lupa aku buka blogger hebat pun? Kan???? Hahahaha. 

Sudahlah. Chill. Yang penting semua selesai. Alhamdulillah, berjaya untuk memberikan sesuatu yang tak banyak sikit memberi manfaat pada korang dan blog korang. 

Di kesempatan ni, aku memohon ampun dan maaf seikhlas dan setulus hati. Andai ada terkasar bahasa, terlepas bicara sepanjang projek tu berjalan. Sekali lagi kita sebagai manusi biasa memang tak lekang dari melakukan kesalahan dan kekhilafan. 



p/s: Teruslah menyokong BCE. Bukan nama glamour yang aku mahu, bukan follower yang beribu-ribu tapi aku mahukan insan-insan ikhlas yang medapat inspirasi dari Blog Coklateyes ini. :)







11 comments:

  1. Alaaaa dear.. ni projek ape ni? Tak tahu.. tak sempat tahu :'((

    ReplyDelete
  2. Tak dapat jadi artis, jadi retis pun okay juga. hehehe. tahniah sebab diberi kepercayaan yang bukan calang-calang orang dapat selesaikan tugas yang sehebat ini. lastly,thanx a lot kak sebab bagi Giveway yang super terbaik ini. :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah innanie sebab dapat capai target yang melebihi sasaran!! Terima kasih byk2 sebab bagi hadiah yg memang kitaorang ternanti2..ye la kalau nak beli domain sendiri ibarat macam cakap kosong je la kan...

    Bangga sbb saya dapat banggakan kamu jugak..hehehe..ada paham ka?hehehe

    ReplyDelete
  4. salam... c.innanie....sy dh dpt email dr pihak yg sepatutnya...dah reg semua...but pe maslhnya yg sy still xleh pakai domain tu...ke cara sy yg xkena ke....boleh bg info

    ReplyDelete
  5. salam Inannie... saya punya sampai sekarang pending lagi

    ReplyDelete
  6. fhewittttt!;)
    semoga nanie terus maju...wink2;)
    aummmmm!hihihihi

    lebiu~~

    ReplyDelete
  7. ala..nape xtau..


    apa pun, tahniah ye.. :)

    ReplyDelete
  8. muja pun jadi turut bangga,, boleh kan? hehehe,,,

    ReplyDelete
  9. Happy for u.. :)
    Lor BCE eh yg bgi. Puas duk cri gali link ari tu sapa yg bgi domain free.. Ada bc kt entry org yg join...

    Ur stories byk inspired others yg low self confident.. Bleh build up confident and tingkatkan self esteem!!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork