As Salam semua
Aku pasti masalah ni bukan aku sorang hadapi. Most of the students maybe. Entahlah, nak kata insomnia pun mungkin. Tak tau nak klasifikasi cemana. Aku marah bila kawan baik aku tidur terlalu lewat sampai 4-5 pagi, tapi aku marah orang padahal diri sendiri pun sama.
Yes, aku tahu keburukannya kalau kurang tidur. Tapi nak buat macam mana? Dah baring almost an hour tapi langsung mata ni tak nak lelap. Bukan sekadar tak nak lelap, dalam gelap bilik tu... bulat mata aku. Kalih badan kiri, kalih badan ke kiri. Sikit pun tak de riak mata nak tidur. Takde menguap pun. Aduhai. Apalah nasib bila nikmat tidur di malam hari takde!
Uiii dah macam-macam aku buat nak bagi mudah tidur ni, tapi masih sama. Aku yang positif ni selalu fikir oh mungkin agaknya terbiasa dengan sistem di kampus kot. Aku jenis tidur lepas isyak and then bangun pukul 12 atau 1 pagi dan terus buat kerja. Tapi itu di kampus. At least I have something to do. Ini di rumah. Takde buat apa pun. Tapi mata segar bugar woi.
Bila tak tidur haaa mulalah kepala aku melayang fikir yang bukan-bukan. Mulalah dengar bunyi cicak kat belakang pintu dapur tu rasa lain macam. Mulalah fikir langsir tingkap tu kalau tiba-tiba nampak....
Haaaip! See. Mulalah aku melalut!!!
Aku rasa aku nak mintak petua dekat ayah aku lah. Cemana dia letak je kepala kat bantal terus mata terpejam. Terus tidur! Jeles woi aku tengok orang nyenyak tidur di malam hari. Jeles gila! Ni aku dah masuk 4 hari berturut-turut, cuba untuk tidur start dari pukul 12 malam, sampai la ni dekat 4-5 pagi tak lelap langsung mata aku. Siap buat entry lagi. Aduhaaaai!!!
Jadi, pada anda yang mungkin pernah mengalami masalah ni share sikit apa patut aku buat? Tips maybe. Ye lah nikmat tidur dah kena tarik ni aku risau beb. Risau pasal kesihatan dan kenikmatan hidup!
p/s: Alahai syoknya tidur!
18 Inspirasi Dari Pembaca
Heh3..sama la kita. belom mau pejam mata ni. haih!
ReplyDeletekantoi akak tidur lambat. hehehe, sama macam saya. :P
ReplyDeletesaya punya cara kalau tak dapat tidur, saya berangan dan harap dapat mimpi pasal benda tu. cadangan kedua, mandi sebelum tidur (tak digalakkan) sebab time sejuk-sejuk best tidur. hehehe. cadangan saya banyak merepek :P
MINUM SUSU SEBELUM TIDUR..HIHIHI..
ReplyDeletebenda tu selalunya tu berpunca dari biological clock kita. sebab dah biasa tido awal kan? tetiba nak tukar la masa tido.
ReplyDeletetapi leh try cara ni. mana tau menjadi. waktu siang cuba sibukkan diri. buat benda berfaedah yang mengeluarkan banyak peluh.. so bila malam dah penat. kemungkinan akan mudah masuk tido. kot la kan?
*sila dapatkan nasihat dari pakar. sebarang kesan sampingan dari aktiviti yang dicadangkan adalah di atas tanggung jawab sendiri.* ;P
benda normal lah tu . saya pon kengkadang camtu . kuikui . cuba baca buku sebelum tidur ke,itu yg sy buat kalau xblh tido :)
ReplyDeleteMuni ada tips. Waktu siang sis buat keja yg betul2 boleh memenatkan bdn. Than nanti waktu malam sure tdo awal punya. Mcm muni dulu mcm tu la. Memang sush nak tdo tmbh2 lpas hbs study. So muni buat mcm tu la n lama2 memang dpt balik lah nikmat tdur wktu malam tu. Hehe.
ReplyDeleteSelepas subuh jgn tidur balik, bgn solat dan terus buat kerja apa yg ptt, jgn tidur petang..sure mlm akan ngantuk dan akan tidur awal..hihi..Selalunya menjadi utk Asyik..kih2..
ReplyDeletedulu mase jd pengganggur terhormat sllu gak xleh tido..
ReplyDeletekdg2 dh subuh bru rase ngntok..
tp skrg bile dh keje kul10 je dh ngntok..
alahai..
kene keje siang hari baru mlm leh tido lena kot..
leeza pun susah gak nk senang tido..... haaaa
ReplyDeletealamak..kite tak leh nak bagi petua ni coz kte cam ayah nanie gak.. letak kepala je terus belayar hihi... baca doa.. ada doa untuk orang yang tak leh tidur.. kite lupa.. ce carik kat buku2 doa..
ReplyDeletesebelum keje pernah jugak pukul 5 pagi baru tido sebab layan blog.
ReplyDeleteskng ni pas insya letak bntal tido terus..heheh
muja lak kadang2 senang tdo kadang2 susah,, depends on apa yang muja buat tengah hari tu and sebelum tido,, klu letih giler tu memang tido awal la,, sangat awal,, hehe
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteCuba sejam sebelum tido tu, tak buat keja/fikir benda berat. cthnya, tengok movie,bca buku dan..online,hehehe.
Sama here.. Tp tu dlu. Now da keje kena paksa diri. Then ble da terbiasa jadi ble smpai time tidur je confirm mata ngantuk baring and tido :)
ReplyDeletebaca doa seblum tido..hehe
ReplyDeletefiza ade masalah ni jugak.susah sangat nak tidur.mungkin sebab dah biasa time study tidur lewat kot.=_='
ReplyDeleteAda sorang member aku bg ayat nie untuk buat doa kalau tak boleh tido mlm "Ya Allah Ya Tuhanku, jangan lar kau benarkan diriku menganiaya tidurku. Amin" Kadang2 it's really work for me. :)
ReplyDeleteInsya Allah saya cuba
DeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!