Thursday, February 7, 2013

Cerita Kahwin

As Salam semua

Kan aku dah cakap, tahun ni memang musim kawan-kawan aku kahwin. Alhamdulillah, semalam sorang lagi kawan aku mengutus undangan perkahwinan. Bakal pengantin ni sama kelas masa aku kat STK dulu. Comel aja. Kecik molek. Hehehehe :) Kad perkahwinan dia simple, dan ala-ala vintage. Nampak macam buat sendiri pun ada. Tapi tak pastilah pulak buat sendiri ke apa. Kalau buat sendiri, boleh tempah tu dengan dia... kreatif kan!


Tapi bukan kad dia aku nak highlight. Bila aku bukak invitation card ni, mak datuk terkejut besar aku!


See.See. Hahahaha. Saje je pengantin ni troll aku letak Fateen Innanie dan pasangan. Hoi, hoi celah mana aku nak cari pasangan ni? Hahaha. Tu yang aku terkejut tu. Mula-mula aku tak perasan, bapak aku yang perasan. Dia sengih-sengih je baca. Hehehe. Haish, takpelah. Sabar aje aku dengan pengantin ni. Moga-moga masin mulut dia. Doakan yang baik buat aku kan. Mana tahu jodoh sampai tak lama lagi. #Eh! 

Dah alang-alang cerita pasal pengantin dan kahwin, update sekali lah wedding yang aku pergi beberapa minggu lepas. Masa ni aku jadi emcee. Alhamdulillah rezeki habis semester. Dapatlah sikit duit poket. Cantik sangat wedding yang aku attend ni. Berlangsung di Bukit Beruntung Golf & Country Club. 

Vintage English Style. Cantik sangat. 
Candy Buffet. Buat aku geram bila budak-budak lari-lari makan gula-gula. Aku dekat rostrum je! Haish. Hahahaha



Izzat. Budak Johor jugak. Partner Emcee hari tu. Suara dia. Fuh!!! Jamal Abdillah beb :)

Ini pengantinnya. Alahai comel je dua-dua. Yang penting muka aku, puas lepas habis job!

Lepas aku jadi emcee tu, sementara nak jumpa pengantin tu kan, tiba-tiba ada orang sapa aku. "Eh, Innanie kan?". Aku pulak tercengang-cenggang. "Sapa ek?" Aku jujur tak cam. "Ni akak lah, Kak Maria!" "Oh!!!! Kak Maria!"

Kak Maria ye ni. Pakai Kebaya lagi tu! Pun pasangan pengantin tak-berapa-baru gitu! :)
Betapa dunia ni kecik je kan. Kak Maria ni adalah pemilik blog Aku Dunia Kamu. Kamu Dunia Aku. Sebelum ni kami cuma berborak di instagram je. Tak sangka dekat situ Kak Maria cam aku. Aduhai, malu lah pulak sebab sepanjang aku jadi pengacara, Kak Maria tengok. Hehehe :) Kak Maria siap cakap lagi, "Awak Blog Mata Coklat kan!". Gelak-gelak aku. Punya exited masing-masing sampaikan translate terus Coklateyes tu. Ha-ah akak, saya lah yang mata coklat tapi tak coklat pun! Heheeh :)


Next, bila balik cuti semester aku attend wedding kawan masa form six dulu. Yang ini epic sikit sebab tak silap aku, pengantin bercinta dari zaman sekolah. Fuhyoh! Hebatlah, dapat kekalkan ke jinjang pelamin. Biasanya bukan mudah kan. Tahniah!

See. Jumpa budak form6, serta merta buat balik perangai zaman sekolah. Kahkahkah

Classmate. Allolololo dah cantik-cantik semua. Next sapa? 
Masa ni pengantin lelaki belum sampai, kiteorang pakat mintak izin mak andam nak gambar dulu. hahahah.
Haruslah kecoh!
Hamboi, senyum lebar aku. Hahahah. Perangai tak ingat dah. Yang ingat masa tu, refresh back our memory.
Alhamdulillah, lepas dah sorang-sorang. Buat semua pengantin dan bakal pengantin, aku doakan murah rezeki, bahagia ke akhir hayat dan jodoh sampai syurga hendaknya. Kalau ada masalah, jangan cepat gaduh. Settel elok elok. Oh, cepat-cepatlah dapat baby semua. Nanti boleh aku feeling mak-mak pulak. Heheheh.

Oh lupa, hari ni aku tengah siapkan text untuk salah sorang kawan aku yang juga blogshop businesswoman yang bakal melangsungkan perkahwinannya Ahad ni. Alhamdulillah!!! Happy for you. Sapa dia??? Cubalah teka! Kalau nak hint.... emmm blogshop ni pernah taja aku. Itu je :) Haaa sapa-sapa??? Doakan ye, job aku Ahad ni berjalan lancar!


p/s: Jodoh. Rahsia Allah. Doakan untuk aku ye! :)Amin.







10 comments:

  1. candy station dia ouch.. kalau i dtg mmg curik letak dlm handbag gegula coklat tu sume!

    ReplyDelete
  2. wah..bestnyer ada candy buffet tu...

    ReplyDelete
  3. wahhh...bestnye jd emcee..hehe..lame x bw kat blog innanie..hihi

    ReplyDelete
  4. wahhh...bestnye jd emcee..hehe..lame x bw kat blog innanie..hihi

    ReplyDelete
  5. meriah betul pelamin depa..:P

    ReplyDelete
  6. meriah...

    mcm tahu je sipa pengantin tuh..hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam bole x tanya mana dia amik servis pelamin dan katering...cam best sangat ! bole emailkan nonozakri@gmail.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork