Tuesday, February 19, 2013

Memori Gambar Cuci

As Salam semua

Hari ni kemas barang-barang sebab tak lama lagi nak balik KL dah. So, kemas lah rak-rak buku sekali dengan rak baju. Tiba-tiba jumpa satu album gambar lama. Aku letak tepi dulu. Kemas lipat dan susun baju serta buku semua. Ok. Bilik dah cantik. Sedaplah nak tidur walaupun pada hakikatnya aku insomnia. Gulp! 

Dah lepas siap kemas semua, bawak album gambar lama tu duduk dekat mak dengan ayah depan tv sambil minum kopi. Bukak balik album gambar tu. Gosh! How time flies. Dari warna setiap gambar tu dah tau dah mungkin usia gambar tu jejak belas tahun ditinggalkan. 



See. Merepek sampai intro panjang berjela. Haa. Korang mesti nak tau kan, dalam album usang tu gambar sapa. Mehlah tengok sekejap. Zaman hingusan dan kanan-kanak ribena aku. Kehkehkeh. Aku dengan mak aku gelak memanjang bila flash back balik!

Ini lebih kurang 4-5 tahun. Kat airport Senai masa ni. Peh, aku pakai gaun tu! Hahaha
Kau tengok akak aku, nampak dah ciri-ciri bijak dia. Bawak buku.
Aku? Bawak belon. Gasak lah!

 Ini memang tahap comel. Hahaha. Ramai orang teka yang baju biru tu aku.
Oh no!! Tu along aku. Dia memang macam cina sikit. Sebab tu pakai cheongsam.
Aku yang dengan mak kat atas tu. Manja kan???
Aku tenung muka mak aku lama-lama. Alahai, dari mata dia nampak kasih sayangnya kan.
Ini sebenarnya bukan birthday aku. Tapi masa tu, aku pun mengaruk nak potong sama kek.
Kau tengok, bedak bercapuk putik melepak pun rileks je amik gambar. Tengok adik aku sebelah tu, Seha. Comel kan?

Ini darjah 3 ke darjah 4 tak silap aku. Alhamdulillah dah bertudung. 
Kau tahu, aku rasa budak zaman sekarang ni dah tak dapat lagi memori macam ni. Kadang-kadang ada bagus jugak cuci gambar tu. Zaman kita dulu, kalau time raya ke mesti beli filem banyak-banyak. Habis satu filem tukar satu filem. Takdelah lepas amik gambar masing-masing berumpu nak tengok gambar tu macam mana. Agak tak berkenan, delete. Nononono! Sekali petik je. Semua konfiden. Terus cuci. Dah siap cuci tu baru tengok muka masing-masing. Yang terpejam mata ke, tudung senget ke, sorry. Takde masa nak layan.

Lagi satu dulu confident je dulu muka jerawat batu ke, rambut penuh uban ke, semua tak de hal. Tak macam sekarang ni, jerawat seketul pun kalau boleh nak cover dalam gambar tu. Bubuh effect banyak sikit. Touch up baik punya. Lagi best kalau dapat magic skin. Kulit muka nampak flawless ah! Heheheh. Tu semua termasuk aku lah tu.

Sebenarnya banyak lagi gambar kecik-kecik aku. Tapi segan pulak nak tunjuk semua. Ada pakai skirt, ada rambut gerbang macam hantu, ada comot peluh-peluh tapi yakin je buat peace tepi tiang. Hahaha. Memang lawak. Tu lah seronoknya zaman kanak-kanak. Mustahil untuk diulang, tapi manisnya ada sampai sekarang!



p/s: Budak sekarang semua instag je gambar!


7 comments:

  1. kalau onie,pulun la simpan duit sebab nak pegi cuci gambar ni,hehe..

    ReplyDelete
  2. comel2 semua adik beradik nanie..
    Asyik pun suka tgk gmbr2 lama ni, seronok tau bila tgk, sbb tbe2 rasa mcm muda ckit..haha

    ReplyDelete
  3. best ler ade byk gmbr time kecik..luqmannye ade sekeping due jer..sobs..

    ReplyDelete
  4. Suka guna filem mcm dolu2 ... Skrg nie dh xpkai filem jadi mls nk cuci pulak. Kdng2 berzaman simpan... Huhuhh dh hilang dlm memori kad baru ngangaaaa .... Hehehh

    ReplyDelete
  5. klo gune filem hbis stu kodak dah xleh amik gmbr..kalo dh x jadi..haishh nak wat mcm ne..hehe

    ReplyDelete
  6. olololo comeynyer...ct pon teringin nk cuci gmbar tp sayangnya kamera tu ilang, xsmpat cuci lg..huhuuh

    ReplyDelete
  7. MUKA NANIE IKUT MUKA MAK LA YE??

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork