As salam semua
Kalau lelaki, baju tidur dorang senang. Kain pelikat dan belenggeng. Layak ke dipanggil baju tidur kalau gitu? Nak mat salleh sikit pakai boxer. Lagi-lagi yang ada sponge bob tu. Seksi kau. Hahaha.
Perempuan. Always be perempuan. Kena ikut trend katanya. Walaupun rata-rata pakai sluar track dan tshirt atau pun sleeveless top, tapi kebiasaannya aku perhati perempuan punya baju tidur mesti nak yang sweet-sweet dan comel-comel kan. Kalau lalu depan La Senza tu, mak oi... bukan main. Bling-bling ada. Riben comel pun ada. Nak lagi hot, kasi bulu-bulu. Furrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrry! Gitu. Tak penah pulak aku tengok baju tidur lelaki serupa itu. Kalau ada, sumpahlah yang pakai bukan lelaki tulen pun.
Kalau kau tanya aku, satu je baju tidur yang aku suka gila. Dari dulu kecik sampai sekarang ni. Baju kelawar. Ada orang panggil baju butterfly. Mungkin nak menimbulkan sense sweet tu kan. Butterfly. Kalau kelawar tu dah rupe vampire agaknya. Hehehe.
Baju kelawar ni walaupun bentuknya takde fesyen bagai, aku suka sebab dia serap peluh. Luas dan lebar. Lagi satu, takde lah baju kelawar paras lutut je. Mesti labuh. Satu lagi, aku paling berkenan dengan baju kelawar yang batik Terengganu. Kain dia tu kalau kau buat tidur, nyamannya sungguh. Rasa berangin dia sedap semacam. Dah tu corak batik semua cantik belaka. Support lah jugak kan kraftangan Malaysia. Cumanya kaftan Terengganu agak mahal berbanding baju kelawar biasa. Tapi tahan lama. Sumpah tahan lama dan tak memendek bila dibasuh.
Satu lagi, kalau tidur pakai baju kelawar kena hati-hati lah. Kang tersingkap sana sini. Aucch!
p/s: Nak pi Terengganu lah. Best! :)
12 Inspirasi Dari Pembaca
suka gak pakai baju kelawar ni..sejuk..ada yang tahan lama..kdg2 ade yang koyak pun sanggup jahit tu..hehehe..best kan.kain sejuk dan selesa je..make sure pakai seluar pjg kalau xnak seksi..hehehe
ReplyDeletekelawar always my fav. Senang, just sarung je :)
ReplyDeleteONIE TAK PANDAI PAKAI BAJU KELAWAR NI,HUU
ReplyDeletetak melayu lah kalau tk pakai baju kelawar mengerbang tu..haha
ReplyDeletehahahaha, kte tak pandai pakai baju kelakar, sebab rasa baju kelawar itu sngtlah seksi.. hehe
ReplyDeleteKecik2 dulu pernah pakai baju kelawar ;D Sekarang tak dah, pakai T-shirt je ;D
ReplyDeletesuka pinjam mak punya .. hik hik. even dah kawen !
ReplyDeleteada jugak baju kelawar yang paras lutut tapi untuk budak2 kecik la..segan la nak pakai baju kelawar sekarang sebab nampak ketiak..malu..hehehehe..lagi 1,sekarang bila dah ada org baru dalam umah macam abg ipar,wajib pakai t-shirt atau jubah ja..^_^
ReplyDeletehehe.ade yg panggil butterfly yer..xtau pn..tau bju kelawr jer..
ReplyDeleteterselak sana sini seksi you
ReplyDeletekecik dulu ada,,, kalau yang kasin biasa ni,, baju kelawar suka je carik,, kejap je,, haisyyy
ReplyDeletenad jrg pkai bju kelwr ni
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!