As Salam semua
Bila aku pergi wedding kawan-kawan ni, soalan paling biasa di tanya oleh makcik-makcik mahupun kawan-kawan, "Kau bila lagi?". Setakat hari ni, jujur aku kata tak lah annoying sangat soalan tu pada aku. Biasa je. Mungkin angka usia belum terlalu besar untuk kategori perempuan. 24. Muda lagi.
Sepatah kata pemilik blog Kroniknya Dunia yang aku jumpa sebentar tadi masa wedding kenalan, "Kau belum rasa lagi, nanti tahun depan dah mula dah panik sikit, than macam tu lah untuk tahun-tahun seterusnya. Sampaikan kau trauma nak ke kenduri kahwin. Sebab malas nak jawab soalan panas!"
Hahaha. Aku senyum je bila dengar luahan hati budak 23 tahun tapi dah matang macam bapak-bapak. Hehehehe. Tapi dalaman, aku fikir jauh sikit. Sambil suap nasi minyak, sambil fikir. Tiba-tiba rasa kelat pulak nasi minyak ni bila fikir tang jodoh dan kehidupan dan suami dan itu dan ini.....
Entah, personally aku tak terfikir lagi soal kahwin semua ni. Tipulah kalau tak terfikir tu sampai takde niat kan. Mesti ada. Tapi tak terfikir maksudnya, kalau sekarang ni orang tanya single ke apa, to be honest it is. Kawan ramai lah. Yang betul-betul serius tu... susah sikit nak jawab. Yang mengajak ada, tapi aku ignore je walaupun kadang-kadang ada timbul penyesalan. Ye lah, mana tahu itu jodoh yang dilepaskan.
Eh, tapi tak kan lah. Mana ada jodoh yang dilepaskan. Jodoh itu pada aku datangnya tak diundang. You never know. Sekali dia datang, sekejap je hati kau akan rasa kelainannya dan sekejap jugaklah hati kau akan bersetuju bahawa itulah namanya jodoh. Dah banyak yang aku tanya pada kawan-kawan mana yang dah lepas.
"Macam mana kau rasa dia adalah orangnya untuk kau?"
Dan rata-rata jawapannya, "Entah. Aku pun tak tahu. Yang pasti, yakin dia yang terbaik."
See. Macam tu lah misterinya jodoh. Datangnya tak diundang, sekejap je boleh menjelang dan sekejap jugak boleh hilang. Untuk aku, tak perlu risau usia datangnya jodoh tu sebab persepsi orang kita je yang sibuk kata perempuan yang kahwin lewat tu tak laku, sedangkan hakikatnya....
ALLAH SAVE THE BEST FOR LAST.
Bukanlah kata yang kahwin awal tu tak dapat yang the best. No. Bukan gitu. Alhamdulillah untuk yang bertemu jodoh awal. Cuma ini adalah sebagai satu suntikan semangat bahawa Allah memang tahu bila untuk dipertemukan jodoh untuk setiap hamba-Nya. Umur 18 ke, 25 ke, malahan sehingga 50 tahun pun tak apa. Sebab di ketika itulah, orang yang ditemukan itu jodoh terbaiknya.
Insya-Allah. Sekali lagi, tahniah buat semua kawan-kawan yang dah berumah tangga. Jalankan tanggungjawab anda sebagai suami dan isteri dengan sempurna sebab setiap dari kita adalah pemegang amanah-Nya.
p/s: Alhamdulillah dengan semua yang datang dalam hidup. Baik lelaki baik perempuan.
13 Inspirasi Dari Pembaca
Kalau dah jodoh, tak akan ke mana. kalau jodoh akak dah sampai, jangan lupa ajak ya. hehehe.
ReplyDeleteInsyaAllah.. Kalau ada jodoh, takkan ke mana.. :)
ReplyDeleteSoalan ini wajib tanya terutamanya apabila wanita meningkat umur 28 tahun!
ReplyDeleteApa kata kalau pergi majlis arwah pula, cuit makcik-makcik itu dan tanya "mak cik bila lagi?"
Alhamdulillah .. hee .. Aya suka entri sis ni :D
ReplyDeleteSetuju dengan kata2 awak tu.. Cepat ke lambat, apa yg patut kita tau adalah Allah dah tentukan jodoh untuk setiap hambaNYA.. Semoga bertemu jodoh yang terbaik.. =)
ReplyDeleteKapel smpai bethn pn blm tntu lg dialh jdoh kita kan..hurmm
ReplyDeleteSemoga kita semua d prtemukn jdohbyg terbaik..
Org asyik nk tya tu knape ek..jdoh smua tu kan kerja Allah..
Huhu. saya yang umur 22 ni pun orang duk tanya. takpe. kita serah pada Allah :)
ReplyDeleteCANTIK BLOG NI... heeeeee
ReplyDelete2. dilema ker apa...
Hehe.. Betul tu..
ReplyDeletePaling tak enak nak dengar pertanyaan bile nak kahwin bile nak kahwin. Adessss
semoga temui jodoh yang terbaik :)
ReplyDeletejujur i x pernah stress org tanye, pura-pura stress yer,.. biar orang nmpk impak anak dara belum kawen ni mmg tragis, padahal oke je :p
ReplyDeletebukan anak dara je ade dilema..bile dah kawen nanti ditanye,bile nak ade anak pulak..hehehe..takpe,yang pasti jodoh tu dah ditentukan oleh Allah SWT.cepat atau lambat je.(:
ReplyDeletejodoh tu rahsia allah..ia juga perlu dicari..apa2 pon pilih terbaik utk diri anda..betul tak..:-)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!