Tuesday, February 5, 2013

Dilema Bakal Pengantin

As Salam semua

Alhamdulillah, tahun ni ramai betul kawan-kawan aku yang dah mula makan nasi minyak. Syukur sangat-sangat. Jodoh mereka dah sampai. Moga semuanya dipermudahkan segala urusan, majlis dirahmati dan jodoh kekal abadi. Aku? Alamak, tak boleh nak jawab lah sebab jawapan tu takde pada aku. Takde jugak pada mak bapak aku. Ada pada Dia. Insya-Allah, ada jodoh korang semua aku jemput. Ecewah! Berangan lebih ni. Menjeling bapak aku tu ha....

sumber: google 


Bila sebut pasal kerja kahwin ni kan... aku tak tahu lah korang, tapi aku rasa macam ramai bakal pengantin sekarang dalam dilema. Dilema apa? Haaa... baca ni, aku share sikit dari facebook : 


Memang ini lah realitinya kan. Hari ni, perkahwinan memang banyak dilemanya. Dari sebelum kahwin, sampailah ke semasa majlis walimatulurus. Confirm para pengantin berdepan situasi yang sama iaitu "Eh, nanti orang cakap apa pulak!", "Eh, malu lah kalau orang kata gitu!", "Eh itu, eh ini!". Ada saje!

Aku nak bagi nasihat pun tak pandai mana, sebab ye lah belum mengalami kan. Tapi pernah dengan Prof. Muhaya kata dalam segmen motivasinya... 

"Dalam urusan kehidupan, mana lebih penting. Pandangan manusia atau pandangan Allah SWT?"

Jadi, kita buat jelah ala kadar. Mana yang mampu dan mana yang tak membebankan kita dan keluarga. Kalau asal keluarga kaya, tak salah kalau buat majlis besar asalkan jangan timbul riak, menunjuk-nunjuk dan ingin bersaing dengan orang lain. Utamakan yang wajib iaitu ijab dan qabulnya.

Kalau kita nak mikir kata orang itu, cakap-cakap orang ini, memang kita akan sakit hati. Memang kita rasa kita tak puas hati dengan apa yang kita buat. Tapi sampai bila nak dengar cakap orang? Kita kena tetapkan pendirian. Bincang dengan keluarga, dengar nasihat orang yang lebih tua dan berpengalaman dan selesaikan segala permasalahan dengan baik. Cuba toleransi dengan pasangan dan buatlah keputusan yang disenangi semua pihak. Insya-Allah, majlis tu kecik atau besar akan dirahmati. 

Ingat, kehidupan selepas ijab dan qabul itu jugak penting. Perlukan duit yang banyak untuk memulakan hidup sebagai suami isteri. Jadi, rasanya lebih elok kalau fikir tang tu jugak. Kang nanti dah habis perguna masa majlis, lepas majlis melopong laki bini. Walau apa pun, aku doakan semua kawan-kawan aku yang bakal mendirikan masjid 2013 ni dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan dan jodoh dirahmati! Amin :)




p/s: Doakan jodoh aku sekali lah! heheheeh






17 comments:

  1. hehehe.. biasa la tu mcm da jadi habit org kita plak kan

    ReplyDelete
  2. semoga nanie bertemu jodoh dgn cepat.. dan kawen dulu dari i.. hahahah.. i ni lambat kawen, agak2 ade orang "eh?" tak nanti? eh? :p

    ReplyDelete
  3. hahaa. memang selalu cm tu . ade je yang x kena di mata manusia ;)

    ReplyDelete
  4. biarlah ape orang nak kate pun yang penting kita tahu apa kita buat & niat kita. kan
    akak kawin jangan lupa jemput hehe

    ReplyDelete
  5. amin.. moga dipermudahkan bertemu jodoh

    ReplyDelete
  6. Semoga jmpa jdoh yg terbaik inanie.hehe..doakn tok nia Sekali yek..hehe

    ReplyDelete
  7. tuan punya blog dikehendaki kawin secepatnya!

    ReplyDelete
  8. Bagi saya jodoh itu di tangan Allah. Kita tidak akan tahu bila akan datang jodoh itu.

    Pasal kahwin ini, kena tengok keluarga juga. Saya ini jenis tak kisah sama ada besar-besaran (grand) atau kecil-kecilan. Asalkan kahwin.

    Lagipun, kalau nak kahwin, insya-Allah rezeki akan dicukupkan oleh Allah.

    Calonnya? Hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete
  9. kengkadang mak bapak yg lebih2 nak buat pelamin besor2. aku xnak bsanding pun. aku nak live band je

    ReplyDelete
  10. Biasalah manusia, ada je nak potpetpotpet kan..Semua tak kena.kalau nak ikut citarasa semua org,mmg sampai bila2 la tak kawen..

    ReplyDelete
  11. Thanks alot nanie..hope semuanye berjalan dengan baik..aminn

    ReplyDelete
  12. mmg best kwin ni..tapi tula kne bnyk ongkosnya..hehe

    ReplyDelete
  13. ini semua poyooooo....hihihi..susah nk tutup mulut org kan..

    ReplyDelete
  14. ini semua poyooooo....hihihi..susah nk tutup mulut org kan..

    ReplyDelete
  15. Amin! Semoga Innanie cepat dapat jodoh dan begitu jugak saya! Hehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, Tuan blog saya tumpang lalu yea ... just nk promote pakej photography kpd bkal2 pengantin ... hehe ... sila menjengok ke page facebook/anakseniphotography utk maklumat lanjut ... klau xsgan like la page tu n promote kt kwn2 skali ... klau sgan xpe la ... xde rezeki saya la tu ... :p

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork