Wednesday, March 20, 2013

Bila Blog Membuahkan Hasil

As Salam semua

Masa dulu aku buat blog, aku memang tak tahu pun yang blog ni boleh memberikan sesuatu pada aku.  Not just a friends, networking and sweet memories. Its more than that. Something that can make me proud of myself. For being a blogger. 

Tak silap aku, pernah jugaklah aku bagitau dalam entry dulu-dulu aku ni jenis kalau aku nak sesuatu, Insya Allah aku cuba dapatkan. Tahu mak ayah bukan orang senang, memang dari dulu aku akan cuba cari duit sendiri kalau nak apa-apa. Pulak tu aku suka gadget. Memang kadang-kadang tu, makan tahun jugak nak dapat satu benda. But again, syukur Alhamdulillah. Sikit-sikit tercapai jugak kan. 

Masa form six, aku kumpul duit hadiah pidato semua dapatlah beli sebiji laptop Dell. Lepas tu masa kat universiti, kumpul duit beli handphone pulak. Merasalah pakai henpon canggih sikit. Heheheh. And Samsung Galaxy yang sekarang ni pun beli dengan berkat kumpul duit sendiri jugak jadi emcee semua tu. Cuma Sony Vaio ni je ayah hadiahkan. Since dari masuk U, ayah kata tak belikan apa-apa untuk aku. Tapi aku tak kesah pun, sebab kumpul duit sendiri tu syok! 


Dan sekarang, Alhamdulillah. Blog Coklateyes membantu aku! Kalau sebelum ni, buahnya sedang-sedang, tapi kali ni Alhamdulillah. Mantap! Tak sangka pulak impian aku sebagaimana dalam entry ini (Kamera Mana Yang Super Bagus?) menjadi kenyataan. Lagi best, dia lebih cepat dari jangkaan aku.


merah. tanda yakin. mungkin.

Alhamdulillah, syukur sangat. Rezeki berblog memang tak disangka. Tapi Insya-Allah sikit-sikit jadilah banyak kan. Duit tu jugak, aku dapat belikan hadiah untuk ayah dan mak. Walaupun tak lah semahal mana, tapi buat hati mereka gembira tu dah cukup bahagia buat aku.  Untuk ayah, 3 buah buku idaman dia sempena hari jadi ayah semalam. 





Dan ini untuk emak. Aku belikan mak set balang Vantage dan bekas cutlery, since the whole set lain dah ada. Mak bukan main suka lagi. Terus berangan nak buat kuih raya sendiri tahun ni. Ececeh. Semangat mak iolss tau! 



Syukur sangat pada rahmat-Mu Ya Allah. Dengan rezeki kau berikan pada aku, aku dapat bahagia dan gembirakan insan-insan yang sentiasa menyokong jatuh bangun aku. Duit blog tu jugak, aku gunakan sikit untuk belanja makan kawan-kawan baik, adik dan kakak yang juga menyumbang kepada semangat hidup aku. Terima kasih semua.

Pada aku, dalam dunia ni tak kira berapa pun sumber kita. Asalkan kita pandai cari rezeki, pandai kawal dan jimat cermat. Insya-Allah akan dapat.

Kalau nak dikira, budi baik korang memang tak dapat aku balas dengan wang ringgit. Tapi setakat hari ni itu yang aku mampu. Insya-Allah ada rezeki lebih sama-sama lah dapat rasa jugak. :) Yang paling penting moga Nuffnang terus bermurah hati! Dan doakan supaya BCE terus berbuah rancak!


eh eh, tak de niat tau nak kerek ke, belagak ke. Just my sharing thoughts and happiness je!


p/s: So next wishing list? Ipad mini mungkin? Ke Air-cond bilik? Tak pun KAHWIN? winkwinkwink!



31 comments:

  1. wahhh , sy harap stu hari nnti sy jd blogger b'jaya mcm akak ;)

    ReplyDelete
  2. wah camera.. bestnya!! jealous iolls.. :D

    ReplyDelete
  3. so far kak shida duit blog blm tsimpan tuk beli brg bnilai..smua habis buat hadiah esklusif je :)

    ReplyDelete
  4. Huhuhu, macam-macam boleh dapat daripada blog.
    Wah, KAHWIN tu diboldkan. Tak lama lagi lah tu. Hehehehe

    ReplyDelete
  5. Huhuhu, macam-macam boleh dapat daripada blog.
    Wah, KAHWIN tu diboldkan. Tak lama lagi lah tu. Hehehehe

    ReplyDelete
  6. kamera tu ! pehhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

    ReplyDelete
  7. next... kawin cepat2.... hehehe

    ReplyDelete
  8. i'm proud with you sis BCE. from your effort you make everyone happy especially your parents and friends =)

    ReplyDelete
  9. apa rahsia kak.share la ngn BK ni

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Rezeki, tahniah :D

    ReplyDelete
  11. Kena jadi blogger tegar kalau nak masuk dunia blog. Kena ulas blog orang lain, kena buat 'tajuk' 'catchy/merapu' dan lain-lain.

    Bukan bidang saya agaknya.

    Tahniah juga saya ucapkan kepada kak. Semoga terus memaparkan isi yang bagus di dunia blog ini. (y)

    ReplyDelete
  12. camera..
    buku..
    balang vintage..
    belanja sepupu sepapat..

    kayo den kayooo!!!

    ReplyDelete
  13. alhamdullilah... rezeki masing2 kan fatin.. yg pnting mak ayah kita bahagia.. ye dok??

    ReplyDelete
  14. alhamdullilah akk..:D
    semoga terus murah rezeki..amin

    ReplyDelete
  15. kamera tu seksi la kak nanie...hehehe...moga akak murah rezeki selalu..dan cepat2 la kahwin...^_^

    ReplyDelete
  16. wiwitt blog berjaya. tahniah awk. share la tips dapat BE. hehe :P

    ReplyDelete
  17. Alhamdullillah... Harap saya pun bole jadi macam akak... Bersemangat gitu bila baca blog akak nih hehehe

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah dear.murah rezeki;)
    next ape eh?
    kawen kot! lalalalalaaaa~~:)

    makin meletop la blog nanti dengan gambar cun melecun..yeyeahhhh :)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Nanti boleh la guna kamera tu amik gambar iolsss.. Hehe.. :)

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah... cantik blog nie :)

    ReplyDelete
  21. Dah beli kamera dah dia ^__^. I'm sure you will like it very much.

    Am pun dah nak serius dah berblogging, ada target sendiri dalam dunia blogging ni yang maybe orang lain tak pernah fikir.

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..rezeki memang ada untuk kita.sentiasa bersyukur apa yang kita terima kan.ewa ewa..simpan duit utk kawen itu perlu sayang (:

    ReplyDelete
  23. berblog mmg bnyk hailnyer kalo pndai buat...bagus nani buat mak ayah hepy

    ReplyDelete
  24. adusss,,, seriously jelez,, bila la nak merasa duit blog hebat cenggini,,, hehehe,,

    ReplyDelete
  25. adusss,,, seriously jelez,, bila la nak merasa duit blog hebat cenggini,,, hehehe,,

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork