Tuesday, February 5, 2013

Teman Pengganti

As Salam semua

Cilok tajuk lagu Black sekejap. Heheehe.

Di instagram, semalam aku bagitahu tentang kematian Decepticon aku. Oh, jangan terkejut. Aku tak membela mana-mana autobot jahat. Ianya sekadar sebuat tetikus comel bewarna merah, bercap Dell dan berlogo Transformers di atasnya. Cuma malangnya, tetikus itu kecundang semalam. Entah apa punca tak dapat dikenal pasti. Yang penting aku sedih. Dah lah tengah tak berapa meriah hengget Malaysia dalam purse, time ni lah dia buat hal. Aisehmen T____T


Aku ni pulak jenis main laptop memang tak pandai langsung guna trackpad. Aku rasa kalau pakai trackpad, hujung jari aku jadi kebas dan tak merasa. Entahlah simptom apa agaknya. Memang dari dulu lagi, aku prefer pakai mouse. Sebab tu bila Decepticon meninggal, aku macam aduhaiiiii sikit! 

Tadi terus aku pi beli pengganti Decepticon. Comel je sama macam Decepticon. Cuma bezanya kali ni aku guna wireless. Before ni dah penah pakai jugak wireless mouse tapi tulah... barang gadget ni memang ada had masa pakai dia. Tak tahan lama sangat pun. Sekejap kena tukar dah kan. So, meet my new baby. Baby yang akan teman aku online selalu :)


Mula-mula aku nak amik Longitech punya, tapi colour dia aku tak berapa berkenan. Plus a lil-bit out of my budget. Than, aku amik ni je. Colour tu aku tak tahan. Comel benar purple-pinknya. Aduhai. Memang melting lah. Kena sangat dengan laptop aku yang pastel pink tu kan. Comel kan comel kan. Masih lagi takde nama. Nak bagi nama yang sesuai ye? Hehehe.

Lepas tu, aku pi kedai handphone. Memang dalam dua tiga hari lepas niat nak beli casing handphone. Tapi tak jumpa yang sesuai sangat. Padahal aku dah banyak kot casing. Nak buat macam mana, aku rasa bosan sikit dah. Kena ubah selera nampaknya. Heheheh. Lepas usha 2-3 kedai, jumpa satu casing yang sangat omel!!!



Kau perasan tak apa aku perasan? Wei, aku beli dua-dua barang colour purple-pink woi. Hahahaha. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi tiba-tiba aku rasa macam pink ni menarik lah pulak. Heheh. Adakah aku dah jadi girl-girl sekarang?? Hahaha. No no no I'm a ladies ok. Walau apa pun memang comel minnie mouse casing tu. Dah lama benar aku cari. Akhirnya kat Kluang jugak jumpa. Baguih betul. Satu KL dok pusing. Itu jodoh namanya. 

Dan berita gembira terakhir, Blackberry aku telah berjaya dikembalikan nyawanya. Dekat 4-5 bulan jugaklah dia terbengkalai, pengsan tak bernyawa. Gara-gara battery drain habis dan tuannya pura-pura takde masa nak tukar battery. Sehinggalah semalam, orang yang bagi blackberry ni membebel kat aku suruh hargai apa yang dia bagi. Ye lah ye lah. Saya buat apa yang awak suruh. Huh! 


So lepas ni boleh lah kita ber-bbm kan. Insya-Allah kalau ada yang sudi. Boleh je. Cuma yang tak bestnya kan, bila battery drain dah tukar than baru perasan nombor maxis dan expired. Kena lah tukar nombor baru. Nasib baik jumpa nombor yang simbolik sangat dengan hidup aku. Ada nombor 2,5,8,9. Takde lah apa sangat cuma nombor tu simbolik bagi aku. Aku anak nombor 2, lahir bulan 5, manakala 8 dan 9 tahun aku lahir. Ah, gitulah lebih kurang. 

Tapi aku ada dengar, nombor yang dah expired ni boleh di hidupkan semula. Just pergi center and then ada certain prosedur. Aku sayang jugak nombor lama tu since aku guna dari form 2. Waktu pakai 3310 lagi. 




p/s: korang suka warna apa?



6 comments:

  1. no mmg boleh amik balik kalau tak der orang amik lagi no tue. Biasa lar kan. No nie dorang suka recycle. No phone akak aku, amik dkt maxis. Bekas kepunyaan PA menteri mana tah. Terpaksa akak aku jadi PA tak berbayar orang tue plak. Keje nak angkat call dia skang nie. -__-'

    ReplyDelete
  2. akak suka PINK..PURPLE pun suka jugak

    ReplyDelete
  3. Saya suka warna pinkkkkk! Cantik2 ^_^ hehe

    ReplyDelete
  4. No. tel yang dah ada dari dulu ini sayangkan kalau senang-senang nak tukar. So, kekalkanlah ia, ahaha XD

    suka warna biru kut (Kalau boleh semua warna saya nak minat *tamaknya*)

    ReplyDelete
  5. i like pink colour..tu memang warna favourite dr kecik sampai besar..:-)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork