Monday, February 18, 2013

Selagi Mereka Masih Ada

As Salam semua

Sementara menulis entry, sambil tu aku dengar Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun. Memang menenangkan. Allah sungguh lah rasa sayunya tiba-tiba. Dalam banyak-banyak aku suka yang ini. Tenang dia lain macam rasanya! Mana nak cari? Kat You tube aje ada. 

Baiklah, bercakap pasal Terapi Diri. Aku memang setuju kadang-kadang dalam diri kita, tak banyak sikit kita memang perlukan booster untuk meningkatkan semangat dalam diri. Biasalah manusia, tak sah kalau tidak diuji. Pasti ada pasang surutnya keyakinan, motivasi dan semangat juang menuju target hidup kita kan. Aku sendiri macam tu. 

Kau tahu, apa yang biasanya aku buat untuk dapatkan semua kekuatan dalaman aku?

Tak lain tak bukan memang aku akan kembali pada mak dan ayah. Dua insan ini, adalah anugerah terhebat yang Allah utuskan untuk memberi segala inspirasi dan kekuatan pada setiap jiwa anak-anak mereka. Aku selalu akan luangkan masa, becerita dan manja-manja dengan mereka. Sambil baring bersama, peluk mereka rapat-rapat. Cium lengan sikit, Masya-Allah dakapan ibu tu memang syahdu tau.



Teresap segala kekuatannya pada diri kecil si anak yang baru nak mengharung dunia. Sebab itulah, aku kadang-kadang bersimpati dengan kawan-kawan yang mengabaikan ibu ayahnya. Tak balik ke kampung halaman berbulan malahan makan tahun. 

Ya Allah, tak ke mereka rindu bau dua jasad itu?  Dua jasad yang menuntun kita ke syurga. Dan aku juga bersimpati pada mereka yang telah kehilangan orang tua. Selagi masih bernyawa dua jasad itu, peluklah mereka. Ciumlah busuk wangi mereka kerana itu bau syurga!

Sungguh, mak ayah jadi sumber inspirasi terkuat aku. Jatuh bangun aku mereka tetap ada. Walaupun kadang-kadang mereka perit dan pahit untuk meredahnya, tapi senyuman manis tetap terukir. Semua orang disekeliling aku kata, aku banyak bekorban untuk keluarga. Tapi kalau dihitung secara terperinci, Allah hai.... sekelumit pun tak ada nilai jika dibanding jasa mereka. 

Ya Allah, kau lindungi orang tua aku dari segala azab api neraka. Ringankan beban mereka dalam segala urusan hidup dan mati dan kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku kecil! 



p/s: eh apasal sayu malam ni? hati berkecamuk gaduh dengan boypren kah?





9 comments:

  1. rindu umi abahhhh....even duduk 1 bumbung pun :)

    ReplyDelete
  2. ibu bapa memang terbaik..dapat bercakap dengan mak ayah kat phone pon dah tenang..

    ReplyDelete
  3. apsal nanie n liz katak pink punyer entri hari ni sayu mcm ni.. huhu.. sedih.. kak nis walau da kawen kan, lau tak jumpe ayah n mama lm skit, da nangis2.. seb baik dpt suami yg memahami..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. amin amin.. sebak pulak baca entry akak ni... mak ayah adalah segala-galanya ....

    ReplyDelete
  6. setuju.. tiba-tiba rasa rinduuuu dengan mak dan ayah.. dah lah duk jauh dari kampung. Huhuhu

    ReplyDelete
  7. Sila la hargai setiap pengorbanan ibu bapa kita..masa ni la kita nak balas balik jasa diaorang...jangan nanti bila diaorang dah takde baru menyesal tak sudah..

    ~ nieza kehilangan arwah abah dikala masih muda..masih mentah..rindu sangat pada arwah abagh ;(

    ReplyDelete
  8. bila dengar lagu2 terapi ni, mmg aotomatik kita perasaan akan jd sayu...in shaa allah tuhan jauhkan azab api neraka pada ibu bapa kita..aamiin :(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork