Wednesday, February 20, 2013

Tribal @ Aztec Pattern Fashion Trend | Sila Hati-Hati

As Salam semua

Sebelum ni aku suka gila-gila dekat vintage style. Blog aku pun aku buat ala-ala vintage, effect gambar vintage, beg vintage. Semua lah kalau boleh. Tak lama lepas tu, muncul pulak Galaxy style. Pun comel jugak. Berkenan jugak aku, tapi takdelah sampai semua benda nak galaxy-kan. Paling-paling pun aku pakai henpon galaxy je. And now, dah muncul tribal pattern. Mata aku berkenan jugak. Sebab nampak unik, kemas dan colour combination yang cantik.












Sebenarnya dalam banyak-banyak tu, aku paling geram dengan casing handphone lah apa lagi. Comel kan? Warna warni.

Tapi....

Dalam ghairah kita ikut trend berfashion, kena diingat satu perkara. Tahu tak apa maksud tribal dan aztec ni? Haaa... korang kena ingat ni. Jangan pakai membuta tuli je pakai itu, pakai ini.



Baiklah, aztec merupakan satu kelompok masyarakat American-Indian di Mexico. Kiranya ini dikategorikan sebagai puak orang asli America tau. Jadi, kalau puak orang asli... kebiasaannya pemakaian mereka, corak yang diketengahkan, aksesori mereka melambangkan kepada kaum mereka ataupun simbol kepada pemujaan mereka. 

Bukanlah aku nak memandai-mandai ke apa, dan ini langsung takde kaitan dengan illuminati ke apa. Cuma aku harap kita lebih berwaspada sebelum beli sesuatu lagi-lagi tang necklace tu. Sebab menurut research dan pembacaan yang aku buat, tribal atau aztec design ni kerap digunakan oleh orang Barat dalam bidang tatoo. Sebab tu aku harap korang jangan pilih corak yang terlalu pelik. Kita tak tahu apa maknanya. Pilih yang biasa-biasa je. Jangan sampai boleh terpesong akidah. Ok! :) 

Aku pun minat tribal pattern ni sampai kan ke header twitter aku bubuh! 

caption aku ada orang kata tak boleh blah! hahahaha
Eh dah alang-alang follow sekali lah!




p/s: Nak berfashion tak salah, tapi biar tahu apa yang kita pakai tu! Jangan ikut buta-buta! 






13 comments:

  1. kalau perasan lagu LENKA - Everything At Once ada unsur sikit gmbar dy mcm tu la.. skit3x

    ReplyDelete
  2. emmm fenomena!! kemain whi tak kupas isu ni,..hmm

    ReplyDelete
  3. tak berapa minat corak mcm nie .. munge2 sweet ... hehehh

    ReplyDelete
  4. yeke. x tahu pulak. kita pun suka pattern ni huhu

    ReplyDelete
  5. cantik tp baik kita support tempatan punya.. sarawak punya corak pun cantek tp kita org islam xboleh pkai yg ada corak2 binatang kan..

    ReplyDelete
  6. tribal is sooooo "in" sekarang. tp saya tak minat corak dia ehhee.. just minat casing handphone! comel amat angat ni :D

    ReplyDelete
  7. kaka kurang minat corak2 gini..:p

    ReplyDelete
  8. untunglah xyah guna botox pon ade dagu runcing..hehe

    ReplyDelete
  9. sy pun suka tp takde lagi koleksi baju or accessories corak camni. hee

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork