Wednesday, February 13, 2013

Surat Dari Silent Reader | Tips Elak Mudah Jatuh Cinta

As Salam semua

Haa, ada yang perasan sesuatu tak? Blog Coklateyes bertukar background sekali lagi. Hahaha. Kan aku dah cakap, aku ni jenis cepat jemu. Tapi itu sekadar untuk benda remeh lah jemunya. Untuk jodoh, aku setia ok! Hehehe. See. Melalut dah. Stop it. Aku kena ke main point. Gini... 

Disebabkan faktor usia yang telah meningkat, *24 je kot* aku boleh pulak tak perasan message yang diberi oleh salah seorang readers BCE. Lagi sedih, dalam tu dia siap ada tanya soalan lagi. Alahai kesiannya dia. Mesti dia ingat aku tak nak jawab soalan dia kan. Nonono! Aku selagi boleh, Insya-Allah akan jawab soalan yang diajukan. 


Ok, kita mulakan dengan baca message dia ok. Datang dari Cik Nurul Fenfen.




Pertama sekali, buat Cik Nurul Fenfen... terima kasih banyak-banyak kerana menjadi silent reader BCE ni. Sokongan dari pembaca rahsia seperti Cik Nurul betul-betul saya hargai. Terima kasih jugak kerana menjadikan segala entry saya dalam BCE sebagai salah satu sumber motivasi Cik Nurul. Dan secara jujur memang itu yang saya harapkan bila saya menulis sesebuah entry. Memberi inspirasi dan motivasi. Walaupun diri tak lah berapa nak bermotivasi sangat. Heheheh. Insya-Allah selagi ada pengetahuan, ada ruang dan peluang akan saya kongsikan seberapa banyak ilmu yang ada. Moga perkongsian ini mendapat rahmat dan berkat-Nya. 

Kedua, tahniah saya ucap pada Cik Nurul atas 'peminangan' dari jejaka rahsia yang ikhlas menerima Cik Nurul sebagai suri hatinya. Cik Nurul memang antara gadis yang bertuah! Apa yang Cik Nurul kongsikan memang saya tak nafikan... memang sakit bila direject dalam percintaan apatah lagi bila melibatkan bentuk fizikal. Tapi sesungguhnya itu semua adalah sebagai salah satu benteng dari Allah untuk elakkan pasangan yang tak sesuai buat kita. Mungkin di mata kita, dia yang terbaik tapi sebenarnya tidak. Dan sebab itulah, Allah akhirnya berikan seseorang yang tulus menerima Cik Nurul yang juga sebagai satu nikmat atas semangat Cik Nurul yang tak pernah putus asa dalam usaha mencari seorang imam

Kenalan saya juga ada mengalami keadaan seperti Cik Nurul yang mana dia dipinang oleh lelaki yang tidak dikenali pun. Tapi atas dasar isktiharah dan percaya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah kehidupannya kini bahagia. Lelaki tu juga menerima seadanya kawan saya dan dia melengkapkan kekurangan diri kawan saya tu. Sungguh, janji Allah bahawa "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik" adalah satu kepastian. 

Untuk part yang ketiga, yang saya underline tu... hmmm agak KBKK jugak soalan Cik Nurul ni... saya cuba jawab soalan ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri lah ye Cik Nurul. Mana yang boleh digunakan dan di-apply, ambillah...mana yang tak sesuai tinggalkan. Heheheh ;) 


Beberapa tips untuk mengelakkan sifat mudah jatuh cinta : 


1. SET NIAT & PEMIKIRAN 

Apabila kita berkenalan dengan seseorang, saya sarankan untuk set-kan dalam niat dan pemikiran kita bahawa kita mulakan dengan persahabatan. Kata orang, bila bersahabat tu jika dia jodohnya...dalam tempoh persahabatan tu akan muncul bibit cinta. Sebagai kawan, secara tak langsung kita akan rapat dan sedikit sebanyak kita boleh mengenali perangai, hati budi dan karekternya. Adakah dia sesuai dengan diri kita atau sebaliknya. 


2. JANGAN CEPAT CAIR

Ini kelemahan perempuan yang paling jelas. Even saya sendiri begitu. Hehehe. Apabila si dia melakukan sesuatu yang mungkin agak luar biasa sebagai contoh si dia caring, sanggup meredah hujan untuk menjemput anda dari mana-mana atau sentiasa sms anda... jangan cepat mendefinisikannya sebagai 'green light' untuk bercinta. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Jadi untuk elakkan perasaan mudah jatuh cinta tu, cubalah anggap perkara sebegitu sebagai satu kebaikan yang dilakukan. Namun sekiranya ia berterusan selama persahabatan berlaku, cuba tanyakan jawapan... dapatkan kepastian. 


3. JADI DIRI ANDA SENDIRI

Dalam perhubungan, baik serius atau tidak... cubalah jadi diri anda sendiri. Apabila jadi diri sendiri secara tak langsung kita dapat melihat reaksi orang lain dalam menerima kita. Adakah dia betul-betul menerima kekurangan kita? Tapi ingat jangan pula diuji keikhlasan orang itu! Cukuplah menjadi diri anda sendiri dan nilaikan adakah dia juga menjadi diri dia sendiri. Lihat si dia dalam banyak situasi. Bukan hanya ketika di depan anda, tapi juga di belakang anda. Contohnya, ketika interaksi dia dan kawan-kawan, dengan keluarga dan juga dengan environmentnya. Observe dia secara minimal dan neutral


4. MINTA PANDANGAN ORANG LAIN

Orang kata, bila kita suka seseorang segala yang busuk semuanya wangi. Hehehe. Jadi, untuk mengelakkan hati dan perasaan kita dikecewakan dikemudian hari, apa kata minta pandangan dari orang lain mengenai dirinya. Kenalkan dia dengan rakan-rakan atau keluarga anda, lihat caranya bergaul dan kemudian mintak pendapat jujur rakan dan keluarga anda mengenai dirinya. Lagi-lagi pandangan mak ayah kita. Yelah, orang tua kan... banyak pengalaman. Sekiranya respon yang diberikan tidak sepeti yang diharapkan, jangan  mudah menafikan dan marah pada rakan dan keluarga anda. Fikir dan nilai semula satu per satu. Kemudian bandingkan respon tersebut dengan penilaian anda terhadap dirinya. 


5. PETUNJUK ALLAH

Segala apa yang kita ragu-ragu, jangan risau... Allah itu ada. Kembali pada-Nya. Cuba buat solah istikharah adakah si dia yang terbaik buat kita. Dengan segala usaha yang kita lakukan... insya-Allah Dia akan berikan jawapan. Dan ingat, berlapang dada lah bila minta jawapan dari Allah. Jangan kita dah buat keputusan dulu. Sesungguhnya, penilaian dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. 



Fuhyoh!!! Terpanjang pulak aku jawab soalan Cik Nurul. Hehehe. Aku harap Cik Nurul berpuas hati sangat dengan respon yang diberikan. Ini juga adalah ingatan buat aku sendiri, al-maklumlah tuan punya blog pun masih dangkal lagi pengalaman dan pengetahuan dalam sesi jodoh ni. Cumanya, yakinlah bahawa jodoh itu rahsia Allah dan Allah tetap beri yang terbaik buat semua hamba-Nya termasuk kita ni. 

Korang nak tanya soalan ke apa, boleh je pm aku di innanie.ariffin@yahoo.com atau pun pm aku kat facebook BCE. Insya-Allah aku sudi menjawabnya! 




p/s: Terharu dapat silent reader macam ni. Terima kasih semua silent reader BCE!


