Saturday, February 16, 2013

Aplikasi MyTeksi : Bantu Dapatkan Teksi Segera

As Salam semua

Ini ada sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu korang. 

Kebanyakan orang sekarang ni semua ada smart phone kan? Disebabkan itu, satu aplikasi telah dicipta untuk kemudahan pengangkutan warga Malaysia. Selalunya bila kita di KL, ada tempat-tempat yang memang susah nak dapatkan public transport. Tunggu berjam-jam pun belum tentu ada. 

So, lebih kurang 2-3 bulan lepas masa aku kat UM aku naik teksi dan pemandu teksi tu bagi aku satu kad  yang sangat membantu aku untuk dapatkan teksi. Aku tak terus install, tapi baru sekejap tadi aku kemas-kemas purse jumpa kad tu. Aku pun terus download nak cuba. 


Ini nama aplikasi tu. MYTEKSI. Dalam Google play ada, dalam App Store pun ada. Tak besar pun lebih kurang 2.0GB aje. Baiklah bagaimana aplikasi ni membantu korang?  

Aku tak pernah cuba lagi, tapi menurut pak cik tu... lepas kita download aplikasi ni dan daftar secara percuma, kalau kita nak teksi kita just log in dan klik satu button yang menandakan lokasi kita. Maka rangkaian pemandu teksi yang ada aplikasi ni akan tahu bahawa ada penumpang perlukan teksi di kawasan tersebut. Maka teksi yang berdekatan dan vacant akan ke lokasi yang dimaksudkan. Selain cara tu, ada satu lagi cara yang tidak memerlukan WIFI. Iaitu dengan menghantar SMS ke nombor yang tertera dalam kad tu. Nanti Insya-Allah ada teksi yang akan ambil kita. 



Jadi, tadi lepas aku install dan daftar aku pun nak try lah sejauh mana keberkesanannya. Adakah sekadar di KL atau di kawasan lain? 



Menjadi! Melihat kepada Google Maps yang diberikan, lokasi yang dinyatakan memang tepat! Cuma aku tak berapa pasti adakah di Kluang ni, ada teksi yang menggunakan aplikasi ni? Kalau di KL aku percaya ada. So, nanti balik KL aku nak cuba lah. Kalau menjadi aku update ye! :) 

Dalam hal ni, aku rasa memang bagus aplikasi ni. Ye lah, macam aku kat Kolej 6  UM nak menunggu teksi memang berpeluh jugaklah ketiak kan. Kira macam untung sabut timbul, untung batu tak muncul-muncul. Hehehe! Harapnya app ni membantu kita semua! 



p/s: memang betul, semua di hujung jari kan! 


9 comments:

  1. dulu muja dok kat kolej 12,, hehe,, selamat menggunakan app ni ye :D

    ReplyDelete
  2. menarik aplikasi ni..boleh cuba..:)

    ReplyDelete
  3. dulu sy duduk di kolej kediaman ke-4 di UM hehe

    ReplyDelete
  4. maju betul teksi2 skrg... tp syg, ct xder smartphone...hihihi

    ReplyDelete
  5. mudah dan sennag..semua dihujung jari

    ReplyDelete
  6. wahh..bestlah aplikasi ni.mane tahu kot nanti nak gune teksi kan.automatic je dapat kan.thanks nanie share ni.

    ReplyDelete
  7. good review! pernah jugak dapat tahu dari surat khabar.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork