As Salam semua
La ni kat Johor, tiap-tiap hari mesti hujan. Beterusan dari tengahari membawak sampai ke lewat petang. Kadang sampai ke malam dan terus larut ke Subuh. Sejuknya lahai, jangan cakap. Memang automatik lah mata ni jadi kuyu je. Hibernate mood is on! :)
Sejuk-sejuk ni jugaklah perut mintak macam-macam. Nak minum petang lah, nak panas-panas lah, nak yang sedap-sedap aje katanya. Hehehe. Dah alang-alang duduk rumah dan syukur Alhamdulillah punya emak yang super-comel, super-rajin melayan kerenah anak dara pemalas dia ni... tahu-tahu ada je minum petang yang disajikan. Alahai emak...
Roti Putar, Nugget Tempura dan Kopi Susu. Mak cuba memenuhi selera ayah dan selera aku. Dah lah kopi railway tu memang terbaik! Awesome sedunia rasanya. Orang Kluang dengan kopi memang tak dapat dipisahkan lah!
Yang ini pulak masa balik dari family vacation di Mersing tempoh hari. Uiii sos cecah Ummi tu memang terbaik. Lazat tak terkata.
Ini pulak kegemaran ayah aku. Dari kiri tu tempe goreng, keladi goreng dan kuih kasturi. Mak cik ni jual kira agak jauh jugaklah daripada rumah aku. Tapi pasal ayah nak, takpe. Redah jugak jauh mana pun. Signature kuih makcik ni, tu haa Kuih Kasturi. Sapa tak tahu kuih kasturi, apa lagi... anda kan generasi google!
Kau tengok, bila kat rumah biskut kering cicah dengan kopi pun dah lazat menjilat jari. Sambil-sambil tu buat table-talk dengan mak ayah. Alahai, bahagia sedunia tahu rasanya. Mak ayah aku memang selalu borak-borak dengan anak-anak dia ni. Anak perempuan kan, manja kemain lah. Heheheh.
Bila kadang-kadang tekak Melayu dah rasa mengada-ngada nak makanan mat salleh, mak pun cuba-cuba masak makanan Barat ni. Walaupun memang tahu, bukan seratus peratus selera mak, tapi sebab anak-anak nak, mak gigih jugak menyelak buku resipi. Maka terhasillah, spaghetti Melayu yang tak payah pun cheese, mahupun basil. Cukup sempurna rasanya sebab dia digaul dengan kasih sayang yang tebalnya entah berapa ukurannya.
Dan sebenarnya kalau kau nak tahu, ini semua bakal menyentap naluri aku bila pulang ke KL nanti sebab bila dihitung cuti semakin singkat dan masa makin laju berputar. Aduhai, aku bukan sekadar merindui masakan mak, tapi sebenarnya aku merindui momen-momen bersama yang sungguh-sungguh-sungguh tak de nilai gantinya!
see. mak aku comel je kan. aku mewarisi kecomelan dia lah sikit-sikit. hahahah |
Biarlah orang berikan aku apa je dalam dunia ni, harta benda mahupun intan permata, tapi kurniaan sebuah keluarga yang sangat menyayangi dan menyokong jatuh bangunnya aku, memberi kepercayaan dan menjadikan aku seorang manusia ini tak satu pun dapat menandinginya.
Aku rela bergadai nyawa kalau berbalik pasal hal keluarga. Syukur Ya Allah!
p/s: Doakan keluarga kecil kami ni bahagia sampai syurga!
15 Inspirasi Dari Pembaca
semoga awk sekeluarga bahagia hingga ke syurga :') menyentuh emosi baca entry ni tau.. rase rindu dkt mak kite, nenek kite padahal hari-hari jumpe.. ehee.
ReplyDeletetudiaaaa masa aku tgh xde makanan ni laaa post ni kuar hahaha
ReplyDeleteMakanan semua sedap2 kat entry ni ;D
ReplyDeleteSemoga keluarga akak bahagia sampai ke syurga :) hee
Sedapnya...tiba2 perut rasa lapor... keropok goreng 1 ringit
ReplyDeletearghhh..lapar tgk mknan kt atas tu..sedapnya..:)
ReplyDeleteAdik beradik semua perempuan ea ? Yang tudung biru tu macam kembar Inanie jer.. Yang last tu lain sikit rupa dia.. Seronok tengok keluarga kecil berkumpul.. =)
ReplyDeletemasakan ibu memang yang terbaik..:)
ReplyDeletemasakan ibu jugak yang paling awesome :)
ReplyDeletetetiba rasa nk makan kat piza hut,, eh? haha
ReplyDeleteBestnya dapat dok rumah.Dapat makan macam macam mak masak.Moga sentiasa bahagia bersama family.^__^
ReplyDeletesedapnya paling best biskot cecah air
ReplyDeleteBetul tu!!!! Time cuti la nk pulun mkn masakan mak :)
ReplyDeletemakann mak mmg awesome..sellu ingt selera ank..hehe
ReplyDeletewah! ni rasa nak makan ni! nyum3!! :)
ReplyDeletemasakan ibu mmg tiada tandingannya,,ibu is the best :D Hargailah ibu bapa kita slagi mereka masih ada.. ^____^ May Allah bless u sis..
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!