25 comments:

  1. seriously tyra pun jenis senang jatuh cinta. dah ade bf pun still rambang mata .
    apa yang tyra buat, kuatkan hati . ingat balik apa yang positif tentang hbungan tyra dgn bf. Alhamdulillah, dah dekat 2thun lebih dah kami .
    semua atas hati kita sebenarnya. :)

    *oh, nice entry . love it <3

    ReplyDelete
  2. x senang nak elak diri dari jatuh cinta. semua atas diri kita sendiri hehe

    ReplyDelete
  3. Yeap.. Jodoh rahsia Allah..
    Saya pon mudah suka dan minat kat seseorang tue. Tapi pada mana yang sama kita dapat tahu,seseorang tue macam mana,adakah dia pon suka kita atau sekadar suka menjadi teman.

    Kesimpulannya.. berkawan biar beribu.Bercinta dengan jodoh dari Allah satu anugerah Allah..

    ReplyDelete
  4. mudah jatuh cinta???saya pon gitu..huhu...thengs tuan tanah bg tips..insyaAllah ley guna

    ReplyDelete
  5. plus,kena siasat latar belakang dulu sebelum tejatuh cinta (:

    ReplyDelete
  6. pendapat yang membantu sikit sebanyak saya dalam percintaan.... pendapat yg amat bernas

    ReplyDelete
  7. tabahkan hati jgn cepat jatuh cinta.. sabar dulu buat solat istikharah :)

    ReplyDelete
  8. tabahkan hati jgn cpt sgt jatuh cinta. sabar dulu buat solat istikharah :) lagi 1 sila setia hee..

    ReplyDelete
  9. Nice sharing ^_^
    Tips yang akak berikan kebanyakkannya betul ^.^

    ReplyDelete
  10. Bagus pandangan dan tips yang diberikan.. Boleh jadi pakar kaunseling dah ni.. Lepas ni if ada prob, bolehla Mieza mintak pendapat Inanie.. =)

    ReplyDelete
  11. rasanya muja senang je nak terima yang betul2 suka muja,, tapi bila dah suka,, muja suka betul2,, tak main2,, and i end up torturing myself,,, sedeh.

    ReplyDelete
  12. mmg bukan senang nak jatuh cinta atau pilih jejka pilihan hati..selepas 3 kali putus..alhamdulillh..kali ni yang terbaik..

    ReplyDelete
  13. sejak akak ada suami dan anak2 akak selalu jatuh cinta bila nampak baju anak2 ayang comel2..heheh

    ReplyDelete
  14. tips yg sgt berguna ! memang betul la apa yang akak ckp tu . .

    nice enrty ! :)

    ReplyDelete
  15. 1. dah tukar templete n layout. Just NIce... sweet jew.

    2. tips kat atas ni boleh diaplikasikan.

    ReplyDelete
  16. sy susah jatuh cinta..tp kalau dah jatuh tu...gedebushhhh!!

    utk elak dr jatuh cinta..jgn cpt perasan..sbb biasalah hati ppuan lemah sket..so..control hati..kan..kan..

    ReplyDelete
  17. Trima ksh,trima ksh sbb bg tips yg sgt brguna wt sy yg mmg jns cp jth syok kt seseowg..sgt brguna tips dr anda

    ReplyDelete
  18. thengs. tips ini byak mmbantu saya :) alhamdulillah. plus, perempuan cepat cair kalo laki tu tba2 jer bsikap lain dari hari biasa,, so kita boleh tersalah anggap. btw, hati2 yer. nnti makan hati kalo xberwaspada . berdoa byak2 pada Allah. itu yang paling baik. inshaAllah

    ReplyDelete
  19. Thanks....sya terlalu lemah dalam bercinta

    ReplyDelete
  20. Saya seorang yg mudah jatuh cinta, n sering ditinggalkan...sy jth cinta pd kwn sy sndiru,tp dia xpernah respon..still anggap kawan je...walaupun setiap perbuatan dia tu terlalu baik buat sy

    ReplyDelete
  21. Thanks....sya terlalu lemah dalam bercinta

    ReplyDelete
  22. Saya xske cinta

    ReplyDelete
  23. saya pun mudah jatuh cinta..hmm..kenapa la ada perasaan ni..sangat malu bila perasaan diketahui lelaki tu dan dia menjauhkan diri..

    ReplyDelete
  24. saya susah nk jatuh cinta!! sye tkut di lukai

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork