Thursday, February 21, 2013

Segmen Blog Kesayangan : Tak Join Rugi!

As Salam semua

Diam tak diam dah dekat nak sampai dah dateline untuk segmen Blog Kesayangan yang aku lancarkan awal Februari lepas. Alhamdulillah setakat ni, sokongan dan sambutan memang memberangsangkan. Syukur sangat sebab dalam dunia bloging ni dipertemukan dengan ramai kawan-kawan. Masing-masing peramah dan baik budi pekerti. Tak kiralah di blog, twitter, facebook mahupun wechat! 

Untuk yang mana dah join tu, aku dah senaraikan di menu tab di bawah header aku tu dalam list Blog Kesayangan. Aku group-kan semua dalam 10 orang setiap group dan bubuh nama coklat. Heheheh. Kan aku suka coklat, jadi letak nama coklat lah sebagai nama group. Boleh kan? 




Mana yang takde, jangan risau... belum update lagi tu. Nanti lepas habis tarikh segmen ni, aku update sekali lagi. Insya-Allah aku akan pastikan takde nama yang tercicir. Takmo risau ek! 

Mana yang belum join, atau entry dah draft dah tu... tinggal nak publish je, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat publish dan join ye. Kang lambat gigit jari pulak masing-masing. Tak nak aku bertanggungjawab. Heheheh... Drop your link HERE ok! 


Bercakap pasal twitter dan wechat. Sekarang ni lah, baru ni... hehehe aku macam nak aktif sikit kat twitter. Aku sendiri gelarkan diri aku the twitter-noober. Ye lah akaun dah ada lama, aktifnya tidak. Sebab tak reti guna. Entahlah, aku rasa twitter cam tak praktikal untuk aku. Apa yang payah sangat pun aku tak tahu. 

And then baru semalam aku masuk WeChat. Aplikasi ni difamouskan oleh Bro Framestone kepada para blogger. Kat situ ramai jugak para blogger yang join dan dalam WeChat tu masing-masing nak bercakap. Seronok! Sampai buat voice message lagi. Kan Bro! Hehehehe. Dah alang-alang ni, sapa yang ada WeChat & twitter boleh lah follow aku. Kalau nak lah. Kalau tak nak takpe. Heheheh. 

Twitter : @fateeninnanie
WeChat ID: InnanieCoklateyes




p/s: mesra sesama blogger pun penting jugak, bukan sekadar mesra SEO je :)




1 comment:

  1. ika dlm group toblerone.tahu2 je kitew suka coklat tuh =P

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork