Monday, February 18, 2013

Apa Makna Sebuah Kejayaan?

As Salam semua

Semalam aku jumpa kawan aku. Lama tak jumpa dia. Alhamdulillah semakin berjaya. Dah boleh drive Honda Civic nampaknya. Baru setahun dua kerja. Syukur. Bangga bila kita tengok kawan kita berjaya kan. Actually semua orang boleh berjaya cuma nak atau nak je. Kadang-kadang aku sendiri terfikir, apa sebenarnya makna kejayaan? 


Ada orang definisikan kejayaan tu sebagai dapat ijazah, master, PhD semua tu kira berjaya lah. Ada juga yang cakap, berjaya tu tak semestinya belajar tinggi. Asalkan kita dapat jadi seorang manusia tu pun dikira berjaya. Dan tak kurang jugak ada yang memberi maksud berjaya tu bila kita dapat pakai kereta mewah, duit berkoyan, rumah besar dan kerja bagus



Kalau aku, hmmmm cukuplah sekadar kejayaan tu bertitik tolak dari dalam diri kita melawan apa je yang tak bagus dan menjadi seorang yang bagus dunia dan akhirat. Walaupun tidak yang terbaik tapi menjadi salah seorang yang bagus itu cukup. Dan salah satunya lagi, bila mak ayah bahagia. Itu kejayaan paling besar lah tu kan! 

Aku teringat satu quotes pasal kejayaan ni dan aku pernah twitt benda ni. 

#Faktaperempuan : Wanita diuji saat lelaki tak punya apa-apa dan lelaki diuji saat dia punya segalanya. 

Mendalam betul fakta tu dan aku sendiri bersetuju dengan quotes berkenaan. Memang betul, semakin berjaya seseorang tu pastinya semakin banyak cabaran dan dugaan yang datang padanya. Untuk melawan memerlukan kepakaran, iman dan kesabaran yang tiada calangnya. 

Ingatlah walau berjaya mana kita sekalipun, janganlah dilupa orang-orang yang pernah menyokong dan membantu kita hingga ke tahap itu. Hargai mereka. Tanpa sokongan mereka, rebah bakal menanti. Jangan sombong dan riak dengan apa yang dimiliki sebab sekejap je semuanya boleh pergi.


Jadi, apa sebenarnya makna kejayaan pada korang??? 





5 comments:

  1. honestly, makna berjaya pada kite kan.. yang betul2 dah established dengan harta, hidup senang tak susah fikir hutang sana sini. Maknanya, senang serba serbi dekat dunia DAN JUGA HARTA AKHIRAT. :)

    ReplyDelete
  2. oh innanie.. kalau ada button LIKE tujuh juta kali. Confirm kte akan LIke entry innanie ni.. super duper terbaik. Tiba-tiba termotivasi kejap.. Thanks fren. *Hug*

    ReplyDelete
  3. bagi akak berjaya tu bermaksud bila mana akak bahagia dengan kehidupan yang akak jalani..tak pakai kereta besar ,tak de umah bertingkat tapi hati senang,sentiasa gembira itu dah berjaya bagi akak.akak ni simple je orang nye..:).

    ReplyDelete
  4. betul tu..setiap ape yang kite buat tu satu kejayaan..

    ReplyDelete
  5. kejayaan bg ct bila ct dapat tempuh segala macam dugaan yang ada..pling penting bila ct dpt gembirakan ibu bapa ct :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork