Tuesday, February 19, 2013

Kawan Gunakan Kawan

As Salam semua

Aku mintak maaf sangat kalau lepas korang baca entry ni, korang mungkin tergolong dalam kumpulan yang dimaksudkan atau mungkin korang sama macam aku, insan yang dipergunakan. Sebenarnya kalau nak diikutkan dah lama aku rasa benda ni. Tapi tu lah kan, bila sebut pasal kawan... aku ni jenis tak sampai hati. Jadi, nak tak nak senyum jugak hulurkan jugak bantuan. Mungkin ada yang cakap, "Alaa kau ni sensitif kot!" Eh, memang aku sensitif. Sebab aku yang kena. Cuba kalau kau yang kena, mungkin lagi teruk jadinya. Dan aku rasa orang yang tak sensitif ni tak guna lah sebab tak peka! 

Aku memang punya ramai kawan. Dibanding adik beradik lain, senarai kawan aku memang berjela-jela. Dari sekolah rendah, sekolah menengah membawak ke universiti tambah lagi dalam blog. Semua aku anggap kawan. 



Prinsip hidup aku, sekali aku dah terima orang tu sebagai kawan, kalau dia susah Insya-Allah sedaya upaya aku bantu.Tapi tu lah manusia kan, mana peduli hati orang. Janji diri sendiri lepas sudah. Lepas kita dah tolong dia, bila kita susah... kita betul-betul mengharap dia bantu kita, tapi hampeh. Buat tak tahu aje dia. Tak ambil peduli pun. Siap tak bertegur sapa lagi. Macam tak kenal. Dulu masa susah, eh pandai pulak manis mulut berbicara! Jangan kau tak tau memang ada wujud umat manusia macam tu. Tak mengapa kawan, kalau bukan kau yang tolong ada orang lain yang sudi. Tapi, aku tahulah sekarang kau siapa

Tu satu kes. Kes lain, jenis kawan berkira! Aduhaiiii aku macam tak boleh blah sangat dengan kawan yang berkira ni. Ye lah, dalam kawan aku rasa kena ada toleransi. Jangan asyik nak menghentam orang je kerjanya. Bukan kau takde duit, tapi janganlah asyik membantai kawan kau je. Sekali sekala apa kata kau pulak. Ini bukan dari segi makan semata-mata. Termasuklah bayar parking, minyak kereta, ais krim sebatang dua, cendol semangkuk ke, masuk toilet ke atau apa je. Entah aku tak pandai lah macam tu. Contohlah, aku dah naik kereta dia... eh takpelah duit tol ke tak pun duit minyak ke aku bayar. Kalau dia tak nak, haaa belanja lah makan ke apa ke. Jangan kedekut gitu. Orang benci nanti! 



Lagi satu, ni pengalaman aku sendiri lah. Tak kira lah masa kat universiti ke apa ke.... bila aku jadi emcee... sebelum jadi emcee tu... HAAAAAAAAAAAAAMBBBBBBBBBBBBBBOOOOOOIIIII!!!! Kemain manis mulut. Request kat aku nak macam ni, macam tu. Eh, tup habis je majlis... tak payah tunggu esok lusa... terus macam tak endahkan aku pengacara majlis ni. Hoi, aku bukan nak apa tahu... tapi tadi majlis kau kalau takde aku... tak jadi tau!!! Salah ke kalau kau datang jumpa pengacara dan ucap terima kasih. Terima kasih sahaja!!! Bukan mintak intan permata. Ada majlis aku pergi, lepas je aku jadi emcee, makan pun tak jemput aku tau! Ya Rabbi. Apa lah salah kau endahkan lah orang-orang yang membantu menjayakan majlis kau ni. Salah ke??? 

Tak apa lah.... mungkin memang perangai dia dalam berkawan macam tu. Pedulikan orang lain, janji diri sendiri lepas. Cuma tu lah, again aku nasihatkan... hidup ni biar ada toleransi. Jangan asyik pentingkan diri sendiri je. Sebenarnya dalam berkawan ni, apresiasi atau penghargaan tu penting. Sebagai seorang kawan, bukan dia mintak sangat kau balas budi. Tapi cukuplah kau tunjukkan kepedulian kau yang tinggi, loving kau pada kawan tu dan hargai dia. Kalau kau susah, kau minta bantuan orang so kau pun kena fahamlah... bila orang lain susah, macam mana perasaannya orang tu bila minta bantuan dari kau. Takpe kawan, hidup bagai roda!




p/s: Dalam siri What Make Me Confidence, ada aku cerita pasal penghargaan seorang kawan. Klik lah menu tab ENTRY INSPIRASI atas sana tu :)





8 comments:

  1. ct pon ade kawan mcm tu...mtk tlg kt kite, kita tlg..nk mtk tlg kt dia, bukan main suuuusah..bukn nk mengungkit tp mcm apa yang kita tlg,mcm langsung dia xigt..sedih jugk bila pikir.. uhuhuhu..sabar je lah..

    ReplyDelete
  2. belambak orang macam ni..kira nak senang dia je..dia kawan dengan kita pun bersebab..lepas dapat apa dia nak terus kita tak dipedulikan nya..

    ReplyDelete
  3. Nanie, Asyik pun selalu jumpa dgn kwn2 yg mcm tu..yg mempergunakan kwn utk kepentingan diri sndiri..yg plg xbest bila kt dpn sikit punya baik smpai pijak semut pun xmati2 tp kalau kt blkg hanya Allah S.W.T yg tahu betapa byknya anyaman ketupat yg dia buat..kdg2 Asyik pun confuse apa sbnrnya mslh org2 yg mcm ni, adakah diaorg xde keyakinan diri atau ada mslh lain mcm jeles ke..sbg cth Asyik ada kwn yg xde transport so selalunya lps kelas Asyik akan tlg hntr dia ke rumah sbb kita kesian blik sorg2 naik bas n tren mlm2 tp xsangka pula kt blkg sbnrnya dia mengata kt Asyik..sampai satu tahap Asyik dh mls nk ambik peduli dah, biarkn jea dia blik sndiri, mls dh nk ajak, kita tlg bkn dihargai tp dicaci pula..sdgkn duit myk ke tol ke xpnh pun kita minta..sedih tau jumpa kwn2 yg mcm tu..sampai sudah Asyik dah mls nk lyn kwn tu, nk bermanis mulut pun dh xde makna skrg ni, dh tawar hati sbb sikap diri dia tu..huhu..

    ReplyDelete
  4. Neesa pun pernah kena macam tu. tapi redha jela. Allah akan membalas setiap perbuatan mereka. Sabar ye

    ReplyDelete
  5. ada banyak benda yg buat aku tak punya kawan baik termasuk ini. Kerna kawan baik itu hanya diri kita sendiri. Hati2 memilih kawan :)

    ReplyDelete
  6. Apa boleh buat.. Kadang msia ni kedekut sgt penghargaan tp murah hati dengan caci maki.. Nk ucap terima kasih mcm nk kena keluarkan duit ribu2 plak..

    ReplyDelete
  7. em. sekarang ni nak cari kawan yang betul2 nak dengan kita susah senang mmg payah, nak kata gunakan kawan tu mmg selalu. sabar jelah kadang2, kalau x tahan sgt tinggalkan je treus

    ReplyDelete
  8. oeng ade mcm2 jnis pernagai..ape nk wat..xkn leps dgn perkara mcm ni

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork