As Salam semua
Tajuk bukan bermakna pengantin menjadi pengantin kali kedua. Tapi aku lah, cerita pengantin lagi dalam blog. Harap jangan jemu. Seronok apa tengok pengantin kan!
24. Usia ideal untuk berkahwin. Itu tekaan aku dan kawan-kawan. Sebabnya sampai bulan 4 ni, boleh dikatakan sepanjang awal dan akhir bulan ada je kawan-kawan yang dah melangkah ke satu lagi alam. Alam perkahwinan. Alahai, bila tengok masing-masing manis comel atas pelamin, terasa syahdu. Mana taknya, dulu sama-sama gendong buku menapak tingkat empat bangunan sekolah, sama-sama salin baju masam-masam peluh lepas kelas pendidikan jasmani, and sekarang dah jadi bini orang. Oh! How time flies! :)
Alhamdulillah, berkesempatan hadir majlis kenduri kahwin salah seorang kawan masa di STK dulu. Oh, lupa seorang guru dan seorang pencetus kontroversi. Hahahah. Mana tak kontroversinya, cuba kau baca entry aku yang ini (Cerita Kahwin). Huru hara panic attack aku! Tak lupa, seorang blogger jugak. Eheheh! Mari tengok blog Cikgu Mai.
Sebelum apa-apa layan gambar dulu lah eh!
![]() |
semua single. eh tak jugak. aku dan adik pegang like tu je yang diyakini masih single. hahaha. lain dah ada orang cop! jom kapel adik! :) *pedofil sungguh aku* |
![]() |
Tak ramai, sikit semua happy sebab dah bertahun tak jumpa kan! |
![]() |
Ini Adilla. Masa kat STK dulu selalu manja-manja dengan dia. Comel jugak. Sama macam saya. Eh! Tak. Dia lagi comel. :) |
![]() |
OOTD : Scarf by The Hijab Clique ; Dress Qasriena by KZ Nabihah ; Long Skirt by Scarlet Plus *hahaha tibe cite fesyen kan! |
![]() |
Doorgift untuk tetamu. Semua DIY dengarnya. Comel! |
Pada aku, bila pergi wedding kawan-kawan ni memang syok. Sebabnya bukan sekadar kau boleh melawa-lawa tahap gadis ayu, malahan boleh jugak dikategorikan sebagai satu mini gathering untuk bertemu kembali kawan-kawan zaman persekolahan. Walaupun masing-masing kini nampaknya sudah ada partner tersendiri, eh tapi takpe. Kegilaan tu tetap sama. Alaa partner pun sama-sama kawan sekolah rupanya. Macam pengantin ni, yang suaminya tu senior aku jugak masa kat High School. And isterinya sebaya aku. Alhamdulillah, kiranya lucky I'm in love with my best friend lah ni! :) Sebab tu lah meriah semacam. Riuh kecoh balai dan pelamin bila kiteorang menyerbu.
Dan sebagai penutup, apa kata buat kebaikan sikit kat tuan blog. Boleh? Hahaha. Doakan je lah yang caption dalam gambar lepas ni menjadi realiti dengan segera. Amin! :)
Kepada Cikgu Mai dan suami, semoga dimurahkan rezeki, diberikan keberkatan dalam berumah tangga dan semoga menjadi pasangan yang diredhai Allah sampai bila-bila. Moga cepat-cepat dapat baby dan boleh lah jadi ayah dan ibu mithali!
p/s: Ayah aku dah dua tiga minggu sebut pasal buat kenduri kahwin. Gulp!
16 Inspirasi Dari Pembaca
Nanie cantiknya pelamin kawan awak, biru muda campur pink. Melting. Omnomnom
ReplyDeletecantiknye pelamin :) btw..tak lama lagi lah kot. doa2 :D
ReplyDeletedoorgift yang sangat comel...=D
ReplyDeleteingatkan majlis irine... pink biru mmg cantik !
ReplyDeletewarna baby..comel.. fatin pun comel jugak
ReplyDeletexpe innanie bgkwn leps dulu..jap lagi inanni plak..hehe
ReplyDeletesuke kan pegi majlis kawen... hihik^^ btw, deno tengok akak sgt comel la... agak2 bila kite bleh jumpa? hehe
ReplyDeletesweet tgok tema wedding dia! hmmm :)
ReplyDeletePelamin dia cantik. Suka tengok warna pink + biru muda ^_^
ReplyDeleteLepas ni kak innanie pulak :D
nanti akak plak.. jemput join http://www.sararose.my/2013/02/pencarian-bloglist-3-bulan-blog-sararose.html
ReplyDeletekawan nanie cantik.. pelamin pun cantik.. semoga nanie cepat dpt jodoh, org kata selalu pegi wedding, jodoh cepat! ehehe.
ReplyDeletecantiknye pelamin..color tema pun ohsem..hehe
ReplyDeletehee sekarang punye trend kann ad pegang2 , er ap tu namenya yg Like, i'm next tu kann ~ hee sweet je :D
ReplyDeletewow...comel sgt kamu...best kn dpt kumpul2 semua...in shaa allah , nti giliran kamu pulak..aamiin :D
ReplyDeleteamiiin
ReplyDeleteAamiin.. Time mcm ni la leh jmpe kawan2 :)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!