Friday, February 15, 2013

BCE Tersenarai 10 Bloggger Terbaik Malaysia : Orang Berbudi Kita Berbahasa

As Salam semua

Bila bercakap pasal penghargaan, aku sangat-sangat menitik beratkan soal itu dalam urusan kehidupan aku. Secara jujur, aku memang mengamalkannya. Bukan apa, manusia memang perlukan penghargaan. Kerana penghargaan menjadi satu sumber terhebat untuk kegembiraan, kesenangan, kebahagiaan dan kepuasan. Sebab itu, aku walau kecik mana pun, jika ada orang berbudi insya-Allah pandai aku berbahasa. Pandailah aku membalasnya. Dengan harapan dapat menggembirakan semula orang yang menghargai kita itu.



Alhamdulillah, bukan sekadar di dunia realiti dalam dunia blog juga begitu. Semalam aku terkejut sangat bila dua blogger menyenaraikan aku sebagai 10 Blogger Terbaik Malaysia pilihan mereka. Ya Allah, terharu tahu rasanya. Keadaan yang macam muka kau kembang semerbak penuh dengan riak bangga. Tak cukup dengan itu, ditambah pulak dengan kata-kata manis. Lagi lah buat aku rasa nak peluk-peluk je dua adik manis ni. Terima kasih banyak-banyak Muja & Lyeen! 


Ini komen Lyeen pemilik blog Cik Lyeen Cupcakes  mengenai Blog Coklateyes.



Cik Lyeen ni, aku dah pernah bertentang mata dengan dia. Boleh jumpa sebab dia menuntut sebelah UM, di Kampus IPG Bahasa tu. Insya-Allah bakal seorang guru. Dan memang dia layak. Lemah gemalai orangnya. Cakap pun sopan santun. Kira kalau aku duduk dengan dia, automatik orang nampak aku macam woaaa ganas gila perempuan ni. Dah lah besar giant! Suara pun kuat! Hahahah. Cik Lyeen memang comel sedunia lah wei! Borak dengan dia pasal Sabah, negeri kelahiran dia memang buat aku gigit jari sebab tak sabar nak ke sana! Insya-Allah. 



Ini pulak komen Muja, gadis bertahi lalat manis di tepi bibir pemilik blog www.mujadafewa.my




Adik Muja ni belum ada kesempatan lagi untuk bertemu. Dulu dia budak Pasum. But on that time kami belum berkenalan lagi. Tapi yang aku yakin, dia sangat mesra pengguna. Hehehe. Aku perasan semua comment di blog, dia akan reply satu per satu. Salah satu ciri blogger yang bagus. Yang aku sendiri tak ada. Aku cuba ye aku cuba! Heheheh. Walau apa pun, aku tetap berniat untuk jumpa Muja ni secara personal. Beramah mesra dan mungkin berpok-pek-pok-pek sama! Insya-Allah ;)


Untuk dua adik manis ni, again terima kasih banyak-banyak atas penghargaan yang diberikan. Ada berjuta blog di Malaysia ni dan Alhamdulillah BCE mendapat tempat di hati adik berdua. Juga untuk semua pembaca dan followers, terima kasih banyak-banyak. Aku yakin sokongan dan aura inspirasi daripada kalian lah yang menjadi rencah dan penyokong kuat BCE hari ni. Ye, aku akui walaupun masih banyak kelemahannya tapi kita semua manusia. Belajar dari kelemahan dan satu hari nanti pasti menjadi kuat. Dan aku juga yakin niat yang baik akan dipermudahkan. Moga inspirasi dari BCE ini sedikit sebanyak membantu korang jugak untuk hidup berinspirasi!





p/s: Sedar sekadar blog picisan, tapi tak salah kan untuk menghargai apa yang orang beri?



24 comments:

  1. amboi lahaii, terbaik laa Nanie! keep it up sampai jadik nombor satu. Tp Nanie mmg nombor 1 di hatiku :">

    ReplyDelete
  2. Seriusliii..mish setuju ngan komen dua org blogger ttg diri nanie. Kenal nanie just d alam maya, tp hbngan yg nanie tawarkan mcm kita ni adik brdik pulak trharuuu...nanie mmg tip topp!

    Adore u nanie. Haaha. (Kipas lebih sbb nk mtk blnja)

    ReplyDelete
  3. innanie .....first of all.thanks sebab selalu tinggalkan komen yg membina dan sejukkan hati saya. whatever i wrote, kalau innanie komen, mesti buat saya senyum. hehe. i like you ! selalu jugak nampak komen innanie di blog orang lain dan komen yg ikhlas n membina. sebab tu lah blog ni dapat good review. sebab tuan blog nya ! :D

    ReplyDelete
  4. tahniah dan terima kasih kak innanie..akk memang layak utk itu..:D
    lyeen pun rock la..hahhaa:P

    p/s: semoga akak terus maju dan maju..yeah!!...

    ReplyDelete
  5. woww...tahniah akak comei...

    http://www.wadahberbicara.my/

    ReplyDelete
  6. setuju dengan kedua-dua komen tuh:)hehe..congrats innanie:P

    ReplyDelete
  7. wahhh..syoknya..ken berguru dengan akak ni ;)

    ReplyDelete
  8. Tahniah bakal jadi blogger terhebat dan peguam terbaik...wishing u all the best ...

    ReplyDelete
  9. tahniah akak. huhuhu, blog akak memang terbaik. saya sangat kagum dengan penggunaan tatabahasa dan bahasa melayu yang sangat bagus bagi pendapat saya. saya memang tabik! hehehe.

    ReplyDelete
  10. Memang betul pun apa yang Lyeen komen pasal nanie, hehe. Kalau fie masuk blog nanie serta merta rasa matang dan selalunya penulisan Nanie buat fie berfikir. Dua dua pun fie suka baik Nanie dan Lyeen :)

    ReplyDelete
  11. terbaik.. memang betul la yang dikatakan dalam review tuh..
    walaupun pernah jumpa sekali..saya pulak yang kurang beramah mesra.. sebab tak reti.. hahahaha..


    ReplyDelete
  12. Memang betul kata2 2 org blogger yg mmg cantik manis itu terhadap blog BCE. Terbaiklah BCE. Akak kategorikan dlm ieta BLOGLIST sebagai Blog kaum Hawa Terbaik

    ReplyDelete
  13. Tahniah diucapkan kepada tuan blog yang kiut miut...

    Kerana telah terpilih sebagai 10 Blogger Terbaik Malaysia ...

    Blog ini cantik dan menarik... Sememangnya layak mendapat pengiktirafan tersebut... ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork