Monday, March 18, 2013

Amaran Kepada Wanita : Jenayah Pukau Di TESCO Jalan Klang Lama

As Salam semua

ENTRY INI ADALAH PERINGATAN UNTUK KAUM WANITA DI LUAR SANA. 


Kisah ni berlaku kepada housemate kakak aku. Minggu lepas, hari Jumaat. Kira-kira waktu tengahari. dia ke Tesco Jalan Klang Lama untuk beli beberapa barang keperluan. Dia pergi sorang diri, sementara nak tunggu kelas pada sebelah petangnya.  Tanpa disedari, dia sedang dalam pemerhatian. Ciri-ciri lelaki yang dinyatakan :

Lelaki, seolah-olah mix Cina dan India. Fluent in English. Bernama Franklyn dan menyatakan dia Pegurus Tesco. Dikatakan ada seorang lagi geng dia. Bertubuh kurus tinggi. Berpakaian smart. 

Menurutnya, lelaki tu memulakan perangkap dengan mengekori dia dan berpura-pura sibuk berbual di telefon. Kemudian dia menghampiri kakak tu dan menceritakan masalahnya dengan Tesco dan kemudian menawarkan jawatan kerja kepadanya.*padahal kakak tu dah ada kerja* Dia akan mengikuti mangsa ke mana sahaja dan membawa mangsa untuk berbincang mengenai jawatan yang ditawarkan. Akan memberikan borang untuk diisi dan kemudian menerangkan cara kerja yang ditawarkan tu.*ketika ni, Kakak tu sedar kenapa dia mesti isi borang tu, sedangkan dia dah bekerja. Tapi dia tak mampu menolak!* Lepas tu, dia akan suruh mangsa ikut sepatah-sepatah apa yang diperkatakan. Dan ketika itu, sebenarnya mangsa sedang dipukau

Setelah melihat keadaan mangsa yang dipukau berjaya, lelaki tu akan minta barang beharga sebagai cagaran. Kakak tu pada mulanya bagi gelang tangan sebab dia minta gelang tangan *siap dia bukakan lagi gelang tu dari pergelangan tangan Kakak tu* dan apabila mendapati ia bukan gelang tangan sebenar, dia pulangkan dan mintak cincin emas yang jugak merupakan cincin pertunangan Kakak tu yang mana bakal melangsungkan perkahwinan kira-kira 2 bulan lagi. *aduhai, sedihnyaaa dengar!!!

Selepas selesai mendapat cincin Kakak tu, Franklyn tu tergesa-gesa tinggalkan kakak tu dan nyatakan dia kena tunggu kat situ. Dalam masa setengah jam dia akan datang semula dan bawa uniform kerja semua. Kakak tu juga perasan yang ada seorang lagi geng-nya dah tunggu di satu sudut dan memanggilnya. Tapi setelah 30 minit, barulah dia sedar yang dia dah dipukau dan kehilangan cincin tunangnya!!!

Dan dibawah ini adalah salinan reportnya: 


Bila tengok kes macam ni, berderau darah. Untuk pengetahuan, kakak tu sebelum ni memang tak pernah pakai barang kemas, cuma kebetulan dia baru lepas melangsungkan pertunangan dan tak sempat lagi untuk tanggalkan barang kemas tu semua. Tapi tu lah nak jadi kan, sekelip mata je. 

Nasihat aku : 

1. Jangan pergi ke tempat yang tak ramai orang seorang diri.

2. Walaupun barang kemas tu tak original, cuba elakkan pakai dalam keadaan banyak sebab ia menyebabkan kita menjadi sasaran. 

3. Jika ada lelaki/perempuan yang tak dikenali dan dicurigai ingin bertanya atau apa-apa segera ke tempat yang ramai orang atau tinggalkan kawasan tersebut. 

4. Cuba sedaya upaya untuk 'sedar' dan bertindak secara rasional. 




Walau apa pun, kami semua bersyukur sebab kakak tu tak diapa-apakan. Atau mungkin diekori sehingga ke kereta, atau mungkin disuruh keluarkan duit dari ATM ke. Nauzubillah. Aku harap kisah ni menjadi pedoman semua wanita kat luar sana supaya berhati-hati tak kira kat mana pun. Jenayah ni sekelip mata je berlaku. 

Dan, ada sambungan lagi untuk cerita ni. Kisah yang lagi hot!!! Lagi panas. Buat aku terbakar-bakar. Kisah Pakcik Polis yang menyakitkan hati!!! Nak tahu? Kena tungggguuuuu!!! 



p/s: Kalau orang tengah susah, janganlah menyakitkan hati! 






16 comments:

  1. ni yg menakutkan..mak Asyik pernah kena juga..sampai skrg xboleh lupa kes tu..

    ReplyDelete
  2. takutnya!! kat mana mana je boleh berlaku kan..

    ReplyDelete
  3. Jenayah seperti ini memang selalu terjadi. Kawan saya pun pernah kena. Terima kasih atas perkongsian info :)

    ReplyDelete
  4. bahaya betul.. semoga kisah ni jadi peringatan kepada semua...

    ReplyDelete
  5. Takut pulak AJ dengar....
    Dah la selalu ke sana sebelum ni sebab keje area situ dulu.....
    Fuhhh..

    ReplyDelete
  6. bahaya la dear.. jgn p sorg diri.. sib baik xbawak lari kak raihan tu.. kesiannya dia.. dusgaan tu

    ReplyDelete
  7. haishhh...
    takutlah dengar kes2 yang macam ni..

    ReplyDelete
  8. Nanie sayang!
    Terima kasih share kisah ni. Gila takuttttttt. Tu wani anti sikit nak pakai emas emas. Takut benar ;(
    Semoga kita dijauhkan dari org2 yg jahat ni..

    ReplyDelete
  9. SUAMI AKAK SELALU PESAN TAK PAYAH PAKI BARANG KEMAS..BAHAYA LA SEKARANG NIH..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah ye ke? tadi baru je lalu kat tesco tu, ingat nak singgah tapi tak jadi. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum innanie...kena lebih berhati2 la lepas ni...;)

    ReplyDelete
  12. Ya Allah, takut kan dh byk kes berlaku kt negara kita, kena selalu berhati hatikan..uhuhu

    ReplyDelete
  13. baru semalam sy pergi teman kakak g interview kat tesco jalan klang lama.. kitorg dok kat area2 cni jugak..

    gulp?! berderau darah baca kisah nih!

    ReplyDelete
  14. menakutkan je dengar citer ni.mintak mintak dijauhkan dari kes macam ni..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork