Tuesday, February 12, 2013

Blogger Tunang & Kahwin Di Raya Cina

As Salam semua

See. Betul aku cakap, tahun 2013 ni memang ramai kawan-kawan aku yang melangkah setapak lagi kedepan dan meninggalkan aku dibelakang. Alaa macam main lumba lari pulak. Bukan-bukan. Hehehe. Mereka melangkah setapak untuk melengkapkan fasa kehidupan sebagai seorang perempuan. Alhamdulillah, masing-masing bertemu jodoh cinta hati.

Cuti tahun baru cina yang lepas, dua orang rakan blogger yang agak rapat dengan aku melangsungkan ikatan pertunangan dengan jejaka pilihan masing-masing. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat! Walaupun orang kata tak pernah bersua, tapi melihat mereka bahagia buat aku kembang senyum sorang-sorang. Eh, nampaknya kita je yang sorang ni. Hehehe. Takpe. Takpe. Again, jodoh itu rahsia. Macam dalam entry ini, aku pernah cerita. 

Tahniah aku ucapkan pada dua kenalan blogger ni. Azhafizah & Najihah Sahami. Dua-dua cantik belaka di hari bahagia mereka. Kita tengok Azhafizah dulu ok. Buat yang tak tahu, Azhafizah adalah pemilik blog Sihatimerahjambu.

Aduhaiii veil melayang tu fefeling sangat tau fizah! Jeles iolss! 
Gambar ni sweet. Sebab tak silap, tunang Fizah lebih tinggi dari dia, so tunang dia kena bend sikit untuk sama tinggi.
Tahniah Fizah & Aidil. Moga sampai syurga!
Hand-flower tu pun cantik. Fizah buat sendiri katanya. Memang cantik kan! Kreatif dia ni. 
See. Cantik kan! Aucccch! Meleleh ayaq mata kita fizah oi!
Bersama hantaran. Tahniah sayang :) 
Alahai, melting aku tengok Fizah pakai baju peplum warna dusty pink. Memang sesuai dengan dia. Sweet sangat. Comel gilos. Ingat nak korek rahsia lah, buat ke beli kat mana ke. Heheheh. Memang kena dengan tema blog dia jugak. Sihatimerahjambu. Memang ayu! Fizah pun dah update entry kat blog dia pasal pertunangan dia. Cubalah korang tengok, ada tips jugak tu nampaknya. Baca kat sini... http://www.azhafizah.com/2013/02/one-step-closer-10-february-2013.html


Next, sorang lagi rakan blogger yang dah kena booked adalah Najihah Sahami yang merupakan pemilik blog Mish Lolypurp. Tak banyak sangat gambar yang Najihah upload di facebooknya. Mungkin belum ada kesempatan. But, again aku melting tengok gambar dia dengan persalinan tunang dia. Dahlah orangnya comel, tambah comel lagi! 




Comel kan. Aku memang tahu Cik Najihah kita ni suka purple. Warna kombinasi tunang dua-dua blogger ni semua sama macam warna kombinasi tema blog mereka. Exactly! Memang awesome dua-dua. Cantik dan memang nampak eksklusif. Sweet dan ayu itu sudah pasti! Nanti kalau Cik Najihah kita dah update blog pasal hari pertunangan beliau, mesti lagi syok kan! Tak sabar nak tunggu ni! 

So untuk dua-dua blogger ni, Najihah dan Fizah... sekali lagi tahniah aku ucapkan! Dugaan dalam ikatan pertunangan memang banyak. *ramai orang cakap gitu lah* Walau apa pun, didoakan moga ikatan kekal abadi sampai ke jinjang pelamin. Nanti makan nasi minyak jangan lupa jemput kita tau! Hehehehe ;)


And last but not least! 

Yang ini dah lepas dah proses pertunangan. Kata orang dah lepas dugaan semua. Kini tempuh hidup baru sebagai seorang isteri. Sapa lagi kalau bukan pemilik KZ Nabihah Boutique. Yang jugak pernah menjadi penaja dress aku untuk majlis ini. Alhamdulillah, dah selamat Bihah menjadi isteri kepada Haris Razlan. 





Pergh. Yang ini lagi buat aku melting. Bihah memang berani pakai colour awesome macam ni. Belum pernah lagi aku tengok orang gabungkan royal blue dengan shocking orange macam ni. Memang cun dan sesuai dan naik sangat dalam gambar warna ni kan. Cun. Dan untuk majlis Bihah, aku jadi emcee nya. Sebab tu tak banyak sangat ambil gambar. Sebab ada tanggungjawab masa tu kan. So, nervous terus lupa nak snap picture. Amik je mana yang diupload dalam facebook Bihah. Heheheh. 

Tahniah sekali lagi untuk Bihah dan Haris. Semoga kekal hingga ke syurga hendaknya dan moga Bihah menjadi isteri solehah. Dengar khabar, lepas ni empayar KZ Nabihah Boutique bakal ke meluas. Sehingga ke Bangi dengar khabarnya. Alhamdulillah. Rezeki pengantin baru gitu. Apa lagi, cepat-cepatlah dapat baby. Boleh aku buli anak kau, macam aku buli kau. Hahahaah! :)

Wee. Wee. Tahniah untuk semua yang dah jadi pengantin dan bakal jadi pengantin. Semua cantik-cantik. Insya-Allah, aku doakan yang terbaik untuk semua. Kekal bahagia hingga ke syurga. Jadi isteri dan anak yang solehah dan seterusnya lahirkan zuriat yang solehah. Amin!

Psst: Sebelum tu, terima kasih buat pemilik gambar. Saya ambil dari facebook tuan empunya badan. Maaf kalau gambar tu gambar anda. Saya mohon share.  


P/s: Jangan tanya aku bila, doakan yang terbaik untuk semua! Heheheh ;)


11 comments:

  1. yang tembikai ukir-ukir tu giler kretip! hehe.. masing2 dah tunang.. hakak ni yg dah tua dari uolls semua takda ura-ura lagi. acane tu? hihi :p

    ReplyDelete
  2. Thank you so much nanie for this entry.heee..tunang kita tu memang tinggi.kita dah berdiri atas pelamin pun still nampak rendah..but sokay.sy ade bodyguard tough..hehe..hand bouquet tu kita buat sendiri je nampak lagi menarik dan puas hati.tambah pearl untuk nampak lebih cantik.heee..warne dusty pink tu pilihan fiza.beli kain sendiri dan suruh ex-dormate kita jahit.(:..takpelah..nanti ade mase fiza update entry ttg persiapan pulak ye..heee..sorry komen terpanjang..tq for the wish..aminnn

    p/s:tahniah juga untuk najihah dan nabihah..eh..mcm lebih kurang nama dorang (:

    ReplyDelete
  3. nak tanya jugak,, kak nani bila lak,, hehehe,,,

    ReplyDelete
  4. wauuuu , bestnya kawin..nak kawin jugak la..hehe..

    cntik giler la ukiran nama kat tembikai tu..berkenan sgt..moga empunya blog nie cpt kawin ye , hihih

    ReplyDelete
  5. alahai cantik2 nye diorg.. kite ni ntah bila la pulak.. calon pun blum ada.. dah ade, putus pulak.. huhu..

    :'(

    anyway, congrates for all of them! <3

    ReplyDelete
  6. phewitttt!;)
    tahniah ke semuanyaaaa :)

    mish pepel~~tahniah jugakkkk:)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum coklateyes...selamat bertunang n selamat pengantin baru..;)

    ReplyDelete
  8. Meltng la sgt...hehe..ala..nnyi nanie punya majlis konfemmm havoc punya.cant wait syg..doakan semuanya baik2 je ye.takutttttt dgn dugaan.hoho...

    Btw,thanx nanieeeeee! Lov u!

    ReplyDelete
  9. salam kenal..


    tahniah buat semua. still long way to go...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork