Monday, February 4, 2013

Penawar Migrain

As Salam semua

Kebelakangan ni aku kena migrain yang agak dasyat penangannya. Boleh meroyan jugaklah aku bila dia menyerang tu. Tapi untuk kes aku ni, dia datang time maghrib je. Dan menyerang bahagian kepala sebelah kiri. Entahlah aku pun tak tahu apa rahsianya. Bila hari dah mula senja je, mulalah kepala aku lain macam. Takpelah, abaikan apa-apa yang mungkin sekarang bermain di fikiran.


Jadi, sebagai hamba-Nya... aku kena usahalah untuk cuba merawat migrain yang menyerang ni kan. Mula-mula dulu, aku gunakan cara yang biasa lah macam orang lain buat. Makan pain killer dengan harapan kesakitan itu termusnah. Tapi bila fikir balik, tak kan hari-hari aku nak bergantung pada pain killer. Tak boleh jadi gitu. Bahaya. Kang nanti benda lain pulak efek. 

Than, salah sorang kawan aku ada bagi satu petua. Dah lama dia bagi, since aku kat UM lagi dia sarankan aku cuba cara ni. Tapi tu lah, aku ni kan pemalas. So lebih rela tahan sakit dari cuba petua ni. Padahal bukan susah mana. Just gunakan bawang putih je. Ye. Itu je bahannya. Lebih kurang 3 malam lepas aku guna. Alhamdulillah, memang berkesan. Bila pakai tu, aku rasa denyut tu berkurang sampaikan aku terlelap depan tv. Rasa bawang putih tu macam sedut kesakitan migrain tu.



Caranya tak susah pun, cuma ambil dua-tiga ulas bawang putih kemudian pepahkan bawang tu. Tak payah sampai kempis habis. Bagi keluar sikit jusnya. Lepas tu tepek kan di bahagian yang sakit tu. Ada yang kata kalau teruk sangat, suruh balut jadi dia boleh serap sepenuhnya. Tapi macam kes aku, dah tak tahan sangat, aku just tepek je. Tak balut. Terus pelan-pelan hilang migrain tu dan dapat aku tidur nyenyak. Alhamdulillah :)

Aku pun teruslah google, apa kandungan bawang putih yang menyebabkan dia berkesan kepada pesakit migrain. Oh, panjang lebar aku baca. Dan secara ringkas, ini khasiat utama bawang putih :


  1. Merendahkan tahap kolestrol
  2. Menghentikan bakteria, kulat dan virus di peringkat awal
  3. Agen pencair darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung & strok
  4. Mencegah kanser lebih-lebih lagi kanser kolon
  5. Sistem penggalak imunisasi
  6. Membantu mengurangkan tekanan, rasa cemas dan kemurungan
  7. Meningkatkan insulin darah bagi pesakit diabetes
  8. Penawar racun
  9. Mencegah hipertension
  10. Melancarkan pencernaan

Pada mana-mana yang mengalami migrain, cubalah gunakan bawang putih. Mana tahu mujarab. Yang paling penting lepas kita guna satu-satu ubat tu, kita kena yakin dan tawakal. Insya-Allah semua akan baik.


p/s: Migrain aku masih lagi terkawal. Insya-Allah.

14 comments:

  1. ustaz sarah cakap satu lagi penawar dia adalah...kawin!

    ReplyDelete
  2. deno slalu gak kena migrain... tp sejak pakai spek anti cahaya, dah kurang kena migrain.. btw, thanks for da info kak:)

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna ! lepas ni boleh cuba . saya pon selalu kena migrain . macam biasa . masa kena adalah masa magrib . thanks for sharing this awesome tips :)

    ReplyDelete
  4. moga baik2 je migrain nanie. semoga dijauhi dari penyakit ni semua. emuah emuah emuah!





    :)

    ReplyDelete
  5. kalau da kena nak bgun n buka mata pun xboleh.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. akak dulu pun migran ..akak cuma sujud lama2 je..hari2 buat..lama2 baru perasan yang dah lama tak migrain

    ReplyDelete
  7. Owh.. Mieza pun ada migrain.. Walaupun tak teruk tapi bila datang migrain tu sakit urat mata ngan tengkuk.. Lepas ni boleh cuba petua ni.. Terima kasih Nanie ksudi berkongsi info.. =)

    ReplyDelete
  8. Owh.. Mieza pun ada migrain.. Walaupun tak teruk tapi bila datang migrain tu sakit urat mata ngan tengkuk.. Lepas ni boleh cuba petua ni.. Terima kasih Nanie ksudi berkongsi info.. =)

    ReplyDelete
  9. sy alhamdulillah xpernah la kena lagi. tapi info ni berguna untuk sy khabarkan pada kawan2 lain yg ada masalah migrain. thanks akak..

    ReplyDelete
  10. Bru thu :) good info for those yg ada migrain and also yg xde leh jgk help org yg ada migrain in case dtg menyerang tanpa diundang ;)

    ReplyDelete
  11. ohhh. hana just minum air limau nipis. lagi okay kowt. bawang busuk sgt la. hehee

    ReplyDelete
  12. Thanz kak sebab kasi petue niehh .. awek saye selalu migrain .. klau die kne migrain sampai terketar-ketar .. insya'allah mujarab .. niehh nak test niehh .. hope menjadi .. amin ..

    ReplyDelete
  13. Beli je garlic capsul.telan terus..lg bagus utk ksihatan...

    ReplyDelete
  14. Info yang menarik mengenai cara alternatif merawat sakit kepala migrain dengan menggunakan bawang putih. Bawang putih memang mempunyai banyak khasiat dan ianya telah mula digunakan di dalam perubatan seawal tamadun Mesir purba dan tamadun China. Namun sekiranya seseorang itu kerap mengalami sakit kepala, elok juga berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian tertentu seperti imbasan kepala atau CT scan brain.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork